.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, January 3, 2014

Tajuk 544: Alamak... Apa thesis Statement aku? (SLOT Bahagian 2)

Apa pula kaitan thesis statement dgn sorotan literatur?

Thesis statement aku ibaratkan sebagai tulang belakang sorotan literatur. Dgn adanya thesis statement yang concise dan skop yang jelas, ia akan jadi asas utk ko kembangkan penulisan literature review. Tentu ko tak fahamkan?

Aah…. Mana ko tahu aku tak faham?

Aku tahulah….he he

Thesis statement adalah stand ko yang ko pertahankan dalam literature review. Bagi memudahkan cerita, aku gunakan thesis statement aku sendiri spt tajuk 543 sebelum ini:

The use of animation in teaching chemistry (topic) has a great potential to enhance students’ conceptual change in understanding the abstract and dynamic concepts (debatable claim); therefore the computer-animated instruction should be develop based on constructivist theory and implemented in teaching chemistry (support).

Senarionya begini....

Setelah aku melakukan literature search, membina zdot…. aku mula dapat idea bagaimana animation yang mula diperkenalkan dalam pendidikan sains telah mendapat tempat dalam kajian2 lepas. Antara isu utama yang menjadi perbahasan adalah kesesuaian animation utk menerangkan konsep sains.... dan bagaimana animation itu dibina..

Aku juga dapati kajian lepas tidak menekankan kesan animasi jangka panjang serta kesan terhadap pelajar berbeza pencapaian akademik. Aku juga dapati animasi hanya dikaji berasaskan prinsip2 yang trivial spt cognitive load dan spatial ability serta redundancy principle.

Disamping itu, aku ada kelebihan dalam mengajar Kimia dan aku tahu, konsep sains yang abstrak dan dinamik dalam elektrokimia memerlukan animasi yang bukan sekadar  animasi gitu-gitu jer malah memerlukan theory yang agak mendalam..... bukan superficial.


Ini kek dari kelas aku....
tak der kena mengena dgn entry ini


Jadi bro?

Jadi aku nak fahamkan ko mengikut 10 langkah berikut sebagai asas utk ko faham:

1. Aku memilih topik “animation in teaching chemistry” sebagai topik kajian aku kerana itulah area of investigation aku. Kimia tersebut telah memberikan satu skop kajian.

2. Namun aku memerlukan satu statement utk diuji… yang masih debatable yang aku claim penting untuk kajian aku iaitu keupayaan animasi yang perlu dibina dgn theory sesuai supaya animasi tersebut  mempunyai “a great potential to enhance students’ conceptual change in understanding the abstract and dynamic concepts”.  Inilah argument yang aku claim utk kajian aku.

3. Aku perlu pertahankan argument aku ini dengan memilih teori dan model yang sesuai

4. Kemudian aku pilih conceptual change kerana aku ingin mengkaji secara mendalam bagaimana animasi tersebut boleh mengubah konsep asas pelajar kepada konsep kimia yang lebih abstrak dan dinamik.

5. Idea conceptual change ini memerlukan theory yang khusus iaitu constructivist dan aku bercadang nak gabungkan cognitive dan social constructivist. Disamping itu aku dapati model Posner sesuai utk menguji tahap conceptual change pelajar.

6. Maka aku perlu membina animasi berasasakan theory constructivist ini dan melihat kesannya terhadap conceptual change pelajar yang berbeza latar belakang menggunakan model Posner.

7. Aku juga akan menjalankan kajian dan melihat kesan retention aplikasi animasi tersebut kerana tidak dijalankan oleh kebanyakkan kajian lepas.

8. Oleh itu claim aku di atas mesti sokong dengan statement “the computer-animated instruction should be develop based on constructivist theory and implemented in teaching chemistry” sebagai support statement.

9. Dengan menggabungkan Topic + Argument / Claim + Support maka thesis statement aku menjadilah:

The use of animation in teaching chemistry (topic) has a great potential to enhance students’ conceptual change in understanding the abstract and dynamic concepts (debatable claim); therefore the computer-animated instruction should be develop based on constructivist theory and implemented in teaching chemistry (support).

10. Dengan adanya thesis statement diatas, maka tahulah aku apa yang related dgn kajian aku semasa aku membaca ratusan artikel… tak derlah aku termenong apa yang penting dan apa yang tak penting, maklumlah ada ratusan artikel yang perlu dibaca…. dibantu oleh Mendeley dan ZDOT…

Abis…. Boleh ko tunjukkan camner siapkan LITERATURE REVIEW tu?


Pheww….. aku kena tunjuk semuanya ke? Senangnyer hidup ko.....tunggulah Bahagian 3…jika ada hu hu

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...