Wow dah masuk tajuk 501... teringat aku akan Jean Levis 501 yang isteri aku beli tetapi tersalah size.... sampai sekarang aku simpan.....kerana nilai pemberian isteri itu lebih berharga.......tapi ni bukan cerita pasal Levis.... tapi pasal website “3 Minute Thesis (3MT)” dan "3 month thesis”….yang aku baca....
Betullah bro… giler ker nak siapkan dalam 3 minute… pakai
magik aper?
Cool dulu bro…utk makluman ko… 3 minute mahupun 3 months tu adalah
tempoh hypothetical supaya ko jangan fikir bila thesis jer mesti kena kerja
kuat bertahun-tahun baru nak siap…. jika tulis mesti pulun tebal2…. dan kalau
sambil sample mesti banyak2….sedangkan yang penting adalah signifikannya kajian
ko dalam menyumbang kepada body of knowledge.
Aku tak faham lah…. Cam ner 3 minit boleh hasilkan tesis
yang signifikan…. Master chef rebus telurpun mesti 6 minit…. Itupun nak jadikan
telur separuh masak….. kalau 3 minit jawab makan telur mentah ler …sungguh tak
tercapai aqal ku !
3MT adalah satu
pertandingan yang diilhamkan oleh Uni of Queensland utk pelajar Master dan PhD.
Ia berbentuk pertandingan presentation tesis bagi meyakinkan audien akan
signifikannya kajian tersebut hanya dalam masa 3 minutes. Dalam tempuh
sesingkat itupun dah memadai utk menceritakan isi2 penting kajian ko… sebab tu
tak perlulah nak defend proposal sampai 40 minutes…. Sampaikan isi2 penting
sudahlah. Maka proposalpun tak perlulah tebal dan detail sebab tujuannya untuk
merangka kajian sahaja….
Boleh ke dalam 3 minute?
Tulah ko…. Bila aku kata proposal aku siap dalam 3 bulan… ko
kata luar biasa…. Sebab biasanya kalau tak masuk 3 semester proposal takkan siap…. Bila aku
kata tesis yang baik adalah tesis yang siap dalam tempoh masa 3 tahun yang
diberikan ko kata…. payah….. Ko tahu tak mana datangnya penyakit ko tu?
Penyakit? Come on lah …. Aku normal per.. macam taburan
normal he he…
Memanglah taburan normal…. Sebab semuanya dok pakat2 buat
andaian yang menyimpang…. Yang salah dah jadi normal dalam komuniti
postgraduate.
Sedap mulut ko cakap….cer ko bagi contoh….
Sebabnya telah menjadi satu lumrah postgraduate beranggapan
tidak akan ada proposal berjaya dihasilkan seawal semester 1..… ditambah lagi dgn system
di IPTA yang tak flexible…. Ditokok dengan mitos bahawa pelajar tak akan mampu
buat proposal selagi tak abis coursework…. diperkasakan lagi dgn amalan pelajar mesti siapkan proposal yang mak datuk…. punyalah tebal dan
detailnya….dan diperkuat dgn wujudnya sebahagian SV yang pada semester 1 hanya
“wait and see” apa yang bakal dilakukan oleh supervisee … manakala supervisee
pulak “see and wait” apa yang akan diarahkan oleh SV. Akhirnya berlarutanlah
insiden kejar mengejar “wait and see” dan “see and wait” ini sehingga masuk
semester 1, 2, 3,….ke-n.
Abis yang ko kata amalan last minute yang berkesan tu bukan
macam tu ker…. dah last2 baru nak siap!
Ko baca satu insiden ni. Seorang student semester 6 yang
lama menghilang diri….kononnya malu tak ada progress…tiba-tiba muncul setiap
hari mengadap SVnya setelah mendapat sekeping surat amaran dari sponsor
biasiswa. Inilah contoh last minute yang “tak boleh pakai”…. namum
kesungguhannya membuat apa sahaja… mencuba apa sahaja…. mencari apa sahaja dan
menulis apa sahaja dalam 3 bulan sahaja sungguh menakjubkan… yang sepatutnya
dilakukan pada semester 1 BUKAN semester 6 !!
Abis ko kata berkesan kalau last minute?
Aah…. tapi bukan last minute selepas 6 semester…. sebab itu
bukan berkesan…. itu namanya nak pengsan!
Pulak…
Camni…. Setiap kerja mestilah ada time frame yang ko sendiri tentukan. Katalah ko set
3 bulan utk siapkan draf proposal lengkap.
Bulan pertama adalah bulan untuk membuat intensive literature
search bagi mendapatkan artikel dan mencari gap dalam topic of interest ko.
Sebulan cukup bro… utk ko selongkar apa sahaja isu terkini yang signifikan utk
kajian ko melalui library atau google scholar dengan teknik snowball dari link
“related references” dan “doi”pilot artikel ko.
Bulan kedua lakukan perjumpaan
yang intensif dan frequent dgn SV bagi membincangkan hala tuju dan aspek2 penting
dalam kajian ko.
Bulan ketiga, ko mula kan dengan draf outline proposal dan dengan
bantuan Mendeley dan document map, ko mulakan penulisan… tulis dan tulis…
jangan tahan2…
Abis kat mana last minute nya tu?
Last minute ko adalah tempuh setiap bulan tersebut… dalam
tempuh 3 bulan….bukan 3 tahun. Anggap ko “gagal” jika gagal siapkan apa yang
patut ko capai pada setiap bulan…. dalam tempuh 3 bulan. So bekerjalah sehingga
last minute dalam tempuh 3 bulan tersebut !!
Kenapa aku kena letakkan sasaran 3 bulan bukan 3 tahun?
3 bulan supaya ko sentiasa berada dalam alert zone…. kalau 3
tahun ko akan berada dalam comfort zone !! Cabar diri ko utk capai target
setiap bulan…. naikkan adrenaline ko… wujud keadaan keterujaan..
Perlu ker aku buat macam tu?
Ko tahu tak apa yang berlaku bila ko dalam keterujaan ?
Emmm…. Tak perasan ler pulak…
Meh aku bagi tau…. Bila ko sentiasa mengejar minit2 yang
berlalu sehingga ke last minute… untuk bulan1, 2 dan 3…. adrenaline ko juga
akan meningkat… maka keterujaan ko akan meluap2… masa tu kekuatan minda dan
fizikal ko akan menjadi maksima…. sensitivity senses ko makin tinggi…. Jika ada halangan depan mata….. ko akan
selamba je rempuh…. dan ko takkan rasa sakit punya … sama seperti kisah
insiden di atas!!
Emmm…. Lagi?
Sebab itu jangan letakkan target ko 3 tahun nak siap….. ko
rasa selamat dan selesa…. keterujaan ko dari suam2 kuku…jadi suam2 milo… pastu
jadi milo ais…. beku dan kaku….
Adanya...
OT
No comments:
Post a Comment