.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, September 7, 2011

Tajuk 213: Cari GAP dan LR dgn Synthesis Matrix - Bhg 2

Dari Gap ke Synthesis Matrix ke Analisis LR…

Malam ini tidur awal... tup-tup kul 3.00 am terjaga. Jeling kiri Nine sedang lena dalam pelokan umminya..... emmmm anak ayah....
Ooo..siang2 manja kat ayah.... malam2 manja kat ummi....
Abis ayah ?


Saya bangun.... solat sekejap.... then buka komputer....Masih lagi dengan Synthesis Matrix (SM). Kenapa dinamakan synthesis masih perlu saya huraikan. Sintesis bermakna menganalisis beberapa sumber dan hasilkan yang baru as a whole, and for sure…. menuju kepada apa yang anda ingin jalankan. 

Berdasarkan contoh entry sebelum ini (Tajuk 212), anda ingin menjalankan kajian dengan mengisi gap iatu kajian 3D menggunakan pendekatan mixed method. Kita masih menggunakan SM yang sama….

Artikel
Intro / bground
Isu
Teori / Conceptual framework / IV dan DV
Methodology
Main finding / suggestion / Future research
1.   Simon (2005)
Animasi melalui pergerakkan teks – Fizik (PowerPoint)
Konsep sains berhirarki / interconnected
Sistem pemprosen maklumat
Pre-post exp. design
Animasi meningkat minat
2.   Ron  (2006)
Animasi dan multimedia – Fizik
(PowerPoint)
Ransang semua deria pelajar
Sistem pemprosesan maklumat
Pre-post exp. design
Animasi meningkat pencapaian
3.   John
 (2008)
Animasi dan multimedia dalam biologi (Flash 8)
Peningkatan ingatan pelajar
 Sistem pemprosesan maklumat
Pre-post exp. design
Animasi meningkat pencapaian
14. Meyer (2009)*

*Sifu dalam multi-media animasi
Animasi konsep sains -Kimia
(Flash mx)
Animasi diskret bagi memaparkan konsep sains secara explisit
Teori pembelajaran multimedia
Pre-post-retention exp. design / qnaire
Animasi meningkat pencapaian dan motivasi / cadang pendekatan social constructivist
15. Albert (2010)
Animasi konstruktivis - Sains
(Flash mx)
Animasi dibina berasaskan pengetahuan sedia ada pelajar
Cognitive load / Cognitive Constructivism
Clinical interview
Animasi meningkat pencapaian dan mengatasi misconception

Anda boleh membuat 3 sintesis berasaskan SM yang sama, malah lebih dari itu, ikut keperluan LR anda sendiri...Jadi SM ini tak sia-sia... anda boleh terus taip mengikut subheading document map yang berkaitan.... terus taip..jangan malu...




Berikut contoh mudah bagi satu paragraph sintesis....

Sintesis 1 – Aliran perubahan kajian dari 2D ke 3D 

Kajian berkaitan animasi dalam pendidikan sains bermula dari persembahan bahan pengajaran menggunakan aplikasi PowerPoint (Simon, 2005; Ron, 2006) bagi menghasilkan bahan multimedia 2D. Namun kemajuan dalam perisian multimedia telah membawa kepada penyediaan animasi bagi persembahan bahan pengajaran menggunakan Flash kerana kelebihannya berbanding perisian PowerPoint.  Teknologi streaming pada fail Flash yang lebih kecil saiznya memudahkan bahan pengajaran multimedia dimuatnaik melalui internet dengan lebih cepat berbanding file PowerPoint. Perubahan ini telah membawa kepada penggunaan aplikasi Flash untuk penghasilan animasi 2D dalam kajian-kajian pendidikan sains (lihat Meyer, 2009 & Albert, 2010) menggantikan aplikasi PowerPoint. Aliran penghasilan animasi 2D menggunakan PowerPoint dan Flash ini dijangka akan terus berubah dengan pengenalan kepada persekitaran 3D kerana kemampuan teknologi 3D ini menghasilkan animasi yang lebih realistik bagi menvisualkan konsep-konep sains yang lebih abstrak. 


[Saya HINT reader akan keperluan 3D kerana inilah yang akan saya buat dalam kajian saya bagi menvisualkan konsep yang lebih abstrak.... dan mengisi gap yang tiada lagi kajian seumpamanya dilakukan....]
   
Sintesis 2 – Aliran perubahan teori dari pemprosesan maklumat ke konstruktivis

Sistem pemprosesan maklumat telah menjadi teori utama dalam membahaskan keberkesanan animasi dalam pendidikan sains (cth. Simon, 2005 & Ron, 2006). Teori ini menekankan kepentingan penghasilan animasi yang dapat menarik fokus pelajar supaya ingatan jangka pendek dapat memproses maklumat yang dipersembahkan secara optimum. Namun begitu, Meyer (2009)* menegaskan keperluan mengkaji hubungan antara pengetahuan sedia ada pelajar dengan system pemprosesan maklumat. Meyer seterusnya mencadangkan dua aspek yang perlu diambilkira dalam penghasilan animasi yang berkesan iatu animasi yang selari dengan tahap pengetahuan pelajar serta dapat dikawal oleh pelajar sendiri secara diskret.  Saranan Meyer ini selari dengan pendekatan konstruktivis yang berpotensi untuk mengatasi masalah miskonsepsi pelajar semasa mempelajari konsep-konsep sains (Albert, 2010). Pendekatan kontruktivis yang menekankan aspek pengetahuan sedia ada pelajar memerlukan kajian yang lebih mendalam dan komprehensif. 


[Saya HINT reader bahawa saya akan guna mixed method kerana animasi melibatkan preknowledge yang tidak dapat dikesan hanya dengan kajian kuantitatif....]


*Saya buat penegasan disini kerana Meyer adalah sifu dalam animasi multimedia yang menghasilkan teori pembelajaran multimedia.

Sintesis 3 – Aliran perubahan metodologi kajian dari kuantitatif ke mixed method

Kajian-kajian terdahulu (cth. Simon, 2005 & Ron, 2006) telah menggunakan rekabentuk bentuk eksperimental dengan kumpulan kawalan bagi menguji keberkesanan animasi 2D dalam pendidikan sains. Pendekatan kuantitif ini berupaya membandingkan keberkesanan aplikasi animasi 2D berbanding aplikasi konvensional secara empirikal berdasarkan peningkatan pencapaian pelajar dalam ujian yang dijalankan. Namun begitu, peningkatan pencapaian hanyalah satu indicator bagi mengetahui penguasaan konsep sains dalam kalangan pelajar dan masih boleh dibahaskan lagi. Perbahasan ini melibatkan  analisis data secara mendalam bagaimana pelajar menguasai konsep sains dan bukan hanya keupayaan menjawab soalan ujian. Oleh itu, kajian yang lebih mendalam menggunakan pendekatan kualitatif seperti temuduga klinikal selain pendekatan kuantitatif dapat menghasilkan indikator yang lebih menyeluruh akan potensi animasi 2D mahupun 3D dalam pendidikan sains.


[Sekali lagi saya HINT reader bahawa kecanggihan animasi 3D yang sesuai dikaji keberkesanannya dengan kombinasi kualitatif dan kuantitatif.... barulah LR anda strong dan menyokong kajian anda..... GOT IT ?]



Pesanan khas utk peserta bengkel Dr OT:


1. Perhatikan bagaimana saya menggunakan 3 bentuk citation yang berbeza seperti yang dibahaskan dalam bengkel.


2. Perhatikan juga bahawa sintesis ini bukan seperti ringkasan kajian lepas yang asyik bermula dengan Ron (2008) mendapati....Kajian Simon (2005) menunjukkan.... John (2008) pula menyatakan....


3. Perhatikan saya meletakkan Meyer (2009) menegaskan..... kerana dia sifu....


4. Perhatikan suara saya dominan dalam paragraph dan setiap paragraph menuju kepada rasional mengapa saya ingin melaksanakan kajian 3D dengan mixed method....


5. Perhatikan saya tidak condemn pun mana2 kajian lepas tetapi sebaliknya membuat perbandingan yang adil dengan akhirnya menguatkan mengapa saya perlu melakukan kajian 3D saya.... 


6. Perhatikan saya mengunakan perkataan secara konsisten....dengan stail saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh petikan. Saya cuma ambil IDEA sahaja..... dan jadikan IDEA tersebut bagi menyokong kajian saya.....Saya gunakan istilah 2D secara konsisten wpun tiada dalam petikan asal..... its your LR bro.... write whatever related to your research !!!

Bagi bakal peserta bengkel.... anda akan diajar semua ini dalam bengkel2 saya.....


Setelah anda mempunyai heading dan subheading bagi outline LR anda yang mantap..... anda dah tak perlu lagi menyediakan SM.... sebab outline document map anda adalah SM yang lebih lengkap. Anda dah boleh terus tulis dibawah heading atau subheading dan kembangkan sintesis anda mengikut kronologi review anda. 


Paragraph di atas boleh dikembangkan lagi menjadi 7, 8 paaragraph yang baru dengan sintesis yang lebih mendalam. Wbp anda perlu bermula dengan satu paragraph dahulu.... dan diharapkan paragraph spt diatas akan menjadi pencetus kepada paragraph yang lain...


OK.... itu adalah contoh mudah bagi membuka mata anda....minda anda... supaya JANGAN TIDOR LAGI..... JANGAN LUPA LIRIK....KATAKAN TIDAK kepada alasan.... 


Dari konsep 1file1thesis ke 1world....
They share their proud of my animation..... 


Jam menunjukan pukul 4 am. Nine dah terlepas dari pelokan umminya... mimpi dinasour agaknya.....he he. Saya pun menutup komputer dan perlahan-lahan menuju ke..............


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...