Wa sempat curi2 tengok bila pasukan Harimau Muda memenangi perlawanan akhir menentang Indonesia. Tapi wa tengok sambil menyiapkan buku wa yang kini di Bab 9..... one more Bab to go...
Tu macam ka? Apa lu mau komen?
Korang perasan tak sikap cool pasukan Malaysia..... boleh absorbed pressure walaupun ada impak maksima. Mereka struggle sungguh..... sampai ke minit akhir tak give up bro...
Emmm.... wa tabik spring.... toing 3x...
Tapi lu kena ikut semangat tersebut..... cool dalam menaip thesis, jgn give up..... sikit2 nak tidor jer....
No worries..... semangat Harimau Muda dah masuk dalam diri wa la...aummm
Wa nak tanya lu, perasan tak mengapa ada pernyataan seperti "....dengan nilai r = 0.55 pada p < .05, bermakna wujud korelasi yang kuat anda kedua-dua variabel"
Apsal bro.... biasa jer wa tengok.
Apsal diaorang tulis 0.55 then .05. Kenapa tak tulis kedua-dua 0.55 dan 0.05? Apsal satu ada "0" kat depan, satu lagi tak ada?
Emmm.... alamak gatal pulak kepala wa ni....
Tau tak?
Alamak bro..... diaorang tulis macam tu wa ikut jer.....tulis thesis ni kan ikut2an dan senggol2an.....dalam kelas statistik tak ada sapapun kisah benda2 kecik ni bro....benda ciput jer bro....
Cakap ler tak tahu.... nanti semasa VIVA lu jawap lah.... "Tak ade soalan lain ker Prof, takkan benda ciput tupun Prof tak tahu....!" Kalau U jadi pensyarah pulak then bila student tanya jawab lah "Tak ade soalan lain ker nak tanya....benda2 ciput tu korang fikirlah sendiri.....!"
OK..OK...OK...wa surrender..... kenapa hah tulis macam itu.... wa pun tak tau... he he
Cam ni bro....kita hanya abaikan "0" apabila menulis tentang signifikan. Nilai "0" sebelum decimal point memang tiada nilai seperti 0.002 atau 0.203. Tetapi kita tetap menulisnya sebagai 0.002 ataupun 2 x 103 (sepuluh kuasa tiga) kerana ini adalah data atau skor yang tiada kaitan dengan "signifikan".
Jika kita tulis tentang signifikan pulak seperti " Kajian ini menetapkan aras signifikan pada .05 atau .01" atau " Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada p < .05".... maka angka "0" di abaikan kerana angka ini "tidak signifikan" utk ditulis !!
Sebagai kesimpulan..... hanya penulisan angka berkaitan "signifikan" sahaja seperti p > .01 atau aras signifikan .05 (significant level .01) kita abaikan penulisan "0" sebelum decimal point kerana nilai ini tidak signifikan utk ditulis.... bertepatan dengan maksud "signifikan" yang kita cuba jelaskan seperti p < .05.....bagi membezakan dengan data atau skor.
Tu macam ka bro..... apsal wa tak tahu......
Apa kata U try and test tanya SV u.....!
Jadi jgn anggap perkara sekecil ini "tidak signifikan" utk diketahui..... sebab antara sisihan piawai = 0.5 dengan p < .05 ada perbezaan makna yang signifikan....
Namum begitu bro.....
Ada lagi ker?
Dalam sosial science byk mahzab atau school of tought. Masing2 ada stail sendiri.... konon2nya seperti juga penulisan citation style UKM, UM.... tak nak ikut orang lain katanya... Ada yang tulis juga p < 0.05 sebab dari segi nilai memang .05 = 0.05, sama jer. Jadi yang penting lu consistent.... dan ikut lah amalan biasa dalam mahzab yang u kaji... jgn kejap p < 0.05 kejap p < .05 tu yang tak boleh...Begitulah adanya.....
Pic kenangan di hadapan salah satu "Pokok Signifikan" .... yang terdapat di hadapan University of South Australia, UNISA... |
OT
thanks for highlighting this Dr, before this mmg belasah je abaikan semua 0 bila ada titik perpuluhan.
ReplyDelete