Betul ker best jadi SV ni.....?
Ini satu soalan yang tak perlu anda jawab…. Sekurang2nya belum tiba masanya untuk anda jawab. Saya cuma nak berkongsi rasa menjadi seorang SV yang sering membaca draft thesis pelajar.
Nak tahu apa rasanya?
Bayangkan ada 10 kuih terhidang depan anda….dibuat oleh 10 individu berbeza…dan setelah merasa kesemuanya, hanya beberapa sahaja kuih yang sedap….terdapat yang pahit dan tawar….
Kemudian anda diberikan 10 lagi kuih lain…..dibuat oleh 10 individu berbeza yang lain…. anda dapati perkara yang hampir sama berlaku….
Apakah perasaan anda jika dihidangkan 10 lagi kuih……oleh 10 individu yang lain pulak? Apa persepsi anda?
Geram.... geram..... eeee.... |
Yes…. terdapat pembuat kuih yang tak ikut resepi tapi ikut apa yang dia pernah tengok mak dia buat.......ada yang ikut apa yang kawan dia buat.....ada yang ikut apa yang dia fikirkan sendiri.....tak kisah jika tak cukup ingredient …kalau jadi peserta Master Chef... minggu pertama lagi dah kena singkir !!
Itulah analogi wpun agak “extreme" yang dirasai oleh setengah2 pembaca thesis…..
Itulah analogi wpun agak “extreme" yang dirasai oleh setengah2 pembaca thesis…..
Izinkan saya membuat satu analogi dalam bentuk simulasi....
Katakan anda sebagai pensyarah (bagi yang bukan pensyarah ler)…anda juga sv kepada ramai pelajar.....Satu pagi anda bangun ….solat berjemaah dengan isteri…..selesai solat bagi salam.....cium isteri ... passionate nya tak pernah kurang sejak dia bergelar isteri....mauhh...muahh....
Anda bingkas bangun membuka beg computer anda…. dan mencapai satu draft thesis pelajar yang anda perlu baca dan semak…. Isteri anda tersenyum manja sambil berjalan ala cat walk menuju ke dapur utk menyiapkan sarapan.... terserlah kecantikkan aslinya tanpa mekap... apatah lagi dibalut pakaian ringkas dan nipis......walaupun telah melahirkan anak tetapi tidak masih maintained curvy....
Anda bingkas bangun membuka beg computer anda…. dan mencapai satu draft thesis pelajar yang anda perlu baca dan semak…. Isteri anda tersenyum manja sambil berjalan ala cat walk menuju ke dapur utk menyiapkan sarapan.... terserlah kecantikkan aslinya tanpa mekap... apatah lagi dibalut pakaian ringkas dan nipis......walaupun telah melahirkan anak tetapi tidak masih maintained curvy....
Anda membaca tajuk draft thesis pelajar anda….. emm…. OK dan menarik. Kemudian anda membaca latar belakang kajian ..... anda terjumpa beberapa kesalahan ejaan. Emm…. maybe typo error.....tapi takkan typo dah ada dalam CHAPTER 1!
Dalam Chapter 1, penulis mendakwa bahawa kajian beliau perlu dijalankan berasaskan latar belakang yang disokong oleh dapatan tahun 1991, 1992, 1994…. 2001. Andapun menggelengkan kepala…. Mengapa ambil citation berlatarbelakangkan lebih 10 tahun lepas…. Dah tak der ke kajian terkini bagi menunjukkan the urgency of the study. Lagipun tiada kajian tempatan dirujuk....
Kemudian anda membaca pernyataan masalah. Selepas selesai membaca, anda bingung…. Apa masalah sebenarnya yang membawa kepada keperluan kajian. Yang ada hanyalah hasrat Malaysia ingin menjadi negara maju dan pernyataan tentang keperluan mencapai wawasan 2020, transformasi nasional.... Anda menggeleng lagi….. tak jelas apa masalahatau RESEARCH GAP yang memerlukan penulis menjalankan KAJIAN tersebut. Anda menggeleng2 kepala....
Selepas itu anda menyelak significant of study…. Kenapa kajian ini signifikan dijalankan dalam konteks menyumbang sesuatu yang penting atau baru kepada "the body of knowledge" dalam bidang kajian anda. Bukankah ini yang di tekankan oleh Dekan Sisiwazah pada hari taklimat semua pelajar yang membuat thesis.... Anda terjumpa pernyataan bahawa dapatan kajian akan membantu pembuat polisi membaiki sistem itu dan ini.....anda termenung. Bila pulak kajian ini dijalankan bagi membantu policy makers. Bila pulak policy makers akan ikut apa yang dicadangkan dalam kajian. Anda memicit2 kepala....
Kajian peringkat master /PhD adalah signifikan jika dapat menyumbang atau mengembangkan pengetahuan kepada "the body of knowledge"... tidak pula ditulis. Bagaimana kajian ini menyumbang kepada "the body of knowedge" tersebut? Yang ditulis lebih kepada implikasi kajian bukannya significant of the research!! Selepas sampai ke paragraph terakhir…. Tiada satupun pernyataan yang dapat mewakili kepentingan kajian ditulis….anda mengurut2 kening anda...
Kajian peringkat master /PhD adalah signifikan jika dapat menyumbang atau mengembangkan pengetahuan kepada "the body of knowledge"... tidak pula ditulis. Bagaimana kajian ini menyumbang kepada "the body of knowedge" tersebut? Yang ditulis lebih kepada implikasi kajian bukannya significant of the research!! Selepas sampai ke paragraph terakhir…. Tiada satupun pernyataan yang dapat mewakili kepentingan kajian ditulis….anda mengurut2 kening anda...
Anda pun bingkas bangun…. mengeliat… membetulkan otot2 anda yang dah kebas….sambil mengurut dada. Mujur datang isteri tersayang membawa secawan kopi sambil mengurut2 manja leher dan dada anda…..lantas mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi...... sambil matanya meleret manja kepada anda.... sama seperti semasa anda mula menguratnya dahulu di Pantai Merdeka....sebelum anda mengikat janji setia di puncak Gunung Jerai....
Anda terus membaca objekif kajian. OKlah…. Objektif ditulis dengan jelas. Andapun “tally”kan dengan persoalan kajian dan analisis data…. Emm…kajian ini menggunakan pre-post control group design dengan ANCOVA dan t-test. Anda dapati rekabentuk ini sama spt rekabentuk kajian2 terdahulu….. tak der bezanya....yang dilakukan sejak 20 tahun lepas. Tiada usaha dilakukan untuk menggunakan analisis yang lebih mendalam, at least seperti ANOVA faktorial misalnya. Apa lebihnya kajian ini berbanding kajian terdahulu. Andapun selak Chapter 3 sepintas lalu, dan anda dapati pelajar juga tidak menguji assumption ANCOVA dan t-test…. darah anda mula bergerak laju….
Anda membaca Chapter 2 – LR. Beberapa ayat pertama adalah strong statement… namun tiada citation disertakan. Penulis menggunakan teori ABC yang dipelopori oleh XX (1982) dan YY (1982). Malangnya semua perbincangan berkaitan dengan teori ABC tidak dirujuk kepada artikel asal tulisan XX (1982) dan YY (1982). Semua kupasan teori ABC berdasarkan hanya petikan sumber kedua (as cited in….). Jika ramai pengkaji terdahulu boleh memetik sumber primer dari XX (1982) dan YY (1982)…. Mengapa pelajar tersebut tak boleh mendapatkan sumber tersebut. Tanpa merujuk kepada sumber primer, kredibiliti kupasan dan penulis sangat diragui. Banyak darah dipam ke muka... muka anda kelihatan merah sedikit....
Emmm....... penulis mengupas sebahagian besar LR nya menggunakan dua thesis PhD obersi oleh WW (2010) dan ZZ (2009) yang mempunyai tajuk yang hampir sama. Hampir setiap muka surat ada kupasan (as cited in WW, 2010)….(as cited in ZZ, 2009)… Jika macam ini, penulis hanya memetik kupasan pihak kedua bagi mewakilinya untuk mengupas teori ABC. Terlalu banyak kupasan, analisis dan kritikan penulis adalah “as cited in”….. Senangnya macam tu….grrrr…darah dah sampai berlebihan ke otak anda....
Lebih memanaskan situasi lagi.....didapati tak sampai 30% kupasan kajian lepas berdasarkan kajian 5 tahun kebelakangan….. byk yang dah outdated, dan ada yang melebihi 15 tahun ke atas! Bukan itu sahaja, anda dapati ada beberapa citataion yang tidak ditulis pada bahagiam Bibliography.... dan banyak juga yang ditulis tidak mengikut format yang standard... Takkan itupun anda nak kena betulkan !!
Nampaknya Chapter 2 bukan seperti hasil kerja penulis sepenuhnya… beliau sekadar melaporkan semula atau meringkaskan kupasan kajian lepas dari sumber secondary….. bukan primer….. Anda juga masih lagi menjumpai beberapa spelling mistakes di sana sini….ayat yang tergantung maknanya.... penggunaan istilah yang tidak konsisten....paragraph yang tidak coherent serta maksud ayat yang tidak concise....
Walaupun dah mula terasa pahit, anda menyelak pula Chapter 3…. Anda dapati laporan t-test dan ANCOVA tiada masalah. Bagus.....laporannya ringkas dan mengikut persoalan kajian. Masalah utamanya, penulis tidak menguji assumption analisis statistiknya…. tidak dimaklumkan samada data tersebut adalah normal utk ujian parametric … termasuk juga pengujian seperti homogeneity of variance…terlepas pandang atau ?
Chapter 4 pula adalah perbincangan dapatan kajian. Anda terkejut lagi…. mujur tak pengsan…apabila penulis membincangkan dapatan kajian sama seperti yang dilakukan dalam LR…. penuh dengan citation. Penulis suka sangat menggunakan ayat…. Oleh itu dapatan kajian ini selari dengan kajian oleh….. Dapatan kajian oleh…. menyokong dapatan kajian ini dll…. Pendek kata, tiada perbincangan dilakukan oleh penulis…. Sekadar membandingkan dapatannya dengan dapatan kajian lepas….emmm.... macamana nak jadi pakar jika tak tahu buat perbincangan.....
Andapun bertambah geram….. lalu membaca bahagian recommendations. Terdapat 5 cadangan yang dikemukan untuk kajian akan datang. Geramnya anda sebab cadangan tersebut sepatutnya dlaksanakan oleh penulis supaya kajiannya lebih mantap berbanding dengan kajian2 lepas. Sedang penulis sendiri hanya replicate kajian2 lepas…. Then cadangkan orang lain jangan berbuat hal yang sama…. Huh !!
Geram…geram….. penat jiwa dan raga anda membaca satu draft thesis yang seperti itu….. ibarat kuih yang pahit dan tawar untuk ditelan….. mujur datang isteri yang baru selesai mandi…. emmm berkemban.....wangi….mulus..... mengendurkan kegeraman anda membaca draft thesis pelajar anda…. tetapi meningkatkan kegeraman yang lain pula…...emmm.... sebagaimana anda geram melihat isteri anda dihari perkahwinan.....setelah semua tetamu beredar... meninggalkan anda berdua....
Di atas adalah hanyalah satu simulasi analogi pembacaan satu draft thesis yang perlu anda ambil iktibar .....supaya anda boleh pastikan anda menghidangkan sesuatu yang menepati selera.....
Kualiti thesis terletak ditangan anda. Ada pelajar yang membuat kerja2 penulisan secara last minute sehingga byk aspek dan cadangan yang diberikan oleh SV tidak sempat anda dibetulkan... atau dibetulkan secara last minute sehingga tidak sampai ke tahap yang sepatutnya.
Dengan segala kemudahan dan panduan yang anda miliki, anda wajib dan mampu menghidangkan sesuatu yang lebih baik..... dan TERBAEK !! Ketahui apa yang anda tulis....
Gud luck
OT
Salam Dr...serius sy seronok & tergelak sorang2 baca post yang nih..sy pn sedang menyiapkan proposal Phd in Biostatistics, baru mendaftar di Upm 22 Ogos lepas..hilang tensen bila baca blog Dr & bertambah bersemangat nk buat propsal/tesis yg baik mngikut seperti saranan Dr... =)
ReplyDelete