MENULIS LR BIAR TERANG DAN JELAS
Hari ini Sabtu…. Esok Hari Raya Aidil Adha. Sat lagi nak balik Rembau… bermakna tiada lagi wifi…
Saya ambil peluang menyambung tajuk di atas, kali ini berkaitan membina ayat secara jelas, ringkas dan koherens.
Saya faham, bukan mudah nak menulis secara akademik sebab kita tidak dilatih sedemikian. Oleh itu banyaklah penulisan tesis bergantung kepada cara masing2 individu…. Membina ayat yang hanya "sedap" pada pembacaan sendiri tetapi mungkin ibarat selumbar kepada orang lain.
CLEAR:
Kita bermula denga pembinaan ayat yang jelas. Anda tulis, anda faham, anda perasan ayat anda dah jelas. Anda tulis, pembaca tak faham…. Maknanya tak jelas lah.
Ayat yang jelas adalah yang sampai maksudnya kepada pembaca. Jika anda nak makan seafood…. Tiba2 makcik gerai tu bawa siput….. tak jelaslah maknanya nyer tu….
Contoh:
Kajian ini melibatkan penggunaan penyusun awal bagi konsep stoikiometri dalam kalangan pelajar Tingkatan 4.
Anda faham tak?
Kajian ini melibatkan penggunaan peta konsep bagi konsep pengiraan jisim atom dalam kalangan pelajar Tingkatan 4.
Sekarang jelas tak?
Contoh1:
Government is now in the process of endeavoring to construct a more democratic society in Malaysia.
Jelas tak?
Government is going to make Malaysia a democratic country.
Mana yang anda lebih jelas?
Contoh2:
The fauna and flora exhibited a one hundred percent mortality response during the drought season.
Jelas tak? Tak jelas….. tahupun.
All organisms are dead during the drought season.
CONCISE:
Concise maknanya tidak ada perkataan yang tidak perlu, perkataan berulang2 atau perkataan kosmetik.
Contoh1:
Ramai ibubapa yang tidak mendapat pendidikan formal iaitu tidak mengikuti sistem persekolahan formal kurang mempunyai kesedaran menjaga kebersihan sungai dikampung
Tukar kepada:
Ramai ibubapa di kampong kurang mempunyai kesedaran menjaga kebersihan sungai.
Contoh2:
As a matter of fact, more students studying in IPTS now than there were in 1990s.
Tukar kepada:
More students studying in IPTS now than there were in 1990s.
Juga kurangkan expletive constructions seperti “There are, It is...” kerana perkataan seperti ini tidak merujuk secara spesifik kepada sesuatu. Jika terlalu banyak “There are, It is...” dan kawan2nya.... menjadikan tulisan anda seperti satu penulisan bersifat umum...
Contoh1:
There were two groups of students involved in the research had severe psychological problems.
Tukar kepada:
Two groups of students involved in the research had severe psychological problems.
Contoh2:
There are likely to be many researchers raising questions about this methodological approach.
Tukar kepada:
Many researchers are likely to raise questions about this methodological approach.
Contoh3:
There are four rules that should be observed in conducting this procedure.
Tukar kepada:
Four rules should be observed in this procedure.
OK….. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA….
Memang terang dan jelas ni maskot ni tak leh cakap... |
OK….. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA….
OT
No comments:
Post a Comment