Qnaire sebagaimana soalan objektif (MCQ) mempunyai item. Item dibina supaya mempunyai 3 tahap soalan - senang (Fakta), sederhana sukar (comprehension) dan sukar (application).
Jika soalan objektif mempunyai 3 tahap ini, barulah ia menjadi soalan yang baik kerana dapat membezakan pelajar yang lemah (boleh jawab soalan mudah sahaja), pelajar sederhana dan pelajar yang menguasai (boleh menjawab soalan yang sukar). Jika semuanya soalan mudah….atau semuanya susah blako.....maka set soalan objektif tersebut adalah “RUBBISH” kerana gagal membezakan pelajar lemah, sederhana dan pandai.... baik tak yah buat test kalau semua dapat A atau semua kantoi !!
Begitulah halnya dengan pembinaan item qnaire, yang dibina utk mengukur sesuatu konstruk dan membezakan kedudukan respon dalam konstruk tersebut. Jadi item dalam qnaire juga mesti mempunya 3 tahap – BELIEVE (mudah), ATTITUDE ( sederhana) dan BEHAVIOUR (sukar). Set item qnaire yang tiada 3 tahap ini juga adalah set qnaire yang “RUBBISH”… yang tidak mengukur apa yang patut diukur.
Sebab itulah dah berbuih mulut aku cakap.... content validation tidak selesai dgn hanya menyerahkan kepada "content expert" sahaja jika item tidak disediakan pada 3 tahap ini !!
Aku akan jelaskan step-by-step...
Katalah sebagai contoh anda membina set qnaire dgn skala berikut:
(1) STS.......(2) TS........(3) N.........(4) S........(5) SS
Anda ingin mengukur construct BULI dgn 5 item:
1. Tahap Believe (percaya) – item paling mudah
Item 1= Membuli adalah perbuatan yang salah
Item ini sangat mudah kerana majoriti responden akan “believe”… buli itu perbuatan salah dgn majoriti dijangka "dgn mudah" akan menjawab 5. Ini bermakna item ini tidak dapat sepenuhnya membezakan respoden jika semua menajwab “5”.
Jadi jgn "ek" lah.... jika chronbach apha kajian rintis atau qnaire dari kajian lepas tinggi memanjang sebab respon jawab "semacam" jer.... bukan kerana item itu baik tetapi kerana item tidak mengukur apa2.... yang baik !!
2. Tahap Attitude (sikap) – Item bersifat sederhana mudah
item 2= Membuli boleh memberi pengajaran kepada pelajar baru
Item seperti di atas tidak semestinya dipersetujui walaupun responden menjawab “5” utk Item 1. Responden yang percaya “Membuli adalah perbuatan yang salah” tetapi boleh bersikap bersetuju atau tidak bersetuju dgn Item 2 “Membuli boleh memberi pengajaran kepada pelajar baru”
Maka item diperingkat attitude ini mula menunjukkan perbezaan antara responden. Responden mula berfikir dgn lebih mendalam sebelum menjawab..... maknanya item ini sederhana sukar. Maka item ini menjadi variable yanglebih baik utk mengukur perbezaan antara responden.
3. Tahap Behaviour (tingkah laku) – item paling sukar !!
Tahap ke 3 ini paling sesuai utk membina item kerana mempunyai unsur-unsur measureable yang paling direct bagi mengukur perbezaan antara responden.
Item 3 = Saya meminta pelajar baru membasuh pakaian saya di minggu orientasi
Item 4 = Saya meminta duit dari pelajar baru di minggu orientasi
Item 5 = Saya memanggil pelajar baru dengan panggilan lucah di minggu orientasi
Item behavior ini paling sukar kerana ia mengukur perbuatan atau amalan, tingkah laku malah kekerapan perlakuan SEBENAR responden. Pada tahap ini responden perlu berterus terang….. tidak spt TAHAP BELIEVE atau ATTITUDE yang mana responden boleh pejam sebelah mata sebab tak perlu dibuktikan dengan perbuatan.
Item 3, 4 dan 5 adalah item yang dapat membezakan antara “kaki buli” dan responden yang bukan kaki buli, tidak seperti item 1 dan Item 2.
Oleh itu, qnaire yang baik mestilah mempunyai item dgn ketiga2 tahap ini..... dgn majoritinya adalah item tahap 3. Selepas itu barulah nak buat EFA atau CFA.... whatever !!
Jika anda TIDAK TAHU perkara ini, SV pun tak tahu jugak... malah tak pernahpun sebut atau komen berdasarkan tahap di atas.....maka tak kisahlah samada anda membina item baru atau menggunakan item dari kajian lepas (yang kononnya ada chronbach alpha setinggii 0.99) tetapi tidak tahupun bahawa item dalam qnaire tersebut tidak mempunyai 3 tahap di atas…. anda berkemungkinan sedang menggunakan satu set qnaire yang “RUBBISH”…. yang tidak mengukur secara menyeluruh construct yang anda ingin ukur maka dapatan anda juga akan jadi….......
Qnaire dgn 30 item hanya pd thp "Believe" shj adalah qnaire yg sgt lemah !
Ini adalah asas yang sangat PENTING dalam membina item... yg terabai... diabai.... maka qnaire tu pun bye-bye...
OT