.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, November 2, 2011

Tajuk 257: MENULIS LR BIAR TERANG dan JELAS - BHG 1

Saya ada beberapa perkara nak share kat sini. Perkara ini ibarat selumbar…. Walaupun kecil tetapi sangat menyakitkan….

Wo..wo… sakit per plak pulak bro…

Sakit mata…. semasa membaca….

Kalau ada satu selumbar kat satu jari….. may be tak perasan sangat….tapi kalau dah 10 jari kena selumbar bro…. mahu gelap bijik mata menahan sakit….

Aisey bro…. jgn berfalsafah…. Wa ni tak faham ayat kona2 ni bro…

Wa nak pesan kepada penulis amateur… yang baru nak menulis. Tahu ker makna amateur tu ?

Alamak…. bukankah maksudnya macam belum professional?

Amateur tu maksudnya anda membuat sesuatu tanpa meminta bayaran…. selalunya dalam sukan. Anda main kerana anda suka.... paling hebatpun dapat piala dan sikit saguhati jer. Tidak seperti pemain pro macam Tiger Wood.... mula2 amateur....lama2 jadi top bermain pula secara professional kerana dibayar..... jutawan beb !!

Saya mencadangkan supaya penulis amateur supaya jangan menulis seperti sedutan perkataan dalam thesis yang dipaparkan berikut:

1. Kajian yang dijalankan ini sangat menarik kerana…. (emm anda telah menunjukan sikap bias)

2. Tidak ada lagi kajian seumpama ini dijalankan di Malaysia….(anda benar2 pasti tiada sesiapa yang sedang jalankannya?)

3. Dalam usaha Kerajaan untuk….(Kajian anda tak buatkan kerajaan berusaha..... )

4. Sebagaimana yang kita semua tahu bahawa….(saya tak tahu pun?)

5. Dapatan kajian ini jelas membuktikan bahawa…..(kajian anda ciput je utk jelaskan semua fenomena yg anda kaji.... )

7. Sesungguhnya terdapat….(macam sajak jer…)

8. Pada hakikatnya kajian-kajian lepas…… (wow… anda kashaf yer?)

9. Sebenarnya terdapat…..(emmm….. pengaruh lagu Yuna)

10. Ianya menunjukkan terdapat….(apa yang Ianya…?)

11. Bagi memastikan dapatan dapat digeneralisasikan….(Tak ada kajian dapat memastikan apa2…)

12. Ini bermakna dapatan …. ("Ini" merujuk kepada yang aper?)

13. Kajian yang dijalankan ini adalah kajian terkini dalam aspek…. ( perasan lah tu….)

14. Satu-satunya penyelesaian kepada masalah stress adalah melalui terapi… ( extreme nya..)

15. Dari dapatan ini kita dapat melihat hubungan antara… ( saya tak lihatpun….)

16. Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan …. ( anda buat kajian guna teleskop ker?)


17. .... contohnya seperti Sains, Matematik, Sejarah dan lain-lain (bagi sahaja 2, 3 contoh dah memadai tanpa perlu disambung dengan dll, dsb....)


Di atas adalah 17 contoh selumbar yang menyakitkan mata pembaca thesis….. walaupun banyak ditulis dalam thesis yang lepas tidak bermakna anda perlu terikut-ikut. 

Perkataan tersebut sama ada bias, vague, extreme, fallacy atau mengada-ngada !!


Kalau anda tulis dalam bahasa Omputih... anda apply ler sendiri....




Bersambung....


OT


2 comments:

  1. apa yg Dr OT tulis di atas mengenai ayat2 selumbar tu SANGAT2 TERKENA dengan diri saya..saya kena ubah semua tu biar ayat dlm tesis saya xde dah ayat2 ekstreme, bias, mengada2 tu....tp rasa mcm susah sgt :(

    ReplyDelete
  2. kelakar la Dr. OT ni...hahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...