.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, November 19, 2013

Tajuk 532: Questionnare mesti unidimensional dan objective - amende tu bro?

Qnaire telah menjadi instrumen popular. Ramai calon master dan PhD menggunakan qnaire. Aku pun sempat meneliti beberapa qnaire.

Mesti ko nak komen kan?

Abis ko nak aku buat apa.... baca jer macam baca novel?

Tak derlah.... so apa yang ko nak komen...

Bukan komen....ada beberapa asas pembinaan item yang aku nak bincang iaitu unidimentional dan objectivity.

Amende tu bro?

Item dlm qnaire mestilah unidimension atau satu dimensi... iaitu dimensi positif.

Apa tu.... tak pernah dengar pun !

Aku bagi comtoh sempoi tentang ukuran kesukaan terhadap buat durian dgn item yang unidemnsion (+) dan objektif (satu jawapan sahaja)



  • Saya gemar makan durian (+)
  • Durian adalah buah kegemaran saya (+)
  • Saya kerap memakan buah durian (+)

Abis kalau ada orang tak suka macamana?

Kalau dia tak suka... dia pilihlah jawapan 1: Sgt Tak Setuju atau 2: Tak setuju.


Sebab itu aku selalu bising bahawa content expert jer tak cukup nak valid kan qnaire ko tu sebab mereka ni tak tahu amende unidimentional dan objectivity tu. Ko murnikan dgn pakar dalam psikometrik juga....

Walau bagaimanapun, satu dua item opposite atau negative perlu ada bagi mengelakkan responden menjawab tanpa berfikir.... tapi majoriti item mestilah positif dan objektif. Item negatif ini WAJIB di recode supaya menjadi positif.


Satu lagi....item negatif yang baik tidak semestinya guna perkataan "TIDAK" seperti contoh item Q3a_Ppnputih berikut...

"Saya suka guna papan putih berbanding powerpoint" (-ve) 

Bagi item ini, responden yang setuju ICT (+) akan bagi respon yang negatif, maka perlu di recode...





Perhatikan respon berikut. Item Q3a di atas jika tidak di recode  dengan SPSS akan memberi masalah kepada cronbach's alpha...






Jika tidak kenapa?


Jika ko tak recode jadikan positif sebab qnaire mestilah satu dimension, maka Cronbach's alpha (reliability) qnaire ko akan merudum jatuh malah menjadi -ve !!

Reliability Statistics Cronbach's Alpha -0.714 .. pheww:

Setelah ko recode.... inilah alpha baru yang ko akan dapat... 0.778 sebab itu perlunya item disediakan dalam satu dimensi.

Apa lagi ko nak komen?

Satu lagi.... ramai yang suka tulis item positif tapi tidak menjurus kepada responden.... dan bersifat terbuka maka ianya bukan unidimensional dan bukan objective

Camner la pulak tu?

Perhatikan 3 item berikut:

1. Aplikasi ICT baik untuk melicinkan tugas dipejabat (+)
Komen: Tukang sapu cat yang tak bekerja dipejabatpun akan setuju dgn statement ini

2. Meningkat pengetahuan dalam ICT adalah penting (+)
Komen: Tukang kebun yang tak guna ICTpun akan bersetuju 


3. Makan buah-buahan baik untuk kesihatan 
Komen: Sapapun akan jawab 4. Setuju dan 5. Sgt Setuju

Adanya.....


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...