.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, February 20, 2014

Tajuk 566 - Komputer lebih supportive dari SV ?

Susahnya cari SV.... mereka kelompok sibuk memanjang.....

Ini antara rintihan postgraduates..... Jgn merintih sebab anda ada sesuatu yang lebih intim dgn anda dan boleh membantu anda siang dan malam... !

In order to graduate, you need a written thesis, not your SV. Masa ViVa pun SV tak dibenarkan mencelah... mereka diam seribu bahasa... andalah keseorangan mempertahankan apa yang anda tulis. Lebih sadis ada SV yang "tompang sekaki" komen supervisee sendiri masa defend proposal. 

Ini zaman IT. Langkah pertama mungkin bukan lagi mencari SV yang "BAIK" dan "SUPPORTIVE" tetapi kuasailah bidang kajian anda dengan "BAIK" dan belajar kemahiran yang "SUPPORTIVE" utk membantu anda menjelmakannya dalam bentuk tulisan. 

SV mungkin tak boleh nasihatkan anda dalam bidang yang anda ingin kaji kerana dia bukan wikipedia.... sebaik pencarian anda sendiri..... malah ada SV yang sangat baik.. tetapi tidak menguasai bidang kajian anda dgn baik... boleh tunggang langgang dibuatnya.

Maka anda memerlukan SV yang lebih INTIM dan SUPPORTIVE dan boleh membantu anda tahu segala2nya iaitu jeng..jeng..jeng.... lap top anda.... yang boleh anda riba dan bawa ke mana sahaja.... duduk atau sambil baring malah boleh ke ranjang.... Segala yang anda ingin tahu boleh diperolehi.... artikel berada dihujung jari jemari anda. 

Kuasai lah aplikasi yang lebih advance dari apa yang boleh dinasihatkan oleh SV anda... paling asas adalah teknik pencarian artikel dari journal2 tersohor... kuasai operator Boolean utk pencarian artikel dgn cepat.... fahami fungsi advanced search dalam journal... lakukan snowball...... then kuasai aplikasi Mendeley....utk manage artikle dgn efficient... supaya anda "lebih terror" dari SV anda. 

Barulah pertemuan dgn SV selepas itu wpun shekali shekala sahaja.... akan menjadi lebih bermakna dan produktif.. kerana anda telah menguasai bidang kajian anda dari pembacaan artikel dan segala sumber scholar yang berkaitan. 

Jika anda dibidang sains sosial, finance, language dll yang sewaktu dgn nya....kuasai perisian seperti ATLAS.ti..... SPSS + AMOS....., smart-PLS..... cuba settlekan semua pada semester pertama .... bukan ketika data dah berada di depan anda. Jgn harapkan kursus Research Methodology.... anda akan kecewa... percayo lah cakap den. Bukan kursus tersebut tak baik.... tetapi tak cukup baik utk jadikan anda kehadapan mengharungi dunia research sebagai calon Master / PhD. 



Beri pelunag kpd diri anda sendiri utk menguasai perisian analisis data... sebab SV anda hanya akan sebut tetapi tidak akan mengajar anda kemahiran ini.... dan jgn terperanjat.....SV pun ramai yang hanya tahu IV dan DV.... tapi kelu bila berbicara tentang mediator dan moderator..... apatah lagi nak tahu SEM / AMOS dan SMART PLS.... standardised Beta ....unstandardized beta... dan segala macam jargonnya!!

Menguasai perisian-perisian asas utk research akan memberikan advantages dan precaution awal ketika anda menentukan methodology dan menyediakan instrumen dgn tepat .. spt penentuan scale pada questionnare sesuai utk SEM/AMOS.... termasuklah scale moderator mestilah dalam categorical scale....bukan interval.... atau utk lakukan EFA dahulu sebelum uji model fit dgn CFA..... atau tidak....semuanya perlu difahami sebelum anda melakukan data collection!! 

So...jgn jadikan komputer riba anda sebagai mesin taip electronic sahaja.... tapi sebagai "SV" yang boleh anda bawa sampai ke ranjang.... Jika anda tak faham apa yang ditulis di atas..... YOU ARE IN A BIG TROUBLE .... really a big trouble.... SV yang hebatpun tak boleh membantu anda !!

Percayalah....semua ini tidak memerlukan masa yang panjang utk dikuasai...bengkel SEM / AMOS misalnya hanya 2 hari sahaja...... dan jika anda berjaya menguasainya ...di awal2 semester..... SV anda pasti ternganga.....atau senyum sampai ke telinga..... tak adalah lagi asyik nak menyinga !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...