.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, March 30, 2013

Tajuk 461: Tajuk kajian - Antara tajuk yang dah basi vs tajuk yang sensasi !

Petang ini ada aku dua kisah.... utk difikirkan bersama...

Kisah 1: Tajuk dah basi

Aku tahu mencari tajuk kajian adalah satu proses yang menakutkan dan penuh dilema. Nasihat aku, jgn cari tajuk jika ko tak mendalami lagi perbahasan dan isu yang dibincangkan dalam bidang kajian ko secara intensive dan extensive. 

Aku tak tahu bidang lain.... tapi dalam pendidikan ada tajuk2 yang spt dah sangat biasa dijalankan dalam kalangan calon Master dan PhD. Setiap pelajar ada bidang pengkhususan masing2. Pelajar yang mengambil "Pedagogy in Education" akan mencari fokus dalam bidang tersebut.. maka kajian dalam "Pedagogy" akan berkisar kepada isu keberkesanan pengajaran dan ini menjadikan pilihan tajuk yang agak terbatas bagi seorang calon master / PhD yang novis. 


Sedang membuat rakaman satu kajian bersama murid-murid
Sek Rendah Agama Integrasi Bangi 2012. 

Sukar bagi mereka yang novis menjangkau tajuk yang baru yang mereka tiada pengetahuan dan pengalaman mengenainya. Inilah juga yang menjadi pertimbangan semasa memohon melanjutkan pelajaran iaitu memilih bidang yang mereka ada asas mengenainya.

Sebagai student yang novis, tajuk2 lazim sering menjadi pilihan utk menulis proposal.... sebelum membuat kajian. 

Hayati dulu dialog ini:

Dialog 1:
SV: Apa tajuk kajian U Siti?
Siti: Tajuk saya berkaitan dengan ....
SV: La..... tajuk u ni dah banyak dibuat.... dah over-studied !
Siti: Saya belum pun buat kajian ini lagi...over-studied ke? 

Dialog 2:
SV: Apa kajian u nak buat Mat?
Mat: Kajian saya berkaitan dengan.....
SV: Emmmm..... tak der tajuk lain ker.... tajuk tu dah basi ler !!
Mat: Basi ker.... saya baru jer baca tajuk ni.... iskh....

Dialog diatas pada hemat aku menunjukkan komen yang tidak constructive dari SV. Komen2 diatas adalah komen yang juga dah basi.....

Kenapa?

Aku nak tanya - Apa maksudnya satu-satu kajian tersebut dah over-studied atau over-researched atau dah basi? 

Tugas SV adalah untuk membimbing supervisee dan bukannya terus menjatuhkan komen yang simplistic hanya berdasarkan tajuk kajian supervisee. 

Sebabnya?

Adalah tidak wajar mengucapkan komen di atas kerana apa yang biasa malah "dah basi" bagi SV mungkin sesuatu yang sangat baru  bagi supervisee. Secara umum aku berpendapat, tajuk kajian tidak basi.... yang basi adalah cara kita lakukan kajian ! 

Contohnya ada banyak analisis yang lebih advance dalam sesuatu fokus kajian tapi pelajar asyik buat korelasi sahaja....sejak dulu sampai ler sekarang. Jadi kalau nak buat korelasi lagi ...barulah kajian tersebut jadi basi !! 

SV patut nasihatkan supervisee supaya kajian yang walaupun pada pengalaman SV telah banyak dilakukan, tetapi masih ada ruang baru dalam kajian berkenaan utk menyumbang to the body of knowledge. 

Maksud ko?

Maksud aku, ruang ini termasuklah menjalankan kajian dengan (i) methodologi kajian yang lebih comprehensive, (ii) menggunakan sample yang lebih representative, (iii) menggunakan theory yang terkini (iv) menggunakan instrument yang latest dan validated (v) menggunakan analisis yang lebih aggresive kerana semua ini akhirnya membawa kepada (iv) dapatan yang lebih exclusive yang menyumbang kepada knowledge....

Maybe ada segelintir SV gagal nak bimbing supervisee meneroka ruang baru dalam bidang kajian yang dipilih supervisee.....kerana knowledge SV sendiri maybe dah out-dated..... tak pernah berkembang.... sehingga tak nampak ruang dan peluang....

Kisah 2: Ini baru ler kajian yang sensasi

Kisah ini juga ada dialog:

SV: U kena buat kajian kesesuaian TAM - Technology Acceptance Model  berdasarkan aplikasi komputer bercorak kerohanian, dgn membina soal selidik baru yang di validate menggunakan Factor Analysis. Kajian ini belum ada sesapapun buat, baik ditimur mahupun barat... 

Samad: Yezzzz...terima kasih Prof.... (fuhh lega....)

Samad sangat gumbira mendapat tajuk yang  sensasi.... mesti kawan2 lain akan envy.

Samad pun mula mencari bahan berkaitan TAM... memang banyak...khususnya dari kajian dgn responden yang gunakan aplikasi MS Office..... 

Kemudian Samad mencari aplikasi kerohanian yang sering di download dalam gadget.... dia mendapat information bahawa apps al-quran paling banyak di download dalam gadget persendirian. Fuhh... perkembangan yang baik utk kajian.

Seterusnya Samad mengambil soal selidik TAM dan cuma membuat ubahsuai.... no problem... ada pakar yang check content validity. 

Setelah siap soal selidik, Samad perlu jalankan pilot utk Factor Analysis bagi dapatkan construct yang sesuai utk soal selidik TAM berasaskan aplikasi kerohanian. Dia perlukan 100 responden....tiba-tiba....?

Apa yang berlaku?

Samad perlukan dalam 100 responden yang download apps alquran utk pilot... tapi dimanakah mereka? Dalam carian rambang selama sebulan....Samad hanya berjaya berjumpa 10 pengguna gadget yang ada apps al-quran dalam hp masing2 tapi hanya 2 orang yang pernah membuka apps tersebut, itupun sekali dua sekadar melihat2 sahaja. Jika inilah keadaannya, mereka yang 2 inipun tak layak jadi responden. 

Peluh jantan Samad yang selama ni tersimpan mula menggatal utk mengalir keluar....

Kini Samad dalam dilema.... dulu dia gembira menerima tajuk sensasi tersebut tanpa kini dia kalut kerana tersangkut diperingkat pilot ! 

Kesimpulan:
Tajuk baru atau tajuk lama.... bukanlah isu yang crucial. Matlamat utama adalah menjalankan kajian dengan sistematik yang membawa  sumbangan kepada knowledge dalam bidang yang dikaji. 

Dalam kedua2 kisah di atas, SV sebagai expert yang berpengalaman perlu membimbing supervisee yang novis. Jgn discredit supervisee dgn tajuk yang kononnya dah basi kerana masih banyak ruang yang boleh diterokai atau biarkan mereka mendapat tajuk yang sensasi tapi akhir sampai ke jalan mati.....

Email dari pembaca:

Tak sampai sehari tajuk ini disiarkan dalam blog ini saya mendapat respon berikut:

"Saya pernah melalui pengalaman seperti ini yang mana tajuk kajian saya di anggap basi, tapi bukan oleh SV ataupun co-SV. Ramai kawan dan pelajar lain yang tanya dan ada yang terus cakap "buat kajian pasal XXX pun boleh dapat master?" 

Alhamdulillah SV tidak beranggapan begitu walaupun external examiner masih anggap ianya basi. Namun external examiner gave good reviews on my thesis. Saya menggunakan sampel yang lebih representative iaitu stratified random sampling..... dan menggunakan SEM untuk analisis data. 

Walaupun ramai kata basi, alhamdulillah saya lulus dan bersyukur dengan hasil usaha saya sepanjang buat master. banyak pengalaman yang saya perolehi yang membantu saya dalam pengajian PhD sekarang"

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...