.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, January 10, 2014

Tajuk 546 - Sampling Frame - Aku menjerut leherku sendiri !

Semalam datang dua pelajar. Mereka masuk dan duduk didepanku… sopan gitu….... kelihatan cemas dan sedikit gusar.... 

Apa hal ni?

Salah seorang mengaku – “Saya dah jerat leher sendiri”

Hah ? Camner tu?

Saya buat kajian pelajar obesiti….nak tahu pengetahuan dan amalan makanan mereka… saya agak tak banyak kajian dijalankan di Msia….then saya nak distribute qnaire…. Saya pun tanya SV…

So apa masalahnyer?

SV tanya berapa populasi pelajar obesiti tu?

Saya pun terdiam…. sebab saya sendiri tak tahu? 

Jadi?

SV suruh saya telefon sekolah dan dapatkan bilangan tersebut… buat ikut zon. 

Jadi u dah telefon ker?

Saya cubalah telefon beberapa sekolah yang dekat2 dgn saya dulu, jawapannya sungguh menyedihkan sebab mereka tak ada data pelajar obesiti ?

Saya dah semester 3…. nak masuk 4. Semester 3 saya abiskan buat qnaire jer !

So apa saya nak buat apa sekarang?

Emmmm ini soalan yang paling saya suka sebab soalan dah terantuk baru nak tengadah.

Ada bbrp persoalan disini yang aku ingin timbulkan.

Pertama:
Mengapa pelajar mengambil topik obesiti yang sukar mendapat tiada sampling frame maknanya sukar mendapatkan sampel, malahan dia kata tahu tiada kajian telah dilakukan sebelum ini. Jadi apa yang nak di “literature review” kan?  

Kedua:
Kenapa SV tak advise masalah sampling frame yang bakal dihadapi pelajar jika membuat kajian dgn topik tersebut malah mencadangkan pulak pelajar telefon sekolah, sesuatu yang SV boleh jangkakan tidak akan mendapat respon. 

Kerani dan guru kat sekolah tu dah cukup banyak kerja lain nak dilakukan dari melayan telefon pelajar master yang tiada kena mengena dengan KPI mereka !

Tak cukup dgn itu, akupun minta utk melihat qnaire yang dah disiap dan divalidkan selama 1 semester tu.

Sebaik sahaja aku baca… terkejut gorilla aku sebab ada lebih seratus item dengan 2, 3 jenis skala berlainan  yang digunakan !! Mak ooii…. Manalah larat “pelajar obesiti” tu nak jawab lebih 100 soalan (tak silap aku 130 soalan !!) tu dik non oii…. 

Salah satu skala yang digunakan adalah..

1. Tak pernah
2. Jarang-jarang
3. Kadang-kadang
4. Kerap
5. Sangat kerap

Aku pun nak tanya 3 soalan bodoh:

Apa beza kerap dan sangat kerap?
Apa beza jarang-jarang dan kadang-kadang?
Tahu ker pelajar obesiti Tingkatan 4 tu bezakan skala-skala tersebut?

Kalau SV dan supervisee sendiri berbahas 3 jam sesama sendiri utk mendefinisikan kadang2 dan jarang2 tu…. Jgn ler gunakan skala tersebut !!

Dahlah soalan banyak dgn berbagai skala…. Item pulak banyak yang tidak objektif contohnya:

“Adalah penting untuk mengambil makanan sihat setiap hari”

Soalan ini samalah tarafnya kalau ditanya:

“Adalah penting membawa duit apabila pergi membeli belah”


Item macam ni tak yah ler tanya….. mengabihkan boreh jer… 

Tapi pelajar tu ada jawapannya:

1. Item itu di terjemah dari qnaire lepas
2. Item tu dah divalidkan oleh pakar

Persoalannya…. byk sgt qnaire yang tidak menepati tujuan dan ciri2 qnaire yang terlepas dan diterbitkan…..jadi tjawab SV memastikan sesuatu yang lebih baik dilakukan oleh pelajar….. qnaire hatta dgn dakwaan cronbach alpha yang tinggipun tidak memadai kerana syarat utama bersifat objective dan unidimensional tak dipenuhi. 

Ini samalah dgn mendakwa solat kusyuk tapi ambil wuduk tak cukup syarat malah terbatal. 

Mengambil qnaire dari kajian lepas adalah amalan biasa dan tidak ada masalah, tetapi ia tidak melepaskan diri supervisee dari mematuhi asas pembinaan qnaire yang mesti objektif dan unidimensional. Betapa byk qnaire yang diterbitkan tidak mematuhi dua syarat wajib ini !!

Aku tak salahkan pelajar…. sebab mereka novis…. jadi disinilah peranan SV…. dan sungguh pelik bin ajaib bin magik sehingga SV benarkan 130 item …wpun bilangan yang banyak ini terjadi kerana pelajar di minta menambah IV kepada 7 dan mengambil semua item dari qnaire lain yang melibatkan IV tersebut. Aku tak nampak kenapa perlu sampai 130 item jika setiap  IV perlu 5 soalanpun, maka cukuplah 35 soalan !!!

Jadi?

Aku tak boleh buat apa2….. kerana tali telahpun terjerut dileher supervisee ….. maka daya aku hanyalah sekadar berikan pandangan sahaja tetapi aku kesian sebab jerutan tali tersebut semakin hari semakin mencengkam dan cengkamannya semakin kuat setiap masuknya semester baru!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...