.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, July 4, 2013

Tajuk 494: Bila Flight Attendant AirAsia yg cun buat PROPOSAL….. YOU ARE FIRED !!

Irama Alarm Nokia handphone aku berbunyi tepat 430 am. Aku bersiap utk ke LCCT. Now aku dah dalam flight AK5110.. Aku akan ke Uitm KK. Mudah2 semuanya berjalan lancar dan inilah 1st time aku jejakkan kaki ke Uitm Sabah…..

Aku melimpasi pintu utama UiTM KK

Venue bengkel

Bilik kuliah UiTM KK

Selamat berangkat bro…. mudah jer ko ke sana sini….sambil naik flight pun sempat ko menaip…

Alhamdulillah….. selagi ada yang nak baca celoteh aku…. Tak naklah duduk diam jer…. at least aku duduk dan menaip sesuatu…yang santai-santai…. utk pembaca tegar blog aku ni…

Jadi blogger ni kena duduk dan menaip ker?

Ialah…… sikit2 tapi consistent….

Aik ko macam perli aku jer?

Perli ? Tak der lah. Ko kan buat proposal PhD…. Masa bila ko menaip?

Tak ada masa lah bro….

Ala… ko duduk dan taip…. Siaplah proposal ko…

Duduk dan taip? Takkanlah semudah itu.

Tak mudah? Kenapa pulak? Duduk dan taip....amende yang susah?

Ko ingat buat proposal macam taip entry dalam blog ker?

Ko kalau tak duduk camner ko nak menaip? Mana ada orang menaip sambil berdiri? Yang tak siap proposal tu sebab dia tak duduk dan menaip…..

Iskhhh….. mestilah aku duduk

Ialah semua duduk tapi  tak menaip. Kalau duduk sambil tengok “Teduhan Kasih” …. Tu menaip ker?

Abis kalau aku tak tahu apa nak tulis macamana nak menaip?

Buat amende PhD kalau tak tahu apa nak taip…. Abis tulis novel ko tahu ker?

Novel lagilah tak tahu …. Aku bukan jenis jiwang2 nak tulis novel

Kalau semua dah tak tahu….boleh pulak ko buat muka slamber.  Baiki paip ko tahu? Jadi plumber memang sesuai dgn muka ko yang slamber tu.

Aku tak menaip lagi sebab takut salah apa yang ditulis, kena fikir dulu benda apa nak taip

Dah ko tak menaip mana ko tahu betul salahnyer. Ko tak mula menaip bila masa pulak ko nak mula berfikir?

Berfikir sambil menaip bukan berfikir tak menaip2…tukang paip pun… berfikir sambil membetulkan paip….

Tak ada bahan lah bro nak fikir

Bahan apa yang ko nak?

Artkel online pun susah nak cari? Mana nak dapat bahan kalau ko duduk dan tak buat apa2? Kelakar sungguh ko kena siapkan proposal …. PhD pulak tu… tapi tak tahu nak cari bahan…. ! Kalau cari bahan pun tak tahu……maknanya ko cari masalah

Ko jgn cari pasal dengan aku bro….

Bila lak aku cari pasal…. aku cuma tulis pasal duduk dan taip…. Pasal itu pun ko tak buat….

Emmmm ….. susah lah cakap dengan ko ni!

Tulah ko….. semua susah…. Duduk dan menaippun susah…

Malaslah nak layan ko ….

Iskkhh dahlah ko kata duduk dan menaip tu susah…. Now ko malas ler pulak…. Patutlah proposal ko tak siap2….

Abis aku nak buat apa?

Aku tahu…. baik ko jadi Flight Attendant AirAsia jer….. tolak troli ke depan….break… tolak troli kebelakang… break… kemudian duduk. Lepas tu ambil phone buat pengumuman…. tak yah banyak fikir2…asal bagi khidmat terbaik dan penumpang puas hati dah ok...nak cakap apapun dah ada script …..then duduk lagi…..tak perlu taip apa2….. kan SANTAI….

Tapi bro…. itupun masalah gak

Masalah lagi? Masalah apa?

Memang SANTAI  tapi aku kan dah OTAI……Kalau aku apply jadi Flight Attendant AirAsia mesti Tony Fernandes kata “You are Fired !!”

Air tebu air kelapa…. Tau tak per !!

Opppp….aku kena tutup komputer aku….ada announcement dari Flight Attendant baju merah rambut perang yang slim melim cun melecun … annnouncement yang biasa aku dengar dari script yang sama  …. setiap kali aku naik AirAsia...

”Tuan2 dan Puan2… sebentar lagi kita akan mendarat di KK international Airport…sila tegakkan tempat duduk dan pasangkan talipinggang anda…. duduk diam2 and berfikirlah camner nak siapkan proposal anda…. sekian terima kasih…semoga kita berjumpa dalam penerbangan yang lain…..”

Adanya….


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...