.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, June 28, 2012

Tajuk 369: Antara t-test, Likerts' scale dan Sex !!

Salam bro…. apa hal dgn t-test dan sex ni?

Woo.... semangat ko bila bab sex ni yer !

He he fitrah bro.... abis ko jugak yang tulis....

Semalam berlansung presentation project pelajar MEd, Master tanpa thesis… dan hampir semua presentation menggunakan qnaire dgn Likert’s scale… dan ramai juga yang run t-test !

Ape masalahnyer ?

Aku nampak ada tiga perkara … yang boleh dikongsi bersama....

OK.... gud


Pertama:

Hampir semua pelajar jalankan analisis data kajian tanpa pre-caution lansung….spt menguji assumption bagi penentuan analisis para or non-parametrik dan pelajar dgn penuh keselambaan dan dgn bangganyer membentangkan data mereka, seolah2 tiada apa2 masalah pun wpun tak uji hatta normality data! Aku perasan..... tak sapa kisah test assumption bagi analisis data termasuk t-test.... dan hairan jugak.... maybe SV pun tak kisah !

Apa masalah nyer?

Ko kena tahu dan peka serta sensitif… t-test berasal dari jadual taburan t yg SPSS rujuk sebagai t kritikal tu berasaskan sample yang tertabur secara normal sebagaimana populasi.  

Skala Likert 5 point misalnya adalah descrete….hanya ada 5 pilihan jawapan 1. atau 2 atau 3. atau 4 atau 5 jer dan sukar utk mendapat taburan normal. Kalau boleh gak jawap 1.2 ker.. 2.5 ker…atau 4.9 ker macam data continuous ada jugak kemungkinan tertabur secara normal.

Emmm… ok…ok…

Ramai pelajar yang ambil item  contohnya:
Item1. Saya suka menggunakan komputer apabila mengajar sains dan bandingkan antara jantina



Katakan mean persetujuan Lelaki = 3.3 dan Wanita = 2.9 dan pelajarpun bandingkan dengan t-test.... dapat pulak  perbezaan yang signifikan lalu pelajar membuat kesimpulan:


"Lelaki dan wanita berbeza secara signifikan dalam penggunaan komputer semasa mengajar"

Tak betul ker macam tu?

Cer ko perhatikan data dummy responden dari 10 lelaki dan 10 wanita berikut dengan mean skala masing2:

Lelaki:    4, 5, 2, 3, 3, 2, 3, 3, 3, 5 = 3.3

Wanita:  4, 5, 2, 3, 3, 2, 3, 3, 3, 1 = 2.9

Kalau lihat mean sahaja, memang berbeza tapi cer terbeliakkan mata ko lihat semua data satu persatu............ adakah ko fikir kedua2nya berbeza !! 

Lihat dengan mata kasarpun dah tahu.... mana ader beli air coke RM2.00 dalam bekas mp3 !!


Emmm.... cam sama jer bro !

Tau takper....sebab hanya satu sahaja responden yang berbeza…..iaitu responden terakhir (warna kuning).

Abis camner t-test dapat hasilkan perbezaan yang signifikan p < 0.05?

Sebabnya data ko tu tak normal dan t-test tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat….

Maknanya bro?

Maknanya analysis ko salah, dapatan ko salah... kesimpulan ko salah dan tesis atau projek ko pun SALAH !! Dan ini bukan major correction bro…. sebab bukan tesis ko yang kena betulkan…. Ko sendiri yang kena betulkan pemahanan ko! Ko dah langgar assumption melaksanakan t-test…..

Woo….jgnlah cam tu bro...

T-test ni tak boleh dilanggar pantang larang nyer tau…

Abis kalau SV sendiri tak kata apa2…. Kajian2 lepas semua buat macam ni.. .camno?

Ha ha….inilah jawapan yang paling aku suka…. macam jawapan standard artis bila ditanya pasal hubungan cinta sesama artis….

Aku bukan artislah.... abis?

Belum abis lagi…. Kalau ko bandingkan hanya satu item…bagi berlainan jantina atau seks patutnya ko guna chi-square bro… non-parametrik test yang assumption free…..

Camner nak run tu?

Ko kenalah blaja sendiri bro.... kalau ko boleh abiskan 2 jam tengok movie Chicken Run.... takkan tak boleh boleh blaja 1 jam camner nak run chi-square !!

Wokey....wokey...


Kedua:


Ada satu lagi bro..... dalam bahagian perbincangan ramai pelajar asyik sebut:


"Dapatan  kajian ni selari dengan dapatan kajian oleh...." 
"Dapatan  kajian ni menyokong dapatan kajian oleh...." 


Ini bukan perbincangan bro.... ini menunjukkan pelajar buat sesuatu yang "look stupid" (maaf guna perkataan kurang manis ni dan terlalu berterus terang) sebab dapatan kajian ko tentu unik dan ko takkan buat kajian yang sama utk menyokong kajian yang lepas tersebut. Apa keunikan kajian ko.... yang sampai ko abiskan masa bertahun2 buat kajian tersebut? Ini ler yang patut ko bincang dan highlighted kan....


At least kalau ada persamaan kat mana2pun tulis ler macam ni then bincangkan contribution finding tersebut: 


"The findings of this study extends upon the results of ……. X and Y (2009).  The difference can be explained by the fact that ……."


Then ko bincanglah contribution finding ko tersebut....inilah yang nak diketahui oleh pembaca atau examiners...


Biscuit yang aku beli masa lawat obersi...Mat Salleh lebih mudah berterus terang...


Ketiga:


Dan yang terakhir.....


Iskhh... ada lagi ker?


Hampir semua pelajar gunakan term "Gender" dalam qnaire instead of Jantina atau Sex atau Seks.


Tak sama ker bro? Kalau tulis "sex" malulah macam miang ler pulak jer... kalau tulis "jantina"... marah ler pulak responden kata dia jantan atau betina le pulak.... emmm


Ini bukan soal miang bro.... yang betul  adalah "Sex" atau "Jantina" sebab keduanya merujuk kepada aspek biologi semasa ko dilahirkan... macam dalam surat beranak ko.....sama ada ko tu Ahmad atau Siti. 

Abis bila tulis gender SV buat dek jer....


Meh aku bagi tau...."Gender" merujuk kepada hal2 atau fenomena atau isu berkaitan kewanitaan atau kelelakian seperti masalah kekurangan guru lelaki atau terlalu ramai wanita di IPTA atau wanita nak dapat hak sama rata.... org lelaki main sepak takraw pompuanpun nak main gak...atau isu2 gender dan sosial spt ramai gadis jadi bohsia, lelaki jadi Mat Rempit..... ... ini adalah isu berkaitan gender bukan sex !!
OK tak jika awek ko yang feminine bila gaduh dgn ko tiba2 kata 
dia tekong pakar servis kuda..... (gulp) !! 

Sex = Gender ?

Friday, June 22, 2012

Tajuk 368: 5 soalan sempoi...SPSS vs statistik !!


Fuyoo…. berani ko mengutarakan tajuk ni bro...

Come on… SPSS bukan statistics lah !

Ko biar benar….

Kan aku selalu kata… nak buat research kena masuk kelas SPSS buka kelas statistics…

Wusss... kelas statistics wajib ooo... ko jangan main sedap mulut jer bro....semua IPTA atas muka bumi ni wajibkan kelas statistik sejak puluhan tahun dulu bro...

Memanglah.... mana ada kelas SPSS 10, 20 tahun lepas.... apa lagi software SPSS....

Abis tu ko kata kena masuk kelas SPSS lak.... ko ni agen SPSS ker.. dapat komisyen?

Aah...juta2 komisyen aku dapat.... ko nak ker... ?

Kalau ada per salahnya.....cer ko bagi satu alasan yang aku boleh terima..

Aku tak nak bagi alasan, aku bagi 5 soalan sempoi ! 


Suatu hari di Paris..... emmm....

Soalan sempoi 1:
Apabila pelajar dapat data dan nak analisis data tersebut…. diaorang ni rujuk buku SPSS ker buku statistics?

SPSS lah !

Soalan sempoi 2:
Jika ada bengkel statistiks dan SPSS, mana satukah yang pelajar akan ikut?

SPSS lah !

Soalan sempoi 3:
Jika ko nak tahu kenormalan data ko.... ko bukak buku statistiks ker buku SPSS?

SPSS lah !

Soalan sempoi 4:
Jika ko tak faham amende tu eugene value... ko bukak buku statistiks ker SPSS?

SPSS lah !

Soalan sempoi 5:
Abis kalau dah semuanya SPSS.... amende  ler pulak wajib ambil statistiks tapi tak der pulak ditawarkan kursus SPSS?

Emmm..... logik juga kepalo tak ko bro !

OK… biar aku jelaskan pelan2 biar otak pentium duo core i7 dalam otak ultrabook  ko tu boleh faham….

Eleh…nak perlilah tu !

Aku nak tanya ko…..bila ko nak buat analisis data …. ada ko blaja dalam statistic camner nak kira collinearity equation, multicollinearity equation, Levene’s equation, Kromogrov-Smirnov equation, KMO adequacy of sample, eugene value, R squared atau Chronbach alpha...coefficients itu dan ini…..sedang benda2 nilah yang ko nak tulis, kupas dan interpret dlm tesis ko.....

Tak tahulak aku…

Tulah ko... masuk kelas statistics score A++ lagi.... tapi semua tak tahu...mempunyai kemahiran mathematik dalam statistik aku akui adalah penting…. Tetapi dgn adanya SPSS yang semakin canggih…. user-friendly dan sempoi.....aku berani kata bahawa kemahiran memahami aplikasi SPSS "telah mengatasi" keperluan kemahiran memahami pengiraan statistiks yang menjela2 tu semata2….

Terkesima aku bro....maksud ko?

Maknanya sesiapapun "berupaya" menguasai aplikasi SPSS wpun dia kurang berupaya "menguasai" statistik….. 

Bahaya pendapat ko ni bro….

Amende yang bahaya…. asas aplikasi SPSS dalam research bukan lagi ‘tertumpu” kepada memahami pengiraan statistik yang phew…. menjela2 tu…. tetapi lebih “tertumpu” kepada pemahaman ko terhadap reka bentuk kajian ko sendiri!

Oh tidak…. Cuba ko jelaskan !

Ini samalah seperti ko pandai upload video, edit video, compose video sampai boleh buat video home-made yang bombastic  walaupun ko tak ada asas programming yang entah2 apa2… 

Aku masih tak percaya…


Jangan percaya......ini bukan filem batman....
Lihat sahaja KRU…. mereka ni asalnya bukan tahu emende pun tentang komputer dan programming….bukan graduated dgn degree filem pun atau computer.... now dah bukak studio kat cyberjaya....berjaya hasilkan CGI bro…. tapi budak2 terror programming lum tentu boleh buat filem macam KRU..... sampaikan ko kena tipu bulat2 tengok filem KRU…mereka tahu setiap shoot dan susun shoot tersebut lalu aplikasikan CGI…. jadi ler filem cicakman… sampai terlopong mulut ko masuk cicak bila tengok filem tu... !!

Emmm… convince kan aku lagi bro….

Bila ko pertahankan realibility questionnaire ko… dengan bangga ko sebut chronbach alpha 9.8 sebab ko tahu maksudnya walaupun ko sepatah harampun tak buat apa2 pengiraan sebab ko sendiripun tak tahu  macamana benda tu dikira... yang ko tahu buka SPSS klik sana klik sini... settled !!

Bila ko tahu utk banding dua kumpulan adalah dengan t-test…. Ko click jer butang2 kat SPSS tu. Cer ko beri satu senario kajian dan tanya kawan ko yang baru abis belajar statistik… apakah analisis yang sesuai…..kompom dia terpinga2 macam singa kehilangan telinga !!

Apa yang ko perlu kuasai adakah konsep2 asas spt IV , DV (termasuklah mediator, predictor, criterion dll), reka bentuk kajian (correlational, comparison…), skala pengukuran (N, O, I, R), parametrik dan nonparametrik, hubungan antara sampel (within, between)....

Cer bagi contoh yang lebih jelas bro…

OK….
Jika ko nak analisis pembolehubah antara dua kumpulan dengan DV ko berskala continuous…. Ko perlu analisa data ko dengan independent samples t-test.

Jika ko nak analisis hubungan dua pembolehubah categorical …. Ko perlu analisa data ko dengan chi-square

Jika ko nak analisis hubungan dua pembolehubah continuous  …. Ko perlu analisa data ko dengan Pearson Correlation.

Bila ko dah tahu analisis apa yang ko nak buat….. buka jer SPSS…. 3, 4 kali tekan butang…. Keluarlah output yang ko nak baca atau interpret… tanpa satu pengiraan apapun yang perlu ko buat !!

Emm ya tak yer jugak... jadi apa sebenarnya yang ko nak sampaikan ni bro?

Ntahlah.... tapi otak pentium IV aku ni selalu terfikir….. daripada IPTA wajibkan pelajar masuk kelas statistik selepas research method… sampai ada yang demam2 belumpun mula kelas..... lebih baik tawarkan terus kursus SPSS…. dgn mengetahui hanya prinsip2 asas statistik inference pun dah memadai.... then selebihnya application SPSS dalam contact research ....so bolehlah diajar dari SPSS dari introduction sampai advanced !! 


Jika setakat selitkan SPSS dihujung semester kelas statistik…. akhirnya nak run multiple regression pun tak tahu… apatah lagi nak interpret output2 ….. itu belum lagi nak run S.E.M …. AMOS.... yang famous tu....jawabnya semput lah ! Sebab itu kelas statistik "tak banyak" membantu pelajar dalam research mereka dan akhirnya mereka mencari bengkel2 SPSS bukan statistik..... namun bengkel SPSS kat luar sana tu mencecah sampai > RM500 hanya utk 2 hari bengkel gitu2 jer.....tak sampai intermediate pun.... emmmm....kesian pelajar.


Satu contoh paling cun dalam menterjemahkan maksud aku boleh ko dapat bila ko membaca buku Andy Field "Discovering Statistics Using SPSS" terbitan SAGE. Ko bukak lah muka surat apapun, sure ko takkan jumpa formula yang menjela2..... tetapi yang ko jumpa adalah contoh dan penerangan yang sangat bersahaja dengan semuanya dikupas berdasarkan SPSS dgn outputnya sekali. Sapa yang tak pernah baca buku ini..... cuba lah baca.... saya jamin pembaca akan terkesima membaca cara penyampainya yang sempoi.... tanpa formula statistik yang memeningkan kepala....



Sebagai recap... keperluan mempelajari aplikasi SPSS dgn hanya pengetahuan asas statistik untuk tujuan research sepatutnya mengatasi keperluan mempelajari statistik tanpa SPSS !! ...


Kalau ada tak setuju dgn aku... biasalah...!!




OT

Saturday, June 16, 2012

Happy Father's Day

Hari Bapa atau Ayah.... adalah sambutan khas buat kaum bapa.... sambutan yang berasal dari US bagi complimentary Hari Ibu. Apapun, penghormatan kepada bapa bukan hanya tertumpu kepada hari ini. Penghormatan kepada bapa adalah penghormatan seumur hidup. 


Ramai yang ambil kesempatan memberi hadiah kepada bapa.... namun saya mengambil sempena hari bapa untuk mengikut jejak ayah saya..... memastikan saya sentiasa sihat.... sebagaimana ayah saya sendiri.... yang wpun telah mencecah hampir 80 tahun, masih sihat, masih berkebun dan tidak mempunyai sebarang penyakit. 

Mungkin ini adalah harapan anak-anak kita juga.....


Di petang hari bapa bersama Nine....


Tercungap2 melayan di kenik ni... dah ler pakai kasut kaler hijau !


Santai......

Saya tahu apa yang anda fikirkan.....!

Dan inilah ucapan wpun melalui facebook namum paling bermakna bagi saya dari Kak Long....



"After arwah umi passed away in 1997, you are the best parents in the whole world..May all of your worries be mine, may all of your problems be solved, may your life be filled with pleasures and joys. Always be with me ayah. I am nothing without you..

"HAPPY FATHER'S DAY AYAH! :') "



Kak Long paling memahami saya....




Wednesday, June 13, 2012

Beri Exam dapat Kek !!

Syukur... akhirnya blog ini mencapai hits melebihi suku juta iaitu > 250,000. 

Dalam entry ini, saya cuma nak abadikan beberapa pic pelajar saya di kelas EDU 5900 yang baru selesai final exam. Tak sangka, selepas selesai. final exam... dapat hadiah kek utk dikongsi bersama...... 

Terima kasih......

Ini hadiah dan nukilan dari UiTm Shah Alam.... termasuk kat sini ler pulak

Kepada pelajar EDU5900.. TQVM for the cake !!

Semua still available kecuali sorang.....alahai...

Semua tak available lagi he he....
tengok rambutpun dah tau...

Ni kategori mana pulak? 
Fuh.... kepoh dia ni.. cukuplah ada sorang dalam kelas!!
Lupakan dulu exam seketika....

Gud luck !

Tuesday, June 12, 2012

Bengkel di FSPU UiTM Shah Alam

Hari ini saya dijemput ke FSPU, Uitm Shah Alam. FSPU adalah Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, satu fakulti yang tak sampai dek aqal saya utk sampai dan dijemput memberikan bengkel.


Jemputan dari Pascasiswazah FSPU yang digerakkan oleh Sdri Zuraini Basarudin....dan kawan-kawannya dalam jawatankuasa pascasiswazah. Bengkel berlansung di Makmal Kartografi Sains Ukur dan Geomatik.... nama yang asing bagi saya. 


Apapun, buat pertama kali saya mendemonstrasi Doc Map, Mendeley, dropbox, zero draft dan RFOT... dan dapat berkongsi maklumat bersama peserta... ternyata semua pengisian ini asing bagi mereka.


Terkejut juga saya apabila terlihat satu banner besar menanti saya.... terima kasih kerana menghargai kehadiran saya....tetiba jer nama OT terpampang di bangunan Fakulti Sains.....


Selain dari banner di TATIUC..... ini banner paling besar....

Emmm.... cinoninyer....

1File1thesis dan DIRDIO....

Baru tersedar kecanggihan Mendeley....

Sdri Zuraini mewakili pascasiswazah.....menyampaikan ole2....

Wajah2 ceria penuh semangat .....

Masa untuk membuat zero draft...DMIRMIW dan CWYR

Doc Map menjadikan semuanya pantas.... berdesup-desup !!

Fahami langkah-langkah membuat TOC, LOT dan LOF....

Senyum ko dalam 3 jam dah siap 3 chapters.... lengkap dgn bibliografi lagi... fuhh tak cayo den!!

Memanipulasi sepenuhnya kecanggihan ICT.... menjadikan penulisan thesis sempoi ...tetapi tetap pro...

Baru terukir senyum.... menulis thesis bukanlah sesusah disangka....



Monday, June 11, 2012

Bengkel Uitm Shah Alam

Sila download bahan bengkel:


klik saya

Sunday, June 10, 2012

Tajuk 367: Bila supervisee jadi beban SV...

Sibuk bro.... penuh file atas meja?

Nak buat camner.... esok ada ISO.... semua file mesti complete.... kalau tak NCR ler jawabnyer

Masa nilah SV sibuk.... dengan marking assignment lagi.... supervisee takleh kacau ler...

Bro... betul ker ada supervisee yang menjadi masalah pada SV? Abis camner tu? Kalaulah aku supervisee tu... matilah aku bro...
Wpun ko kecik bro..... tunjukkan ko juga boleh ambil pic yang berkualiti.....bukan kamera mainan ...

Bukan supervisee jadi masalah.... atau ko tu yang bawa masalah kepada SV ko...... tapi ko tu mungkin dianggap sebagai "beban" yang terpaksa di tanggung oleh SV.... mana ada manusia nak tanggung beban bro.... 

Hah beban? Apsallah bro? Sadisnyer....

Ko jgn salah faham.... dan jgn sensitif wpun perkara ini memang sensitif. Akupun tak nak tulis benda2 macam ni tapi.... demi memahamkan ko dan kawan2 ko.... elok juga aku sentuh sepintas lalu..... demi kebaikan semua..

Bila ko mula mendapat SV.... ada SV (tak le semua) yang "dah serik" dgn supervisee sedia ada.... tak hantar progress, buat kejer cincai2.... tak datang berbincang..... minta tulis satu paperpun tak siap2.....sehingga imej "buruk" tersebut akan membayangi SV sebaik sahaja ko jadi supervisee dia. 

Tak bolehlah cam tu bro....

Memang ler tak boleh..... tapi selalunya yang buruk tu cepat jer terlekat dihati....SV tu manusia.... macam ko jugak.... kalau kawan ko buat benda2 yang ko tak suka....ko pun tension betul tak?

Abis tu camner ?

Jadi ko kena berfikir macam ni.... ada 5 cara ko kena fikir bro. 

Pertama: Jangan perasan

Jgn ko cepat perasan ko tu akan disambut dgn carpet merah oleh SV.... dgn layanan first class..... dia akan layan apa sahaja persoalan yang terbuku di sanubari ko....apa sahaja yang ko tak tahu dan tak faham.....SV ada untuk memberikan jawapannya..... dan dia akan tunggu ko di muka pintu.... balas sms ko... email ko....jgn perasan bro...


Kedua: Tunjukkan ko layak

Jgn jumpa SV ko.... kalau ko tak sanggup tunjukkan yang ko memang layak membuat PhD / Master dan bersedia untuk buat research. Jgn jumpa SV dgn air liur....dgn pendapat kosong ko jer.... cakap benda2 yang ko sendiri tak baca.....tak tahu....

Ketiga: Mendahului SV

Baca dan ketahui secara mendalam bidang kajian ko.... patut ko dgn mudah  boleh sebut nama2 journal dan researchers dalam bidang kajian ko serta current research dan issues..... barulah SV fikir ko memang layak jadi supervisee.. ko ada idea apa yang ko nak kaji.... dan sentiasa mendahului SV ko....


Jgn percaya apa yang ko baca ni.....

Keempat: Publish paper

Tunjukkan ko boleh publish paper. ... supaya ko dilihat serius... bukan hanya curios.... Bagi SV.... publish paper adalah satu2nya "indicator" paling ampuh utk tunjukkan credibility ko.... lagi banyak ko boleh publish paper sepanjang jadi calon PhD / Master.... lagi "cayang" SV ko pada ko....

Kelima: Lamunan terhenti !

Ko kena bangun dari lamunan ko......dan ingat bahawa persepsi SV terhadap ko banyak sangat bergantung kepada diri ko sendiri. SV ambil ko kerana melaksanakan tjawab yang diberikan oleh Graduate School.... tapi kalau ko tak bertanggungjawab atas research dan thesis ko sendiri.... SV akan lepas tangan jer.... Tapi kalau ko sungguh2.... SV pasti akan menunjukkan minat pada kajian ko yang juga akan menyumbang kepada publication SV ko sendiri. 

Jadi bro... tepuk dada tanya selera ! 

OT









Tuesday, June 5, 2012

Tajuk 366: Empat langkah sempoi hasilkan paragraph yg kritis


Ko tahu bro.... aku dulu mengajar kimia organik tau.... asyik2 sintesis.....asyik sintesis.... pening aku nak fahamkan students aku


Abis.... kenapa tiba2 jer sintesis ni?


Bukan tu saja..... ko dulupun dalam juta2 saudara kembar ko... hanya ko jer seorang yang berjaya di sintesis ... maknanya ko yang paling kuat bro mengatasi saudara kembar ko dalam satu swimming marathon utk di sintesis.....selepas 9 bulan tiba2 Dr kata kat mak ko....."Congratulation.... Its a baby BOY !!"  Sapa lagi...ko lah tu ! sambil disambut dgn air mata kegembiraan mak ko..... !! Now ko dah besar bro jgn ko pulak asyik ghairah nak sintesis jer.....tapi sintesis thesis ko tu tak lak ko ghairah... mana nak cepat siap...


Maknyer..... mendalam sungguh analisis ko bro.....apapun thanks ko buatkan aku bersyukur akan kejadian Allah dan dalam masa yang sama.....aku kena stay strong.....


Analisis pic atas bantal ni bro..... boleh ko bagi pandangan yang kritis.....?



Rupanya sintesis tak abis kat situ.... skang pun aku kena ajar camner nak sintesis ayat dalam tesis supaya kritis...


Apa sebenarnya maksud kritis tu bro.. sebab SV aku hari2 bising paragraph aku tak kritis..... tapi aku takut nak tanya dia....SV aku ada sebut pasal mengkritik kelemahan kajian lepas....cam tu ker kritis?



Sapa ler ko nak kritik kajian lepas.... yang telah di reviewed dan dipublished.... sedang ko nak buat paragraph pun menggigil2... tak keharuan apa nak tulis...iskh...ni kan nak tulis kelemahan kajian lepas.... 


Abis SV aku selalu kata cam tu...


Kalau dia suka cakap cam tu.... ko minta jer artikel SV ko tu dan cuba ko kritik kelemahan dalam artikel tu... then ko sebut satu2 kelemahan artikel tersebut depan dia..... amacam ada berani?


Gulp.....1000 tahunpun takkan mungkin bro... abis tu camner?


OKlah....dalam bengkel aku selalu terangkan.... utk menulis secara kritis ko kena buat analisis dulu.... apa yang ko baca.... then ko sintesis.....menjadi paragraph kajian ko..... dan ini menjadikan paragraph tersebut kritis.... sebab terhasil dari kombinasi idea dari pelbagai sumber yang diintegrasikan bersama !


Terang lagi bro...... aku ni slow skit.... 


Analisis tu ko cari "common idea / point" dari sumber bacaan ko yang relevan dan sintesis tu macam "ko combine common idea tersebut jadi satu bentuk yang mewakili idea ko"


Tak faham lah.....


OK...cam ni.... ko perlu lakukan 4 langkah k...sempoi2 jer


OK.... pedia.... bagi ko semua sempoi bro....


1. Read: Ko kena baca artikel..... analisis idea2 yang common
2. Write:Tulis ideas tersebut (dalam komputer bukan atas kertas)
3. Rewrite: Tulis semula dgn combine idea2 yang common
4. Revise: Tulis semula dgn sintesis supaya idea2 tersebut menjadi consistent dgn kajian ko.....


Bagi ler contoh bro.... baru ler faham....


Banyaklah tahi lalat ko.... semua nak bagi contoh....ok.... ini adalah 4 langkah tersebut:


1. Read


Pertama ko kena baca ler.... baca terus dari Mendeley....katakan ko baca 4 artikel yang relevan dgn kajian ko..... kalau ko tido jer....sampai melele air liur basi pun ko tak dapat....


2. Write


Mula menulis (katakan dalam zero draft) idea yang ko analisis dari 4 artikel berbeza di atas dan tulis di bawah heading yang dah ko tentukan...... katakan 4 point / idea yang ko analisis adalah spt berikut:


  • pelajar bermotivasi dgn pengajaran berasaskan komputer (Don, 1999)
  • pelajar seronok bila didedahkan dengan bahan multimedia (Sweller, 2001)
  • multimedia dapat meningkatkan kualiti pengajaran (Jonassen, 2009)
  • animasi meningkatkan domain afektif murid (Rudiah, 2011)

Perhatikan bahawa kesemua pernyataan di atas yang berwarna purple, red and blue tidak konsisten, menggunakan terminologi yang berbeza.... sebab sumbernya pun dah berbeza.... mahu jam otak pentium i7 duo core tu.....


Ko ni sama cam ajar budak tadika ler pulak ada kaler2.....


Saja bagi kaler... supaya ko jgn panik ..... relex jer bro.... sebab ko boleh MERGE term2 yang berbeza tu sebab asasnya sama....dan yang tergantung2 tu ko tambah ler sendiri dgn ayat ko....cer ko perhatikan macamana aku merge.... sempoi...


  • motivasi = seronok
  • komputer = animasi= multimedia
  • kualiti - kembangkan term ni supaya tak tergantung..
  • afektif - ko kembangkan term ini dgn pasangannya kognitif




3. Rewrite:


Ini adalah percubaan awal ko nak sintesis... dgn menjadikan idea di atas dalam bentuk ayat ko sendiri.... so ko sambung2 jer lah...


Kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar yang didedahkan dengan aktiviti pengajaran berasaskan komputer dan multimedia mempunyai motivasi tinggi untuk terus belajar (Don, 1999;  Sweller, 2001).  Sementara itu guru sekolah yang sering menggunakan multimedia berupaya  memperbaiki kualiti pengajaran (Jonassen, 2009). Oleh itu pengajaran berasaskan  animasi mampu meransang  domain afektif murid (Rudiah, 2011). 


Perhatikan term dalam ayat yang TIDAK CONSISTENT dan TAK COHERENT dan spt ringkasan dari petikan kajian lepas yang dicantum2kan begitu aja. Paragraph macam ni kalau dalam proposal masih boleh diterima lagi....tapi kalau dalam tesis.... memang patut kepala ko kena plangkung....


4. Revise (for synthesis)


Kemudian dgn pemahaman ko yang makin baik....maklumlah semakin banyak ko membaca...... maka ko sepatutnya dengan BERANI dan penuh SELAMBA boleh mensintesis dgn membina  paragraph dgn term yang CONSISTENT dan ayat yang COHERENT sambil memasukkan idea dan pemahaman ko sendiri.


Kajian lepas menunjukkan motivasi pelajar untuk belajar meningkat apabila didedahkan kepada aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer (Don, 1999; Sweller, 2001). Bukan itu sahaja, aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer juga berupaya meningkatkan kualiti pengajaran guru (Jonassen, 2009). Hal ini terjadi kerana aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer menggunakan bahan pengajaran multimedia yang efektif hasil gabungan elemen animasi, suara, text, grafik dan video. Elemen-elemen ini bukan sahaja dapat mempengaruhi domain kognitif hasil dari persembahan aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer yang menarik, interaktif dan mudah difahami, tetapi juga dapat meningkatkan domain afektif pelajar (Rudiah, 2011)


Cer ko bandingkan 2 paragraph di atas, dan amati perbezaannya. Ko tak ubah maksud, point atau idea dalam petikan asal tetapi mensintesis semula seperti ayat ko sendiri yang menggunakan term yang konsisten dgn kajian ko sendiri.....seperti "pengajaran berasaskan komputer" dan memasukkan "suara ko" dalam ayat tersebut sambil mengembangkannya ...barulah kritis.....ada faham bro? Paling penting jangan takut utk menulis, masukkan idea sendiri.... ko bukan budak tadika bro.... dah buat master atau PhD.... tulis jer !


Fuhhh.... clear bro....line clear....mekacih....tapi kalau dalam BI bro?


Sama jer lah.... ikut 4 langkah di atas.... ko ni malas betul nak berfikir....semua nak ke suap....


OK..OK....


OT






Sunday, June 3, 2012

Tajuk 365: Bengkel di UMT KT - Kenapa calon Master / Phd macam budak sekolah ?

Assalamualaikum
Salam 1File1Thesis,


Apa citer bro?

Fuhhh masih penat kendalikan 2 bengkel dalam masa tak sampai 2 hari di Teganu.... 

Aku gembira dgn keghairahan peserta bengkel termasuk yang menunjukkan kesungguhan menyiapkan diri utk menjadi professional... peserta2 bengkel telah menunjukkan contoh yang baik... kepada calon2 yang lain....

Pro ape pulak bro?

Aku fikir telah sampai masanya aku utarakan kepada semua bakal dan calon PhD dan Master berkerja secara professional.... bagi memantapkan lagi usaha melahirkan ramai pakar dan academician di Malaysia...

Pro....?
Menjalankan research secara professional....

Jgn salah faham.....dalam maksud mudah, sebagai calon PhD ko perlu menjalankan kajian, menulis thesis, membuat presentation, mengikuti seminar dan konferens, menerbit artikel, menghadiri bengkel, menganjurkan bengkel.... dll secara professional.  Professional bermaksud ko perlu lakukan semua di atas dalam satu tempuh masa tertentu... yang diperuntukkan kepada ko sebagai calon PhD / Master. 

Jadi aku kena  pakai neck tie bro....


Emmm....slow betullah ko ni ! Jadi pro bermakna ko bertanggungjawab menyediakan diri ko sendiri (bukan lagi tanggungjawab mak dan ayah ko..) dengan segala maklumat dan kemahiran utk mencapai tujuan di atas.  Malah menyediakan diri dan kemahiran sebagai pro utk menjalankan kajian, menulis theis adalah TUGAS PERTAMA yang ko perlu pastikan sebelum ko layak menjadi calon PhD dan Master.




Malangnya, terdapat ramai calon PhD / Master kelihatan spt berserabut, kelamkabut, macam baru turun dari bot....atau lepas terkena ribut.....tiada kemahiran asas mengendalikan komputer, mencari artikel, membuat presentation, statistic....malah nak menghantar artikel pun tak tahu... Jgn harap dgn kursus methodology tu ko dapat segala2nya.....minta maaf ler....

Abis kalau dah tak tahu?

Kalau tak tahu... then ko asyik buka fb jer.... (memang nak kena budak ni.... iskhh...) sampai bila nak tahu!! Contoh mudah nak publish artikel. Semua tu ada dalam internet di web site masing2 journal. Benda kecik2 macam ni ko cari ler sendiri..... buka dan baca....

Jgn marah bro.... 

Satu lagi imej.... imej professional pun perlu ada... sebagai bakal expert... bakal Dr dan bakal professional. Ni tak....kalau lihat calon PhD.....ada yang dua bijik macam imej "budak sekolah" dgn membawa beg galas yang besar kesana kesini....sampai lusuh.... penuh dgn hardcopy artikel2 dan catatan nota dalam beg tersebut yang tak terurus....kadang2 susah nak beza.... calon PhD dgn budak sekolah !!


Gulp... sampai hati ko bro kata aku cam budak sekolah...


Emmm sentimental ler pulak....jgn ler kecik hati....itu bukan maksud tersirat.... akupun dulu macam ko... tapi berubahlah mana yang boleh dan mampu.... La ni ko kena guna Mendeley contohnya utk organise artikel ko... dalam softcopy....bukan lagi tulis sana catat sini... yang akhirnya ko takkan bacapun....


Janganlah dok ditakuk lama....sebab ramai juga yang dapat biasiswa dll... tapi masih guna netbook kecil yang sama sejak 3 tahun lepas... dah lah kecik bro....dan ada yang guna notebook dah setahun tapi plastik pun belum abis bukak lagi... punyalah sayang..... cam ner buat keje tu kalau nak tekan keyboard notebookpun sayang... takut macam nak tekan bisol jer....takut sakit.....takut rosak.... kalau cam tu baik beli mesin taip jer !

Orait !!

Jadi, PERTAMA sekali ko bertanggungjawab terhadap diri ko sendiri untuk mencari jalan, sumber, occasion dan event bagi mempelajari dan menguasai semua pengetahuan asas utk menjadi calon PhD....ini bukan tanggungjawab SV ko atau tunggu kena ketuk dgn SV.... sebab dgn pengetahuan dan kemahiran asas yang mantap.... spt pengetahuan mencari sumber artikel dan penguasaan kepada bidang yang nak dikaji... barulah ko boleh berbincang dgn SV secara pro ! 

I got your point...

Dan KEDUA..... sebagai tambahan...berpakaian kemas.... rapi dan kalau boleh....belilah beg dan komputer yang lebih sesuai...... bukan yang sama dgn beg galas yang anak ko bawa gi sekolah.... atau beli komputer netbook hanya sebab ko suka kaler merah yang jadi kaler favourite ko. 


Abis tu?


Aku cadangkan supaya yang belum ada komputer....atau yang ada komputer tapi dah cukup uzur..... belilah ultrabook...yang semua brand pun ada - Hp. Acer, Asus. Samsung, Toshiba... yang ringan dgn saiz skrin yg selesa utk ko menulis dan membuat kerja2 research bukan netbook yang kecil dan comel tu sampai terkeluar bijik mata nak menaip...


Nak tahu tak? Semasa aku makan... ada seorang peserta tanya...."Yang Dr. sebut ultrabook masa bengkel tadi tu amende? Saya tak pernah dengarpun... komputer jenis baru ker?" Nama Ultrabook asalnya digunakan oleh intel bagi menghasilkan komputer "high-end type" dgn ciri yang ringan tapi powerful.


Inilah contoh Ultrabook
Ringan, nipis, tahan lasak, powerful dan elegant...
dgn screen size 14 inci......yang selesa utk menaip thesis..!!


Wuss.... sampai cam tu sekali ker?

Terserah... itu pendapat aku... supaya minda dan fizikal ko terarah utk bekerja sebagai pro. Dan seorang pro juga perlu ada keberanian berhadapan dengan perbagai situasi termasuk utk tidak bersetuju dgn SV ko. Kalau dua2 pihak pro.... barulah berlaku diskusi secara professional.... buka satu pihak menekan... satu pihak terasa ditekan....!


Menjadi professional menagih ko:

  • mahir dgn kemahiran literasi yg berkaitan dgn bidang kajian ko...
  • bekerja dan berusaha dgn cepat dan efisyen utk hasilkan sesuatu dgn quality yang tinggi
  • mempunyai etika kerja termasuk etika berpakaian, berkomunikasi yang setaraf dengan status sebagai calon Master dan PhD
  • menunjukkan moral dan motivasi yang tinggi setanding dgn keperluan menyiapkan thesis dalam masa yang diperuntukkan
Ok bro..... aku nak upload pic bengkel di Teganu pulak. Ucapan terima kasih kepada Sdri Rudiah dan Hubby Tarmizi yang mengurus perjalanan aku serta menghantar aku mendaftar anak di UiTM Kuala Trengganu. Berikut pic-pic bengkel tersebut......

Day 1 - Airport ke Uitm

Pendaftaran di UiTM Kampus KT sangat mengejutkan otak pentium IV aku. Tahniah kepada pengurusan UiTM yang menjadikan pendaftaran dalam masa yang sangat singkat.... dalam 5 minit jer... semua ibu bapa dah boleh bersama anak mereka sampai petang. Tak cayo den !! Kalau tak caya tanyalah Uitm KT. Inilah professional !! Syabass kepada semua pengurusan dan faciliator UiTM Kampus Teganu... barulah "Begheh !!"

Pic di depan pintu UiTM KT

Day 1: Bengkel 1

Menjelang pukul 3 pm....bengkel 1 berjalan di PKG Mengabang Telipot. Bila ditanya maksudnya adalah Parit besar (Mengabang) yang ada bunga teratai (Telipot). Sungguh tak sangka ada peserta yang datang dari Melaka..... utk bersama bengkel 1....tahniah !!

Disinilah kitorang berbengkel


Kopok lekor jadi santapan








Bengkel tamat jam 9.30 malam...phew !!
Nasib baik tak jumpa hantu Mak Limah balik KT...

Day 2 - Bengkel 2 UMT


Ini pertama kali aku mengenali UMT... kampus baru yang sebahagiannya masih dalam pembinaan. Tak sangka aku sampai ke Fakulti Pengajian Maritim & Sains Marin... dan aku suka bila lihat kuda laut dan nemo berenang2 dalam website fakulti ini.... Berikut sebahagian pic yang sempat dirakamkan. Bengkel ini dihadiri oleh peserta dari UMT, UNISZA, UiTM (KT, Dungun dan KB) serta seorang peserta dari UK yang sedang bercuti....


Di sini lah bengkel berlansung...
INOS = Institute of Oceanography Studies
Ni ler Rudiah yang manis come lote tu semasa pendaftaran...
Wpun kecik jer dia ni tapi kerja kuat dan effisyen sampai berjayanya bengkel ini dijalankan dgn perfect !!

Woo.... kena demo buat outline LR....panic den !!

Focus bro...jgn tak focus....

Pengantin baru yang singkatkan honeymoon utk sertai bengkel.... masih merah inai dijari.... masih malu2.. main jeling2 emmm.. 







Bakal Dr..... moga berjaya menjadi professional utk negara !!
Ada "peminat" nak bergambar di depan UMT.... layannn




OT





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...