.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, December 28, 2015

Tajuk 822 - Nak buat MIXED-METHOD fahami ini dulu. Jgn sampai salah faham !

Betul ke mixed-methods (m-m) ni lebih baik? Kalau aku…. benda2 yang mixed ni selalunya baik… macam mixed marriage. Bukan sahaja anak yang lahir comel2 belaka…. malah bijak2 ler…


Kalau qualitative (QUAL) dan quantitative (QUAN) approach memang dah biasa dalam research. Now approach m-m (atau QUAN-QUAL) ini dah mula popular... cuma ramai yang salah faham…. asal ada data qualitative dan quantitative terus kata m-m !

Abis salah ker tu?

Bukan salah tapi kurang tepat. M-M adalah “combination” antara quantitative dan qualitative, yang dirancang dari AWAL kajian. Kombinasi ini melibatkan semua peringkat pengumpulan data, bukannya asal buat quatitative then kemudian buat qualitative pulak atau sebaliknya,.. terus kata m-m... banyak ler ko punya cantik !

Secara umum ada 2 pembahagian asas m-m yang perlu difahami iaitu.

1. Parallel: 
Kajian yang dirancang supaya pengumpulan data berjalan serentak (parallel atau concurrent). Contohnya soal selidik di edarkan dan dalam masa yang sama interview juga dijalankan dgn kelompok terpilih dari sample. Atau soal selidik diedar mengandungi closed dan opened ended items yang saling lengkap melengkapi. Selepas dapatan dikumpul, tugas seterusnya adalah membuat meta-interpretation, iaitu mensintesis dapatan qualitative yang congruent dengan data quantitative. Ini bermakna, item dalam soal selidik dan soalan interview mestilah dirancang supaya saling melengkapi.

2. Sequential: 
Kajian dirancang supaya kedua2 approach saling berturutan dgn tujuan, approach pertama menjadi asas kepada approach kedua. Misalnya, interview dijalankan bagi terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat, konsep, indicator, isu dll yang akan digunakan dalam pembinaan soal selidik atau pun sebaliknya. Dapatan approach kedua adalah bertujuan membekalkan penjelasan lanjut atau menjelaskan apa2 yang tak dapat dijelaskan oleh approach sebelumnya dalam kajian tersebut.
Ingat semua ini dirancang dari awal….dengan teliti supaya dapatan yang diperolehi boleh dikombinasikan bagi menghasilakn penjelasan yang lebih mantop. Contohnya dari data quantitative anda boleh buat inference atau generalization tapi tak dapat capture informasi yang lebih detail… begitu juga anda dapat sesuatu yang detail tapi tak leh buat generalization.

Jadi m-m ni kira memantap sambil meningkatkan validity dapatan dan sekaligus bertindak macam triangulasi data juga lah.

Jadi m-m ni bukan sekadar ada data qualitative ataupun quatitative tetapi yang penting procedure kajian dirancang awal2 supaya dapatan m-m ni dapat dikombinasikan. Bukan itu sahaja, m-m method ini memberi ruang kepada anda duplicate kajian lepas yang masih releven dan signifikan tetapi hanya menggunakan mono-method utk di up-grade atau buat modification dgn mengkaji isu yang sama tapi dgn m-m pulak.

Ini kerana byk kajian lepas purely quan atau qual menyebabkan discussion menjadi terbatas. Tapi anda mesti awal2 lagi plan utk dapatkan theory yang gabungkan kedua2 quan-qual ini. Jika anda dapat jalankan dgn baik, dapatan kajian akan lebih mendalam dan meluas disamping anda sendiri dapat menguasai kedua2 quan-qual approaches....
OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...