.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, July 27, 2013

Tajuk 501: Amalkan sikap last minute… sbg amalan terbaik !

Sebelum aku tulis pasal tajuk 501 ni…. aku syukur sebab blog ini dipaparkan dalam Harian Metro 26 Julai 2013… sempena cuti Nuzul Al-Quran. Ini membuktikan penerimaan blog santai ini utk dipaparkan didada akhbar…. dengan satu mukasurat penuh .... menyambung tradisi penulisan aku yang juga diterbitkan 3 kali dalam majalah Milenia Muslim tahun 2012.

Harian Metro 26 Julai 2013

Ko tahu bro… sejak bulan puasa ni aku perasan ada satu amalan yang Rasullullah sangat suka dilakukan secara last minute ! Ini ada kena mengena dengan tajuk 501 kali ni. Dan aku percaya…. amalan ini boleh ko praktiskan dalam penulisan tesis ko.

Apa amalan yang Nabi suka tu? Bagi aku….aku tak suka kerja tangguh2 sampai last minute ni !

Nabi suka malah digalakkan bersahur secara last minute...malah sunat bersahur pada bahagian terakhir sebelum subuh. 

Emmm… apa kaitan dengan penulisan tesis…. macam tak der kena mengena jer?

Semalam aku ke postgraduate office di fakulti. Dah lama aku memerhatikan satu iklan “3 Minute Thesis (3MT)”. … juga aku sekali sekala membaca website tentang “3 month thesis”….hati aku berkata2..….ini idea kreatif… kalau “3 year thesis” pun jenuh nak siap…. nikan 3 months apatah lagi 3 minutes ? 

Betullah bro… giler ker nak siapkan dalam 3 minute… pakai magik aper?


Cool…utk makluman ko… 3 minute mahupun 3 months tu adalah tempoh hypothetical dan gimmick supaya ko jangan fikir bila thesis jer mesti kena lakukan bertahun-tahun …. jika proposal mesti tulis sampai 3, 4 semester batu siap…. dan kalau ambil sample mesti banyak2 satu Malaysia….malah kalau nak present mesti berjam2…..dengan slide yang berpuluh2.... 

Aku tak faham lah…. Cam ner 3 minit tu? Master chef rebus telurpun mesti 6 minit…. Itupun nak jadikan telur separuh masak….. kalau 3 minit jawab makan telur mentah ler …sungguh tak tercapai aqal ku !

3 minutes thesis (3MT) adalah satu gimmick…. satu pertandingan yang diilhamkan oleh Uni of Queensland utk pelajar PhD. Ia berbentuk pertandingan tesis presentation dengan hanya menggunakan SATU SLIDE tanpa transition, tanpa unsur tambahan spt audio mahupun video….bagi meyakinkan audien akan signifikannya kajian tersebut dalam menyumbang kepada knowledge hanya dalam masa 3 minutes. Dalam tempuh sesingkat itupun dah memadai utk menceritakan isi2 penting kajian ko… sebab tu tak perlulah nak defend proposal sampai 40 minutes…. Sampaikan isi2 penting sudahlah. 

Wow…. Camner tu bro?

Cer ko fikir…. Proposal 100 mukasurat pun boleh diringkaskan menjadi SATU mukasurat dengan RFOT yang aku perkenalkan. RFOT hanya menyentuh isi2 penting dalam kajian. Jadi, penyediaan proposal yang terlalu tebal dan details sangat tidak perlu. Yang utama adalah rangka kajian yang jelas dan dapat difahami serta menyumbang kepada knowledge.

Inilah yang berlaku dalam 3MT. Mereka meringkaskan kajian utk dipersembahkan secara santai, tanpa jargon, hanya dengan satu slide yang simple.....utk audien yang pelbagai disiplin.

Boleh ke dalam 3 minute? 

Tulah ko…. Bila aku kata proposal aku siap dalam 3 bulan… ko kata luar biasa…. Sebab biasanya kalau tak masuk 3 semester proposal takkan siap…. Bila aku kata tesis yang baik adalah tesis yang siap dalam tempoh masa yang diberikan ko kata…. payah….. Ko tahu tak mana datangnya penyakit ko tu?

Penyakit? Come on lah …. Aku normal per.. macam taburan normal he he…

Memanglah taburan normal…. Yang salah dah jadi normal dalam komuniti postgraduate. 

Sedap mulut ko cakap….cer ko bagi contoh….

Sebabnya telah menjadi satu lumrah postgraduate beranggapan tiada proposal berjaya dihasilkan seawal semester 1..… ditambah lagi dgn system di IPTA yang tak flexible…. Ditokok dengan mitos bahawa pelajar tak akan mampu buat proposal selagi tak abis coursework…. Diperkasakan lagi dengan amalan pelajar mesti siapkan proposal yang mak datuk…. punyalah tebal dan detailnya….dan diperkaya pula dgn wujudnya sebahagian SV yang pada semester 1 hanya “wait and see” apa yang bakal dilakukan oleh supervisee … dan akhirnya diperkuatkan dengan supervisee pulak “see and wait” apa yang akan diarahkan oleh SV. Akhirnya berlarutannlah insiden kejar mengejar “wait and see” dan “see and wait” ini sehingga masuk semester 1, 2, 3,….ke-n.

Abis yang ko kata amalan last minute tu macam maner pulak? Dah last2 minute baru nak siap ker?

Ini satu insiden aku nak kongsi. Seorang student semester 6 yang lama menghilang diri….kononnya sibuk dan akhirnya malu nak jumpa SV sebab tak ada progress….. jeng3... then tanpa ribut tanpa taufan apatah lagi tsunami…..tiba-tiba dia muncul pada bulan Ramadhan...dia merayu utk berjumpa SV setiap hari.

Apasal lak... dah buang tabiat ker?

Aah dia buang tabiat buruk dia yang diamalkan selama 6 semester...rupanya dia baru menerima sekeping surat amaran dari sponsor biasiswa. Inilah satu contoh last minute .. tapi bukan contoh ini yang aku nak tulis atau cadangkan….. ini contoh yang “tak boleh pakai”…. namun kesungguhan pelajar tersebut membuat apa sahaja… mencuba apa sahaja…. mencari apa sahaja dan menulis apa sahaja setelah berada diambang “last minutes” sungguh menakjubkan… yang sepatutnya dilakukan pada semester 1 BUKAN semester 6 !! 

Abis ko kata last minute.. mestilah semester 6 ! Kenapalah ko suka bagi idea yang pelek-pelek?

Aah…. memang pelek tapi bukan last minute selepas 6 semester…. sebab itu bukan berkesan…. 


Abis?

Itu namanya nak pengsan...

Pulak…jgn ler ko bagi confused otak PhD aku ni !


Camni…. Setiap kerja mestilah ada time frame. Time frame to ko yang tetapkan dalam minda ko… atau ko catat dalam diary ko.. atau ko buat gantt chart… atau miles stone atau ko tulis dalam FB… atau ko tampal kat dinding bilik ko… atau ko letak sebagai desktop pada hphone, ipad-tablet-tab…. atau atas semua gadjet ko yang canggih manggih tu dan mahal...yang ko kendong ke hulu kehilir tu ....

Relex ler bro… jgn marah…

Katalah ko set 3 bulan utk siapkan draf proposal lengkap. 

OK...

Bulan pertama adalah bulan untuk membuat intensive literature search bagi mendapatkan artikel dan mencari gap dalam topic of interest ko. Sebulan cukup bro… utk ko selongkar apa sahaja isu terkini dan signifikan utk kajian ko melalui library atau google scholar dengan teknik snowball dari link “related references” dan “doi”pilot artikel ko. Akupun dah tulis banyak kali benda2 ni….

Bulan kedua lakukan perjumpaan yang intensif dan frequent dgn SV bagi membincangkan hala tuju dan aspek2 penting dalam kajian ko... bukan main mata atau main "wait n see atau see n wait" dengan SV...

Bulan ketiga, ko mula kan dengan draf outline proposal dan dengan bantuan Mendeley dan document map, ko mulakan penulisan… tulis dan tulis… jangan tahan2…dan lakukan cara yang sama bila ko dan sedia utk jalankan kajian dan menulis tesis.... month by month...

Abis kat mana last minute nya tu?

Tinggi sungguhlah darjah kelembapan ko ni... last minute ko adalah tempuh setiap bulan tersebut… dalam tempuh 3 bulan….bukan 3 tahun. Anggap ko “gagal” jika gagal siapkan apa yang patut ko capai pada setiap bulan…. dalam tempuh 3 bulan. So bekerjalah sehingga last minute utk capai target setiap tempuh sebulan dalam 3 bulan tersebut !! Jika ko gagal siapkan draft proposal lengkap ko… ko gagal bro....3 kali ko gagal !! 


Kenapa aku kena letakkan sasaran setiap bulan utk 3 bulan bukan 3 tahun?

3 bulan supaya ko sentiasa berada dalam alert zone…. kalau 3 tahun ko akan berada dalam comfort zone !! Cabar diri ko utk capai target setiap bulan…. naikkan adrenaline ko… wujud keadaan keterujaan... dan tentu ko pernah ada pengalaman bila last minute jer... ilham, idea, datang bagai tak dapat ditahan2 lagi..mencurah2 macam hujan turun.... tapi bukan last minute selepas 6 semester... jadikan last minute tu setiap bulan... atau at least setiap semester.... 

Perlu ker aku buat macam tu.... susah lah !

Memanglah susah.... tapi susah dulu pendapatan + bonus masa yang ko ada.... tapi susah kemudian.... memang menyusahkan...sebab tak berguna....

Idea aku disini adalah.... menjadikan "last minute" utk mencapai objektif yang lebih kecil.... sepaya tercapai objektif yang lebih besar... dan kast minute akan memberikan satu keterujaan....ko tahu tak apa yang berlaku bila ko dalam keterujaan ?

Emmm…. Tak perasan ler pulak…

Meh aku bagi tau…. Bila ko sentiasa mengejar minit2 yang berlalu sehingga ke last minute… untuk setiap bulan1, 2 dan 3…. adrenaline ko juga akan meningkat… maka keterujaan ko akan meluap2… ko cabar diri ko….masa tu kekuatan minda dan fizikal ko akan menjadi maksima…. sensitivity senses ko makin tinggi…. 

Bagilah satu analogi bro? He he..

Ini analogi yang sedikit extreme di bulan2 puasa ni tetapi perlu utk aku cuba sampaikan maksud keterujaan last2 minute......katalah ko baru kawin jer tapi hanya dapat jumpa isteri 1 bulan sekali sebab ko kerja di KB dan dia di JB.... gerenti adrenaline dan sensitive ko tahap gaban bro bila sampai jer last2 minute nak pergi JB jumpa isteri ko melepaskan rindu dendam....sure ko tak lena tidor.... gelisah....dan kalau ko balik drive dari KB ke JB... adrenaline ko yang meluap2 nak jumpa isteri tu membuatkan ko terjaga sepanjang perjalanan.... dan penat, mengantuk, lapar dan dahaga tak ko terasa.... hanya bayangan isteri ko yang ada di screen depan kereta ko.... dgn aksi yang..... (maaf tak dapat disiarkan disini) .......tak sabar2 bro....dan kalau ko balik JB dan dapat berjumpa bulan puasa....selepas  1 bulan tak jumpa.... sure ko hanya sempat makan sebiji kurma jer masa berbuka....itupun tak abis.....sebab masing2 dah tak sabar dah.........

Wusss....ini analogi paling daring ko tulis bro....buat aku lak yang tak sabar pagi2 ni bro....  

Jadi halangan depan mata….. ko akan selamba je rempuh bro…. dan ko takkan rasa sakit punya … sama seperti kisah pelajar yang last minute dan kisah pasangan baru kawin! 

Emmm…. Lagi?

Sebab itu jangan letakkan target ko 3 tahun nak siap….. ko rasa selamat dan selesa…. keterujaan ko dari suam2 kuku…jadi suam2 milo… pastu jadi milo ais…. beku ...yang hanya sodap bila berbuka dengan barbeque ! 

Baru aku faham….maksud ko .... amalan last minute tu mengikut bulan bukan tahun….atau semester kan?
Air tahu air kelape…. Tau tak per… selamat berbuka…..

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...