.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, March 29, 2014

Tajuk 577 - Quanti vs Quali - Gelisahnya malam ADAM tanpa HAWA !

Dalam research methodology diperkenalkan dua istilah ini – quantitative dan qualitative research. Berbuihlah mulut lecturer terangkan kedua2 pendekatan dan mengapa kedua2nya diperlukan dalam dunia research khususnya social science.

Setiap perkara ada advantages dan disadvantages, begitu juga kajian quali dan quanti. Yang penting setiap satu pendekatan diperlukan sesuai dgn nature kajian tersebut. Jadi keduanya saling diperlukan, macam ADAM dan HAWA. ADAM ada kelebihan dan kekurangan, begitu dgn HAWA. Bayangkan gelisahnya malam ADAM tanpa HAWA !!

Sampai dicuping telinga aku…. SV senior yang tegar dgn pendekatan quali “pantang” melihat angka, jadual dan statistik kerana tidak membawa makna yg mdlm katanya..... Semalam pula aku dengar, SV quanti “nak tembak” student yang buat quali. Percayalah…. Ini bukan ISOLATED CASE…. Inilah yang telah menjadi budaya yang memberi tempias kepada pelajar.

SV dan researcher di IPTA / S berada dalam dunia scholar – dunia akademik – dunia kesarjanaan. Dunia melahirlan bakal2 researcher – quali dan quanti. Kajian yang dahulunya lebih cenderung kepada pendekatan quanti maybe telah saturated dgn data dan generalization sehingga tiba masanya utk diberikan makna yang mendalam – maka wujudlah keperluan qualitative. 

Maknanya...sebagai scholar, SV perlu menguasai bukan sahaja bidang kepakaran masing2… tetapi juga menguasai kedua2 pendekatan quali dan quanti. Jika tidak, dunia penyeliaan akan herot sebelah…. Malah boleh pincang bila kajian dgn nature quali sedaya upaya di”quanti”kan juga… atau sebaliknya.

Sekadar satu application:
Kenapa pengambilan guru perlu melalui interview…. walaupun mereka telah mengisi soalselidik Medsi? Kenapa tak guna score Medsi tersebut utk dibuat pemilihan. Ini kerana data numerical sahaja belum boleh memberi makna secara mendalam, maka diperlukan interview tersebut. Begitulah akrab quanti dan quali… dalam kes pemilihan bakal guru.

Jadi persoalan sekarang, bukan pendekatan mana yang baik… tetapi pendekatan mana yang lebih appropriate dgn kajian yang ingin dijalankan. Tentu sesuatu yang tidak professional jika:
1. Pelajar tukar tajuk hanya kerana SV tak terima salah satu pendekatan
2. Pelajar terpaksa memilih hanya satu pendekatan wpun tidak appopriate
3. Pelajar diminta tukar SV jika tidak mendengar kata !
4. Pelajar diminta pulak tukar universiti …. Fuuhh !!

Rasional aku senang jer. Kedua2 pendekatan diperlukan maka sebab itulah kedua2nya diajar diperingkat postgraduate. Jika pelajar boleh belajar kedua2nya sebelum membuat kajian, kenapa tidak SV?

Pakar dalam sesuatu bidang akan kurang bermakna jika hanya boleh menyelia satu pendekatan sahaja. Jika main SV tak berapa arif satu pendekatan, boleh sahaja lantik co-SV yang boleh membantu. Namun itupun sering kali gagal dilaksanakan kerana kecenderungan SV “meremehkan” pendekatan yang satu lagi dan hanya bersetuju co-SV yang sebulu pendekatannya sahaja ! 

Emmm….

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...