Satu isu yang besar adalah validation dan realibility data yang diperolehi. Pelajar yang membuat kajian quanti akan menggunakan selalunya "chronbach alpha" dan "validated by panel of experts" sebagai perisai ampuh mempertahankan reliability dan validity kajian mereka.
Ini menjadikan PG yang membuat kajian quali terketar2 kerana data mereka hanya boleh mempertaruhkan validation, kerana relibility bukanlah sesuatu yang menjadi keutamaan dalam kajian quali. Namun, mempertahankan validation of data juga suatu yang tidak "mudah" walaupun PG tersebut membuat methods pengumpulan data yang berbeza utk tujuan triangulation.
Kemudian muncul Nudist, ethnography dan kemudian diikuti dgn Nvivo. Nvivo terus menjadi popular dlm kalangan researcher dan penganut fahaman quali di Malaysia. Namun begitu, entah mengapa pengetahuan menggunakan NVivo menjadi agak ekskusif.... kerana tak ramai yang menguasainya.... sehingga ada yang masih selesa memerah keringat menganalisis secara manual.
Kini muncul wpun agak lewat, ATLAS.TI.....Kedua-dua NVivo dan Atlas.ti adalah perisian yang menjadi "alat" utk mempercepatkan proses menganalisis data quali melalui proses utama iaitu coding. Saya sempat mempelajari NVivo tetapi secara peribadi saya lebih tertarik kepada Atlas.ti kerana bagi saya ianya mudah di kendalikan wpun baru pertama kali bersua muka.
Dalam entry ini saya hanya akan menyentuh satu contoh hasil analisis Atlas.ti bagi tujuan menunjukkan triangulation bagi mengesahkan satu coding melalui EMPAT bentuk data yang berbeza iaitu foto, audio, quotation dan video yang digabungkan dalam satu network secara explicit. Network ini jika di tunjukkan dalam tesis, dapat menwakili satu bentuk triangulation data bagi menyokong dan memberi justifikasi kepada makna bagi satu code yang telah dipilih.
Ini adalah satu contoh mudah:
Pic di atas adalah contoh satu network asas dalam Atlas.ti... menunjukan triangulation empat jenis data berbeza iaitu:
(i) quotation (.doc),
(ii) data picture (glider.jpg),
(iii) data video (wildlife.wmv) dan...
(iv) data audio (sleeping away.mp3).
Ini belum lagi ada link ke "memo".
(i) quotation (.doc),
(ii) data picture (glider.jpg),
(iii) data video (wildlife.wmv) dan...
(iv) data audio (sleeping away.mp3).
Ini belum lagi ada link ke "memo".
Kesimpulannya..... dgn Atlas.ti ... menganalisis data quali bukan sahaja menjadi lebih mudah, cepat dan efisyen tetapi dapat menunjukkan secara explicit triangulation yang boleh menyokong validity dapatan data qualitative.... dan yang penting network di atas adalah output Atlas.ti bukannya anda suka2 lukis macam tu..... !!
Jam menunjukkan pukul 1.10 pagi....pasti anda sedang diulit mimpi..... saya mohon mengundur diri... jumpa lagi esok hari.....wassalam
Jam menunjukkan pukul 1.10 pagi....pasti anda sedang diulit mimpi..... saya mohon mengundur diri... jumpa lagi esok hari.....wassalam
OT
No comments:
Post a Comment