.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, October 8, 2014

Tajuk 661: Can u answer - What is thesis? 10 urutan bina Thesis Statement (TS)

Aku cuti esok. Now aku di Vistana ...Bukit Jambul.... suite... 3 bilik 2 bilik air... aku sorang jer. Aku sedang semak satu proposal... rasa tawar sebab tak jumpa apakah argument / isu dalam proposal tersebut. Aku baca macam artikel yang tak ada argument dgn problem statement yang spt sengaja diada-adakan... mengada2 sungguh !!

Tahu tak apa itu thesis?

Ala bro.... thesis yang kita tulis tebal2 tu... hasil kita buat kajian..

Banyak ko punya cantik !

Thesis is to claim something !! Kalau tak ada.... samalah macam ko buat buku teks !

Maka aku sekali lagi ingin tekankan betapa thesis mesti ada "Thesis Statement".... bagi mewakili kenapa ko mmbuat satu-satu claim yang ko buktikan claim ko tu dgn kajian.
Mak ai... tak ada diajar dalam Research Methodology pun...

Tau tak per...

Pendek kata, TS akan menjawab persoalan dalam viva:
- What is your thesis about?
Sekali lagi aku tulis....TS adalah "claim" yg menjadi "stand" ko dalam sesuatu debatable isu / argument ... barulah nampak keperluan utk dibuat kajian bagi membuktikan claim ko tu.

Pening?

Teruskan membaca...
Aku ulang.... TS mengandungi 3 element – topic, claim, support. Ia adalah pernyataan stand yang ko pertahankan dalam literature review. Aku faham.. kat Malaysia ni tak ditekankan lansung TS... jadi meraba2 lah ko dalam ke"blurr"an.
Izinkan aku menyingkap semula bagaimana aku membina TS yang kemudiaannya menjadi plan kepada LR aku. Inilah senarionya supaya ko boleh "belajar" sesuatu...

Jeng..jeng..jeng....

Aku minat animation... aku cikgu kimia. Aku kena buat PhD... kat obersi lagi... fuhhh. Akupun melakukan literature search dgn keyword asas “animation”, “education” dll yang relevan... aku membina zdot…. aku mula dapat idea bagaimana animation yang mula diperkenalkan dalam pendidikan sains telah mula mendapat tempat dalam kajian2 lepas.
Antara isu utama yang menjadi perbahasan adalah kesesuaian animation utk menerangkan konsep sains.... dan bagaimana animation itu dibina..

Aku juga dapati kajian lepas tidak menekankan kesan terhadap pelajar berbeza pencapaian akademik. Aku juga dapati animasi hanya dikaji berasaskan prinsip2 yang trivial spt cognitive load dan spatial ability serta redundancy principle.

Disamping itu, aku ada kelebihan dalam mengajar Kimia dan aku tahu, konsep kimia abstrak dan dinamik spt dalam elektrokimia memerlukan animasi yang bukan sekadar animasi gitu-gitu jer malah memerlukan theory yang agak mendalam..... bukan superficial.

Jadi bro?

Jadi senaraikan urutan 10 langkah berikut sebagai asas utk ko faham dan apply mana yang sesuai utk diri ko sendiri:
1. Aku memilih topik “animation in science education” sebagai topik kajian aku dan “animation in chemistry” sebagai area of investigation aku.

2. Namun aku memerlukan satu statement utk diuji… yang masih debatable yang aku claim penting untuk kajian aku iaitu animasi yang perlu dibina dgn theory sesuai supaya animasi tersebut mempunyai “a great potential to enhance students’ conceptual change in understanding the abstract and dynamic concepts of chemistry”. Inilah argument yang aku claim utk kajian aku.


3. Aku perlu pertahankan argument aku ini dengan memilih teori dan model yang sesuai

4. Kemudian aku pilih theory conceptual change kerana aku ingin mengkaji secara mendalam bagaimana animasi tersebut boleh mengubah konsep asas pelajar.

5. Idea conceptual change ini aku gabungkan / hibridkan dgn cognitive dan social constructivist. Utk mengajar animasi tersebut aku guna model Posner yg sesuai utk menguji tahap conceptual change pelajar.

6. Inilah gabungan theory yang aku guna:
Pelajar – conceptual change
Bina animasi – contructivist
Pengajaran – Model Posner

7. Maka aku perlu membina animasi berasaskan theory constructivist ini dan melihat kesannya terhadap conceptual change pelajar yang berbeza latar belakang menggunakan model (pengajaran) Posner. Aku dapati byk kajian guna pre-post experimental design maka akupun "upgrade" lah skiti dgn guna sequential mixed method - experimental design + interview....

8.. Oleh itu claim aku di atas mesti sokong dengan statement “the computer-animated instruction should be develop based on constructivist theory and implemented in teaching chemistry” sebagai support statement.

9. Aku pun menggabungkan Topic + Argument / Claim + Support menjadi TS aku:

The use of animation in teaching chemistry (topic) has a great potential to enhance students’ conceptual change in understanding the abstract and dynamic concepts (debatable claim); therefore the computer-animated instruction should be develop based on constructivist theory and implemented in teaching chemistry (support).

10. Dengan adanya thesis statement diatas, maka tahulah aku apa yang related dgn kajian aku utk aku prepare LITERATURE REVIEW yang lengkap bagi mempertahan kan TS.

Pas tu barulah mudah nak bina LR.... utk mempertahankan claim ko... tapi aku nak tido ler pulak... dah 12.30 bro.... sambung kemudian...

Moga mendapat sedikit ilham...sebelum ko mencari tilam...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...