.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, July 21, 2013

Tajuk 500: Imbas kembali …. lahirnya drotspss...

Aku macam tak percaya…. pejam celik dah ada 792 entry dalam blog ini. Dari jumlah itu, aku telah menulis 499 tajuk berkaitan penyelidikan, statistik, proposal dan penyeliaan. Tajuk entry yang sedang aku tulis ini menjadikan kesemuanya berjumlah 500 dari keseluruhan 792 entry!! Ini bermakna selang 1.7 hari aku menulis satu entry !! Fuhh… tak cayo den !

Semua ini berlaku hanya dalam tempuh 2 tahun 10 bulan.  Aku jangkakan, jika kesemua 500 entry aku ini ditulis dalam bentuk buku, mungkin buku tersebut mencecah lebih 1000 mukasurat.. menyamai 3 atau 4 thesis PhD  !! Wow…. dan sempena Tajuk ke 500, aku ingin menyorok skit sejarah penghasilan blog drotspss ini.

Suatu pagi, pada tanggal 10.10.10 kira-kira 2 tahun 10 bulan yang lalu, aku cuba-cuba membina blog  “SPSS - Suka Penyelidikan Suka Statistik” dengan membuka akuan di blogspot. Akupun memilih email aku sebagai zahinothman@gmail.com sempena nama anak aku Zahin Zafran. Kemudian aku mengambil anak bongsu aku Zafri Zulqarnine…. untuk menghiasi blog ini sebgai icon. Kini Nine telahpun berumur hampir 3 tahun. Aku juga selitkan ShoutMix supaya dapat berinteraksi dengan pembaca blog. Sayugia aku nyatakan disini bahawa selepas setahun, blogspot dan ShoutMix telah mengenakan periodical payment kepada aku kerana blog aku telah melebihi capacity “free” yang mereka tawarkan.  

Dorongan untuk membina blog ini datangnya dari semangat aku utk membantu pelajar kursus Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan (EDU5900). Rata-rata pelajar aku adalah guru dan pegawai dari KPM yang ingin mengambil master. Terdapat beberapa orang calon PhD juga dalam kelas aku.

Aku ada kecenderungan membuat sesuatu, wpun aku tak mahir, dgn cara meletakkan diri aku dalam “tekanan”. Aku asalnya tak minat blog dan aku tak tahupun menghasilkan blog. Maka aku paksa diri aku utk memulakan sesuatu dan akhirnya terhasillah www.drotspss.blogspot.com yang sehingga kini mempunyai 792 entry keseluruhan, dengan hits melebihi setengah juta serta follower seramai 1715. Sepanjang mengajar EDU5900, aku menyedari betapa kursus tersebut tidak memberi impak maksima malah gagal meletakkan pelajar dalam landasan yang betul sebagai bakal penyelidik. Kesempatan berbincang dengan pelajar juga mendedahkan mereka memerlukan sesuatu yang lebih dari sekadar pengetahuan jenis2 rekabentuk kajian ataupun teknik2 persampelan yang boleh saja dibaca terus dari buku2 teks. Dari situ, aku mula mengimbas kembali teknik yang telah aku gunakan semasa belajar di Adelaide, Australia… sehingga terhasilnya penulisan tentang pendekatan seperti hybridization, SIMEC, OFOT, ZDOT, aplikasi Mendeley, RFOT, KOT dan seumpamnya yang aku tulis entry demi entry. Malah, aku juga telah menjadi trend setter kepada bengkel intensive melalui PENULISAN CEPAT TESIS.

Aku juga menulis secara rasional mengapa banyak amalan penyeliaan turun temurun yang tak efisyen lagi seperti amalan penghasilan proposal yang kononnya perlu mencapai satu tahap yang  tidak selari dengan tujuan proposal itu sendiri. Amalan penghantaran proposal Chapter demi Chapter serta isu tajuk basi dan tak original telah aku kupas kerana amalan yang tersebut juga telah diturun temurunkan tanpa alasan yang wajar.

Posisi SV sebagai durian manakala supervisee adalah timun ternyata suatu yang perlu diberikan perspektif baru. Tajuk entry “Anda lebih terror dari SV” adalah satu kupasan kepada taboo durian-timun ini  yang menguasai dunia siswazah. SV bukan maksum atau Wikipedia yang tahu segala2nya !
Juga aku pohon maaf kepada pencinta bahasa kerana bahasa dalam blog ini terlalu santai kepada sebahagian “para cendiakawan” dan “para bahasawan”. Tapi “ada aku kesah” jika mesej yang aku ingin sampaikan dapat diterima oleh majority pembaca blog. Aku percaya…. majority ini lah yang memberi impak kepada nilai min dan variance, yang digunakan dalam apa jua statistic inferens, bukan 2, 3 orang yang boleh dianggap sebagai outlier yang dalam kebanyakkan kes, perlu diabaikan sahaja kewujudannya.
Kenapa ada “aku”, “ko” dan “bro” dalam penulisan blog ini? Ini kerana, aku percaya sukar utk menyampaikan mesej jika hanya “aku” sahaja yang menulis tetapi tiada “ko” dan “bro” yang mempersoalkannya. Aku tak mahu jadi “SV” yang hipokrit, yang hanya tahu memberi arahan tetapi dalam masa yang sama juga aku adalah “pelajar” yang boleh memberi respon kepada arahan tersebut. Jadi “aku” dan “ko” dalam penulisan blog ini memberikan ruang perbincangan yang lebih rasional, terbuka dan adil. Aku tidak mahu perbincangan antara SV dan pelajar menjadi “bias” kepada SV.

Aku juga menulis tentang kewujudan spesis SV yang menobatkan diri mereka sendiri sebagai “insan sempurna” dalam dunia penyelidikan apatah lagi dengan gelaran Prof…. maka muncullah entry seperti “Bila Prof jadi Maradona” bagi meletakkan “batu asas” yang lebih adil bila memberikan judgment kepada hasil penyelidikan pelajar.

Aku juga banyak menulis fenomena  “tajuk basi”, “tak original” dan “tajuk dah banyak orang lain buat” yang melemaskan sebahagian besar pelajar. SV berhak menuding jari mempersoal tajuk kajian pelajar namun, ada kalanya kegagalan melihat “tajuk basi” tersebut adalah hasil dari  “kebasian pengetahuan”  yang dimiliki SV sendiri dan ini tidak adil bagi pelajar. Jadi anda bacalah entry-entry tersebut.

Sayugia dinyatakan disini, aku juga bukan insan perfect jauh juga dari menjadi SV yang ideal. Aku cuma menulis  perihal dunia pascasiswazah dari satu perpektif yang berbeza secara rasional bagi memberikan keadilan kepada semua pihak. Dalam penyelidikan, tak perlu ada pihak yang percaya mereka terlalu superior dan satu pihak lain pula terlalu inferior !

Juga aku menulis bahawa Semester 1 adalah semester paling signifikan utk SV dan supervisee berbincang secara serius dan terancang…. utk membina satu proposal yang mantap, sedang amalannya Semester 1 adalah seperti semester honeymoon bagi pelajar dan semester “wait and see” bagi supervisor….. Aku juga menulis bagaimana kalutnya  pelajar mencari tajuk kajian di Semester 1 untuk dipersembahkan kepada SV sedang keutamaan melakukan “Intensive dan Extensive Literature Search” sebelum pencarian tajuk tidak lansung diendahkan. Bagi aku, pencarian tajuk kajian adalah perkara nombor 10 untuk dilakukan, bukan nombor wahid !! Bacalah entry aku berkaitan perkara ini.

Aku juga sangat menitikberatkan “teknik penulisan” dan penulisan rujukan. Ini kerana penguasaan keduanya telah membantu aku defend  proposal doctorate aku dalam tempoh 3 bulan sahaja dan menyiapkan penulisan keseluruhan draf lengkap tesis aku dalam tempuh 1 tahun 10 bulan. Sila baca entry 99 dan 100 untuk tahu lebih lanjut. Tempoh ini termasuklan menyiapkan sendiri animation dan questionnaire, melaksanakan interview dan menjalankan 3 kali pilot (2 di Australia dan 1 di Malaysia) bagi menguji animation yang aku bina. Kajian aku juga melibatkan dua department, Education dan Chemistry Department. Atas sebab itulah aku sgt simpati kepada pelajar yang setelah 5 semester menunjukkan dedikasi yang tak berbelah bagi tapi masih gagal menyiapkan proposal yang memuaskan  hati SV. Namum sebagaimana lazimnya, terdapat pelajar yang memang tidak fokus, malas dan culas….. dan mereka ini adalah selumbar kepada SV dan dunia penyelidikan dan tak termasuk dalam perbincangan yang aku maksudkan.

Kehadiran perisian seperti Zetero dan Mendeley yang percuma atau Endnote yang berbayar, perlu dimanfaatkan bagi mengurus artikel dan penulisan. Sungguh aku hairan dan terkesima 23 x apabila ada IPTA yang mensyaratkan penulisan citation / references ikut format IPTA tersebut dan bukan format standard. Sedang IPTA tersebut juga menghantar ramai pelajar ke IPTA lain dalam dan luar negara yang tidak mengikut pun format IPTA  tersebut. Jadi kenapa perlunya format citation / references yang berbeza dari format yang standard? Aku analogikan situasi ini samalah seperti meminta pelajar menggunakan MS Word kemudian mensyaratkan penggunaan font sendiri yang tiada dalam MS Word tersebut – tak ke pelek ?


Terima kasih kepada semua pembaca blog drotspss yang memberi komen dan terus membaca…. Juga warga DSG – doctorate support group yang sporting serta group event organizer – Malaysia Postgraduate  Workshop Series (MPWS) yang  membawa dunia blog ke satu tahap baru. Juga kepada pembaca buku “Tulis Tesis Cepat”, “Mendeley”, “Atlas.ti” serta “Asas Penulisan Tesis, Penyelidikan dan Statistik” moga terus berusaha untuk mencapai impian anda. InsyaAllah projek buku ke lima blog drotspss ini iaitu “Tulis Tesis Cepat Siri 2 – Semua OK dgn OT”   yang mengupas semua 6 teknik dalam KOT Cycle akan bermula sedikit masa lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...