.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 7, 2012

Tajuk 383: PhD – Be a smart PhD student...

Aku ingin menulis sesuatu yang bermain difikiran. Aku tak sure samada ko pernah memikirkannya. Pelajar yang dapat 5A (UPSR), 8A (PMR), 10A (SPM) dan maybe 4 Flat…. Di katakan pelajar yang bijak, pandai, smart, intelligent dan yang setaraf dengan nya. Smart kerana mereka mendapat keputusan yang PERFECT !!  

Mestilah bro… macam aku… dapat 8A PMR…. Smart bro… dapat macam2 hadiah !

Ko terfikir tak, adakah siswazah yang lulus PhD tu semuanya adalah pelajar2 yang smart semasa di sekolah?

Emmm… aku tak buat kajian pulak.


Jika di sekolah smart dalam sukan.... now pun kena smart juga dgn berjogging...tapi utk kesihatan (lebih2 lagi bulan syawal ni...)
Nak smart lagi pakai kasut warna biru... hu hu

Kena kuar peluh sama-sama ler.....
Setahu akulah…. Tak ramai pelajar yang dulunya “smart” ini sampai keperingkat PhD… malah ramai yang biasa2 sahaja akhirnya berjaya bergelar “Dr”. So….”smart” diperingkat sekolah sampai undergrad tidak menjamin ko juga akan jadi smart dan berjaya menjalankan kajian dan menulis tesis diperingkat Master ataupun PhD dengan baik

Kenapa pulak?

Sebabnya “nature of study” diperingkat sekolah tak sama dengan peringkat siswazah. Tugas ko sebagai pelajar sekolah adalah mengikut arahan cikgu….membaca buku yang specific, membuat past year questions dan memuntahkannya semula dalam peperiksaan. Semuanya skema dan sistematik sehingga bilangan pelajar yang smart semakin ramai…..

Betul ker?

Dulu aku ambil peperiksaan Penilaian Drj 5, tak ada sorangpun pelajar sekolah aku malah seluruh daerah Rembau yang dapat 5A. Paling top pun 4A. Masa tu dapat 3A dan 4A otomatik masuk sekolah asrama penuh....Sekarang…. berpuluh ribu bro yang dapat 5A….sehingga tak tertampung dek sekolah asrama penuh yang banyak tu....wa cakap lu.... dan dari ratusan ribu pelajar tersebut berapa sangatlah yang kemudiannya sampai ke peringkat PhD.... spt anda !

Emmm betullah..

Kalau ko buat lab kat sekolah…. Semua bahan dan prosidur tersusun utk ko jalankan amali aka research. Ko boleh buat jer maka ko dikatakan smart. Semuanya skema dan sistematik. Cer ko buat research utk PhD…….bidang, gap, objektif dan tajuk pun ko kena cari sendiri, kajian ko buat sendiri, berseorangan.

Jadi bro?

Jadi ko mungkin ada pengetahuan yg ko bawak dari sekolah sampai undrgrad, yang menjadikan ko smart……tetapi smart ini bukan kemahiran yang akan secara otomatik menjadikan ko jugak smart semulajadi sebagai calon master mahupun PhD. Sebab itu, ko yang dulunya “smart” berkemungkinan akan menghadapi situasi “hard”. Malah bro, ramai pelajar yang dulunya “tak lah smart manapun” tapi mampu menjadi calon PhD yang jauh lebih berjaya kerana ada ciri-ciri “smart” yang tidak sama dengan “smart” diperingkat sekolah dan undergrad.

Aku tak fahamlah…. Otak aku yang smart ni dah berpusing2… macam gasing

Aku cuma nak bagi tahu, dunia penyelidikan berbeza dari dunia akademik zaman sekolah yang sangat   skematik.

Cer bagi rasional ko?

Wokey….

Pertama:
Research yang baik tidak semestinya ko tercari2 utk membuat sesuatu yang breakthrough spt yang maybe difikirkan oleh pelajar yang smart yang selalu dapat A…. sebab research ada on going process.... bukan sekali buat terus breakthrough! Jadi bila pelajar sengaja mencari tajuk yang “belum pernah” dibuat sebelumnya….kononnya utk dapatkan yang breakthrough supaya terus kelihatan “smart”….maka tindakan ini silap hari bulan....akan menjadikan hidup ko “hard”... sebab ini BUKAN tujuan UTAMA membuat research diperingkat postgrad utk hasilkan research sedemikian. 

Apsallah bro.... aku tak cayalah...

Tujuan utamanya adalah utk ko menghasilkan sesuatu yang original yang dapat MENAMBAH pengetahuan kepada knowledge SEDIA ADA sambil ko berupaya mendemontrasikan kemampuan ko membuat research secara independent… rigorous….sebab there is no such thing of smart research !! Ingat....SEMUA research yang comprehensive dan rigorous adalah smart... dan kalau dalam pada itu terhasillah sesuatu yang BREAKTHROUGH.... itu satu BONUS !!

Kedua:
Pelajar smart disekolah sering belajar sendirian dan menjadi tempat rujukan. Calon PhD yang smart, walaupun membuat kajian sendirian, tetapi akan menggunakan segala peluang komunikasi, pertukaran idea, skill, collaborate dll dengan sesiapa sahaja disekelilingnya…. esp pakar dlm bidang yang berkaitan...supaya kajiannya dikomen, diupgrade …. Inilah pelajar yang smart!

Ketiga:
Pelajar smart disekolah, akan menurut segala arahan cikgunya…. Tetapi calon PhD yang smart tidak akan membiarkan SVnya mengarahkan semua yang patut dibuat. Dia akan melakukan mengikut pemahaman dan pembacaan yang mendalam terlebih dahulu, dan hanya meminta pandangan SV sebagai panduan.... 


Breakthrough research adalah satu bonus....

Akhirnya aku nak tulis kisah pertemuan aku dgn dua pelajar PhD baru2 ni selepas aku kendalikan satu bengkel. Kedua-dua calon PhD tersebut telah berjaya menerbitkan 10 dan 11 artikel sepanjang 8 dan 10 semester membuat kajian PhD masing2 tetapi masih belum memuaskan hati SV…..sehingga masih perlu menambah ini dan itu utk hasilkan artikel yang baru. Apa yang menjadi masalah, mereka mengadu penulisan tesis mereka sendiri terbantut kerana SV yang sangat mementingkan penerbitan artikel....

Aku bagi tahu cara baik….SV memang patut mengharapkan calon PhD yang smart  terbitkan seberapa banyak artikel.... wpun disyaratkan 2 sahaja..... sebab itu juga satu indicator " a good researcher" tetapi berpada2 supaya tugasan menulis tesis supervisee tidak terbengkalai....kerana selepas mendapat PhD, nak terbitkan artikel2 sampai 100 pun terbitlah no problem….sebab PhD  hanyalah satu permulaan sahaja utk belajar menjadi researcher yang independent !

Jadi ko nak katakan… smart di sekolah sampai undergrad tak semestinya smart di postgraduate?

Aah… sort of….cuma jgn salah faham... bahawa paling ideal jika ko menjadi pelajar yang smart di sekolah dan terus menjadi pelajar yang smart diperingkat PhD.... seperti kisah yang tersiar dalam akhbar mengenai seorang pelajar dari Terengganu, Mohd Firdaus (pelajar cemerlang SPM Kebangsaan 2005) dan kini menjadi anak Terengganu pertama menuntut diperingkat PhD di University Oxford

Tapi bro.... Mohd Firdaus hanyalah seorang sahaja..... sedang kita mempunyai puluhan ribu pelajar lain yang juga calon PhD yang tidak sehebat Mohd Firdaus yang belajar di serata university....dan yang mengambil PhD dalam usia agak lewat....wpun bukan di Oxford....so aku nak bagi tahu... jadilah pelajar smart juga di peringkat PhD.... wpun tak berapa smart di sekolah... kerana gelanggang research tak sama dengan gelanggang dalam dewan peperiksaan.....Fuhhh harap ko faham....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...