Aku menghirup teh tarik. Melihat buih teh tarik mengingatkan
aku akan nasihat Dr disebuah klinik tak lama dulu…. jgn amalkan minuman manis2…
kalau teh tarik.. seminggu sekali ok… bukan hari2… emmmm aku mengelamun…
Emmmm..... sodap ! |
Assalamulaikum .. ini Dr OT ker?
Lamunan aku terhenti ! W’salam….. ye… sambil aku melihat
wajah lelaki dihadapan ku
Boleh joint dgn Dr tak? Saya pernah ikut bengkel Dr di KUIS
Aku tersenyum…..apa hal ni… cam panik jer..
Aah nak jumpa SV… last month saya jumpa SV…. dia tolak tajuk
saya
Tolak? U buat tajuk apa?
Saya buat tajuk berkaitan ZAKAT…. SV kata tajuk ZAKAT ni dah
tak ada isu… mereka minta saya cari tajuk lain yang ada isu…tapi saya masih tak
jumpa lagi…
OO..macam tu…. Abis dia tak cadangkan apa2 ker?
Tak adapulak…. Dia kata cari isu baru utk kajian….
Akupun cuba memberi sedikit pandangan…
Macam ni lah… saya bagi pendapat saya yang kerdil ni. Pada
dasarnya, buat isu apapun tak kisah utk Master atau PhD.
Yer ker…. cam tak caya jer?
Sebab persoalan POKOK bukannya ISU itu baru atau lama atau
macam2 lagilah…..tapi POKOK keperluan menghasilkan kajian pada peringkat PhD /
Master adalah SUMBANGAN KEPADA KNOWLEDGE !
Tajuk hanyalah WAHANA utk menjalankan penyelidikan dengan
segala WACANA yang berkaitan, WAIMA, tajuk yang dah biasa spt zakat pun tak
sepatutnya menjadi masalah.
Tak fahamlah maksud Dr?
Saya bukan ahli agamawan. Namun saya boleh buat telahan wujudnya
pelbagai isu dalam zakat.
- Zakat adalah persoalan pokok dalam Islam.
- Zakat adalah wajib. Zakat adalah isu dalam masyarakat Islam dari dulu kini dan selamanya.
- Berapa ramai yang masih tak faham zakat. Berapa ramai yang tak bayar zakat.
- Pungutan dan agihan zakat sebagai core business juga masih tak efisyen dan effective.
- Zakat tidak di computerized kan. Zakat masih belum mencapai tahap di institutinalised kan.
- Kajian zakat masih berpaksi kepada theory, bukan practical.
- Zakat masih jumud tidak berkembang selari dengan kecanggihan tamadun.
- Zakat tidak dirasai impaknya kepada asnaf dll...
- Zakat sebagai mangkin pembangunan golongan miskin
Jadi banyak isu Zakat yang memerlukan kajian lebih mendalam, kajian lebih menyeluruh, kajian
perbandingan, kajian kes, kajian penilaian, mixed methode, analisis pelbagai
instrumen, aplikasi Rasch Model, menguji fitness of model berkaitan zakat dgn SEM / PLS dll…. termasuk
bina instrument baru menggunakan Factor Analysis misalnya...
Nampaknya SV sibuk minta pelajar cari isu "baru" sampai terpaksa tolak banyak tajuk kajian pelajar sedang SV sendiri hanya mampu memberi bimbingan yang terbatas kepada kupasan buku, atau menggunakan instrumen dan analisis data ditakuk "lama" ! SV sendiri tak sibuk pun untuk menguasai isu baru dalam teknik dan perisian terkini dalam menganalisis data penyelidikan supaya dapat membimbing pelajar tetapi sibuk ler pulak meminta pelajar mencari isu baharu dalam kajian.
Nampaknya SV sibuk minta pelajar cari isu "baru" sampai terpaksa tolak banyak tajuk kajian pelajar sedang SV sendiri hanya mampu memberi bimbingan yang terbatas kepada kupasan buku, atau menggunakan instrumen dan analisis data ditakuk "lama" ! SV sendiri tak sibuk pun untuk menguasai isu baru dalam teknik dan perisian terkini dalam menganalisis data penyelidikan supaya dapat membimbing pelajar tetapi sibuk ler pulak meminta pelajar mencari isu baharu dalam kajian.
Oleh kerana calon PhD perlu menguasai aspek kajian untuk
menjadi penyelidik yang kompeten… dengan capability menyumbang kepada knowledge…
maka apa sahaja kajian yang membawa kpd matlamat ini bukan sangat menjadi satu
isu, termasuklah tajuk ZAKAT.
Calon PhD diperlukan bagi menguasai secara
kompeten kemahiran menjalankan penyelidikan dan ZAKAT adalah satu WAHANA yang
boleh membantu mencapai tujuan tersebut. Waima, tajuk yang kononnya isu baru
(maybe selain zakat pada tanggapan SV) tetapi tidak dijalankan secara rigorous tidak akan mencapai matlamat menghasilkan penyelidik yang kompeten yang mampu menyumbang
kepada knowledge.
Saya masih tak dapat tangkap lagilah…
Calon PhD mesti menguasai DUNIA PENYELIDIKAN mengatasi DUNIA
ISU semasa. Jadi utk menguasai
dunia penyelidikan, kajian mestilah sesuatu yang bersifat advanced dan semasa…. mengatasi keutamaan
bersandarkan hanya isu yang bersifat semasa sedang kajian yang dijalankan tak sampai kemana.
Zakat misalnya hanyalah WAHANA bukan matlamat !! Matlamat
adalah kajian tersebut akan menyumbang aspek baru dalam pengetahuan berkaitan ZAKAT yang dirumuskan dari dapatan kajian yang
advanced dan semasa.
Saya bagi satu analogi simple...
Jika matlamat U nak pergi hospital Az-Zahrah untuk menderma darah....yang menjadi keutamaan adalah sampai ke hospital tersebut.... tak kira naik motosikal atau kereta atau bas. Motosikal dan kereta adalah WAHANA sahaja... bukan matlamat. Matlamat u untuk dermakan darah. Kalau sebok2 nak menentukan WAHANA kereta jer sesuai, motor tak boleh.... BAHANA nya tak dapatlah nak derma darah....
Jadi mencari isu semasa bukan matlamat utama...kalau nak bincang pasal isu baru…. yang bombastik…. baik jadi
penceramah bebas… bukan calon PhD.
Berapa ramai penceramah bebas yang boleh kupas isu semasa bukan dari
pengetahuan dan dapatan kajian sendiri yang terperinci dan
mendalam?
Ingat…. Tidak sukar mencari penceramah yang hebat... Dengan pengetahuan yang ada, bakat berceloteh dan sedikit "aura" akan menjadikan dia penceramah
tersohor. … tetapi tidak mudah menjadi penyelidik yang hebat yang dapat
menyumbang kepada pengetahuan melalui dapatan kajian sendiri...
Aku ingin melihat penceramah tersohor bersila mendengar isi hati remaja di tengah malam |
Menghampiri remaja sama seperti menghampiri anak-anak kita... |
Jadi sebagai kesimpulan….Bukan tajuk yang mesti kononnya
bersifat “semasa” yang menjadi isu… yang menjadi isu adalah bagaimana tajuk
tersebut akan membuka ruang bagi menjalankan satu “penyelidikan yang bertaraf
semasa” yang dapat menyumbang sesuatu dapatan yang signifikan kepada
pengetahuan dalam bidang yang dikaji !! Setuju?
Emmmmm…..betul jugak tu….sebab saya pun ada baca kajian2 SV
saya tu…. saya pun tak nampak dia buat apa2 isu baru… pi mai pi mai benda yang
hampir sama jugak…termasuklah zakat…. sebab tu saya pelik
Jgn pelik…. Tiada yang pelik…..so…. Itu sahaja yang saya nak
katakan…. Selamat bertemu SV….
Wallahualam.... adanya....
Wallahualam.... adanya....
OT
No comments:
Post a Comment