.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, November 11, 2011

Tajuk 260: DISCUSSION OF FINDING YANG MANTAP!


Sebagaimana LR, penulisan FINDINGS dan DISCUSSION juga perlu diketahui asasnya. Saya dah “bincang” panjang lebar juga tajuk ini….. sila buka entry yang lepas....tapi ingin mengetatkan lagi mana-mana yang masih longgar.

Semasa anda menulis LR, anda masih seorang novice, kerana pengalaman anda masih baru dan ciput, walaupun dalam aspek kajian anda sendiri. Namun selepas anda mengupas secara krtitikal, dan merangkumi pelbagai aspek…. Anda sepatutnya telah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam “apa yang anda kaji”. Setelah menjalankan operasi mengumpul data dan mendapat hasilnya, anda telahpun “memiliki” satu kajian anda sendiri. Memiliki bermakna andalah yang tahu selok belok kajian anda. Dari pengetahuan yang ciput, kini bekembang dengan data yang anda perolehi dan makluman yang lebih mendalam. Anda telah mula meninggalkan status novice kepada amateur.


Korelasi ini menghasilkan zahinothman@gmail.com....

Bagaimana anda menyusun findings anda? Findings adalah jawapan kepada persoalan kajian. Jika anda ada 10 persoalan kajian dan / atau 10 hipotesis, anda perlu menyusunnya mengikut persoalan kajian anda. Anda boleh bermula dengan memberikan descriptive of your data…. diikuti dengan dapatan mengikut persoalan kajian.

Mulakan dengan teks diikuti dengan jadual bagi memudahkan pembaca meneliti dapatan anda.

Nasihat saya:

(i)  jangan melaporkan dapatan melangkaui had sempadan yang diukur oleh kekuatan analisis statistic anda.

(ii) jangan laporkan SEMUA output SPSS anda….. ambil yang relevan dengan persoalan kajian sahaja. Jika anda perlu laporkan juga…. Letakkan output asal SPSS dibahagian apendiks.

Contoh 1:

The duration of exposure to fertilizer X had a pronounced effect on cumulative seed germination percentages (Figure 2). Seeds exposed to fertilizer X treatment had the highest cumulative germination (84%), 1.25 times that the seeds that exposed to fertilizer Y.

Ini sahaja…. Jangan memandai2 nak interpret apa2 melebihi maklumat diskriptif yang anda perolehi.....

Contoh2:

Jadual 13.3 menunjukkan korelasi (hubungan) yang kuat antara IQ dengan Pencapaian pada nilai r =  0.70, maka nilai koefisien bagi r2 = 0.49. Nilai ini menunjukkan 49% varians dalam Pencapaian  boleh dijelaskan oleh varians IQ.


Table 13.3 shows that the strong correlation (relationship) between IQ and Performance at r = 0.70, and the coefficient of r2 = 0.49. This indicates that 49% of the variance in Performance can be explained by the variance in IQ.

Ingat... sebesar mana sekalipun nilai r dan r2.... korelasi ini hanya merujuk kepada hubungan variance kedua2 variables bukannnya hubungan kesan dan akibat, iaitu satu variable mempengaruhi variable yang satu lagi...


Kemudian setelah ada findings.... dan laporkan.........pada bab discussion of findings…… anda berubah status dari amateur anda kepada expert. Anda perlu kembangkan dapatan anda berdasarkan logical reasoning anda. Jelaskan mengapa fenomena IQ dan Performance ini menunjukkan korelasi atau perhubungan yang kuat berdasarkan theoretical framework kajian anda. Jika framework anda JELAS dan dibincangkan dengan baik dalam LR, maka mudah bagi anda membincangkan apa yang anda jangka dari dapatan kajian anda. 

Perbincangan ini bukan lagi berdasarkan urutan persoalan kajian tetapi lebih menyeluruh. Walaupun anda hanya membuat korelasi, namun dapatan2 yang lain patut menyokong nilai korelasi yang anda perolehi, bagi membuka peluang untuk anda membuat penjelasan yang mendalam apa yang anda telah perolehi. 


Contohnya, dalam analisis yang lain (ANOVA 2 x 2), anda dapati hanya kumpulan lelaki dengan IQ tinggi berbeza dengan kumpulan perempuan dengan IQ tinggi tapi tidak dengan kumpulan IQ rendah, maka anda jelaskan juga kaitannya dengan korelasi yang anda perolehi, sehingga dapatan kajian anda “benar-benar menyengat” dan memberikan sesuatu kepada pengetahuan sedia ada. 

Dalam erti kata lain, anda perlu mendemonstrasi apa yang anda tahu berkaitan kajian ini dan tonjolkan sumbangannya kepada pengetahuan sedia ada. Sila baca entry yang sama yang saya tulis sebelum ini dan perhatikan contih yang saya berikan.  

Secara mudah, setelah selepas mengumpul data dan mendapat findings, anda berubah status menjadi pakar...!! Jgn tak tahu ni.. VIVA adalah proses mengiktiraf kepakaran anda.....

Maka semasa membuat perbincangan dapatan kajian… berbincanglah dengan yakin sebagaimana seorang pakar…… dengan:

(i) berikan sedikit maklumat dalam pendahuluan pengetahuan sedia ada berkaitan kajian anda

(ii) reinforce dapatan anda yang telah menyumbang sesuatu dalam bidang yang sama.... GAGAL melakukan ini, sama seperti anda membuat kajian yang TAK LAKU.

(iii) sekiranya ada tidak mempunyai dapatan yang berbeza sekalipun, reinforce keunikan kajian anda berbanding  kajian2 terdahulu walaupun menggunakan analisis dan method yang sama,  at least variable yang dipilih berbeza, maka bincangkan keunikan ini sehingga kajian anda masih menyumbang sesuatu yang unik walaupun bukan sesuatu yang baru.

(iv) gabungkan dapatan2 anda yang tidak berapa “menjadi” dan yang "menjadi" sehingga dapat memberikan “satu jalan cerita” yang lebih bermakna dari hanya membincangkan satu persatu secara terasing.

(v) bincanglah sedalam2 dan semahu2nya jika dapatan anda memang menunjukkan sesuatu yang baru dan berbeza tanpa rasa malu2 atau bersalah takut itu dan ini yang ntah apa2….

(vi) sekiranya dapatan anda “semacam” sahaja dengan dapatan2 kajian lepas, anda masih boleh bincangkan dengan mengambil pengetahuan terkini yang anda tahu dari LR anda utk mengupas secara yang lebih segar….. dengan menambah penjelasan2 dan PEMAHAMAN YANG BARU yang tiada dalam kajian2 lepas.

(vii)  ingat….. angka2 yang anda dapat tidak akan memberi apa2 makna, termasuklah keputusan yang signifikan (pembolehubah< 0.05) kalau anda tak interpret dan gabungkan kesemuanya untuk memberi makna yang lebih mendalam…..

(vii) bincanglah secara koherens dan bersepadu, supaya tertonjol kepakaran anda dan perbincangan anda akan lebih dihargai….dengan menunjukkan perkaitan antara semua dapatan sehingga konseptual framework anda betul2 memberikan makna dalam menyumbang kepada sesuatu yang baru.

(viii) tidak ada istilah dapatan yang negative setelah anda jalankan kajian dengan baik dan teliti…. So laporkan dapatan ini dan jangan cuba sembunyikannya…..

(ix) dapatan kajian2 lepas boleh digunakan sekiranya dapat menyokong dan membantu memberikan penjelasan yang lebih mantap kepada dapatan anda, tetapi UTAMAKAN dan HIGHLIGHT kan dapatan kajian anda.


(x) kalau anda asyik mengulangi apa yang anda tulis dalam bab dapatan kajian, dan anda sendiri boring dan tak rasa menarik apa yang anda tulis dalam bab perbincangan...... bayangkan pembaca yang lain.... itu tandanya anda tidak berjaya menghasilkan perbincangan data yang mantap dan baik.....

Jangan ler tulis cam yang selalu ditulis dalam tesis pelajar seperti:

Dapatan kajian ini disokong oleh kajian Ali (2008)…..” kerana pernyataan ini menunjukkan lemahnya dapatan anda kerana perlu disokong oleh kajian yang dah lama….

Tulislah macam…

”Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat…… dapat  mengembangkan lagi idea berkaitan dengan….. seperti mana yang dikemukan oleh Ali (2007) dan Robert (2009)…..”. Ini bermakna dapatan Ali (2007) dan Robert (2009) adalah asas dan dapatan anda telah menambah dan kembangkan lagi dapatan tersebut.......


Intepretasi data perlu merujuk kepada memperkukuh dan menjustifykan kerangka konseptual anda serta disokong oleh teori..... "Dapatan ini mengesahkan hubungan antara X dan Y seperti dalam Rajah 23 kerangka konseptual kajian. Nilai korelasi yang tinggi (r = 0.70) ini adalah satu indikator bahawa......Hubungan ini menguatkan lagi teori multimedia oleh Mayer (2003) kerana ......


Perhatikan bahawa perbincangan anda menunjukkan kepakaran anda mengolah dapatan anda sehingga terserlah sumbangan kajian anda samada menguatkan teori.... menambah maklumat.....memberi petunjuk baru.... dll...


Indikator sayang abang kepada adik....muuuuaahhh !!




BYE-BYE

OT

1 comment:

  1. Bukan PHD CandidateApril 7, 2012 at 2:51 AM

    Pertama kali baca blog ni waktu malam, macam rasa tak mau tidur nak baca semua sekali entry yg ada. Tahniah diucapkan dan terima kasih tak terhingga kerana telah menemukan saya pengetahuan RM (Research Methodologies) yang mudah difahami dan menjimatkan masa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...