.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, June 22, 2012

Tajuk 368: 5 soalan sempoi...SPSS vs statistik !!


Fuyoo…. berani ko mengutarakan tajuk ni bro...

Come on… SPSS bukan statistics lah !

Ko biar benar….

Kan aku selalu kata… nak buat research kena masuk kelas SPSS buka kelas statistics…

Wusss... kelas statistics wajib ooo... ko jangan main sedap mulut jer bro....semua IPTA atas muka bumi ni wajibkan kelas statistik sejak puluhan tahun dulu bro...

Memanglah.... mana ada kelas SPSS 10, 20 tahun lepas.... apa lagi software SPSS....

Abis tu ko kata kena masuk kelas SPSS lak.... ko ni agen SPSS ker.. dapat komisyen?

Aah...juta2 komisyen aku dapat.... ko nak ker... ?

Kalau ada per salahnya.....cer ko bagi satu alasan yang aku boleh terima..

Aku tak nak bagi alasan, aku bagi 5 soalan sempoi ! 


Suatu hari di Paris..... emmm....

Soalan sempoi 1:
Apabila pelajar dapat data dan nak analisis data tersebut…. diaorang ni rujuk buku SPSS ker buku statistics?

SPSS lah !

Soalan sempoi 2:
Jika ada bengkel statistiks dan SPSS, mana satukah yang pelajar akan ikut?

SPSS lah !

Soalan sempoi 3:
Jika ko nak tahu kenormalan data ko.... ko bukak buku statistiks ker buku SPSS?

SPSS lah !

Soalan sempoi 4:
Jika ko tak faham amende tu eugene value... ko bukak buku statistiks ker SPSS?

SPSS lah !

Soalan sempoi 5:
Abis kalau dah semuanya SPSS.... amende  ler pulak wajib ambil statistiks tapi tak der pulak ditawarkan kursus SPSS?

Emmm..... logik juga kepalo tak ko bro !

OK… biar aku jelaskan pelan2 biar otak pentium duo core i7 dalam otak ultrabook  ko tu boleh faham….

Eleh…nak perlilah tu !

Aku nak tanya ko…..bila ko nak buat analisis data …. ada ko blaja dalam statistic camner nak kira collinearity equation, multicollinearity equation, Levene’s equation, Kromogrov-Smirnov equation, KMO adequacy of sample, eugene value, R squared atau Chronbach alpha...coefficients itu dan ini…..sedang benda2 nilah yang ko nak tulis, kupas dan interpret dlm tesis ko.....

Tak tahulak aku…

Tulah ko... masuk kelas statistics score A++ lagi.... tapi semua tak tahu...mempunyai kemahiran mathematik dalam statistik aku akui adalah penting…. Tetapi dgn adanya SPSS yang semakin canggih…. user-friendly dan sempoi.....aku berani kata bahawa kemahiran memahami aplikasi SPSS "telah mengatasi" keperluan kemahiran memahami pengiraan statistiks yang menjela2 tu semata2….

Terkesima aku bro....maksud ko?

Maknanya sesiapapun "berupaya" menguasai aplikasi SPSS wpun dia kurang berupaya "menguasai" statistik….. 

Bahaya pendapat ko ni bro….

Amende yang bahaya…. asas aplikasi SPSS dalam research bukan lagi ‘tertumpu” kepada memahami pengiraan statistik yang phew…. menjela2 tu…. tetapi lebih “tertumpu” kepada pemahaman ko terhadap reka bentuk kajian ko sendiri!

Oh tidak…. Cuba ko jelaskan !

Ini samalah seperti ko pandai upload video, edit video, compose video sampai boleh buat video home-made yang bombastic  walaupun ko tak ada asas programming yang entah2 apa2… 

Aku masih tak percaya…


Jangan percaya......ini bukan filem batman....
Lihat sahaja KRU…. mereka ni asalnya bukan tahu emende pun tentang komputer dan programming….bukan graduated dgn degree filem pun atau computer.... now dah bukak studio kat cyberjaya....berjaya hasilkan CGI bro…. tapi budak2 terror programming lum tentu boleh buat filem macam KRU..... sampaikan ko kena tipu bulat2 tengok filem KRU…mereka tahu setiap shoot dan susun shoot tersebut lalu aplikasikan CGI…. jadi ler filem cicakman… sampai terlopong mulut ko masuk cicak bila tengok filem tu... !!

Emmm… convince kan aku lagi bro….

Bila ko pertahankan realibility questionnaire ko… dengan bangga ko sebut chronbach alpha 9.8 sebab ko tahu maksudnya walaupun ko sepatah harampun tak buat apa2 pengiraan sebab ko sendiripun tak tahu  macamana benda tu dikira... yang ko tahu buka SPSS klik sana klik sini... settled !!

Bila ko tahu utk banding dua kumpulan adalah dengan t-test…. Ko click jer butang2 kat SPSS tu. Cer ko beri satu senario kajian dan tanya kawan ko yang baru abis belajar statistik… apakah analisis yang sesuai…..kompom dia terpinga2 macam singa kehilangan telinga !!

Apa yang ko perlu kuasai adakah konsep2 asas spt IV , DV (termasuklah mediator, predictor, criterion dll), reka bentuk kajian (correlational, comparison…), skala pengukuran (N, O, I, R), parametrik dan nonparametrik, hubungan antara sampel (within, between)....

Cer bagi contoh yang lebih jelas bro…

OK….
Jika ko nak analisis pembolehubah antara dua kumpulan dengan DV ko berskala continuous…. Ko perlu analisa data ko dengan independent samples t-test.

Jika ko nak analisis hubungan dua pembolehubah categorical …. Ko perlu analisa data ko dengan chi-square

Jika ko nak analisis hubungan dua pembolehubah continuous  …. Ko perlu analisa data ko dengan Pearson Correlation.

Bila ko dah tahu analisis apa yang ko nak buat….. buka jer SPSS…. 3, 4 kali tekan butang…. Keluarlah output yang ko nak baca atau interpret… tanpa satu pengiraan apapun yang perlu ko buat !!

Emm ya tak yer jugak... jadi apa sebenarnya yang ko nak sampaikan ni bro?

Ntahlah.... tapi otak pentium IV aku ni selalu terfikir….. daripada IPTA wajibkan pelajar masuk kelas statistik selepas research method… sampai ada yang demam2 belumpun mula kelas..... lebih baik tawarkan terus kursus SPSS…. dgn mengetahui hanya prinsip2 asas statistik inference pun dah memadai.... then selebihnya application SPSS dalam contact research ....so bolehlah diajar dari SPSS dari introduction sampai advanced !! 


Jika setakat selitkan SPSS dihujung semester kelas statistik…. akhirnya nak run multiple regression pun tak tahu… apatah lagi nak interpret output2 ….. itu belum lagi nak run S.E.M …. AMOS.... yang famous tu....jawabnya semput lah ! Sebab itu kelas statistik "tak banyak" membantu pelajar dalam research mereka dan akhirnya mereka mencari bengkel2 SPSS bukan statistik..... namun bengkel SPSS kat luar sana tu mencecah sampai > RM500 hanya utk 2 hari bengkel gitu2 jer.....tak sampai intermediate pun.... emmmm....kesian pelajar.


Satu contoh paling cun dalam menterjemahkan maksud aku boleh ko dapat bila ko membaca buku Andy Field "Discovering Statistics Using SPSS" terbitan SAGE. Ko bukak lah muka surat apapun, sure ko takkan jumpa formula yang menjela2..... tetapi yang ko jumpa adalah contoh dan penerangan yang sangat bersahaja dengan semuanya dikupas berdasarkan SPSS dgn outputnya sekali. Sapa yang tak pernah baca buku ini..... cuba lah baca.... saya jamin pembaca akan terkesima membaca cara penyampainya yang sempoi.... tanpa formula statistik yang memeningkan kepala....



Sebagai recap... keperluan mempelajari aplikasi SPSS dgn hanya pengetahuan asas statistik untuk tujuan research sepatutnya mengatasi keperluan mempelajari statistik tanpa SPSS !! ...


Kalau ada tak setuju dgn aku... biasalah...!!




OT

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...