.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, December 17, 2012

Tajuk 428: ATLAS.TI SIRI 8 - Article dummy guna ATLAS.TI...

Ko tahu bro...aku pernah buat kajian qualitatif, namun aku belum pernah guna Atlas.ti dalam kajian aku. Kini saya ada 2 pelajar PhD yang akan buat kajian qualitatif, dan akan guna Atlas.ti.

Abis tu?

Akupun mengarang satu artikel dummy bagi satu kajian qualitatif, yang konon2 aku buatlah.... supaya aku boleh masukkan aspek triangulation, validity, intercoder reliability, kappa dll dalam artikel tersebut. Akupun menaip lah.. ikut kepala aku ni dgn satu tajuk ringkas sebagai dummy.... so ko teruskan membaca...

Tajuk:
ANALISIS KUALITATIF KEPIMPINAN BERPASUKAN: KAJIAN TERHADAP KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH HARIAN BERPRESTASI TINGGI HULU LANGAT

Pengenalan:
Kepimpinan pengetua mempunyai kesan yang signifikan terhadap pencapaian sekolah dalam aspek pentadbiran dan akademik. Namun, aspek kepimpinan pengetua perlu dikaji secara lebih mendalam khususnya aspek kepimpinan berpasukan.

Kajian ini menggunakan kaedah semi-structured interview terhadap pengetua sekolah menengah berprestasi tinggi di Daerah Hulu Langat bagi mengetahui pendekatan kepimpinan berpasukan yang mereka amalkan. Langkah ini membolehkan teori kepimpinan pengetua yang sedia ada seperti Teori A dan Teori B dapat dikembangkan serta dibincangkan secara lebih kritis.

Gap:
Sorotan kajian yang telah dijalankan banyak menyentuh prinsip kepimpinan pengetua dari aspek A, B, dan C tetapi tidak ada kajian secara khusus yang melibatkan pemahaman tentang kelompok mana dan bagaimanakah kelompok tersebut terlibat dalam kepimpinan berpasukan dalam kalangan pengetua sekolah berprestasi tinggi

Method:
Seramai 10 pengetua dari 10 sekolah berprestasi tinggi akan di temubual. Bagi tujuan data traingulation, 10 guru dan 10 pelajar juga telah ditemubual. Pemilihan ini berdasarkan teknik persampelan purposif dan snowball setelah mendapat kebenaran dari KPM dan persetujuan bertulis dari pengetua.

Proses temubual:
Temubual secara bersemuka dijalankan selama lebih kurang 60 minit. Proses temuduga dilakukan oleh tiga orang bagi memastikan perjalanan temubual yang lancar  serta pengendalian alat audio-visual yang cekap.

Sebanyak 10 - 15 semi-structured questions ditanyakan kepada partisipan termasuklah:

1. Apakah falsafah kepimpinan yang tuan pegang sepanjang menjadi pengetua di sekolah ABC?
2. Apakah yang tuan fahami dengan kepimpinan berpasukan?
3. Bagaimakah tuan melaksanakannya?
4. Bagaimanakan tuan melibatkan pihak lain dalam melaksanakan kepimpinan berpasukan?


Analisis data:
Semua transkrip yang telah di validated kan akan melalui proses coding menggunakan perisian ATLAS.TI versi 7.1 ATLAS.ti menyediakan secara sistematik pemilihan segmen-segmen dari transkrip atau quotation bagi mewakili satu konsep atau idea yang diringkaskan sebagai code. 

Code-code ini boleh di visualkan secara grafik melalui network dengan menunjukan perkaitan setiap code dengan tema, quotation mahupun memo. Penggunaan perisian ini penting bagi memastikan proses pengkodan dijalankan dengan menyeluruh dan konsisten. Proses pengkodan dijalankan sehingga membentuk tema-tema yang mewakili konstruk-konstruk mewakili kepimpinan berpasukan.


Validity dan reliability:
Temuduga akan di transkrip dan hasil transkrip diserahkan kepada partisipan bagi tujuan semakan dan memastikan ketepatan transkrip tersebut. Partisipan akan menandatangai setiap helaian transript bagi tujuan transcript validation.

Intercoder reliability juga dilakukan dgn mencetak output melalui ATLAS.TI.  Pattern analysis digunakan bagi menghasilkan kod families, supaya kod yang sama dapat dikelaskan dalam satu family. Contohnya code guru kelas, guru sukan, guru displin dimasukkan dalam code “guru” sahaja. 

Satu senarai codes diserah kepada dua pakar coding iaitu rater A dan rater B, utk tentukan quotation (utterances) dan kesesuaian dgn code yang betul. Data ini boleh diperoses dalam SPSS utk dapat nilai kappa.


             

Katalah code adalah:
Code One = Guru
Code Two = Pelajar
Code Three = Pustakawan
Code Four = NGO
Code Five = Ibu bapa
Code Six = Pembantu makmal

Sediakan jadual interrater (istilah intercoder pun ada digunakan) utk menilai 30 codes berdasarkan quotations (utterances) spt berikut yang aku ringkaskan utk quotation 1,2,3.... 30 sahaja. 


Masukkan data dalam jadual di atas dalam SPSS.... dan run Kappa analysis.

Nilai kappa > 0.7 diperlukan sebagai nilai reliability yang baik. Code yang tidak menepati antara rater tersebut akan dibincangkan kesesuaiannya.


Dapatan:


Kepimpinan berpasukan telah menjadi satu sebahagian ciri kepimpinan pengetua. Seramai 12 dari 15 pengetua menyentuh aspek kepimpinan berpasukan ini sebagai teras kejayaan sekolah berprestasi tinggi. Sebagai contoh Participan 10 yang telah menjadi Pengetua Cemerlang Selangor menyatakan bahawa:

“susah sekolah nak cemerlang kalau guru tak bekerjasama dengan Pengetua. Saya pastikan bahawa setiap kali meeting, guru-guru diberi tugasan masing-masing sebagai satu kumpulan….dan guru-guru inilah sebagai agen yang apat mempengaruhi penglibatan pelajar dan ibubapa”

Sementara itu, Pengetua 8 menambah peranan ibu bapa, selain guru sekolah:

“Jangan lupa mak ayah mereka keluar wang utk hantar tuisyen… jadi mak ayah pelajar juga termasuk dalam satu pasukan…malah saya juga berbincang dengan pihak perpustakaan dan pembantu makmal supaya dibenarkan pelajar tahun peperiksaan datang pada hujung minggu”

Pernyataan ini juga ditekankan oleh Guru 2 yang aktif dalam persatuan PIBG:

“PIBG sekolah ini sangat kuat. Ada ibu bapa yang sanggup mengambil cuti sebulan sebelum SPM bagi memastikan anak-anak mereka bersedia menghadapi peperiksaan… malah mereka ini sering berjumpa saya untuk mendapat latihan tambahan bagi anak-anak mereka”

Dalam hal yang sama, Pelajar 5 memaklumkan:
“Mak dan ayah saya serius bila saya nak ambik SPM. Guru2 pulak semua buat kelas tambahan…dan pembantu makmal juga datang utk kelas tambahan hujung minggu”

Dapatan di atas menunjukkan bagiamana pengetua dalam melibatkan guru, ibubapa, pelajar serta kakitangan bukan akademik sebagai satu pasukan. Semua ini dapat diringkaskan dalam Rajah 1 berikut:




Sumbangan kepada pengetahuan:
Menambah maklumat yang boleh membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam proses kepimpinan pengetua dari aspek kepimpinan berpasukan yang telah membawa kejayaan kepada sekolah yang dipimpin sebagai satu pasukan. Sekian !!!

Phew... 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...