.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, October 8, 2014

Tajuk 662: 6 CARA dan PERINGATAN BILA MENULIS "DISCUSSION OF FINDINGS"

Chapter 4 adalah bab dapatan kajian. Dalam bab ini, ko hanya mempersembahkan dapatan kajian secara sistematik dalam bentuk jadual dll supaya mudah difahami oleh pembaca - lebih2 lagi examiner. Ko hanya menyatakan apa yang diperolehi dan membuat kesimpulan secara superficial (sepintas lalu) sahaja.

Bagaimana pula dengan Bab 5 - Discussion of Findings?

Bab ini ko perlu menggunakan kekuatan ko utk "berbincang". 

Bincang apa? Bincangkan dapatan kajian ko ler. 

Perbincangan biasanya dilakukan dengan melihat sesuatu perkara itu dari pelbagai sudut secara mendalam. Sebab itulah orang yang arif diperlukan dalam perbincangan...
Jadi... setelah ko berhempas pulas menyediakan PS, RESEARCH QUESTION, LITERATURE REVIEW , menjalankan kajian sehingga mendapat data... ko sepatutnya telah menjadi “lebih arif” dalam bidang ko dgn wibawa untuk membuat perbincangan dapatan kajian so sendiri secara lebih mendalam....

Ko telah diminta membuat kajian yang dapat “contribute to knowledge” dalam bidang yang anda kaji. BETUL TAK?
Persoalannya – Masa bilakah ko ingin menulis dan mengenengahkan sumbangan kajian anda itu? 

Bab 1 - hanya memperkenal objektif dll jer...
Bab 2 - LR hanya review sahaja
Bab 3 - Methodologi.... emmm bukan disini
Bab 4 - Dapatan kajian.... pun bukan disini
Apa lagi bro.... Bab 5 ler.... "Discussion of Findings".

Di Chapter 5 lah ruang bagi ko menunjukkan “kehebatan”, “kelainan”, “perbezaan” dapatan kajian ko yang membawa kepada sumbangan terhadap perkembangan pengetahuan dalam bidang yang ko kaji. Inilah yang ingin dibaca oleh pemeriksan.. Inilah yang memisahkan antara kajian ko dengan kajian terdahulu....

Dalam bab 5 "Discussion of Findings", ko perlulah bincangkan dapatan kajian ko dengan mendemonstrasi pengetahuan anda yang mendalam (bukan cetek lagi bro...dah 3, 4 tahun ko buat kajian tu..) terhadap dapatan kajian ko.... mentafsir dapatan tersebut dan meng"highlight"kan sumbangannya kepada pengetahuan. 
Bincangkan dapatan kajian ko dengan memberikan idea dari perspektif yang baru…dari perbagai sudut.....dengan idea segar berbanding perbincangan dapatan kajian dalam kajian2 terdahulu. Ko lah yang membincangkan mengapa dapatan kajian anda telah membantu memantapkan teori yang anda gunakan.

Bab 5 ni macam "tendangan penalti” main bola sepak yg menentukan masa depan pasukan ko. Kalau anda tak score ..... baik ko main batu seremban jer…
Dalam perbincangan dapatan kajian, ko perlu menulis dengan “berlagak” secara pro .... dengan memberikan justifikasi mengapa dapatan kajian ko at least memperkukuhkan teori yang ada, memberi pemhaman yang lebih mendalam, menjelaskan aspek yang tiada dalam kajian lepas dan seumpamanya…

Pertama:
Mulakan muqaddimah Bab 5 dengan ulasan ringkas keseluruhan dapatan kajian ko bagi refresh pembaca apa yangko telah temui dalam kajian ko, yang menjurus dalam menjawab persoalan kajian dan seterusnya mencapai objektif kajian.

Kedua:
Ini diikuti dengan mengemukakan secara ringkas dapatan2 yang lebih penting dan signifikan. Dapatan2 yang penting dan signifikan inilah ibarat bola di kaki.... hanya tinggal ko dan penjaga gol lawan sahaja. Jika ko tak boleh score... tunggu jerlah botol air melayang ke dalam padang!

Ketiga:
Dapatan2 yang penting dan signifikan inilah yang perlu dikupas lanjut dalam paragraph seterusnya dan bagaimana dapatan2 kajian ko ini menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang kajian ko.



Keempat:
Oleh itu jangan malukan diri ko dengan asyik-asyik menulis seperti berikut yang hanya menunjukkan dapatan kajian ko pun lapok… kerana menyokong kajian lama… samalah spt ko tulis “kajian ini menghasilkan cip pemprosesan yang menyokong cip pentium oleh AA (1996)….” Sedang la ni dah guna duo core bro !

Lain-lain ayat klise adalah spt…

Dapatan kajian ini selari dengan dapatan AA (2007)…..Dapatan ini disokong oleh dapatan kajian oleh AA (2009) dan BB(2008)…. Dapatan kajian ini mengukuhkan lagi dapatan kajian BB (2003)...
Ko akan kelihatan seperti badut jika asyik2 mengulangi paragraph spt di atas sebab itu tidak menunjukkan dapatan kajian ko menyumbang apa2 yang baru kepada pengetahuan dalam bidang kajian ko !!

Kelima:
Walaupun memang terdapat dapatan kajian yang secara umum sama dgn kajian lepas, ko perlu membincangkan aspek2 khusus dalam kajian ko yang berbeza dengan kajian lepas…..

Contoh sempoi 1:
Jika pengkaji dahulu kata pokok di gurun mati kerana tanah yang tandus…. kajian kopula mendapati pokok mati di gurun bukan sahaja kerana tanah yang tandus dan akar menjadi kering kerana tiada air (menyokong kajian lepas) tetapi secara lebih khusus dapatan kajian ko menunjukkan kematian juga disebabkan berlakunya dehydrated seluruh pokok. Kemudian huraikan bagaimana dehydrated diseluruh pokok tersebut berlaku…. Inilah aspek yang tidak dikaji dalam kajian lepas. Banyak aspek baru berkaitan dehydrated yang ko perlu dibincangkan sebagai sumbangan kajian ko kepada pemantapan teori pokok mati di gurun...... Perbincangan dapatan kajian sebeginilah yang perlu dilakukan dalam bab 5.

Keenam:
Perbincangan mendalam terhadap dapatan kajian akan memudahkan nanti untuk ko membuat justifikasi kepada implikasi-implikasi dapatan kajian dalam bab seterusnya.... 

Chapter 6 - Implications and Future Research
Contoh sempoi 2:
Kajian ini menunjukkan animasi 3D hanya berkesan dalam meningkatkan skor pelajar berpencapaian tinggi dalam penguasaan konsep sains tetapi tidak kepada skor pelajar berpencapaian rendah. Dapatan ini berbeza dengan dapatan kajian oleh Simon (2009) yang mendapati penggunaan animasi 3D secara keseluruhannya berkesan kepada pelajar. Namun kajian Simon ini walaupun menggunakan animasi 3D untuk menentukan pencapaian pelajar, tetapi tidak mengambilkira perbezaan tahap latar belakang akademik pelajar.

Perbezaan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar berpencapaiaan tinggi berupaya mengekstrak maklumat dalam pengajaran sains menggunakan animasi 3D berbanding pelajar berpencapaian rendah yang kekurangan pengetahuan sedia ada. Dapatan ini mengukuhkan lagi teori konstruktivis (siapa yang kukuhkan…..dapatan kajian ko lah bro) yang menekankan keperluan pengajar mengambilkira tahap pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memilih sesuatu kaedah pengajaran yang berkesan.
Ketujuh:

Bagaimana pula dapatan kajian tidak signifikan…. tak seperti yang anda jangkakan......ko masih perlu bincangkan juga supaya dapatan tersebut mempunyai ruang dalam memperkayakan pengetahuan dalam bidang yang ko kaji. Mesti terdapat alasan yang menyebabkan dapatan kajian anda tidak signifikan…. U need some sort of critical thinking here….supaya kajian anda worth it dengan kerja keras yang telah anda lalui. Malah, silap2 hari bulan, ko mendapati sesuatu yang lebih bermakna dari dapatan yang tidak signifikan tersebut…

Contoh sempoi 3:
Perbezaan skor min pemahaman konsep asid-bes kumpulan kawalan tidak berbeza secara signifikan berbanding dengan kumpulan eksperimen menunjukkan konsep asas asid-bes ini boleh kuasai pelajar tanpa mengira kaedah pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kelebihan animasi 3D tidak memberi kesan yang optimum dalam pemahaman konsep-konsep asas, apatah lagi diaplikasikan pula dalam tempuh jangkamasa yang singkat. Oleh itu, tidak menjadi masalah kaedah konvensional digunakan bagi mengajar sesuatu yang asas.

Perhatikan bahawa dapatan kajian yang tidak signifikanpun masih boleh menyumbang..... sehingga pengkaji lain dapat maklumat baru iaitu kesan aplikasi animasi 3D tidak dapat diperolehi dalam pengajaran konsep2 yang asas. Inilah sumbangan dapatan kajian yang perlu ko bincangkan....
Pandai2lah ko apply pemahaman ini....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...