.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, May 6, 2014

Tajuk 590 - Dan sebenarnya.... TIADA SEORANG pun teringin nak baca thesis ko...

Thesis master / PhD perlu dihasilkan dari satu kajian yang rigourous…. atau "extremely thorough”. Maksudnya… ko tak boleh main adopt atau adapt cam tu jer… setiap langkah dalam research ko mesti dilakukan secara detail. Rigorous ini merangkumi aspek2 berikut:

Pertama: Mendapatkan semua artikel / bahan yang relevan dgn kajian secara extensive

Kedua: Membaca semua artikel / bahan yang releven secara intensif

Ketiga: Mendalami dan mengupas literature secara kritis

Keempat: Memastikan instrument menjalani proses kesahan yang ketat dan diuji kebolehpercayaan, termasuk melakukan CFA dan Cohen kappa inter-rater agreement (bagi data quaitative)

Kelima: Menjalankan kajian rintis / pilot, maybe beberapa kali.

Keenam: Pemilihan methodology yang appropriate

Ketujuh: Pastikan adequacy of sample supaya berupaya sampel tersebut representative kpd populasi bagi membuat generalisasi (bagi kajian quantitative) atau penghasillah theory dan pemahaman makna dgn lebh mendalam (bagi kajian quantitative)

Kelapan: Analisis data yang dijalankan secara mendalam dgn analisis statistic yang advanced (jika kajian quantitative) dimulai dgn EDA, treatment for missing data dan testing for all assumptions atau dianalisis dgn triangulation (jika kajian qualitative) bagi memjawap persoalan kajian

Kesembilan:Membincangkan dapatan secara mendalam berdasarkan literature review tetapi dalam mode “looking forward” bukan backward. 

Setelah ko lakukan kajian dan penulisan thesis secara rigourous..... rupa2nya tak ada sapa yang minat nak baca thesis tersebut !

Mana mungkin bro..... penat2 tulis thesis tak ada sapa yang baca?

Cer ko buat experiment mudah ini..... esok ko letakkan thesis ko disatu tempat terbuka…. bersebelahan surat khabar esok…. aku gerenti semua orang akan ambil suratkhabar utk dibaca sambil menggeleng2 kepala seraya berkata “sapa la yang cuai tertinggal thesis ni?”

Jgn tak tahu….. pemeriksa dan SV ko TIDAK BOLEH dikira sebagai pihak yang berminat utk membaca thesis ko sebab mereka sebenarnya “terpaksa” dan “menjalankan kewajipan”. Malah ada SV yang baca sekerat2 jer thesis supervisee….

Kalau ko bukan supervisee, SV ko tu pun tak hingin nak baca thesis ko…. Percaya tak? Ada ko tengok SV asyik baca thesis pelajar lain? Paling baikpun dia akan suruh ko yang baca !

Jadi jgn mimpilah policy makers pulak yang nak cari dan baca thesis ko tu.... seperti yang ko tulis dalam bahagian implication thesis ko.... iskhhh..'

Jgn buat2 terkejut plak... sebab inilah hakikatnya tetapi ramai yang buat tak perasan, buat tak tahu…. sebab itulah aku selalu tekankan bahawa research dan penulisan thesis master / Phd hanyalah “academic exercise” sahaja utk ko sumbangkan sesuatu kepada knowledge, itupun dalam satu skop kecik area kajian ko sahaja. 


He he.... thesis kena awet....
Selepas ko lulus .... thesis ko akhirnya akan di "awet" dalam library sebab tak boleh dipinjam atau dibawa keluar…. satu kepelikan dalam dunia akademik bila thesis yang tak berapa ingin dibaca tak boleh bawa keluar utk dipinjam … maka tunggu masa jer thesis itu akan tarikh luputnya selepas beberapa tahun terperap di librarry.

Tapi bro.... jgn kecewa jika akhirnya tak sapa sudi utk baca thesis ko….sebab thesis tersebut telah menjadikan ko seorang independent researcher yang akan menjalankan kajian yang lebih practical... RnD atau applied selepas bergraduate... atau ko akan jadi penasihat atau terlibat dgn polisi dan sewaktu dengannya ..... tetapi dgn SATU syarat:

ABISKAN DULU thesis ko yang dah masuk ntah berapa semester tu bro !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...