.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 11, 2014

Tajuk 571 - Menggabung beberapa artikel dalam paragraph yang kritis

Katakan anda ingin mengkaji keperluan menjalankan kajian pengajaran berkesan dalam sains. Katakan anda telah membaca dan menganalisis 7 petikan berikut yang menyumbang kepada pengajaran berkesan sains… maka dgn mensintesis 7 petikan berikut….. maka anda mula menulis dgn kritis… mengisi gap....

Contoh petikan yang anda analisis:

Ali (2009): motivasi + multimedia
Bob (2010): motivasi + animasi + demografi
Charles (2010): stail pembelajaran + peta konsep 
Don (2008): peta minda + makmal sains
Elbon (2009): multimedia + peta minda
Francis (2010): style pembelajaran + motivasi + peta konsep
George (2012): animasi + peta minda + latih tubi

Berikut adalah cadangan paragraph tersebut.. utk justify kajian anda …. contoh ini adalah dummy sahaja... Ini cadangan paragraph yang boleh anda tulis… secara kritis...

Kajian keberkesanan pengajaran sains telah menjadi tumpuan penyelidik sejak sedekad lalu. Beberapa penyelidik telah menggunakan kelebihan teknologi komputer seperti multimedia (Ali, 2009; Elbon, 2009) dan animasi (Bob, 2010; George, 2012) dalam pengajaran sains. Kajian-kajian yang menggunakan pendekatan eksperimental ini telah menghasilkan dapatan yang positif terhadap aplikasi teknologi komputer dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran sains. 

Sementara itu, penyelidik yang lain memilih faktor psikososial seperti motivasi (Ali, 2009; Francis, 2010), stail pembelajaran (Charles, 2010; Francis, 2010) sebagai tumpuan dalam pengajaran sains. Selain dari itu, penggunaan alat pemikiran juga telah dikaji oleh penyeldik dalam pengajaran sains seperti peta minda (Don, 2008; Charles, 2010; Geroge 2012)) dan peta konsep (Charles 2010; Francis, 2010). Namun begitu, tidak semua dapatan kajian yang melibatkan aspek psikososial dan aplikasi alat pemikiran menunjukkan kesan yang positif terhadap keberkesanan pengajaran sains. 

Kajian-kajian di atas memberi isyarat bahawa tiada satupun faktor yang dominan yang boleh menyumbang kepada peningkatan keberkesanan pengajaran sains. Kesan positif dari aplikasi komputer dalam kajian lepas berlaku kerana peningkatan minat jangka pendek (Ali, 2009) serta pengujian pre-post (Bob, 2010) yang hanya menguji konsep sains yang asas. 

Oleh itu, kajian ini akan menggabungkan teknologi komputer, psikososial dan alat pemikiran dalam satu kajian mixed-method bagi mendalami lagi pemahaman terhadap kesan ketiga-tiga aspek tersebut dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran sains. Gabungan animasi, motivasi, latar belakang akademik serta peta minda akan dikaji dan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif terhadap pemahaman konsep sains yang kompleks bagi memahami kesan ketiga-tiga aspek tersebut secara lebih mendalam.

Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...