.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, February 12, 2014

Tajuk 558: Jgn LAPUKKAN dapatan kajian anda !

Alkisah 2 calon PhD datang jumpa aku...utk berbincang. Sampai ke bahagian perbincangan dapatan.... mereka menyatakan bahawa dapatan kajian mestilah disokong oleh kajian lepas... sebab menurut SV mereka "siapa awak yg nak mendakwa dapatan kajian awak begini begitu.... " maka dgn taat dan patuh serta sedikit kecut.... terhasillah pernyataan spt berikut yang ditulis oleh calon tersebut.... bagi menepati saranan SV mereka...

"Dapatan kajian ini disokong oleh dapatan kajian Ali (2008)...."

"Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian John (2006)...."

Aku katakan.... dgn nada sedikit geram....selepas mengharungi 3, 4 tahun mendalami literatur,mengupas kajian lepas, menjalankan kajian dan melakukan analisis...anda patut telah bersedia utk menulis sesuatu yang lebih advance..khususnya di bahagian perbincangan dapatan kajian termasuk penjelasan dari sumber yang tidak dibincangkan dalam LR...kerana anda perlu menulis bagi...

1. menjelaskan bagaimana dapatan tersebut "advance the knowledge"

2. menjelaskan bagaimana dapatan tersebut "contribute to the body of knowledge"

3. menjelaskan conceptual framework yg dicadang sebelum kajian

4. dikaitkan dengan potential utk future research

Bukan mengundur kebelakang dan diisandarkan kepada kajian lepas bro sama seperti menyatakan

" Kajian ini menunjukkan faktor X telah menyumbang kepada keberkesanan penggunaan minyak injin kereta selari dengan dapatan kajian Ali (2000).... " 

"Faktor X telah menyumbang kepada keberkesanan penggunaan minyak injin kereta disokong oleh dapatan kajian John (2000).... " 

Anda SENDIRI menjadikan dapatan kajian anda lapuk sebab bukan sahaja anda gagal mengupasnya secara advance tetapi menjadikannya selari / disokong pulak oleh kajian lepas yang DAH LAPUK... ! 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...