.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, September 5, 2012

Tajuk 381: Instrument validation - Sapa pakar yg dipilih?


Aku dengar ko mengadap boss ko tadi…. Apahal bro?

Aah….. aku kena mendemonstrasikan “apa yang aku tahu” bagi membantu siswazah yang baru mendaftar di fakulti.

Abis apa yang ko nak demonstrasi?

Aku nak tunjukkan Mendeley, Atlas.ti dan Dropbox…

Wooo…. bila pulak ko tahu Atlas.ti ni? Bukankah Atlas.ti tu perisian utk proses data kualitatif... selalnya ko sebut NVIVO jer.

Aku ni bro….suka belajar benda-benda baru tapi aku selalu lupa apa yang saya pelajari, maklumlah, otak Pentium IV saya ni dah tak efficient lagi nak proses maklumat yang banyak la ni. Jadi satu caranya adalah dengan “memberanikan” diri mengajar apa yang saya tahu…. wpun sedikit dan falsafah “The best way of learning is by teaching” ni aku selalu gunakan….Memanglah aku pernah ikut bengkel NVivo tapi aku dapati Atlas.ti lebih friendly... macam ko soooo friendly ....

Woo… cayalah

Ko tahu tak… akupun tak pernah belajar SPSS sebab mana ada bengkel semasa aku mula buat research tahun 90an… buku SPSS lagilah tak ada yang selengkap sekarang, tapi aku main berani jer. Nak tanya lecturer masa tu, mereka tanya aku balik! Sejak 2, 3 hari ni aku explore Atlas.ti... emmm OK....sempoi dan straight forward berbanding NVIVO.... so bolehlah aku bantu pelajar yang nak buat kualitatif... tapi aku bukan nak tulis pasal Atlas.ti... tapi pasal melaporkan pakar dalam tesis...

Kenapalak bro?

Selalnya pelajar menulis dalam tesis “Soal selidik ini disemak oleh tiga orang pakar dalam bidang XYX”.. itu sahaja ! Sapa-sapapun boleh tulis macam tu.

Abis?

Atleast aku nak cadangkan ko buatlah satu jadual ringkas…. Ini cadangan sahaja tapi aku percaya jadual tersebut lebih mantap. Katalah ko nak laporkan content validity soalan kimia organic dalam satu perisian komputer Tingkatan Empat yang ko hasilkan, maka jadual berikut akan membantu. Selalunya nama dirahsiakan.

Inilah contoh jadual yang aku maksudkan....sempoi tapi meyakinkan pembaca dan examiners tesis ko...

Pakar
Pekerjaan dan Institusi
Kepakaran
Kelayakan
A
Guru  Cemerlang Kimia, Sekolah Alam Shah, Putrajaya
Pembinaan soalan kimia SPM
MSc (Hons) (Chemistry)
B
Professor, Pensyarah, Jabatan Kimia, UKM
Kimia organik
PhD (Organic Chemistry)
C
Prof. Madya, Pensyarah, Jabatan Multimedia, UPM
Perisian pendidikan, multimedia
PhD (Multimedia)

Aahlah bro… baru nampak keperluan pakar yang menyeluruh dan boleh dipercayai utk tujuan instrument validation…mantap bro mantap !

OK….. jgn lupa “Teaching is the best way of learning”

OK..OK... tqvm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...