.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, February 9, 2014

Tajuk 555: Master / PhD: Kajian yang memberi impak atau...?

Ramai berpendapat Master dan lebih2 lagi PhD dlm sains sosial memerlukan kajian yang memberi impak – khususnya pada masyarakat dan perubahan polisi. 

Oleh itu tidak hairanlah calon PhD digesa oleh SV "mencari" kajian yang ada impak khususnya kajian yang “belum lagi dibuat” sebagai pilihan terbaik... maka ramai calon spt bnafas dlm shower utk mdptkn tajuk sehingga ada yg btukar tajuk spt menukar channel astro...maklumlah belum apa2 lg calon dianggap pakar mcari tajuk yg berimpak tinggi...

Jika beginilah halnya, tentu calon PhD tersebut adalah juga “pakar” yg bakal mjalankn kajian yang memberi impak mengatasi pakar sedia ada.... agaknyer...

Timbul pertanyaan dibenak fikiran aku. Jika impak inilah yang menjadi fokus utama kajian master /PhD…….

1. ADAKAH dinyatakan dalam objektif bahawa kajian dilakukan utk menghasilkan sesuatu impak tertentu?

2. ADAKAH calon melakukan sebarang tindakan sehingga objektif berkaitan impak tersebut tercapai ?

3. Jika impak ditulis dalam implikasi kajian atau dalam perbincangan, ADAKAH calon akan menjadikan impak tersebut satu realiti dan bagaimana ia dilakukan?

4. Selain SV dan pemeriksa yang tugasnya hanya menilai tesis calon, ADAKAH terdapat pihak berautoriti yg akan membaca thesis calon untuk merealisasikan impak yang dimaksudkan?

5. ADAKAH terdapat usaha menjemput mana-mana pihak berautoriti melaksanakan implikasi kajian supaya memberi impak seperti yang dimaksudkan?

Ada TIGA kemungkinan jawapan persoalan 1-5 di atas:

1. Sekiranya anda berpendapat jawapan 1-5 diatas “Ada” .... sila berikan penjelasan lanjut..... 

2. Sekiranya jawapan di atas "TIDAK ADA" timbul lagi persoalan kenapa kemaruk sangat nakkan benda yang sebenarnya tidak dibuat pun sedang apa yang pastii.... belumpun buat kajian calon dah kena impaknya !! 

3. Sekiranya jawapan diatas "TAK PASTI" eloklah tukar profession lain....


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...