"Bila masanya U menulis blog.....ada banyak masa ker.... sebab hari2 ada jer benda nak tulis?"
Saya termenung....POWER sungguh soalan tu.... terkesima saya dibuatnyer!!
Saya terkesima sebab yang bertanya tu calon PhD. Kalau nenek saudara kepada adik ipar sebelah isteri kepada abang saya yang tanya, tak der lah saya terkesima.
Setiap manusia dilahirkan mempunyai 24 jam sehari. Saya bukan dilahirkan dengan 36 jam sehari ... jadi its fair and square. Saya pun ada komitment itu dan ini.....bertimbun2...... tetapi saya ambil sikap, terus menulis idea yang sampai.... bukan pengap kan dulu atau catat atas kertas dll.
Ini jugalah ajaran semasa bengkel saya. Komputer saya sentiasa standby.... jika datang idea.... saya buka sekejap dan tulis.
Terima kasih kepada penganjur bengkel UKM semalam, sdr Zalina kerana menggunakan perkataan "out of the box" dan "blank". Sebab itu cara saya kendalikan LR agak berbeza....sebab saya percaya.... menulis lebih penting dari berfikir.
Sebab orang yang menulis akan berfikir tetapi org yang berfikir belum tentu dia akan menulis...apatah lagi orang yang suka bercakap tapi tak berapa nak fikir apa yang dia cakap......Ini ler yang ramai.....
Satu lagi..... menulis adalah skill.... Menulis dalam komputer satu skill lagi. Menulis dengan cepat dan sistematik juga skill. Apatah lagi nak tulis paragraph ilmiah spt LR dalam komputer... satu skill lagi. Mencari idea dan mensintesis dalam LR satu skill juga. Nak insert citation juga skill.
Jika anda tak tulis dan tak kuasai skill2 ini...... "blank" ler jawabnya bila nak mula menulis !!
Nine tak ader skill menulis... so NINE main lah dengan tupperware umi ni.... |
Ingat.....sedang thesis perlu ditulis...jadi menulislah supaya anda juga berfikir......bukan kaya berfikir ....tapi muflis penulisan !!
OT
No comments:
Post a Comment