.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, September 11, 2011

Tajuk 216: Berkenalan dengan variable dalam SEM

Salam,


SEM atau structural equation model mula mendapat tempat dalam kalangan pelajar master dan PhD. Saya terfikir... kenapa dinamakan structural? Kalau equation dan model tu saya fahamlah.


Tanpa asas statistik..... saya fening juga untuk memahami SEM, sebab tak pernahpun apply dalam research sebelum ini. Namun saya cuba selongkar mengapa SEM ini menjadi penting sejak dua menjak ini.


Saya ingin share maklumat ini dengan pelajar2 yang tiada asas statistik.... cuba mempermudahkannya....


Tak dapat lari..... SEM perlu difahami dengan istilah2 baru. Saya mulakan dengan contoh mudah. 


Katakan saya ingin mengkaji IQ, EQ (contoh favorite saya) dan motivasi intrinsik (MI) pelajar. Anda menjangkan dari LR, MI sebagai DV akan dipengaruhi oleh IQ dan EQ sebagai IV. Namun tiada alat yang dapat mengukur terus MI, IQ dan EQ. Yang ada hanyalah soalselidik yang mengukur konstruk2 yang menjadi indicator kepada MI, IQ dan EQ. 


Saya ringkaskan dalam Rajah 1, 2 dan 3.






Secara mudah saya wakilkan dengan persamaan regressi:


1. Model struktural (Rajah 2):


MI = b1(IQ) + b2(EQ) + a 




MI, IQ dan EQ = variable latent, sebab saya tidak ukur secara direct, saya tidak perhatikanpun (unobservable) sebab tak boleh ukur.... maka saya tiada data tentang MI, IQ dan EQ... saya tidak ukurpun dari responden saya.... mana nak ada data! 


Ketiga2 variable ini dinamakan latent variable atau unobservable variable sebab saya tidak ada instrument untuk ukur secara direct... tiada datapun yang diambil...


Walaubagaimanapun MI, IQ dan EQ boleh diwakili oleh pengukuran beberapa konstruk yang dapat diukur secara direct. Katalah:


2. Model pengukuran (latent variable- Rajah 1):


MI = diwakili oleh konstruk MI_1, MI_2 dan MI_3 
MI = b1(MI_1) + b2(MI_2) + b3(MI_3) + a


IQ = diwakili oleh konstruk IQ_1, IQ_2 dan IQ_3 
IQ = b1(IQ_1) + b2(IQ_2) + b3(IQ_3) + a


EQ = diwakili oleh konstruk EQ_1, EQ_2 dan EQ_3 
EQ = b1(EQ_1) + b2(EQ_2) + b3(EQ_3) + a


Jika dikahwinkan Rajah 1 dan 2 = Rajah 3

Rajah 3 dinamakan SEM, sebab ianya berstruktur antara latent dan observed variables yang dipermudahkan dalam satu Structural Equation Model.


Sekarang saya nak perluaskan lagi istilah.....


Motivasi intrinsik (MI) = adalah endogenous variable atau DV dalam SEM di atas yang bersifat latent  atau unobserved (tidak diukur dan tiada item direct mengukurnya dari responden.... so tak der data). DV ini dipengaruhi oleh IV iaitu IQ dan EQ. Variable ini ditulis dalam simbol bulatan


IQ dan EQ = adalah exogenous variable atau IV dalam SEM yang bersifat latent  ( juga tidak diukur dan tiada item direct mengukurnya dari responden.... so tak der data). IV (IQ dan EQ) inilah yang anda jangka mempengaruhi DV (Motivasi intrinsik). Varible latent ini ditulis dalam simbol bulatan.


MI_1, MI_2 dan MI_3  adalah observed variable yang juga adalah indicator kepada MI (DV) yang latent. MI_1, MI_2 dan MI_3 diukur secara direct dari soalselidik yang diedarkan kepada respon. Jadi saya ada data kesemua observed variable ini. 


Cara yang saya juga anda lakukan kepada IQ_1, IQ_2 dan IQ_3 serta EQ_1, EQ_2 dan EQ_3 yang juga observed variable kepada masing2 IQ dan EQ...yang diukur secara direct dari soalselidik yang diedarkan kepada respon. Jadi saya ada data kesemua observed variable ini. Semua observed variable di panggil manifest yang ditulis dalam simbol kotak empat segi



Dengan pengenalan kepada istilah endogenous, exogenous, indicator, observed, unobserved, latent....dapat membantu anda memulakan langkah mengenali SEM.


Dinamakan berstruktur kerana dalam contoh di atas, terdapat dua model digabungkan dalam satu model persamaan structure yang menunjukkan perhubungan (i) antara kesemua latent variable....dengan (ii) menunjukkan juga hubungan antara latent variables dengan indicator2 mereka.


Saya cuma nak biasakan diri dengan istilah2 endogenous, exogenous, indicator, observed, unobserved, latent, DV, IV, manifest dalam SEM yang sedikit berbeza dengan yang telah diketahui sebelum memahami operasinya dengan lebih lanjut. Jika inipun pancit..... susah kemudian.


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...