.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, April 22, 2016

Tajuk 853 - Menjelaskan ayat yang kabur... peringatan santai...

Ayat pertama kabur dan boleh ditulis dengan lebih jelas spt contoh ayat berikutnya….sekadar beberapa contoh ringan...

- Kajian lepas selalunya menggunakan pendekatan konstruktivis…… 
- Terdapat beberapa kajian lepas seperti John (1999), Dick (2004) dan Matthews (2006) yang telah menggunakan pendekatan konstruktivis…..

- Teori X adalah teori yang terkini dalam pendidikan …. 
- Teori X adalah teori tingkahlaku yang dikemukakan pada 2014 ….
- Teknik persampelan yang dikemukakan dalam kajian ini adalah berbeza dari teknik persampelan kajian terdahulu.
- Teknik persampelan yang dikemukakan dalam kajian ini berbeza dengan teknik persampelan kajian terdahulu (seperti John, 2006; Azli, 2007) dari aspek umur sampel yang dipilih….

- Pendekatan X didapati telah meningkatkan skor motivasi pelajar lelaki dan perempuan. Ini bermakna…
- Pendekatan X didapati telah meningkatkan skor pelajar lelaki dan perempuan. Peningkatan skor ini bermakna….

- Kita semua ketahui bahawa variabel X dipengaruhi oleh….
- Kajian oleh X dan Y (2003) menunjukkan bahawa variabel X dipengaruhi oleh….

- Kajian mesti mengambil kira faktor seperti X, Y dan lain-lain dalam …. 
- Faktor X dan Y adalah dua faktor utama afektif yang mesti diambil kira dalam kajian …

- Penyelidik X (2003) dan Y (2007) mendakwa bahawa… 
- Dapatan dari kajian X (2003) dan Y (2007) menunjukkan bahawa….

Pandai2lah apply dalam penulisan anda..

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...