.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Tuesday, December 11, 2012
Tajuk 424: Experimental design...aku dikatakan melanggar research etiquett semasa viva !!
Saya menerima email ini…. sila baca dahulu...
Salam Dr.,
Saya, pelajar PG telah pun selesai menjalankan kajian dan telah pun menjalani viva-voce. Saya mempunyai beberapa soalan yang ingin ditujukan kepada Dr.
Saya telah menjalankan kajian secara experimental yang melibatkan 1 control group dan 1 treatment group. untuk treatment group, saya sendiri yang conduct class menggunakan satu modul yang sy bangunkan. oleh itu,sy ingin bertanya kepada Dr., adakah menyalahi etika penyelidikan sekiranya pengkaji sendiri yang conduct pengajaran tersebut?
ini kerana, salah satu daripada tiga orang penilai mempersoalkan prosedur utk dan mengatakan ianya menyalahi etika penyelidikan dan meminta saya untuk menjalankan dan mengumpul data semula.
Saya buntu kerana 2 orang penilai lagi mengatakan tidak perlu menjalankan dan mengumpul data semula, cuma meminta saya mencari evidence, justify dari sumber muktabar yang mengatakan pengkaji sendiri boleh conduct pengajaran tersebut.
Walaubagaimanapun, saya telah pun membaca buku-buku yang berkaitan dengan research procedure dan hampir semua buku tidak menyebut samaada pengkaji sendiri boleh atau tidak boleh conduct kelas.
Saya berharap dr. dapat membantu sy menyelesaikan dan menjawab persoalan saya agar saya tidak perlu menjalankan kajian semula. sy telah bertanya dengan beberapa pensyarah, mereka mengatakan pengkaji boleh conduct kelas tetapi semuanya tidak mempunyai sumber yang muktabar.
sSaya mengharapkan dr. dapat membantu saya.
Terima kasih.
Miss AA
Respon ringkas:
Saya ingin menyatakan bahawa kumpulan ekperimen dan kumpulan kawalan mesti mendapat “content” yang sama TANPA dipengaruhi oleh personaliti experimenter sebagai pengajar. Contohnya, jika pengajar mengajar bersungguh2 utk satu kumpulan tetapi tidak kepada satu kumpulan lagi, maka berlaku bias dan keputusan dibimbangi menyebelahi satu kumpulan kerana personaliti pengajaran, bukan kerana treatment.
Jika ini berlaku, lebih sesuai dikatakan sebagai berlakunya “Experimental bias” dari menggunakan istilah perlanggaran etika kajian... yang natijahnya lebih serius.
Jadi, viva diperlukan utk pelajar tersebut mempertahankan dapatan kajiannya bahawa bias tidak berlaku atau terkawal kepada mana2 kumpulan. Jadi tidak timbul soal mencari sumber muktabar kerana “Experimental bias” ini memang ditulis di mana2 buku muktamar. Sebenarnya banyak bias boleh berlaku seperti selection bias, design bias, procedural bias dll….bukan hanya experimental bias.
Cuma persoalannya, apakah yang dilakukan oleh pelajar untuk elakkan experimental bias yang dipersoalkan oleh panel VIVA?
Jika pelajar dapat membuktikan bahawa contohnya (ini hanya pandangan saya sahaja) at least pelajar:
a. telah menyediakan lesson plan yang rapi dan jitu supaya kedua2 kelas mendapat input yang sama
b. telah merakam keseluruhan proses pengajaran supaya ada pihak validate bahawa tidak berlaku bias
c. telah menjemput pihak ketiga utk berada dalam kedua2 kelas secara rawak, suapaya pihak ketiga memastikan pengajaran dilakukan secara adil dari aspek personaliti, kuantititi dan kualiti bahan yang diajar.
d. telah menggunakan pengajar lain yang tidak tahu mana kumpulan eksperimen dan mana kumpulan kawalan
Jika pelajar tidak dapat meyakinkan panel viva bahawa experimental bias tidak berlaku (atau diminimakan), maka terserah kepada keputusan panel2 tersebut. Jika mereka lebih mempercayai bahawa berlakunya bias…. dan menganggap ini serius sehingga perlunya dilakukan pengumpulan data semula…. pelajar tiada pilihan….terpaksa akur... dan tak perlulah cari rujukan muktabar kerana rujukan lebih menjurus menyenaraikan element bias dari menyokong kajian yang dilakukan oleh experimenter sendiri terhadap dua2 kumpulan.
Cuma…………
Pelajar boleh mencari kajian2 lepas dlm artikel established yang mana pengajaran dilakukan oleh experimenter sendiri bagi kedua2 kumpulan.. namun ni bukanlah bermakna experimental bias tidak wujud, tetapi lebih kepada evident bahawa ada kajian dilakukan sedemikian, itu sahaja.
Jika ada panel Viva yang berpendapat "OK" dgn apa yang pelajar buat di atas kerana mereka anggap ini adalah proses pembelajaran menjadi seorang researcher....pelajar itu bernasib baik... namun sebagai researcher.... pelajar tidak boleh menaruh harapan sebegini tambahan pelajar di atas menjalankan kajian peringkat PhD yang memerlukan satu proses yang rigorous!!
Nampaknya committee Viva Miss AA secara kolektif meminta beliau membuat semula kutipan data... maka inilah keputusannya yang perlu diterima.... bersikap positif, at least Miss AA tak perlu lagi membuat penulisan thesis, sekadar membuat semula kutipan data dan analisa... dgn mengelakkan experimental bias....wpun saya faham bukanlah satu yang mudah....
Oleh itu ambillah ini sebagai pengajaran buat semua....
OT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment