.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, November 1, 2011

Tajuk 255: OPISA - Penentuan Analisis Statistik - BAH 1

Saya dah banyak membebel tentang penulisan tesis dan isu yang berkaitan dengannya. Saya sedar pelajar datang dan pergi. Yang baru mendaftar akan tetap membawa masalah yang sama.... confused, takut. tak ada skill menulis, tak tahu kat mana dan bila nak mula dll...


Mudah2an dengan adanya blog ini dapatlah pengetahuan yang ada didalamnya diabadikan dan dibaca oleh pelajar siswazah baru yang sentiasa mendaftar saban tahun.

Ring....ring...


Hello bro.... blog u guna imej baru.....siap dengan motto nampak?

Motto aper?

Tu..... "not only what to do but also how to do it...." Per maksudnya bro?

OO.... saya sengaja tukar ......warna hijau..... segar......


Saya sedar bahawa ramai pelajar yang jumpa SV then SV minta pelajar buat itu dan ini, tetapi ramai yang tak berapa jelas apa dan bagaimana perkara tersebut patut dibuat. 


Contohnya SV suruh cari journal article...... pandai2lah supervisee mencarinyer. Jadi saya cuba tunjukkan bagaimana nak lakukannya, spt menggunakan operasi Boolean atau operasi + dan - menerusi blog ini. Dalam blog ini anda boleh baca dan tahu bagaimanan nak guna operasi Boolean dalam entry Tajuk 70 dan 71. 


SV komen discussion of findings tak mantap tapi pelajar masih tak tahu... amender yang tak mantap.... sebab mereka tengok tesis lepaspun tulis cara yang sama. So saya tulis tajuk 240 - apa dan bagaimana nak tulis bab tersebut. Hal yang sama juga kepada pernyataan masalah....sila baca tajuk 94 dan beberapa tajuk lain yang membincangkan hal yang sama.....

Itu macam ka?

Iyalah..... sebab wpun SV bukan mentor, hanya utk supervise sahaja tetapi blog ini berbeza sebab ia bukan SV.... so bolehlah blog ini tunjukkan beberapa teknik dan cadangkan langkah praktikal...... sekurang2nya dapat menjadi panduan utk memulakan langkah seperti teknik Synthesis Matrix, teknik Hibridization dan dalam entry ini pula saya perkenalkan teknik OPISA....at least you know what should and how to do it..

Saya akan mulakan semula bahagian statistik yang dah lama saya tak tulis. Saya mulakan dengan asas pencarian analisis statistik...iaitu panduan bagaimana untuk memilih ujian statistik yang sesuai bagi kajian anda. Tujuan kebanyakkan ujian statistik (ingat lagi perbezaan antara statistik dan parameter) adalah untuk membuat inferens maklumat yang diperolehi dari data yang dikumpul dari sampel yang anda pilih kepada populasi yang anda memperoleh sampel tersebut.

Pencarian ini dah menjadi sgt mudah kerana terdapat berbagai perisian statistik untuk menganalisis data yang terdapat dipasaran seperti matlab, minitab, STATISTICA, MAPLE, unistat, S-Plus dan yang paling popular dalam kalangan penyelidik sains sosial khususnya bidang pendidikan adalah SPSS. Ingat, SPSS bukan Statistical Package for Social Science lagi..... SPSS ada SPSS sahaja !! Ingat tu, tulis sahaja SPSS dalam tesis anda. 

Harus diingat juga, SPSS hanya memproses data, maka andalah yang menentukan jenis data dan jenis analisis yang anda ingin gunakan. Ini sangat penting kerana anda akan tetap mendapat output walaupun anda membuat kesilapan semasa memasukkan data mahupun semasa memilih jenis ujian yang anda ingin gunakan. Jika anda melakukan kesilapan, akibatnya, output anda tidak menepati objektif kajian anda. 

Omputih cakap - garbage in garbage out.....!!

Saya mulakan begini..... terutama bagi adik kakak mak cik pakcik yang baru nak berjinak2 dengan SPSS. Sebagai permulaaan anda perlu bertanya diri anda sendiri jawapan kepada sekurang-kurangnya lima soalan berikut kerana jawapan kepada persoalan ini akan membantu anda memastikan pemilihan analisis statistik yang betul:

·         Apakah objektif umum kajian anda?
·         Apakah persoalan bagi menjawab objektif kajian?
·         Apakah instrumen yang anda gunakan?
·         Apakah skala dan variable yang terlibat?
·         Apakah analisis statistik yang sesuai?

Selain itu, terlalu banyak  maklumat dan buku bertaburan tentang statistik dan SPSS. Kadang2 saya nak marah pun ada bila pelajar so called postgraduate.... PhD dan Master.... nak baca tentang sampling teknikpun tak nak.... semua nak tanya.... Kadang2 soalan yang sangat2 basic pun masih nak tanya. Cubalah baca betul2 dan teliti.... banyak bahan yang boleh dibaca masa ini....Nak nak faham correlation pun macam nak faham teory quantam fizik !!


(Source: myhome.ioefree.ie/ )
Faham betul2 analisis statistik wpun
semudah frekuensi dan korelasi....


Bersambung....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...