Sebelum aku tulis pasal NVivo vs Atlas.ti...aku nak ambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli drotspss yang hari ini mencapai bilangan seramai 1111... semoga sokongan anda menjadikan blog ini terus informative.... kerana bukan mudah blog akademik sempoi ini yang tak ada kisah sensasi artis atau photo pelik2 utk mendapat perhatian pembaca....
Antara 1111 wajah yang mengikuti blog drotspss.... terima kasih ! |
OK balik pada tajuk kali ini. Aku nak tanya soalan sempoi dulu - Ko suka Honda Insight atau Toyota Prius…. dua2 hybrid bro?
Kalau boleh aku nak dua2…. He he...
Jgn ler tamak, pilih satu ler….
Ini pilihan yang susah…. dua2pun ramai yang beli bro?
Emmm beginilah jika nak dibandingkan NVIVO dgn Atlas.ti. Sedar tak sedar banyak software baru yang
muncul dalam social science utk analisis data kualitatif dan ini adalah berita baik. Dah ada yang mula
bertanya aku, mana baik Atlas.ti atau NVivo. Dulu mereka tanya aku....EndNote atau
Mendeley?
Apa jawapan ko?
Aku bukan wakil mana2 software…. jadi aku tak against mana2
software…. Yang aku against adalah mereka yang tak nak guna mana2 software…
sanggup buat cara lama dan manual yang melelahkan dan memakan masa yang lama.
Aah... tu aku setuju !
Ko tanya mana baik… Atlas.ti atau NVivo? Aku jawab dua2 baik….
Buktinya dua2pun ada pengguna yang ramai. Kalau ko tanya aku prefer yang mana…. itu lain cerita.
Aku merakamkan aktiviti murid SR Integrasi Bangi dalam satu kajian ERGS aku.... semuanya akan di analisis menggunakan Atlas.ti |
Persiapan interview oleh krew research aku |
Abis, kalau aku nak belajar, mana satu yang sesuai.. Atlas.ti atau NViVo?
Camnilah…. Aku nak bagi analogi.. sebab dah lama tak bagi
analogi ni…. He he.
Pertama:
Sebelum ko nak beli kereta Honda Insight atau Toyota Prius, ko kenalah ada lesen memandu, kenal mana simpang, mana sign merbahaya, mana double line dll ler sebab tak kira keta apapun, semuanya akan membawa ko dari position A ke
position B…. dgn syarat ko ada lesen. Kalau tak ada lesen, takut masuk
longkang tgh jalan... merbahayakan diri sendiri dan org lain. So samalah ko kena tahulah asas2 analisis kualitatif… apa itu coding,
memo, quotation dll. Kalau benda ni ko tak tahu, software apapun ko nak belajar, ko takkan
dpt bro !!
Emmmm….
Kedua:
Nvivo atau Atlas.ti tidak akan dapat menjadikan analisis
data ko canggih, mantap, dasyat.....sebab kedua2nya adalah alat sahaja…omputih cakap tool sahaja. Kalau
ko sendiri tak kuasai apa yang ko nak buat, jelas objektif kajian.... tahu sediakan data yang lengkap.....Nvivo ataupun Atlas.ti dua2 pun tak
dapek nak tolong ko….
Ketiga:
Sebelum ko nak guna yang mana satu, jengok2 sekeliling ko,
jika ramai kawan2, SV atau ada kepakaran sokongan di university ko sendiri…. maybe lebih sesuai u guna software
tersebut. Sebabnya jika ko tersangkut, ada ler yang akan bantu ko.... betul tak?
Keempat:
Jika kawan2 atau tak ada SV yang boleh membantu ko di university
yang sama, tapi ko dapati banyak bengkel2 diadakan oleh expert di IPTA
lain….so bolehlah ko belajar mana2 software yang ditawarkan.
Selain itu, perhatikan juga sokongan on-line....contoh mudah… Atlas.ti ada laman web dan facebook local dan international. Jika local spt berikut, yang international ko google ler sendiri:
http://atlasmalaysia.com/
http://www.facebook.com/groups/atlastiresearchers/
Aku suka facebook yang menaung dibawah Doctorate Support Group tu sebab boleh direct tanya soalan dan sifu Ani Munirah sedia membantu.
Bagaimana dengan NViVO? Jika ada.... sokongan on-line ini juga akan membantu. Mana lebih mudah (dah sudah pasti mana yang lebih murah) utk mendapat bengkel di Malaysia samada Atlas.ti ataupun NVivo? Ini ko kenalah buat research sikit.... bukan menganga jer tunggu orang lain bagi maklumat... ko kan student PhD... maklumat dihujung jari....

Wooo cam tu pulak yer, jgnlah perli aku bro ! Abis ko prefer yang mana?
Aku? Kalau kereta aku prefer Honda Insight, lebih murah dan nampak lebih cun di mata aku la... dan ada pusat servis baru di buka di Bangi.... ini juga aku consider... dekat dengan rumah. Kalau software....aku pernah hadiri bengkel NVIVO dua kali bro… memang menarik. Ntah cammaner, sebagai orang tua dengan otak berkapasiti processor Pentium
4… aku rasa lebih selesa dengan Atlas.ti yang lebih straight forward pada aku. Lagipun aku kenal sifu Atlas.ti di
Malaysia yang aku boleh rujuk.... Jadi kes aku maybe tak sama dengan kes orang
lain yang lebih prefer NVivo.…. jadi ko kenalah pertimbangkan empat perkara di
atas dan buat keputusan sendiri…samada ko nak guna Atlas.ti atau Nvivo...jgn bila kawan ko kat obersi kata Nvivo bagus ko pun nak belajar.... then kawan ko kat Malaysia kata Atlas.ti lagi happening....ko pun fening....
OK… good suggestions..... aku akan consider 4 perkara tu dulu masak2... aku tak nak fening lagi.....tima kacih bro!ala
Berikut adalah cth jurnal terhasil dari atlas.ti
(source: http://www.bgsu.edu)
1. Byrd, Stephanie Ellen. 2009. “The Social Construction of Marital Commitment.” Journal of Marriage and Family 71:318–336.
2. Calarco, Jessica McCrory. 2011. “’I Need Help!’ Social Class and Children’s Help-Seeking in Elementary School.” American Sociological Review 76:862–882.
3. Manning, W. D., Trella, D., Lyons, H. and Du Toit, N. C. (2010), Marriageable Women: A Focus on Participants in a Community Healthy Marriage Program. Family Relations 59: 87–102.
4. Reiss, John G., Robert W. Gibson, and Leslie R. Walker. 2005. “Health Care Transition: Youth, Family, and Provider Perspectives.” Pediatrics 115:112–120.

OT
Tahniah, Dr. OT. Perkongsian yang mantap, ia tak menjawab software yang mana lebih bagus, atau lebih baik belajar menggunakan software mana satu. Sebaliknya Dr. OT memberikan 4 panduan yang tepat untuk dipertimbangkan oleh pembaca. Paling penting, software nVivo dan ATLAS.ti tak menggantikan proses analisa data kualitatif menggunakan otak manusia, ia cuma bantu memudahkan proses tersebut.
ReplyDelete