.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 30, 2013

Tajuk 502: Menjejaki artikel author tersohor dan journal dalam bidang anda dlm sekelip mata !!

Sebelum aku tulis berkaitan tajuk... berikut ada email yang aku terima jam 3.30 petang tadi.... aku ringkaskan sahaja.......namun ada pengajaran yang boleh dikongsi bersama...kepada MM tahniah kerana akan berkonvo selepas raya.... 

Email lagi?

Aah...inilah email MM

Assalamualaikum wbt.....

Tujuan saya menghantar email ini adalah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr kerana blog dan bengkel Dr telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tesis master saya dalam tempoh 2 tahun walaupun saya merupakan pelajar part time....


Saya mula menulis pada semester pertama sepertimana yg Dr selalu tekankan. Semester pertama bukan honeymoon bagi saya...walaupun SV tak nak jumpa (OT - pernyataan ini membenarkan fenomena yang tertulis diblog ini) tetapi saya tetap meneruskan usaha mengumpul bahan dan menulis dalam zero draf (pada masa itu Mendeley blm famus) dan akhirnya di akhir semester 3 saya berjaya menyiapkan final draf tesis dan menghabiskan course work.

Walaupun pelajar sepenuh masa yang sama batch dengan saya masih belum siap tesis.......kini saya sedang mengumpul bahan untuk PhD menngunakan mendeley seperti mana Dr cadangkan dalam buku Menndeley . Sekian terima kasih.

MM

Jadi apa citer ko kali ni.... kejap kerdipan mata now tajuk ko sekelip mata..... ko ingat buat research ni macam silap mata ?

Ko baca ler dulu sampai abis.....jgn tengok sebelah mata... aku ingin memperkenalkan kepada newbies yang belum tahu...satu cara mencari "semua" artikel yang ditulis oleh penyelidik tersohor atau sifu dalam bidang masing2. 

Bagi contoh bro...dan kenapa perlu tahu penyelidik tersohor?


Contoh.... ok.....dalam pendidikan sains khususnya pendidikan kimia... Prof David Treagust adalah penyelidik nombor wahid seantero dunia. Aku turut berbangga sebab beliau adalah external examiner tesis aku dulu yang mendapat minor correction. Kalau ko tahu intisari kajian penyelidik tersohor... ko akan dapat panduan yang mantap kajian terkini dalam bidang kajian ko.... maklumlah ko baca semua artikel tok guru ko !


Aku dan Treagust di Adelaide bertemu dalam satu konferens....selepas 3 tahun dia masih ingat tesis aku yang dia semak !!

So?

Katakan aku ingin membuat kajian dalam pendidikan kimia dan tentunya Prof Treagust telah mendahului penyelidikan dalam bidang ini. Maka aku perlu membaca "semua" artikel beliau utk mendapatkan hala tuju kajian aku... supaya selari dgn sifu aku tersebut.

Ok.... then?

Ko bukan website Microsoft academic search di
academic.research.microsoft.com then taip nama Treagust spt screen shot berikut:



Screen shot ini menunjukkan ada 996 artikel termasuklah (i) artikel yang manaTreagust sebagai author dan (ii) aertikel yang mana nama Treagust di cited dalam article tersebut....oleh kerana banyak sangat, ko limitkan hanya kepada tahun > 2009 dan inilah hasilnya iaitu sebanyak 277


Bukan sahaja ko tahu artikel / penulisan akademik yang berkaitan dengan sifu ko... ko juga tahu journal mana yang menerbitkan artikel sifu ko... maka secara tak lansung ko pun tahulah senarai journal yang releven dalam bidang kajian ko... 

Oooo cam tu pulak....patutlah sekelip mata....

Berikut aku extract journal2 yang dimaksudkan... jadi dengan tak semena2 aku dah tahu journal yang terlibat dalam science education...
  • International Journal of Science Education
  • Research in Science & Technological Education
  • International Journal of Science and Mathematics Education
  • Research in Science Education
  • Science and Education
  • Cultural Studies of Science Education
  • Studies in Science Education

Fuhh...... bergeliga otak ko bro....

Bukan bergeliga.... tapi berfikir tanpa memerlukan minyak geliga ! 

Aah bro... dah lama aku tak dengar nama minyak geliga yang nenek aku selalu pakai....ala-ala minyak cap kapak juga !

Bukan itu sahaja.... sebenarnya banyak lagi journal dalam science dan chemistry education.... yang kat atas tu sebagai permulaan jer. Malah ko boleh klik dan download article2 tersebut jika di subscribed oleh IPTA ko lah. Sebab tu jgn buka kat rumah guna wifi ko tu......



Ini bukan sekelip mata atau silap mata.... ini namanya bertentangan mata !!

Jika ko nak tahu... jika dibaca beberapa artikel yang ko download di atas....ko akan perolehi banyak lagi journal dalam science education untuk literature search... antaranya adalah

1.   Cultural Studies of Science Education
2.   Electronic Journal of Science Education
3.   International Journal of Environmental & Science Education
4.   International Journal of Science Education
5.   Journal of Computers in Maths and Science Teaching
6.   Journal of Science Education and Technology
7.   Journal of Science Teacher Education
8.   Research in Science & Technological Education -
9.   Science Education
10. Science & Education
11. Journal of Research in Science Teaching
12. Journal of Science Teacher Education
13. Research in Science Education
14. School Science Review
15. Science Educator
16. School Science and Mathematics
17. Science Scope
18. Science Teacher
19. California Science Teachers Association Journal
20. Journal of College Science Teaching
21. Journal of Environmental Education 
22. Journal of Chemical Education



Mak ai.... banyak nyer bro....

Sebab itulah kalau ko buat proposal dalam bidang science education... kat belakang proposal ko ada rujukan 3, 4 journal jer dan lain2 tu buku2 teks ntah apa2.... tu maknanya ko memang nak kena ... sebabnya ada 22 journal dalam science education... belum masuk lah journal umum lain dalam education spt Educational Review, Teaching and Cognition, Educational Researcher, Psychological Review, Journal of Psychological Education, Cognitive Science dll...dan ini hanya contoh dalam science education so ko buat ler sendiri dalam bidang ko....

Ok..ok.... aku akan buat bro...

Jadi jgn salah sesapa.... klu tesis dan proposal ko tak ada  kualiti sebab sikit journal dan tak ada isi.....dan tulisan ini hanyalah satu cadangan sahaja utk mengetahui journal yang sesuai... maybe ada byk cara lain lagi... so pandai2lah ko cari sendiri....aku nak beradu..... jam dah pukul 1.... 

OT

Saturday, July 27, 2013

Tajuk 501: Amalkan sikap last minute… sbg amalan terbaik !

Sebelum aku tulis pasal tajuk 501 ni…. aku syukur sebab blog ini dipaparkan dalam Harian Metro 26 Julai 2013… sempena cuti Nuzul Al-Quran. Ini membuktikan penerimaan blog santai ini utk dipaparkan didada akhbar…. dengan satu mukasurat penuh .... menyambung tradisi penulisan aku yang juga diterbitkan 3 kali dalam majalah Milenia Muslim tahun 2012.

Harian Metro 26 Julai 2013

Ko tahu bro… sejak bulan puasa ni aku perasan ada satu amalan yang Rasullullah sangat suka dilakukan secara last minute ! Ini ada kena mengena dengan tajuk 501 kali ni. Dan aku percaya…. amalan ini boleh ko praktiskan dalam penulisan tesis ko.

Apa amalan yang Nabi suka tu? Bagi aku….aku tak suka kerja tangguh2 sampai last minute ni !

Nabi suka malah digalakkan bersahur secara last minute...malah sunat bersahur pada bahagian terakhir sebelum subuh. 

Emmm… apa kaitan dengan penulisan tesis…. macam tak der kena mengena jer?

Semalam aku ke postgraduate office di fakulti. Dah lama aku memerhatikan satu iklan “3 Minute Thesis (3MT)”. … juga aku sekali sekala membaca website tentang “3 month thesis”….hati aku berkata2..….ini idea kreatif… kalau “3 year thesis” pun jenuh nak siap…. nikan 3 months apatah lagi 3 minutes ? 

Betullah bro… giler ker nak siapkan dalam 3 minute… pakai magik aper?


Cool…utk makluman ko… 3 minute mahupun 3 months tu adalah tempoh hypothetical dan gimmick supaya ko jangan fikir bila thesis jer mesti kena lakukan bertahun-tahun …. jika proposal mesti tulis sampai 3, 4 semester batu siap…. dan kalau ambil sample mesti banyak2 satu Malaysia….malah kalau nak present mesti berjam2…..dengan slide yang berpuluh2.... 

Aku tak faham lah…. Cam ner 3 minit tu? Master chef rebus telurpun mesti 6 minit…. Itupun nak jadikan telur separuh masak….. kalau 3 minit jawab makan telur mentah ler …sungguh tak tercapai aqal ku !

3 minutes thesis (3MT) adalah satu gimmick…. satu pertandingan yang diilhamkan oleh Uni of Queensland utk pelajar PhD. Ia berbentuk pertandingan tesis presentation dengan hanya menggunakan SATU SLIDE tanpa transition, tanpa unsur tambahan spt audio mahupun video….bagi meyakinkan audien akan signifikannya kajian tersebut dalam menyumbang kepada knowledge hanya dalam masa 3 minutes. Dalam tempuh sesingkat itupun dah memadai utk menceritakan isi2 penting kajian ko… sebab tu tak perlulah nak defend proposal sampai 40 minutes…. Sampaikan isi2 penting sudahlah. 

Wow…. Camner tu bro?

Cer ko fikir…. Proposal 100 mukasurat pun boleh diringkaskan menjadi SATU mukasurat dengan RFOT yang aku perkenalkan. RFOT hanya menyentuh isi2 penting dalam kajian. Jadi, penyediaan proposal yang terlalu tebal dan details sangat tidak perlu. Yang utama adalah rangka kajian yang jelas dan dapat difahami serta menyumbang kepada knowledge.

Inilah yang berlaku dalam 3MT. Mereka meringkaskan kajian utk dipersembahkan secara santai, tanpa jargon, hanya dengan satu slide yang simple.....utk audien yang pelbagai disiplin.

Boleh ke dalam 3 minute? 

Tulah ko…. Bila aku kata proposal aku siap dalam 3 bulan… ko kata luar biasa…. Sebab biasanya kalau tak masuk 3 semester proposal takkan siap…. Bila aku kata tesis yang baik adalah tesis yang siap dalam tempoh masa yang diberikan ko kata…. payah….. Ko tahu tak mana datangnya penyakit ko tu?

Penyakit? Come on lah …. Aku normal per.. macam taburan normal he he…

Memanglah taburan normal…. Yang salah dah jadi normal dalam komuniti postgraduate. 

Sedap mulut ko cakap….cer ko bagi contoh….

Sebabnya telah menjadi satu lumrah postgraduate beranggapan tiada proposal berjaya dihasilkan seawal semester 1..… ditambah lagi dgn system di IPTA yang tak flexible…. Ditokok dengan mitos bahawa pelajar tak akan mampu buat proposal selagi tak abis coursework…. Diperkasakan lagi dengan amalan pelajar mesti siapkan proposal yang mak datuk…. punyalah tebal dan detailnya….dan diperkaya pula dgn wujudnya sebahagian SV yang pada semester 1 hanya “wait and see” apa yang bakal dilakukan oleh supervisee … dan akhirnya diperkuatkan dengan supervisee pulak “see and wait” apa yang akan diarahkan oleh SV. Akhirnya berlarutannlah insiden kejar mengejar “wait and see” dan “see and wait” ini sehingga masuk semester 1, 2, 3,….ke-n.

Abis yang ko kata amalan last minute tu macam maner pulak? Dah last2 minute baru nak siap ker?

Ini satu insiden aku nak kongsi. Seorang student semester 6 yang lama menghilang diri….kononnya sibuk dan akhirnya malu nak jumpa SV sebab tak ada progress….. jeng3... then tanpa ribut tanpa taufan apatah lagi tsunami…..tiba-tiba dia muncul pada bulan Ramadhan...dia merayu utk berjumpa SV setiap hari.

Apasal lak... dah buang tabiat ker?

Aah dia buang tabiat buruk dia yang diamalkan selama 6 semester...rupanya dia baru menerima sekeping surat amaran dari sponsor biasiswa. Inilah satu contoh last minute .. tapi bukan contoh ini yang aku nak tulis atau cadangkan….. ini contoh yang “tak boleh pakai”…. namun kesungguhan pelajar tersebut membuat apa sahaja… mencuba apa sahaja…. mencari apa sahaja dan menulis apa sahaja setelah berada diambang “last minutes” sungguh menakjubkan… yang sepatutnya dilakukan pada semester 1 BUKAN semester 6 !! 

Abis ko kata last minute.. mestilah semester 6 ! Kenapalah ko suka bagi idea yang pelek-pelek?

Aah…. memang pelek tapi bukan last minute selepas 6 semester…. sebab itu bukan berkesan…. 


Abis?

Itu namanya nak pengsan...

Pulak…jgn ler ko bagi confused otak PhD aku ni !


Camni…. Setiap kerja mestilah ada time frame. Time frame to ko yang tetapkan dalam minda ko… atau ko catat dalam diary ko.. atau ko buat gantt chart… atau miles stone atau ko tulis dalam FB… atau ko tampal kat dinding bilik ko… atau ko letak sebagai desktop pada hphone, ipad-tablet-tab…. atau atas semua gadjet ko yang canggih manggih tu dan mahal...yang ko kendong ke hulu kehilir tu ....

Relex ler bro… jgn marah…

Katalah ko set 3 bulan utk siapkan draf proposal lengkap. 

OK...

Bulan pertama adalah bulan untuk membuat intensive literature search bagi mendapatkan artikel dan mencari gap dalam topic of interest ko. Sebulan cukup bro… utk ko selongkar apa sahaja isu terkini dan signifikan utk kajian ko melalui library atau google scholar dengan teknik snowball dari link “related references” dan “doi”pilot artikel ko. Akupun dah tulis banyak kali benda2 ni….

Bulan kedua lakukan perjumpaan yang intensif dan frequent dgn SV bagi membincangkan hala tuju dan aspek2 penting dalam kajian ko... bukan main mata atau main "wait n see atau see n wait" dengan SV...

Bulan ketiga, ko mula kan dengan draf outline proposal dan dengan bantuan Mendeley dan document map, ko mulakan penulisan… tulis dan tulis… jangan tahan2…dan lakukan cara yang sama bila ko dan sedia utk jalankan kajian dan menulis tesis.... month by month...

Abis kat mana last minute nya tu?

Tinggi sungguhlah darjah kelembapan ko ni... last minute ko adalah tempuh setiap bulan tersebut… dalam tempuh 3 bulan….bukan 3 tahun. Anggap ko “gagal” jika gagal siapkan apa yang patut ko capai pada setiap bulan…. dalam tempuh 3 bulan. So bekerjalah sehingga last minute utk capai target setiap tempuh sebulan dalam 3 bulan tersebut !! Jika ko gagal siapkan draft proposal lengkap ko… ko gagal bro....3 kali ko gagal !! 


Kenapa aku kena letakkan sasaran setiap bulan utk 3 bulan bukan 3 tahun?

3 bulan supaya ko sentiasa berada dalam alert zone…. kalau 3 tahun ko akan berada dalam comfort zone !! Cabar diri ko utk capai target setiap bulan…. naikkan adrenaline ko… wujud keadaan keterujaan... dan tentu ko pernah ada pengalaman bila last minute jer... ilham, idea, datang bagai tak dapat ditahan2 lagi..mencurah2 macam hujan turun.... tapi bukan last minute selepas 6 semester... jadikan last minute tu setiap bulan... atau at least setiap semester.... 

Perlu ker aku buat macam tu.... susah lah !

Memanglah susah.... tapi susah dulu pendapatan + bonus masa yang ko ada.... tapi susah kemudian.... memang menyusahkan...sebab tak berguna....

Idea aku disini adalah.... menjadikan "last minute" utk mencapai objektif yang lebih kecil.... sepaya tercapai objektif yang lebih besar... dan kast minute akan memberikan satu keterujaan....ko tahu tak apa yang berlaku bila ko dalam keterujaan ?

Emmm…. Tak perasan ler pulak…

Meh aku bagi tau…. Bila ko sentiasa mengejar minit2 yang berlalu sehingga ke last minute… untuk setiap bulan1, 2 dan 3…. adrenaline ko juga akan meningkat… maka keterujaan ko akan meluap2… ko cabar diri ko….masa tu kekuatan minda dan fizikal ko akan menjadi maksima…. sensitivity senses ko makin tinggi…. 

Bagilah satu analogi bro? He he..

Ini analogi yang sedikit extreme di bulan2 puasa ni tetapi perlu utk aku cuba sampaikan maksud keterujaan last2 minute......katalah ko baru kawin jer tapi hanya dapat jumpa isteri 1 bulan sekali sebab ko kerja di KB dan dia di JB.... gerenti adrenaline dan sensitive ko tahap gaban bro bila sampai jer last2 minute nak pergi JB jumpa isteri ko melepaskan rindu dendam....sure ko tak lena tidor.... gelisah....dan kalau ko balik drive dari KB ke JB... adrenaline ko yang meluap2 nak jumpa isteri tu membuatkan ko terjaga sepanjang perjalanan.... dan penat, mengantuk, lapar dan dahaga tak ko terasa.... hanya bayangan isteri ko yang ada di screen depan kereta ko.... dgn aksi yang..... (maaf tak dapat disiarkan disini) .......tak sabar2 bro....dan kalau ko balik JB dan dapat berjumpa bulan puasa....selepas  1 bulan tak jumpa.... sure ko hanya sempat makan sebiji kurma jer masa berbuka....itupun tak abis.....sebab masing2 dah tak sabar dah.........

Wusss....ini analogi paling daring ko tulis bro....buat aku lak yang tak sabar pagi2 ni bro....  

Jadi halangan depan mata….. ko akan selamba je rempuh bro…. dan ko takkan rasa sakit punya … sama seperti kisah pelajar yang last minute dan kisah pasangan baru kawin! 

Emmm…. Lagi?

Sebab itu jangan letakkan target ko 3 tahun nak siap….. ko rasa selamat dan selesa…. keterujaan ko dari suam2 kuku…jadi suam2 milo… pastu jadi milo ais…. beku ...yang hanya sodap bila berbuka dengan barbeque ! 

Baru aku faham….maksud ko .... amalan last minute tu mengikut bulan bukan tahun….atau semester kan?
Air tahu air kelape…. Tau tak per… selamat berbuka…..

OT

Wednesday, July 24, 2013

Tajuk 501: 3 Minute Thesis dan amalan last minute yang cukup berkesan?

Wow dah masuk tajuk 501... teringat aku akan Jean Levis 501 yang isteri aku beli tetapi tersalah size.... sampai sekarang aku simpan.....kerana nilai pemberian isteri itu lebih berharga.......tapi ni bukan cerita pasal Levis.... tapi pasal website “3 Minute Thesis (3MT)”  dan "3 month thesis”….yang aku baca....

Betullah bro… giler ker nak siapkan dalam 3 minute… pakai magik aper?

Cool dulu bro…utk makluman ko… 3 minute mahupun 3 months tu adalah tempoh hypothetical supaya ko jangan fikir bila thesis jer mesti kena kerja kuat bertahun-tahun baru nak siap…. jika tulis mesti pulun tebal2…. dan kalau sambil sample mesti banyak2….sedangkan yang penting adalah signifikannya kajian ko dalam menyumbang kepada body of knowledge.

Aku tak faham lah…. Cam ner 3 minit boleh hasilkan tesis yang signifikan…. Master chef rebus telurpun mesti 6 minit…. Itupun nak jadikan telur separuh masak….. kalau 3 minit jawab makan telur mentah ler …sungguh tak tercapai aqal ku !

3MT adalah satu pertandingan yang diilhamkan oleh Uni of Queensland utk pelajar Master dan PhD. Ia berbentuk pertandingan presentation tesis bagi meyakinkan audien akan signifikannya kajian tersebut hanya dalam masa 3 minutes. Dalam tempuh sesingkat itupun dah memadai utk menceritakan isi2 penting kajian ko… sebab tu tak perlulah nak defend proposal sampai 40 minutes…. Sampaikan isi2 penting sudahlah. Maka proposalpun tak perlulah tebal dan detail sebab tujuannya untuk merangka kajian sahaja….

Boleh ke dalam 3 minute?

Tulah ko…. Bila aku kata proposal aku siap dalam 3 bulan… ko kata luar biasa…. Sebab biasanya kalau tak masuk  3 semester proposal takkan siap…. Bila aku kata tesis yang baik adalah tesis yang siap dalam tempoh masa 3 tahun yang diberikan ko kata…. payah….. Ko tahu tak mana datangnya penyakit ko tu?

Penyakit? Come on lah …. Aku normal per.. macam taburan normal  he he…

Memanglah taburan normal…. Sebab semuanya dok pakat2 buat andaian yang menyimpang…. Yang salah dah jadi normal dalam komuniti postgraduate.

Sedap mulut ko cakap….cer ko bagi contoh….

Sebabnya telah menjadi satu lumrah postgraduate beranggapan tidak akan ada proposal berjaya dihasilkan seawal semester 1..… ditambah lagi dgn system di IPTA yang tak flexible…. Ditokok dengan mitos bahawa pelajar tak akan mampu buat proposal selagi tak abis coursework…. diperkasakan lagi dgn amalan pelajar mesti siapkan proposal yang mak datuk…. punyalah tebal dan detailnya….dan diperkuat dgn wujudnya sebahagian SV yang pada semester 1 hanya “wait and see” apa yang bakal dilakukan oleh supervisee … manakala supervisee pulak “see and wait” apa yang akan diarahkan oleh SV. Akhirnya berlarutanlah insiden kejar mengejar “wait and see” dan “see and wait” ini sehingga masuk semester 1, 2, 3,….ke-n.

Abis yang ko kata amalan last minute yang berkesan tu bukan macam tu ker…. dah last2 baru nak siap!

Ko baca satu insiden ni. Seorang student semester 6 yang lama menghilang diri….kononnya malu tak ada progress…tiba-tiba muncul setiap hari mengadap SVnya setelah mendapat sekeping surat amaran dari sponsor biasiswa. Inilah contoh last minute yang “tak boleh pakai”…. namum kesungguhannya membuat apa sahaja… mencuba apa sahaja…. mencari apa sahaja dan menulis apa sahaja dalam 3 bulan sahaja sungguh menakjubkan… yang sepatutnya dilakukan pada semester 1 BUKAN semester 6 !!

Abis ko kata berkesan kalau last minute?

Aah…. tapi bukan last minute selepas 6 semester…. sebab itu bukan berkesan…. itu namanya nak pengsan!

Pulak…

Camni…. Setiap kerja mestilah ada time frame yang ko sendiri tentukan. Katalah ko set 3 bulan utk siapkan draf proposal lengkap. 

Bulan pertama adalah  bulan untuk membuat intensive literature search bagi mendapatkan artikel dan mencari gap dalam topic of interest ko. Sebulan cukup bro… utk ko selongkar apa sahaja isu terkini yang signifikan utk kajian ko melalui library atau google scholar dengan teknik snowball dari link “related references” dan “doi”pilot artikel ko. 

Bulan kedua lakukan perjumpaan yang intensif dan frequent dgn SV bagi membincangkan hala tuju dan aspek2 penting dalam kajian ko. 

Bulan ketiga, ko mula kan dengan draf outline proposal dan dengan bantuan Mendeley dan document map, ko mulakan penulisan… tulis dan tulis… jangan tahan2…

Abis kat mana last minute nya tu?

Last minute ko adalah tempuh setiap bulan tersebut… dalam tempuh 3 bulan….bukan 3 tahun. Anggap ko “gagal” jika gagal siapkan apa yang patut ko capai pada setiap bulan…. dalam tempuh 3 bulan. So bekerjalah sehingga last minute dalam tempuh 3 bulan tersebut !!

Kenapa aku kena letakkan sasaran 3 bulan bukan 3 tahun?

3 bulan supaya ko sentiasa berada dalam alert zone…. kalau 3 tahun ko akan berada dalam comfort zone !! Cabar diri ko utk capai target setiap bulan…. naikkan adrenaline ko… wujud keadaan keterujaan..

Perlu ker aku buat macam tu?

Ko tahu tak apa yang berlaku bila ko dalam keterujaan ?

Emmm…. Tak perasan ler pulak…

Meh aku bagi tau…. Bila ko sentiasa mengejar minit2 yang berlalu sehingga ke last minute… untuk bulan1, 2 dan 3…. adrenaline ko juga akan meningkat… maka keterujaan ko akan meluap2… masa tu kekuatan minda dan fizikal ko akan menjadi maksima…. sensitivity senses ko makin tinggi….  Jika ada halangan depan mata….. ko akan selamba je rempuh…. dan ko takkan rasa sakit punya … sama seperti kisah insiden di atas!!

Emmm…. Lagi?

Sebab itu jangan letakkan target ko 3 tahun nak siap….. ko rasa selamat dan selesa…. keterujaan ko dari suam2 kuku…jadi suam2 milo… pastu jadi milo ais…. beku dan kaku….

Adanya...

OT



Monday, July 22, 2013

Tajuk 500: Dari BLOG ke BLOG - Maksimakan keghairahan mencari artikel dengan "DOI".

Aku ingin menulis sesuatu... seperti hari-hari lalu.... tiba-tiba aku seperti tidak percaya, artikel ini adalah artikel ke 500 yang aku tulis dalam blog ini. Kalaulah kesemua tajuk ini dibukukan.... pasti menyamai 3 buah thesis PhD atau 5 buah tesis master !! Sempena tajuk ke 500 ni.... dengan blog ini mendapat hits melebihi 600,000 kali.....entry aku kali ni panjang ler skit...

Ye ker.... panjang pun ok...memang Rembau Most Wanted betullah ko ni waghih.... bila masa ko tulis semua tu bro.... botingkek-tingkek.... dari Jolobu sampai Bongek !

Entahlah... tau2 dah 500 tajuk tentang penyelidikan dan statistik dari keseluruhan 792 entry kesemuanya dlm blog ini yang lahir pada 10.10.10... walaupun menulis menggunakan bahasa SLANGA diselit sedikit loghat nogori....namum yang penting... mesej aku sampai. Paling terharu bila mendapat respon baik dari pembaca blog sehingga keluar dalam blogsspot, wordpress malah website mereka pula seperti contoh petikan berikut: 

Petikan 1: http://chekiyah.blogspot.com
Sebagai langkah awal… berjalan dari blog ke blog, terjumpalah blog Dr OT. Terus jatuh cinta dengan penerangannya tentang penulisan thesis. Sebagai seorang yang bergelumang dengan dunia penulisan thesis yang sebenar, inilah tempat terbaik untuk menimba ilmu…ada beberapa perkara tambahan yang Dr OT perkenalkan seperti Mendeley yang sangat memudahkan dalam penyediaan bibliografi dan citation! Paling tak sangka, bengkel ni berjalan 100% paperless. Dr OT tak bagi ada kertas dan pen di atas meja (tapi boleh ada mee/nasi lemak) dan tak boleh menulis. Semua ditaip di dalam laptop masing-masing. Hebatkan? Dr OT sangat humble dan semua peserta enjoy dengan beliau. Itu yang pasti!!


Petikan 2: http://natashabintikhalil.blogspot.com
Alhamdulillah...akhirnya dapat juga saya menghadiri bengkel penulisan tesis yang dikelolakan oleh Dr OT di UTM Skudai ... after mengkhatamkan e-book beliau ... Satu family semua saya bawa ke JB ....berbaloi travel jauh-jauh dari Ipoh.... through bengkel ni saya dah dapat pengisian seperti 1file1thesis dan teknik speed reading...tak perlu lagi nak print out jurnal beratus-ratus (eh terkena batang hidung sendiri)..

Setelah agak blur dengan progress pembacaan journal yang makin lama baca, makin bergenang-genang dalam otak.. ..bukaklah fesbuk ….ternampak lah gambar Dr OT dapat award masa satu expo di KL…ada link blog...memang best sesangat blog Dr nih ... dalam usaha memberi paham kepada student-student research untuk diorg bertambah2 semangat, motivasi dan menaikkan momentum pada yang dah hampir putus harap..Dengan gaya bahasa bersahaja, sangat jelas setiap butiran isi yang ingin disampikan…

Petikan 4: http://drsolah.com
Dr OT sangat bersungguh-sungguh membantu ramai pelajar Post Graduate dalam proses menulis thesis dengan cepat. Terdapat 6 siri ebook yang ditulis dengan penulisan simple ….sememangnya saya rasa ini adalah buku yang terbaik setakat saya jumpai dan komprehensif yang menceritakan tentang mudahnya menulis thesis.

Petikan 5: http://khairilmk.wordpress.com
Btw, for those of you out there who are currently doing research or are thinking of one, do visit this wonderful blog authored by Dr OT. I’m glad I came across this awesomeness blog . TQ Doc for the very useful tips…

Petikan 6: http://jijuzera.blogspot.com
Saya juga dulu macam blur-blur tang buat proposal ni. Saya nak cadangkan blog Dr. OT.. He is so nice - tidak lokek berkongsi ilmu tentang cara menulis tesis dengan mudah, cepat dan berkualiti...boleh sertai bengkel yang dianjurkan oleh Dr OT or you can just email him...mengikut pengalaman saya, dia akan reply. InsyaAllah

Petikan 7: http://cikgusafwan.wordpress.com
Nice blog. Sila layari blog drotspss.blogspot.com bagi perbincangan statistik dan kaedah penyelidikan pendididan secara santai…termasuk SPSS, NVIVO, penulisan tesis dll….


Petikan 8: http://penbirumama.blogspot.com
Last Monday, MamaAliya pergi bengkel Dr. Othman Talib...Bengkel Tulis Thesis in a Smart and Fast way...3 Semester punyer keje boleh buat dalam masa 3 jam. Korang tak percaya??? Percayalah kerana ianya benar...hihiSelama ni selalu follow dan baca blog Dr.OT. Banyak perkara yang dapat MamaAliya pelajari. Memang sangat bermanfaat bengkel ni. Bukan sahaja pelajar Master dan PHD, tapi pensyarah pun ada join ...Dr. OT pun ada tulis buku. MamaAliya beli buku Dr.OT ni untuk dijadikan rujukan dan panduan...Memang sangat best dan berbaloi-baloi. Bahasa yang digunakan pun sempoi dan senang pafam...



Petikan seperti di atas inilah yang menjadi keghairahan untuk terus menulis....sampai tidak berkerdip mata...

Ini sambungan entry Tajuk 499 ker... pasal kerdipan mata?

Aah.... tapi dari kerdipan mata terhasillah rasa ghairah....

Ghairah? Macam adegan ini ker?

Adegan apa?

"Malam itu dingin...sunyi....hujan masih renyai2 diluar....jam baru 9 malam...Samad memerhatikan sahaja kekasihnya, yang dipanggil dengan singkatan As. As yang slim dan seksi kelihatan lena terdampar di atas sofa....manja.... Malam ini Samad nekad. Dia mesti lakukan malam ini juga. Kawan2 Samad kebetulan semuanya balik ke kg masing2.... inilah malam untuk Samad. Dah lama dia pendam. Jantung Samad berdegup kuat dan nafasnya semakin kencang.... 

Samad menghampiri kekasih hatinya yang lama tidak disentuh.....kini menunggunya disofa empuk....Samad dgn perlahan2 membuka selimut kekasihnya As dgn penuh ghairah..... dan As seperti pasrah..... ....kini tiada seurat benangpun menutup tubuh kekasihnya yang slim dan seksi itu..... Samad nekad.... yess... malam ini akan menjadi saksi keghairahan Samad !

Samad lantas mencampakkan cover laptop Asus, ultrabook slimnya yang sudah lama berada disofa....kerana Samad tiada idea untuk menulis.... malam itu Samad nekad membuang cover yang menyelimuti kekasihnya itu ...kerana kini keghairahan Samad tidak dapat ditahan2 lagi.....malam itu juga Samad gunakan As utk membina ZDOT - zero draf of tesis serta memulakan literature search dengan "DOI".... semuanya berlaku selepas Samad membaca buku Tulis Tesis Cepat.... dan mengikut bengkel Dr OT...."

Phew..... itu ayat klise novel tahun 80an .....ingat As tu Aspalela ke... rupanya Asus...



Inilah As.....Asus Ultrabook yang slim dan sexy

Aku nak jelaskan apa yang aku maksudkan dengab keghairahan pencarian artikel dengan "DOI". 

OO.... doi yang ada pada artikel tu ke?

Aah....doi adalah digital object identifier, satu singkatan bagi mencari artikel dari link internet seperti yang disiapkan oleh penerbit journal. Semua ini memudahkan pencarian artikel. 

Aku nak demo bagaimana dari SATU pilot artikel (sila rujuk maksud pilot artikel ini dalam tajuk2 yang lepas) bertajuk "Thinking about Creativity in Science Education" utk research terbaharu aku ....then berjaya dapatkan SEPULUH artikel lain yang releven.... bayangkan kalau ko ada banyak pilot artikel.... mahu ratus2 artikel2 yang releven aku dapat...mana tak ghairah bro...

Screenshot 1:

Inilah pilot article yang aku buka dari Mendeley aku.

sebagai artikel permulaan utk mencari artikel2 lain..

Screenshot 2:

Dua dari puluhan doi pada references dalam pilot article yang menjadi link kepada artikel tersebut 



Screenshot 3:

Dengan sekali klik pada doi, terus terpapar artikel yang mempunyai doi yang sama. Ko pun dgn selamba save dalam dropbox 



Screenshot 4:


Ada kalanya doi membawa ke publication dahulu bukannya artikel tapi ko boleh terus download artikel dari publication tersebut dan save ke dalam dropbox 

Screenshot 5:

Aku cuba dengan doi yang lain.... 

Screenshot 6:

Dengan sekali klik, muncullah artikel ini ... sebagai artikel ke2 yang berjaya di download...


Screenshot 7:

Satu ingatan. Lakukan kerja2 mengklik "doi" dari server IPTA atau proxy server IPTA. Jika dengan wifi kat rumah,
dikhuatiri ko tak boleh download sebab yang subsribe adalah IPTA ko.... 
Screenshot 8:
Inilah 9 artikel yang berjaya aku download hanya dengan klik doi pada artikel di references pilot article. Jadi semuanya ada 10 !! Inilah yang aku selalu sebut sebagai snowballing !!

Screenshot 9:

Bila aku drag ke Mendeley.... semua metadata 10 artikel tersebut berjaya di ekstrak dengan jayanya..... dan masa utk membaca...




Then aku buka satu lagi artikel dalam Mendeley yang berjaya aku download melalu doi utk tersukan snowballing aku:

Screenshot 10:

Aku terus ke bahagian REFERENCES dan terdapat banyak lagi doi dan aku akan ulangi lagi proses yang sama seperti di atas utk mendapatkan semua artikel yang releven.. keghairahan aku makin meluap2....bagai tak dapat ditahan2....


Screenshot 11:

Lihatlah link dalam bentuk doi yang menunggu utk ko klik ....


Cayalah bro..... aku pun nak men"doi" pulaklah.... nak kembalikan keghairahan aku yang dah lama suam2 kuku.... 

OT



Sunday, July 21, 2013

Tajuk 500: Imbas kembali …. lahirnya drotspss...

Aku macam tak percaya…. pejam celik dah ada 792 entry dalam blog ini. Dari jumlah itu, aku telah menulis 499 tajuk berkaitan penyelidikan, statistik, proposal dan penyeliaan. Tajuk entry yang sedang aku tulis ini menjadikan kesemuanya berjumlah 500 dari keseluruhan 792 entry!! Ini bermakna selang 1.7 hari aku menulis satu entry !! Fuhh… tak cayo den !

Semua ini berlaku hanya dalam tempuh 2 tahun 10 bulan.  Aku jangkakan, jika kesemua 500 entry aku ini ditulis dalam bentuk buku, mungkin buku tersebut mencecah lebih 1000 mukasurat.. menyamai 3 atau 4 thesis PhD  !! Wow…. dan sempena Tajuk ke 500, aku ingin menyorok skit sejarah penghasilan blog drotspss ini.

Suatu pagi, pada tanggal 10.10.10 kira-kira 2 tahun 10 bulan yang lalu, aku cuba-cuba membina blog  “SPSS - Suka Penyelidikan Suka Statistik” dengan membuka akuan di blogspot. Akupun memilih email aku sebagai zahinothman@gmail.com sempena nama anak aku Zahin Zafran. Kemudian aku mengambil anak bongsu aku Zafri Zulqarnine…. untuk menghiasi blog ini sebgai icon. Kini Nine telahpun berumur hampir 3 tahun. Aku juga selitkan ShoutMix supaya dapat berinteraksi dengan pembaca blog. Sayugia aku nyatakan disini bahawa selepas setahun, blogspot dan ShoutMix telah mengenakan periodical payment kepada aku kerana blog aku telah melebihi capacity “free” yang mereka tawarkan.  

Dorongan untuk membina blog ini datangnya dari semangat aku utk membantu pelajar kursus Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan (EDU5900). Rata-rata pelajar aku adalah guru dan pegawai dari KPM yang ingin mengambil master. Terdapat beberapa orang calon PhD juga dalam kelas aku.

Aku ada kecenderungan membuat sesuatu, wpun aku tak mahir, dgn cara meletakkan diri aku dalam “tekanan”. Aku asalnya tak minat blog dan aku tak tahupun menghasilkan blog. Maka aku paksa diri aku utk memulakan sesuatu dan akhirnya terhasillah www.drotspss.blogspot.com yang sehingga kini mempunyai 792 entry keseluruhan, dengan hits melebihi setengah juta serta follower seramai 1715. Sepanjang mengajar EDU5900, aku menyedari betapa kursus tersebut tidak memberi impak maksima malah gagal meletakkan pelajar dalam landasan yang betul sebagai bakal penyelidik. Kesempatan berbincang dengan pelajar juga mendedahkan mereka memerlukan sesuatu yang lebih dari sekadar pengetahuan jenis2 rekabentuk kajian ataupun teknik2 persampelan yang boleh saja dibaca terus dari buku2 teks. Dari situ, aku mula mengimbas kembali teknik yang telah aku gunakan semasa belajar di Adelaide, Australia… sehingga terhasilnya penulisan tentang pendekatan seperti hybridization, SIMEC, OFOT, ZDOT, aplikasi Mendeley, RFOT, KOT dan seumpamnya yang aku tulis entry demi entry. Malah, aku juga telah menjadi trend setter kepada bengkel intensive melalui PENULISAN CEPAT TESIS.

Aku juga menulis secara rasional mengapa banyak amalan penyeliaan turun temurun yang tak efisyen lagi seperti amalan penghasilan proposal yang kononnya perlu mencapai satu tahap yang  tidak selari dengan tujuan proposal itu sendiri. Amalan penghantaran proposal Chapter demi Chapter serta isu tajuk basi dan tak original telah aku kupas kerana amalan yang tersebut juga telah diturun temurunkan tanpa alasan yang wajar.

Posisi SV sebagai durian manakala supervisee adalah timun ternyata suatu yang perlu diberikan perspektif baru. Tajuk entry “Anda lebih terror dari SV” adalah satu kupasan kepada taboo durian-timun ini  yang menguasai dunia siswazah. SV bukan maksum atau Wikipedia yang tahu segala2nya !
Juga aku pohon maaf kepada pencinta bahasa kerana bahasa dalam blog ini terlalu santai kepada sebahagian “para cendiakawan” dan “para bahasawan”. Tapi “ada aku kesah” jika mesej yang aku ingin sampaikan dapat diterima oleh majority pembaca blog. Aku percaya…. majority ini lah yang memberi impak kepada nilai min dan variance, yang digunakan dalam apa jua statistic inferens, bukan 2, 3 orang yang boleh dianggap sebagai outlier yang dalam kebanyakkan kes, perlu diabaikan sahaja kewujudannya.
Kenapa ada “aku”, “ko” dan “bro” dalam penulisan blog ini? Ini kerana, aku percaya sukar utk menyampaikan mesej jika hanya “aku” sahaja yang menulis tetapi tiada “ko” dan “bro” yang mempersoalkannya. Aku tak mahu jadi “SV” yang hipokrit, yang hanya tahu memberi arahan tetapi dalam masa yang sama juga aku adalah “pelajar” yang boleh memberi respon kepada arahan tersebut. Jadi “aku” dan “ko” dalam penulisan blog ini memberikan ruang perbincangan yang lebih rasional, terbuka dan adil. Aku tidak mahu perbincangan antara SV dan pelajar menjadi “bias” kepada SV.

Aku juga menulis tentang kewujudan spesis SV yang menobatkan diri mereka sendiri sebagai “insan sempurna” dalam dunia penyelidikan apatah lagi dengan gelaran Prof…. maka muncullah entry seperti “Bila Prof jadi Maradona” bagi meletakkan “batu asas” yang lebih adil bila memberikan judgment kepada hasil penyelidikan pelajar.

Aku juga banyak menulis fenomena  “tajuk basi”, “tak original” dan “tajuk dah banyak orang lain buat” yang melemaskan sebahagian besar pelajar. SV berhak menuding jari mempersoal tajuk kajian pelajar namun, ada kalanya kegagalan melihat “tajuk basi” tersebut adalah hasil dari  “kebasian pengetahuan”  yang dimiliki SV sendiri dan ini tidak adil bagi pelajar. Jadi anda bacalah entry-entry tersebut.

Sayugia dinyatakan disini, aku juga bukan insan perfect jauh juga dari menjadi SV yang ideal. Aku cuma menulis  perihal dunia pascasiswazah dari satu perpektif yang berbeza secara rasional bagi memberikan keadilan kepada semua pihak. Dalam penyelidikan, tak perlu ada pihak yang percaya mereka terlalu superior dan satu pihak lain pula terlalu inferior !

Juga aku menulis bahawa Semester 1 adalah semester paling signifikan utk SV dan supervisee berbincang secara serius dan terancang…. utk membina satu proposal yang mantap, sedang amalannya Semester 1 adalah seperti semester honeymoon bagi pelajar dan semester “wait and see” bagi supervisor….. Aku juga menulis bagaimana kalutnya  pelajar mencari tajuk kajian di Semester 1 untuk dipersembahkan kepada SV sedang keutamaan melakukan “Intensive dan Extensive Literature Search” sebelum pencarian tajuk tidak lansung diendahkan. Bagi aku, pencarian tajuk kajian adalah perkara nombor 10 untuk dilakukan, bukan nombor wahid !! Bacalah entry aku berkaitan perkara ini.

Aku juga sangat menitikberatkan “teknik penulisan” dan penulisan rujukan. Ini kerana penguasaan keduanya telah membantu aku defend  proposal doctorate aku dalam tempoh 3 bulan sahaja dan menyiapkan penulisan keseluruhan draf lengkap tesis aku dalam tempuh 1 tahun 10 bulan. Sila baca entry 99 dan 100 untuk tahu lebih lanjut. Tempoh ini termasuklan menyiapkan sendiri animation dan questionnaire, melaksanakan interview dan menjalankan 3 kali pilot (2 di Australia dan 1 di Malaysia) bagi menguji animation yang aku bina. Kajian aku juga melibatkan dua department, Education dan Chemistry Department. Atas sebab itulah aku sgt simpati kepada pelajar yang setelah 5 semester menunjukkan dedikasi yang tak berbelah bagi tapi masih gagal menyiapkan proposal yang memuaskan  hati SV. Namum sebagaimana lazimnya, terdapat pelajar yang memang tidak fokus, malas dan culas….. dan mereka ini adalah selumbar kepada SV dan dunia penyelidikan dan tak termasuk dalam perbincangan yang aku maksudkan.

Kehadiran perisian seperti Zetero dan Mendeley yang percuma atau Endnote yang berbayar, perlu dimanfaatkan bagi mengurus artikel dan penulisan. Sungguh aku hairan dan terkesima 23 x apabila ada IPTA yang mensyaratkan penulisan citation / references ikut format IPTA tersebut dan bukan format standard. Sedang IPTA tersebut juga menghantar ramai pelajar ke IPTA lain dalam dan luar negara yang tidak mengikut pun format IPTA  tersebut. Jadi kenapa perlunya format citation / references yang berbeza dari format yang standard? Aku analogikan situasi ini samalah seperti meminta pelajar menggunakan MS Word kemudian mensyaratkan penggunaan font sendiri yang tiada dalam MS Word tersebut – tak ke pelek ?


Terima kasih kepada semua pembaca blog drotspss yang memberi komen dan terus membaca…. Juga warga DSG – doctorate support group yang sporting serta group event organizer – Malaysia Postgraduate  Workshop Series (MPWS) yang  membawa dunia blog ke satu tahap baru. Juga kepada pembaca buku “Tulis Tesis Cepat”, “Mendeley”, “Atlas.ti” serta “Asas Penulisan Tesis, Penyelidikan dan Statistik” moga terus berusaha untuk mencapai impian anda. InsyaAllah projek buku ke lima blog drotspss ini iaitu “Tulis Tesis Cepat Siri 2 – Semua OK dgn OT”   yang mengupas semua 6 teknik dalam KOT Cycle akan bermula sedikit masa lagi.

Wednesday, July 17, 2013

Tajuk 499: Demonstrasi mencari article releven semudah tujuh kerdipan mata !

Aku terjumpa berbagai ragam pelajar postgraduate. Ada yang buat part-time datang kerana mengadu terlalu banyak kerja di pejabat hingga lambat buat proposal kerana tiada artikel untuk rujukan. Hairan jugak sebab dia kata hanya ada seorang anak jer..... 

Aku juga ada menerima beberapa pertanyaan dari calon PhD dan Master melalui FB. Aku suka jika pelajar bertanya sesuatu. Namun aku rimas, aku lemas dan cemas kerana pertanyaan tersebut......

Amende ni bro..... jgn ler cemas?

Entahlah.... aku tak percaya ada calon PhD dan master yang tanya aku spt berikut:

Soalan 1: 
"Saya bidang ABC, boleh tak Dr cadangkan tajuk yang sesuai utk kajian saya?"
Jawapan: Aku tak perlu jawab.... baik aku jer yang buat kajian tersebut !

Soalan 2: 
"Saya nak buat kajian berkaitan dengan XYZ, apa method yang saya nak guna?"
Jawapan: Sama seperti jawapan soalan 1 di atas :-)

Soalan 3:
"Saya dah ada data dari kajian mixed method saya, camner saya nak analyse data tersebut?"
Jawapan: Manalah aku tau.... abis amende yang ditulis dalam Bab 3 tentang analisis data sebelum data tersebut diambil... itulah dia cara nal analyse !

Sampai hati ko tak nak jawab.... tak baik tau...

Bukan aku tak nak jawab.... ko pun tahukan..... tetapi soalan tersebut terlalu umum sama macam ko tanya

Soalan 4:
 "Saya nak kawin sangat2 ni, calon cam ner yang sesuai untuk saya?"
Jawapan: Mana aku tau sebab bukan aku yang nak kawin !!

Soalan2 di atas Datuk Dr. Fadhilah Kamsah pun tak leh jawab bro.... 

Abis... nak tanya camner?

Tanyalah soalan yang ada isi macam:
"Saya dah baca artikel yang releven, dan saya dapati ada beberapa topic yang releven minat saya. Jika saya buat tajuk ABC, EFG atau GHI....atau jika saya ada method A dan B, boleh Dr bagi pendapat tajuk atau method mana satu yang sesuai pada pendapat Dr?"

Atau macam soalan analogi ni:
"Saya berkenan dgn seorang gadis...pegawai bank ABC di KL dan saya lecturer.. Saya bimbang dia sibuk, kena kuar awal pagi dan balik lewat... pada pandangan Dr... adakah sesuai saya berkahwin dengan gadis tersebut yang akan menjadi isteri saya...?"  


Isteri..... teman dan juga kekasih...

Apabila seseorang bertanya soalan yang terlalu umum.... aku menjangkakan yang bertanya tidak membaca secara "mencukupi" article berkaitan the topic of interest.... lantas terus bertanya... samalah macam malas... sebab takkan tak tahu cari articles.... sebab tu aku lemas ! 

Abis yang ko lemas tu pasal apa?

Mana tak lemas....ko tau tak.... kini tugas mencari artikel yang releven semakin menjadi-jadi mudahnya....asal ko ada topic of interest ko dah boleh dapat ratus2 artikel2.... ko baca dan dapatkan gambaran bagaimana bentuk kajian yang ko nak buat. Then jika ada info yang ko confused.... barulah ko tanya....

Betul ker tugas mencari artikel menjadi-jadi mudahnya... tak cayalah...

Mula2 ko mesti buka publisher yang established untuk memulakan pencarian article...melalui perpustakaan IPTA ko... bukan dgn menggoogle...

Aku tak nak pergi banyak2 publisher... aku nak  bagi satu contoh jurnal dari ScienceDirect dan bagaimana mudahnya ko mendapat "SEMUA" artikel yang releven utk ko baca dan download dan pilih !!

Katakan ko dapat satu artikel baik punya dari publisher Sciencedirect yang secocok dengan jiwa dan minat serta pengetahuan ko. Article penuh tersebut telah tersedia dengan 4 fungsi berikut utk ko lakukan snowball dan pencarian seterusnya:
  • Show preview - ada abstract dan outline 
  • PDF - Full text
  • Related artilces - Fuhhh.... sampai beratus disenaraikan
  • Related references with articles - link kepada references dalam article yang dibuka.
Berikut aku buktikan bahawa mencari artikel kini semudah 7 kerdipan mata! Meh aku demo dengan screen shots berikut:

Kerdipan1:
Lihat 4 fungsi yang tertulis dibawah setiap artikel:

Show preview | PDF | Related Articles | Related references work articles

Kerdipan2:
Inilah related articles yang juga ada pdf for full article, yang muncul secara automatik.

Kerdipan3:
Article penuh yang boleh di download atau di eksport terus ke folder dropbox ko...



Kerdipan4:
Contohnya ada 479 artikel yang related dengan satu artikel yang ko sedang buka. 479 bro.... bukan 4 atau 7 atau 9 articles !! 



Kerdipan5:
Ini pulak ada 15 lagi articles pada bahagian references artikel yang ko sedang baca yang boleh dibuka terus (snowball)


Kerdipan6:
Dalam preview ada Abstract, Figures / Tables / References supaya ko dapat glance thru dulu




Kerdipan7:
Bukan tu sahaja.... boleh terus export ke dropbox ko !




Cayolah cakap den ! Semua jalan kearah pencarian artikel yang releven telah disediakan oleh ScienceDirect.... dan aku percaya journal2 lain pun ada fungsi yang hampir sama....cari dan baca.... dapatkan dahulu maklumat sebanyak mungkin....then barulah bertanya.... supaya tak sesat jalan...


OT





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...