.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, December 8, 2015

Tajuk 812 - Thesis, Argument, Thesis statement…kena baca 1000 artikel?

Kenapa tak melangkah awal dgn focus dan bergaya !
Post ini xakn muncul dimana2...

1. Pertama: Intro
Kenapa bila nak buat kajian master / PhD, lafaz pertama yang sering terpacul adalah “find a research gap” atau “strengthen the previous studies” atau “look for something that has not been done before” dan lafaz ini berkemundang sampailah ke viva seolah2 inilah keperluan asas membuat research dan menulis thesis. Lafaz ini tidak salah tetapi sayangnya lafaz ini spt telah menjadi lafaz turun temurun dgn pemahamannya terserah kepada siapa yang melafazkannya.

Aku sendiri banyak menulis pasal ini sebab aku pun diajukan pelbagai soalan tentang gap… akhirnya aku berpendapat bahawa “gap adalah sesuatu yang diada2kan” utk membantu pemahaman tentang keperluan membuat research tetapi akhirnya dimomok2an melebihi keperluan memahami maksud dan keperluan “thesis”.

Maka terdengarlah gesaan mencari dan membaca sehingga 1000 artikel jika masih lagi tak ketemu “gap”, malah “kalau tak menangis” belum lagi cukup baik utk menjumpai “gap”.. baca.. baca dan baca lagi... hingga jadi satu trade mark... begitulah sukarnya buat phd.... benarkah begitu?

2. Kedua: Definisi gap
Aku dah buat satu experiment ringkas… bertanyakan definisi “gap” maka terpacul lah berbagai2 definisi yang entah datang dari mana. Ada yang bermulanya dengan “agaknya…. “ dan ada yang mengakhrinya dgn “…. kot” dan ada yang menyatakan “itulah knowledge gap….” tanpa mendefinisikan terlebih dahulu “apa itu research gap” sehinggalah kepada jawapan yang bukan jawapan spt “gap tulah research question” dan “gap itulah yang kita cari utk buat LR”

Namun jawapan terpopular adalah “something is missing / not been done” maka berduyun2lah pelajar mencari sesuatu yang “tak ada” dalam kajian lepas… makin byk dibaca… makin sempitlah peluang menjumpai apa yang “belum dibuat lagi..” dan jika “ditemuilah” apa yang “tak ada tersebut perlu menjawab soalan tambahan:

a. Adakah gap tersebut ”benar2 satu yang tak pernah dibuat”?

b. Adakah gap tersebut cukup “dalam” utk menjadi gap satu kajian peringkat master dan “lebih dalam lagi” utk peringkat PhD? Klu tak cukup "dalam"... silalah dalamkan lagi..... perghhh!

3. Ketiga: Apa pula thesis?
Soalan pertama yang patut terpacul dalam benak fikiran semua yang terlibat dalam dunia pascasiswazah dan sebelum buat research dan menulis thesis:

a. Apa itu tesis?
b. Kenapa dinamakan tesis? 
c. Kenapa menghantar dissertation master / PhD itu juga disebut thesis submission?

Thesis merujuk kepada satu argument untuk diuji / kaji/ analisis / revised melalui satu kajian. Argument atau claim (dakwaan terhadap sesuatu isu yang dibahas dalam sesuatu bidang) ini mestilah berasaskan teori dan boleh dikaji dgn membina hipotesis / soaan kajian. Tesis ini selepas dikaji mestilah menyumbang sesuatu kepada knowledge yang signifikan.

Contoh dakwaan (argument) umum dalam sesuatu bidang:
A. Pendidikan:
Timbul perbahasan keberkesanan operasi VLE Frog (LMS peringkat sekolah) dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran sesuatu mata pelajaran.

B. Multimedia:
Pembinaan courseware peringkat sekolah perlu disemak dan diuji dengan memasukkan element permainan computer bagi meningkatkan minat pelajar menggunakannya.

Dua contoh dakwaan di atas boleh sahaja perolehi dari beberapa sumber antaranya:
a. Perbahasan dalam isu semasa yang diperolehi dari perbagai sumber / media
b. Perbahasan dalam artikel-artikel jurnal semasa
c. Disebut dan dikupas oleh pakar-pakar
d. Menjadi tema-tema utama dalam conference

4. Keempat: Thesis statement
Oleh yang demikian, terdapat universiti meminta pelajar terlebih dahulu menyediakan tesis kajian dalam bentuk “thesis statement’ (TS) sebelum menyediakan proposal supaya dapat dinilai tahap thesis yang dicadangkan.

Apa itu TS?

“A sentence or paragraph that summarizes the ARGUMENT / claim / debatable issue you plan to make in your thesis, as well as the SUPPORTIVE evidence you plan to use to back up that argument on a specific TOPIC ”.

Maka TS mengandungi 3 element
a. Argument – debatable issue
b. Supportive evidence – theory 
c. Topic - scope



TS menyediakan argument yang akan anda detailkan dalam LR utk anda terokai melalui soalan kajian / hipotesis yg bakal anda kaji utk mendapatkan jawapannya. Anda boleh membina TS baru berasaskan argument yang telahpun dikaji jika wujud keperluan baru utk menguji argument tersebut dari aspek berbeza.

Dari segi undang2…. beban pembuktian perlu dibuat oleh yang mendakwa dan dalam kes ini, kajian perlu dilakukan utk membuktikan dakwaan / argument anda. Oleh itu tidak boleh ada perkataan yang kabur dalam TS, semuanya mesti setepat dan sejelas yang boleh, supaya mudah dikaji dan dibuktikan pendakwaan tersebut.

Selepas anda siapkan TS anda, cuba jawab sendiri soalan ini “Why scholars care about it?”. Ini bagi memastikan TS anda signifikan utk dikaji.

Contoh TS: 
Anda mengikuti perkembangan mobile application (App) dan sebagai guru kimia, anda membaca artikel2 dan mendapati App banyak dibina dalam pelbagai bidang, tetapi perkembangan ini belum mendapat tempat di dalam pendidikan, khususnya pendidikan sains. Anda percaya (berdasarkan kajian2 App pelbagai bidang) akan potensi App jika dibangunkan dalam pendidikan sains.

Maka tercetuslah satu argument yang anda tulis sebagai TS:
“The use of mobile application in teaching chemistry (topic) has a potential to enhance students’ conceptual understanding (argument / debatable claim); therefore a specific mobile application based on constructivist theory should be developed and implemented (supportive evidence) in teaching electrochemistry”.

TS anda mestilah ada 6 element:
a. ada measurement, analysis, interpretation, explanation
b. signifikaan - boleh menjawab soalan “Why scholar care about it?”
c. mempunyai theory – utk LR and the basis of your argument.
d. mempunyai scope – not too broad .
e. researchable – boleh dapat data dari instrument
f. novelty – what else need to be studied - unik dan contribute to knowledge

Maka, 6 elemen di atas memerlukan jawapan, lalu anda perlu mula membaca dan meneliti kajian lepas dari sumber terbaik (high impact journals), mulai dari leading international authors hinggalah kepada author2 local bagi melihat dakwaan tersebut dari perspektif local.

5. Kelima- Kesimpulan
Maka aku ingin nyatakan disini…. Jika aspek tesis dan thesis statement ini yang ditekankan, tidak timbul sampai “perlu menangis” atau mencari so called “gap” atau membaca sehingga ribuan artikel atau baca lagi... baca lagi... baca lagi... tanpa tujuan yg khusus.... malah menyorot sehingga kurun 15 !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...