.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, November 25, 2011

Tajuk 264: Correlation / Regression – Ape kebendenyer maksud R2 tu?

Correlation / Regression – Ape kebendenyer maksud R2 tu?
  
Sebaik sahaja aku ingin melabuhkan punggungku di atas kerusi empok…. Tiba-tiba hp Samsung S2 aku bordering dengan lagu Lamunan Terhenti

Apa lagi….kompom....lamunan aku terhenti seketika…..

Assalamualaikum bro…. boleh wa tanya satu soalan tak bro…

Pagi yang hening….. otak pentium IV aku ni tiba-tiba ingin diuji lagi.

Apa hal….. aper yang ko nak tanya…

Wa buat kajian korelasi dan regressi bro…hubungan IQ dan EQ…..boleh ke wa kata…..

If R2=0.60 (R square = 0.60), then 60% of the variance in IQ can be explained by variation in EQ..or 60% of the variance in IQ can be explained by the variation in EQ. R2 is the percent of the variance in IQ, explained by the EQ.

Perrfect…. Just perfect !!

Tapi bro…. wa masih confused ler… Lu kata dalam linear regression, kita tak boleh buktkan apa2 causation, abis apa maksud “60% of the variance in IQ can be explained by variation in EQ” …. Wa betul-betul tak faham….

Apa yang ko tak faham….

Jika dah 60% variance bagi IQ boleh “diterangkan” oleh variance dalam IQ…. Bukankah itu bukti adalah causal relation antara IQ dan EQ !!

Bukan ko jer yang tak faham…. Wa pun masa ikut kelas statisik dulupun tak faham….. bertahun2 tak faham…. Main tulis jer….

Macam tu ker bro..abis?

Belum abis lagilah….. lama-lama wa baca and baca….. bolehlah faham…

Apa yang ko faham bro…..masuk blog bro masuk blog… jangan tak masuk….bagi semua faham …


Nilai R2 (R square) atau dipanggil “coefficient of determination” membawa maksud “bila IQ berubah (variance ler tu) maka EQ juga berubah (variance jugak ler tu). Maka R2 membawa maksud IQ dan EQ sama2 berubah dalam satu bentuk atau corak yang sama atau sistematik dengan berkongsi 60% persamaan perubahan tersebut.  

Ini menunjukkan adanya hubungan (korelasi) antara corak perubahan IQ yang dapat dijelaskan sebanyak 60% oleh perubahan corak EQ. 40% lagi variance antara IQ dan EQ dijelaskan oleh faktor2 yang lain ler....Jika dalam gambarah venn boleh dilukis sebagai:




Jadi tak timbul persoalan IQ menyebabkan sesuatu kesan kepada EQ atau sebaliknya. Kedua2nya hanya berkongsi satu corak variance yang sama secara sistematik sebanyak 60 %.... itu sahaja.... jgn ko nak lebeh2 tafsir ler pula. Atau ko boleh faham  macam.....ada sebanyak 60% skor IQ meningkat, sama juga ada 60% skor EQ meningkat (bukan skor IQ yg menyebabkan skor EQ meningkat.....atau sebaliknya tapi masa2 meningkat......). Makin besar peratusan ini, makin kuat salah satu variable tersebut menjadi predictor kepada yang satu lagi....Ingat...kalau dah ada corak perubahan yang sama, bolehlah salah satu jadi peramal.....wa cakap lu.....peramal.. yang baik kepada yang satu lagi... bukan penyebab....

Macam tu ka bro…abis camana nak tahu samada IQ mempengaruhi EQ?

Kalau nak tahu perkara tersebut, lu kena buat kajian eksperimental....bagi mengetahui kesan IQ terhadap EQ. Jika sekadar kajian correlation / regression bukannya reka bentuk experiment….lu hanya mengetahui kekuatan dan arah hubungan antara kedua predictor tersebut...bukannya causal relationship!!

Barulah otak wa boleh faham……mekacih mekacih bro

Sama-sama.... wa nak siap ni... nak gi UiTM KB.... 

OT


1 comment:

  1. terima kasih beb.. setahun aku fikir tentang R2 akhirnya, aku paham juga apa tu R2... ty..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...