.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, December 11, 2012

Tajuk 422: ATLAS.TI Siri 4 - Hasilkan susunan references utk siapkan Lit Review !

Sebaik sahaja saya balik dari Hot Spring Sungkai.... (kesahnya ada dalam entry sebelum entry ini), saya membuka facebook.... tertarik dgn reply dari Ani Munirah siap dgn attachment tentang tajuk di atas dalam entry blog saya yang terdahulu dan tqvm kerana memberi pandangan yang terbaik !

Saya terus baca dengan teliti reply facebook tersebut dan berikut adalah apa yang saya buat dari pandangan Ani Munirah. Saya bangga punyai kawan yang sanggup berkongsi pengalaman dan pengetahuan. 

A. Langkah coding

Ini adalah langkah2 yang saya buat utk hasilkan senarai rujukan berdasarkan coding dan hasilnya akan menjadi  seperti berikut:

P2: Meyer & Mereno (2002)....
Quotation yang anda petik... 

P3: Treagust (1999)....

Quotation yang anda petik...  

P4: Treagust (2004)....

Quotation yang anda petik...  

dan seterusnya....spt pic berikut:





Abis camno nak buat tu? Ok sila ikut langkah2 berikut:

Langkah 1:
Namakan dahulu P-Docs anda seperti Mayer & Mareno (2002), Treagust (1999) dan seterusnya... sampai abis article anda.

Langkah 2:
Baca dan highlighted quotation yang anda akan masukkan dalam LR atau yang anda fikir penting utk anda refer.... lakukan proses coding spt biasa (peserta bengkel patut tahu...) dan namakan dgn nama sesuai dgn isi quotation...

Langkah 3:
Katakan anda dah ada 5 codes bagi 5 quotation dari 4 articles seperti berikut (lihat juga pic berikut):


  • Analogical model
  • Cognitive load theory
  • Model-based reasoning'
  • Presentation model in chemistry
  • Scientific model



Codes di highlighted dalam pic di atas
Langkah 4:
Buka Code Manager - Highlighted kan kesemua codes - [right click] - Output - Quotation for selected code(s) - Editor




Maka akan keluarkan list berikut.....




B. Application #1

Tapi jika anda nak semak satu2 code.... spt biasa anda boleh buka interface spt pic berikut....highlight code yang anda pilih....double-click maka keluarlah quotation dalam article disebelahnya spt dalam pic berikut:



C. Application # 2

Kemudian anda boleh menyediakan LR atau menulis proposal / thesis anda dgn menggunakan langkah yang sama spt di atas.

Setelah anda membaca dan memberikan code yang sama kepada satu idea / konsep yang sama yang saling menyokong dari beberapa artikel yang berlainan maka anda boleh keluarkan semua quotations tersebut dalam satu senarai.

Katakan ada 3 quotations dari 3 articles berbeza yang menulis tentang "Scientific model". Maka anda coding kan ke3 quotations ini sebagai "Scientific model"

Anda cuba perlu highlight kan code "Scientific model" yang mempunyai idea / konsep yang sama dalam 3 articles yang berbeza. 



Kemudian anda click:

Output - Quotations for Selected codes(s) - Editor...

Maka anda akan dapat satu senarai semua artikel dgn quotationnya sekali bagi code "Scientific model" seperti berikut. 

Jadi dgn gabungan quotation ini bolehlah anda menulis sesuatu tentang "Scientific model" diikuti dgn 3 citation iaitu Mayer & Mereno (2002), Treagust (1999, 2002)...



Peserta bengkel ATLAS.TI.... cuba jgn tak cuba....cubaannnn


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...