.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, December 20, 2012

Tajuk 430: ATLAS Siri 10: Menyiapkan Lit Rev dgn ATLAS.TI !


Tarikh: 21 Disember 2012
Lokasi: Toyota Service Centre Balakong
Mission: Sevice kereta lah….
Wifi: On
Time: 8.30 am

Masa menunggu sangat menyiksakan. Apa nak buat, tanggungjawab kepada kereta perlu dijalankan. Apapun aku ada satu mission, nak tunjukkan secara lebih detail bagaimana ATLAS.TI boleh digunakan utk menyiapkan aspek2 penting dalam penulisan thesis spt penyediaan theory dalam LR. Ini akan melengkapkan 10 siri Atlas.ti saya....

Situasi:
Ada ingin menulis aspek theory  berkaitan animation bagi kajian anda. Ada ada 7 articles dan ingin mengetahui diskusi berkaitan animation dalam articles tersebut. Jika anda membaca satu persatu, sukar utk mengaitkan diskusi dalam setiap satu artikel dgn artikel yang lain.

Jadi…. ATLAS.TI akan membantu anda !! Bagaimana utk melakukan ini? Ikuti langkah2 berikut:

Langkah 1:
Sediakan semua fail pdf anda tapi mesti namakan sebagai:

Author (year):

David (2012)
Meyer & Mereno (2002)
dan seterusnya..... 


Langkah 2:
Buka Atlas.ti dan add semua files di atas kedalam ATLAS.TI  dan namakan projek HU anda sebagai my_litrew
 


Beginilah kedudukan file tu dalam ATLAS anda



Langkah 3:
Anda ingin mencari maksud animasi dari artikel2 tersebut utk dimasukkan dalam Bab 3, dibawah satu heading “animation”. Maka andapun membuat coding utk mencari perkataan “animation” dan juga yang hampir dengannya seperti “simulation”.




Mula membaca David (2012)…dan mencari quotation “animation”, “simulation” utk di kod kan menggunakan autocoding dialog.

Langkah 4:
Anda boleh memilih “Selected PD” supaya anda lakukan satu persatu artikel dan “Sentence” supaya kod anda mewakili perkataan yang ada keyword “animation” dan simulation”



Langkah 5:
Then klik “Start”
Hasilnya “Animation (2-0)”, bermakna ada dua kod yang dijumpai.



Langkah 6:
Ulangi lagi utk artikel seterusnya iaitu Mayer and Mereno (2002)…. Klik “Start”

Semak satu persatu kod tersebut dan anda hanya ambil kod yang releven dengan keperluan anda sahaja.



Lakukan seterusnya bagi P3, P4, P5, P6 dan P7. Anda boleh  lakukan dengan “All current PDs”….jika anda mahu...

Tapi.....
Saya cadangkan jgn run “All current PDs” sebab terlalu banyak akan di kod jadi anda boleh pilih satu persatu dan hanya kod yang releven sahaja dgn tick “Confirm always” then baca…. Jika sesuai “Code it” dan jika tidak “Skip it”….



Katakan anda hanya memilih 6 kod sahaja yang releven sebab yang lain anda "Skip it"...



Dipendekkan cerita andapun dah kod semuanya…. Ada 15 sahaja yang releven dari PD2, PD4 dan PD5



Whats next ?

Langkah 7:
Masa tuk melihat perkaitan antara quotation supaya anda boleh menulis dan mengaitkan isi dan LR yang berkaitan. Anda gunakan network:


Import semua quotations:



Dan inilah hasilnya.... saya warnakan supaya cantik skit... Perhatikan anda dapat lihat 3 artikel dgn setiap artikel dikeluarkan pernyataan tentang animation seperti anda telah menganalisis artikel tersebut. 

Petikan2 ini akan memberikan anda dgn jelas perbincangan yang berlaku dan anda boleh memetik dan mensintesis quotation tersebut menjadi paragraf anda sendiri.  

Maknanya dari anda terbelek2 berkali2 artikel utk membaca berkaitan animation, lebih baik lihat sahaja network dibawah utk memulakan penulisan anda.... inilah juga konsep paperless yang saya war2kan...


Langkah 8:
Anda juga boleh melihat semua quotation dalam bentuk text....dgn lakukan langkah berikut:



  
Inilah dia.....


Selamat mencuba..... cubaaannn...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...