Saya bukan pengumpul tegar, sekadar membelinya jika harga murah dan secara kebetulan jer. Saya jadikan ini hobi semasa menyiapkan tesis saya di Adelaide, selain dari crabbing, apple picking dll. Maksudnya, hobi jgn di tinggalkan wpun sedang buat tesis !! Malah hobi ni bermula semasa buat tesis.... inilah saat terindah dalam hidup...
Kebanyakkan kamera saya beli di Australia dan England dgn harga beberapa dollar. Saya tak beli di kedai antique... mahal wooo. Ada yang dibeli di garage sale dan kaki lima....Saya juga ada kipas dan telefon antique... boleh "sewa" kalau nak jadikan prop filem 60an..
Saya belum ada masa nak buat research setiap satunya wpun saya tahu ada maklumat terperinci online...
Ini bukan kamera. Ini radio Phillips zaman 50an.... dgn casing kulit lembu.. dah masuk kategori antique.. bolehlah pinjam kalau nak buat filem 60an... |
Barisan kamera KODAK 50an dan 60an.... zaman AGOGO |
Close-up.... paling canggih tahun 60an, dibuat di England |
Yang ini tahun 1950an |
Close-up KODAK pandang atas.... dimiliki golongan bangsawan jer.... tahun 30an |
Pandangan sisi kamera yang dipanggil "Folder Camera" |
Ini jenama AGFA.... saing KODAK masa itu... |
Dihasilkan tahun 1935 dengan harga 13.50 pound |
Kodak Retina mula dihasilkan tahun 1939 |
Kodak Retina dari sisi atas |
Kamera instant ni KODAK ni dah jadi antik dan tak dikeluarkan lagi kerana kalah persaingan dengan POLAROID ketika itu |
Lima generasi kamera KODAK BROWNIE dalam koleksi saya. Kamera kotak ini mula dihasilkan tahun 1900 di US dengan harga US1.00 sahaja. |
Ini versi yang lebih maju......zaman tu lah ! |
Kamera Ful-Vue tahun 1939 buatan England dinamakan ENSIGN.... juga menggunakan pandangan atas utk melihat imej yang saya beli beberapa dollar sahaja ! |
Baby Brownie generasi tahun 1934, dihasilkan di US dan UK. Fokus kamera dilakukan dgn melihat menerusi dua keping besi di atas kamera. |
Satu2nya koleksi yang saya beli di Malaysia. Model Cine KODAK ni secara kebetulan dijual di kali 5 Pasar Payang, K. Trengganu. Saya beli dengan harga RM70. Kamera ni dihasilkan tahun 1932 |
Ini adalah camera video keluaran Swiss...sejak tahun 30an. Saya tak ingat dari mana saya dapatkan model ini dalam koleksi saya. |
No comments:
Post a Comment