Guru Kemahiran Hidup: "Prof, saya nak buat kajian berkaitan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup"
Guru Koperasi: "Prof, saya berminat nak kaji hubungan kolaboratif antara guru persatuan dengan pelajar"
Guru sekolah sukan: "Dr, saya nak kaji hubungan supervisory styles dengan performance athletes remaja"
Guru IT: "Prof, OK tak jika saya kaji keberkesanan LMS di IPTA?"
SV andapun kata OKlah..... cuba dapatkan beberapa artikel terkini berkaitan tajuk yang anda minat.
Perbualan di atas adalah lumrah. Namun satu persamaan dialog di atas adalah..... masing2 pelajar membawa tajuk yang mereka fikirkan sesuai dengan diri mereka....dengan penuh yakin mereka berminat utk menyelesaikan masalah yang mereka alami tersebut.... dengan membuat PhD / Master.
Tahu apa yang biasanya berlaku kemudian?
Saya percaya ramai yang datang semula kepada SV sambil mengeluh:
"Susahlah Prof.... tak ada artikel yang relevan dgn tajuk saya.... lebih2 lagi yang 5 tahun kebelakangan.... yang lama2 adalah..."
"Saya dapatlah 1, 2 artikel ni.... tapi tak ada pulak dinyatakan teori yang berkaitan dengan apa yang saya nak buat.... "
"Saya jumpalah 2,3 artikel.... tapi jauh sangatlah dari apa yang saya nak buat...."
Biasa tak dengar dialog ini.
Tidak?
Memanglah tak biasa sebab anda bukan SV.... saya selalulah dengar keluhan di atas.....
Kenapa ini berlaku?
Ini kerana anda tidak tahu "gap" yang ada dalam mainstream kajian2 berkaitan tajuk anda, dan apa yang anda ingin lakukan tidak menjadi kajian yang berkembang dalam kajian2 lepas. Tajuk anda maybe menjadi skop yang isolated dalam mainstream kajian semasa, dan ia hanya isu pada anda... bukan pada pengkaji semasa dan sebelum anda.
Abis macamana?
Mengapa tidak anda luangkan masa ... mencari..meneroka...memikir.. memilih...kajian2 mainstream dalam journal2 artikel berkaitan topic of interest anda ......supaya anda menjumpai gap yang anda perlu kaji dengan artikel yang sudah ada pernyataan tentang theory atau theoretical framework, malah instrumentnya sekali jika ada... itu satu bonus. Tugas anda hanyalah untuk mendalami lagi theori tersebut dan membina conceptual framework yang baru untuk kajian anda serta mengadaptasi instrument utk kesesuaian kajian anda.
Setelah itu, barulah anda kemukakan working title anda kepada supervisor.... dengan pengetahuan yang asas tentang theory dan juga instrument. Paling tidak anda akan menyebut:
"OK Prof... tajuk kajian saya adalah..... saya memang nak jalankan kajian ini berdasarkan teori ABC.... seperti saya baca dalam artikel tahun 2009 dan 2008. Instrumentpun dah ada tetapi saya perlu sesuaikan dan validate lagi serta dapatkan reliability.....Ini ada 5, 6 artikel yang berkaitan tajuk saya..... Saya ada satu proceeding terbaharu tahun 2011... saya akan cari lagi secara snowballing sebab dalam proceeding ni banyak bibliografi kajian terkini tetapi saya belum sempat nak cari....Ada juga buku yang di rujuk dalam proceeding tersebut yang berkaitan dengan teori. Saya akan pinjam buku tersebut dan dalami lagi teori yang berkaitan....jika saya tak dapat di libraray ... saya akan minta bantuan kawan2 saya di IPTA lain..... sayapun dah dapat email penyelidik local dan sorang di UK yang tulis kajian yang relevan..... saya cadang nak email dia dan bla..bla..bla"
Percayalah.... pasti TERKESIMA sesiapa sahaja yang mendengarnya....apatah lagi anda seorang pelajar PhD / Master baru sebulan mendaftar dah "nampak" apa yang ingin dikaji....
Mungkin andaian saya ini terlalu IDEAL.... tetapi mencari sesuatu yang ideal lebih baik dari mencari yang kabur....at least anda menjumpai sesuatu yang wpun tidak sepenuhnya ideal....tetapi lebih baik dari mencari sesuatu yang anda sendiripun tidak pasti....
Kesimpulannya:
Anda yang akan menjadi pelajar. Anda yang akan mencari tajuk. Anda jugalah yang akan menjalankan kajian, berseorangan. Andalah yang akan bersengkang mata. Anda jugalah yang membayar yuran. Anda jugalah yang akan mencari artikel. Soo.... andalah yang tentukan apa yang akan anda buat.
Pesan saya.... Buat kajian bukan mudah... tetapi jgn sampai memilih jalan yang menambah kesusahan diri sendiri. Kualiti dan outstanding kajian anda bergantung kepada pengetahuan dan kerja yang sistematik yang anda lakukan..... melebihi dari niat anda utk mengubah dunia hasil dari dapatan kajian anda.
Susahnya anda membuat thesis tidak akan tercatat dalam penulisan anda (Am I right?) dan tak siapapun nak tahu (Am I right?). Anda tanggung sendiri....
Apa yang akan ditulis itulah yang akan menentukan kualiti kajian anda.....Kesusahan membuat kajian bukan bermakna bertambahnya kualiti thesis anda dan mudahnya anda membuat thesis bukan bermakna rendahnya kualiti thesis anda .... malah ramai yang menulis thesis ala kadar sahaja kerana terlalu lama dan berat masalah yang perlu di atasi....
Ingat.. berapa banyak benda2 simple telah mengubah dunia...... boleh anda fikirkan satu darinyer?
Apalah org dewasa ni suka buat benda susah2 Main games lagi best.... |
Jadi kategori manakah research anda?
Anda tidak perlu setuju dengan saya...... tepuk dada tanya diri sendiri.... yang penting anda tahu apa yang anda lakukan.... bukan main redah dan ikut2an..... oleh kerana orang lain susah maka anda juga fikir anda pun patut susah.....adakah semestinya begitu???
OT
kalau ade button like ni dah lame saye like dr..really like this post!!^^
ReplyDeletepost ni menaikkan semangat saya..terima kasih..=)
ReplyDelete