Ko masih belum mengantuk? Samalah dengan aku. Meh aku teman ko menulis !
Tqvm bro... ko lah sahabat sejati aku...
Nak tulis pasal apa?
Aku cuma nak sentuh skit jer pasal tajuk entry aku - contoh kajian original dan tak pernah dibuat lagi !
Dulu iklan gitu2 jer... MPSW menjadikannya makin advanced ! |
Wow menarik tu.... cepatler tulis...sebab inilah yang selalu menghantui calon2 PhD dan master macam aku.. dan selalu ditekankan oleh SV....
Aku bagi contoh mudah dalam education... kalau tajuk ada perkataan ICT jer mesti dikatakan dah basi, tak original... dah berlambak orang buat...
Aah memanglah.... akupun dah muak dengar tajuk tu.. he he
Jadi aku suka nak cadangkan satu tajuk yang "original" dan belum pernah dibuat berkaitan "ICT" dalam education...
Pedia bro?
Kajian berkaitan TOPIK ICT dalam pendidikan bertajuk:
"Pembinaan model ICT dengan sikap terhadap haiwan, jenama handphone, perkara membatalkan puasa serta makanan kegemaran pelajar di Malaysia"
Woi... kajian apa tu.. tak pernah aku dengar... awat pelik sangat ? Mana ada kajian macam tu bro.. ko ni mengantuk ker?
Yess...yess....confirmed !!
Apanyer yang confirmed tu...ko suka sangat kenapa?
Kalau ko kata pelik dan tak pernah dengar ada kajian macam tu... confirmed....tu maknanya TOPIK kajian dengan tajuk tu "original" dan "tak pernah dibuat orang".... betul tak?
Emmm.... aku sedang berfikir ni....
Tak yah susah2 fikir nak cari kajian yang "tak pernah dibuat orang"....... buat ler TOPIK kajian yang dibuat orang..... tambahan ko tu novice... baru nak merangkak...dan ada sebab kenapa ada orang buat sesuatu kajian.... dan tugas ko mencari aspek lain yang lebih mendalam.... sebab tu jugaklah cup cake makin lama makin canggih.... sebab teknik menghasilkannya semakin kreatif dan advanced !! Kalau ko nak buat yang tak pernah dibuat orang... ko buat jer lah... cup kite.... layang-layang bentuk cawan !!
Ko jgn main2 bro....
Yang ini memang aku main2 jer.... |
Apsallak main2.... betul per? Ko sendiri terkezut dgn tajuk tu kan?
Ialah... takkan sampai macam tu.....
Abis kalau yang dah selalu dibuat.. ko kata dah basi ler pulak.... dah selalu dibuat orang.....
Memang lah bro.... cer ko lihat TOPIK kajian berkaitan "Aplikasi ICT dalam pendidikan"....ramai yang kata dah basi ...
Tapi bagi aku.... tak basi...kerana kajian berkembang ikut masa...
Abis apa rasional ko kata TOPIK tu tak basi....?
OK....cer ko baca apa yang aku nak coret tentang TOPIK berkaitan aplikasi ICT dalam pengajaran di sekolah
TOPIK ini memang dah basi jika.....
1. ekoran adanya signifikan ICT dalam perkembangan pendidikan, maka berlumba2lah pelajar membuat tajuk ICT ni....sampai dah basi sebab ramai yang dah buat kajian yang hampir2 sama.....dgnreka bentuk dan analisis yang hampir2 sama
2. instrumen kajian ini telah dibina lama dulu dan masih digunakan berulangkali.....sebab ramai yang buat kajian yang hampir2 sama.....sampai dah basi...
3. kerana pembinaan model aplikasi ICT dibina secara simple dan linear sahaja menggunakan analisis mudah seperti MLR (multiple linear regression) yang melibatkan hanya beberapa IV dan satu DV sahaja... inipun dah basi...
Namun....TOPIK ini tetap releven...segar dan tak basi jika..
1. menghasilkan sesuatu contribution yang original jika dikaji kerana memantapkan / re-validated instrument yang dah lama, katakan dengan Rasch model .. supaya dapatan lebih reliable dan valid
2. menghasilkan sesuatu contribution yang original jika model yang lebih comprehensive secara prediction boleh dihasilkan dengan membina soal selidik sendiri dan kemudian diuji dengan SEM analysis menggunakan smartPLS dgn penglibatan latent variables, bukan hanya IV dan DV..
3. menghasilkan sesuatu contribution yang original jika model dimantapkan lagi dengan membina soal selidik sendiri dan kemudian diuji dengan SEM analysis guna AMOS yang lebih detail dengan data continuous termasuk EFA dan CFA sekali
4. menghasilkan sesuatu contribution yang original jika kajian dibuat dengan membina soal selidik sendiri dan kemudian diuji pula dgn multilevel modelling menggunakan Mplus atau M+, berbanding model dalam analisis SmartPLS atau AMOS ... bagi menganggar pelbagai model dgn latent, or unobserved variables bagi model yang lebih complex tak kira samada kedua2nya continuous atau berbentuk categorical...
Faham tak maksud aku?
Tak fahamlah...
Yang basi tu adalah pengetahuan kita bro...dan maybe pengetahuan sesetengah SV juga.... bukanlah TOPIK tu yang dah basi tapi TOPIK yang sama berkaitan ICT dalam pendidikan masih banyak ruang yang perlu diperhalusi....
Wooo.....
Maaf ler kalau aku terlalu berterus terang.... sebab ini juga cabaran bagi diri aku sendiri.... akupun tercabar utk update pengetahuan aku... Ini dikatakan contribution / advanced the knowledge... dari analisis yang asas ko kaji menggunakan analisis yang lebih advanced bagi menghasilkan dapatan yang lebih fresh, comprehensive dan latest serta lebih robust !!
Analisis yang semakin advanced menjanjikan kupasan yang lebih mendalam dan inilah contribution to the knowledge...inilah PhD !! Model yang kompleks yang melibatkan bukan sahaja IV dan DV malah mediator dan moderator akan berupaya menjelaskan "proses" yang berlaku dalam kajian bukan lagi sekadar perkaitan linear antara IV dan DV semata-mata....
Ok..ok...aku cuba faham apa yang ko cuba sampaikan.....fuhhh.... penat otak aku memikirkannya....
So... kalau penat....selamat beradu dan bersahur....
OT
No comments:
Post a Comment