.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, December 28, 2015

Tajuk 826 - Not ALL research is about “MEASUREMENT” !

Aku ni “quantitative person”. I play with numbers. Kajian master / PhD aku juga quantitative. Aku juga penulis buku quantitative - SPSS. Namun, aku “getik” bila ada yang meremehkan kajian qualitative hanya kerana “tiada nombor yang berceranggah” dalam kajian qualitative.
Not ALL research is about “measurement” !

Meh baca ni baik-baik….

Quantitative:
Jika objektif kajian anda untuk mendapatkan data bagi sesuatu isu / masalah spt tahap pengetahuan, factor utama sesuatu amalan, skor pencapaian maka kajian kuantitatif adalah yang TERBAIK..
TUJUAN KAJIAN DISINI ADALAH “MEASUREMENT” menggunakan alat ukur / instrument utk mendapatkan data bagi mengetahui hubungan / mbandingkan variables then btujuan membuat generalisasi.

Qualitative:
Jika objektif kajian anda adalah utk membuat perbincangan yang mendalam terhadap sesuatu isu / masalah spt budaya, amalan kejayaan, pengalaman pemulihan dadah dll maka kajian kualitatif adalah yang TERBAIK.

TUJUAN KAJIAN DISINI “ISN’T MEASUREMENT” tetapi perbincangan yang detail dan mendalam utk MEMAHAMI fenomena yang dikaji, lalu generalisation is not the main concern !

Selamat hari minggu - Peace NOT war !

OT 

Tajuk 825 - Apa kaitan innovative dgn thesis?

Post ini sambungan post sebelum ini bila aku tulis, work smart bukan bermakna an easy way. Work smart bermakna bekerja dgn effective dan efficient, yang brmula dari work hard mendalami pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan.

Ini bermakna, membuat research dan menulis thesis memerlukan “work hard” diperingkat awal… menguasai kemahiran dan mendalami pengetahuan yang perlu… maybe tidak memerlukan masa yang lama utk diikuti dgn work smart. Tapi aku tidak boleh halang mereka yang berpendapat, tiada short cut dalam dunia PG… bukan PhD namanya jika semua nak senang !

Innovative bermakna producing more effective device or process, or application of better solutions. Jadi menghasilkan innovative adalah sukar kerana melibatkan usaha mempermudahkan suatu yang asalnya kompleks. Namun apabila innovative terhasil (spt waze misalnya) maka kerja-kerja seterusnya akan menjadi effective, efficient, easier, produktif.

Thesis juga kompleks. Maka perlu ada unsur innovation dalam process yang kompleks bagi phasilkan thesis secara lebih effective dan efficient. Peningkatan syarat bergrduate bagi calon PhD mesti menghasilkan 2 jurnal high impact / scopus menuntut thesis dan research dijalankan dgn lebih innovative bg mencapai tujuan tersebut.

OT

Tajuk 824 - Memupuk budaya research?

Pelik tak jika calon PhD mengalami stress wpun kajian beliau berkaitan coping with stress?

Persoalan - Setelah melengkapkan semua kerja kursus dengan cemerlang, termasuk semua teori berkaitan research, adakah calon benar2 tahu dan faham ... sesuatu yang secara real akan menentukan do or die sebagai calon PhD iaitu…
- process dan teknikal menyiapkan proposal?
- process dan teknikal buat research?
- process dan teknikal menulis thesis?
- the do and the don’t ?

Persoalan - Calon digesa menghasilkan thesis dan kajian yang mantop…. tetapi adakah gesaan ini selari dgn budaya di jabatan? Adakah wujud budaya tersebut?
Aku percaya, jabatan telah menyediakan satu budaya yang baik, tetapi tentulah masih terbuka room for improvement....to make it better.



Budaya 1:
Contohnya budaya “proposal defense” yang ada sedikit sebanyak unsur menghukum kesalahan dari memberi "constructive comments" sedang “proposal defense” bukanlah satu COMPETITION tetapi perlu dianggap sebagai satu COLLABORATION amongst peers in the same department or faculty.

Budaya 2:
Begitu juga budaya “PhD candidate should know everything” tidak akan menghasilkan kajian dan thesis yang berkualiti. Kualiti akan wujud dgn satu system budaya yang membolehkan calon secara konsisten mendapat “CONSTRUCTIVE FEEDBACK”… kerana mereka adalah novice dan naif dalam process dan teknikal membuat research dan thesis, wpun mereka scorer dalam coursework masing2. Jadi budaya "constructive feedback" yang berterusan ini perlu berjalan dgn baik....

OT

Tajuk 823 - Mana satu STRATEGY, APPROACH, METHOD dan TECHNIQUE ?

Perhatikan perkataan huruf besar yang terdapat dalam thesis pelajar, mana satu yang betul?

1. This study uses a quantitative STRATEGY for ….
2. This study uses a quantitative APPROACH which....
3. A quantitative METHOD used in this study…. 
4. Alternatively, this study will use a quantitative TECHNIQUE …

Meh aku explain skit supaya anda tidak menggunakan keempat2 istilah diatas main ikut suka hati jer…

STRATEGI adalah sesuatu gagasan umum sahaja. Bagi mencapai gagasan tersebut, anda boleh memilih APPROACH (pendekatan) kualitatif ataupun kuantitatif ataupun kedua2nya (mixed).
Kemudian anda memperincikan lagi dengan memilih METHOD (kaedah / reka bentuk / design) samada eksperimen, survey, ethnography, grounded dll.

Katakan anda memilih METHOD grounded theory…. anda perlu memperincikan TECHNIQUE (juga disebut prosidur / steps ) kajian yang anda gunakan.

Contoh 1 (Qualitative): Isu menangai gejala social Mat Rempit
1. Research Strategy 
Kerajaan mempunyai strategi bagi memahami gejala sosial seperti Mat Rempit

2. Research Approach
Maka qualitative approach paling sesuai utk memahami budaya Mat Rempit secara mendalam

3. Research Method (design) 
Oleh itu ethnography method / design dipilih kerana bersesuaian dgn kajian budaya sesuatu kelompok spt Mat Rempit.

4. Research Technique (procedures / steps)
Kajian akan menggunakan teknik observation, field notes, interview (yg dibincangkan perlaksanaannya secara detail) bagi menjawab semua persoalan kajian.

Contoh 2 (Quantitative): Isu keberkesanan animasi dalam pendidikan sains
1. Research Strategy
Salah satu strategi meningkatkan pemahaman sains di Malaysia adalah dengan mengkaji keberkesanan animasi

2. Research Approach
Quantitative approach bagi menganalisis data dari pre-post test

3. Research Method (design)
Pre and post test experimental design (method) untuk mengukur keberkesanan animasi

4. Research Technique (procedures / steps)
Teknik ekperimental ini melibatkan pemilihan sampel rawak, divided into control and experimental groups, laksanakan pre-test… treatment.... post test, then..compare gained scores...... bla..bla.

Jadi gunakanlah kesemua istilah tersebut betul pada tempatnya…

OT

Tajuk 822 - Nak buat MIXED-METHOD fahami ini dulu. Jgn sampai salah faham !

Betul ke mixed-methods (m-m) ni lebih baik? Kalau aku…. benda2 yang mixed ni selalunya baik… macam mixed marriage. Bukan sahaja anak yang lahir comel2 belaka…. malah bijak2 ler…


Kalau qualitative (QUAL) dan quantitative (QUAN) approach memang dah biasa dalam research. Now approach m-m (atau QUAN-QUAL) ini dah mula popular... cuma ramai yang salah faham…. asal ada data qualitative dan quantitative terus kata m-m !

Abis salah ker tu?

Bukan salah tapi kurang tepat. M-M adalah “combination” antara quantitative dan qualitative, yang dirancang dari AWAL kajian. Kombinasi ini melibatkan semua peringkat pengumpulan data, bukannya asal buat quatitative then kemudian buat qualitative pulak atau sebaliknya,.. terus kata m-m... banyak ler ko punya cantik !

Secara umum ada 2 pembahagian asas m-m yang perlu difahami iaitu.

1. Parallel: 
Kajian yang dirancang supaya pengumpulan data berjalan serentak (parallel atau concurrent). Contohnya soal selidik di edarkan dan dalam masa yang sama interview juga dijalankan dgn kelompok terpilih dari sample. Atau soal selidik diedar mengandungi closed dan opened ended items yang saling lengkap melengkapi. Selepas dapatan dikumpul, tugas seterusnya adalah membuat meta-interpretation, iaitu mensintesis dapatan qualitative yang congruent dengan data quantitative. Ini bermakna, item dalam soal selidik dan soalan interview mestilah dirancang supaya saling melengkapi.

2. Sequential: 
Kajian dirancang supaya kedua2 approach saling berturutan dgn tujuan, approach pertama menjadi asas kepada approach kedua. Misalnya, interview dijalankan bagi terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat, konsep, indicator, isu dll yang akan digunakan dalam pembinaan soal selidik atau pun sebaliknya. Dapatan approach kedua adalah bertujuan membekalkan penjelasan lanjut atau menjelaskan apa2 yang tak dapat dijelaskan oleh approach sebelumnya dalam kajian tersebut.
Ingat semua ini dirancang dari awal….dengan teliti supaya dapatan yang diperolehi boleh dikombinasikan bagi menghasilakn penjelasan yang lebih mantop. Contohnya dari data quantitative anda boleh buat inference atau generalization tapi tak dapat capture informasi yang lebih detail… begitu juga anda dapat sesuatu yang detail tapi tak leh buat generalization.

Jadi m-m ni kira memantap sambil meningkatkan validity dapatan dan sekaligus bertindak macam triangulasi data juga lah.

Jadi m-m ni bukan sekadar ada data qualitative ataupun quatitative tetapi yang penting procedure kajian dirancang awal2 supaya dapatan m-m ni dapat dikombinasikan. Bukan itu sahaja, m-m method ini memberi ruang kepada anda duplicate kajian lepas yang masih releven dan signifikan tetapi hanya menggunakan mono-method utk di up-grade atau buat modification dgn mengkaji isu yang sama tapi dgn m-m pulak.

Ini kerana byk kajian lepas purely quan atau qual menyebabkan discussion menjadi terbatas. Tapi anda mesti awal2 lagi plan utk dapatkan theory yang gabungkan kedua2 quan-qual ini. Jika anda dapat jalankan dgn baik, dapatan kajian akan lebih mendalam dan meluas disamping anda sendiri dapat menguasai kedua2 quan-qual approaches....
OT 

Tajuk 822 - Wahai sayangku.... carilah tajuk kajian... berdasarkn 10 perkara berikut...

1. yang mendalami kajian dalam bidang anda mengatasi kajian bidang baru bagi anda

2. tajuk yang mengutamakan motif yg dikongsi oleh scholar mengatasi motif peribadi anda

3. boleh sumbang "some new understanding to the field" mengatasi "fix somebody else or even government's / sponsor's problem / intention to change policy"

4. yg telah ada beberapa teori yang jelas mengatasi pencarian tanpa teori yang belum pasti

5. isu dalam "main stream" mengatasi "isu pinggiran" wpun tgh hot !

6. mempunyai specific sampling frame supaya mudah dpt responden / informan

7. tajuk yang catchy bila diterjemah utk pembentangan dalam conference atau publication bagi bacaan international readers / scholars

8. isu local yg bersifat international mengatasi isu local bersifat local

9. diperolehi dari bacaan intensif dan extensive dari pelbagai sumber mengatasi pujukan intensif dari mana2 pihak lain yg slamba

10. jika boleh dan sesuai..... ambil peluang buat mixed method mengatasi single method !!

OT 

Tajuk 821 - STATISTIK digilerkan dgn terminologies!

Ini baru bbrp istilah ASAS dlm statistik. Jika ada yg bingung dgn istilah berikut.... anda akan terus bingung sampai bila-bila ! Cayolah...

Term 1:
Pengukuran ciri-ciri VARIABLE dlm POPULASI seperti min berat, IQ, EQ dinamakan PARAMETER. Jarang dibuat sbb sukar utk ukur populasi yg besar.
Pengukuran ciri-ciri VARIABLE dlm SAMPLE spt min berat, IQ, EQ syg mewakili satu populasi dinamakan STATISTIK.



Term 2:
Analisis data sample (statistik) yg tertabur secara normal utk digeneralisasi / infer kepada populasi (parameter) dinamakan ANALISIS STATISTIK PARAMETER (parametric statistics).
Analisis data sample (statistik) yang tidak tertabur secara normal utk digeneralisasi / infer kepada populasi dinamakan ANALISIS STATISTIK BUKAN PARAMETER (non parametric statistics).

Kedua2 ANALISIS STATISTIK PARAMETER dan ANALISIS STATISTIK BUKAN PARAMETER dinamakan juga STATISTIK INFERENS (inferential statistics) kerana infer data sample kepada populasi.

Analisis statistik parameter (bila data sample normal) adalah spt analisis Pearson correlation, regression, t-test, anova, manova, ancova, mancova dll
Analisis statistik bukan parameter (bila data sample tak normal) adalah spt analisis Mann-Whitney, Kruskal Wallis, Chi-square, Spearman correlation.

Term 3:
STATISTIK DESKRIPTIF hanya utk describe ciri satu set data sample yg diambil dari populasi menggunakan analisis descriptive spt min, median frekuensi, peratus, mode... bukan utk infer ke populasi tapi utk lihat adakah ciri sample tu "representative" populasi.

Term 4:
Data dari pengukuran variable dilakukan secara observation / indirect (spt questionnaire) dan direct measurement (numerical data).

a. Data observation / indirect (spt qnaire) menggunakan SKALA NOMINAL (CATEGORY) dan SKALA ORDINAL (RANKED) disebut CATEGORICAL DATA

b. Data measurement (numerical) menggunakan SKALA INTERVAL (CONTINUOUS – measured characteristic spt tinggi, IQ) dan SKALA RATIO (DISCRETE – counted items spt bil anak, bil kerusi) disebut NON CATEGOTICAL DATA.

OT

Tajuk 820 - Bertabur nk fhm taburan dlm statistik!

Pening otak otai aku nk faham stat... tapi nk buat camner.... 

Pertama: t-test distribution
t-test adalah statistic parametric, digunakan utk banding 2 sample …mgunakan t-distribution… khusus utk sample size kecil < 30 sebab jika sample besar, t distribution menghampiri normal distribution.

Sebab itulah SPSS guna t-distribution sebab menepati keperluan sample kecil dan besar. Jika data (DV) tak normally distributed, terpaksalah guna statistic nonparametric spt Mann-Witney test atau Wilcoxon.

Kedua: F-distribution 
Taburan F pula terhasil dari perbandingan nisbah (F-ratio) variance between dan within groups bagi >2 sample / set data. Maka F-distribution digunakan dalam ANOVA dan keluarganya. Jika data (DV) tak normally distributed, terpaksalah guna statistic nonparametric spt Kruskal-Wallis.

Ketiga: Binomial distribution
Bila DV adalah dichotomous atau 2 kategory (macam kepala atau bunga bila lambung syiling) .. maka kita boleh bina binomial distribution utk tahu FREQUANCY kepala atau bunga dari sejumlah lambung.

Jika banyak category… jadilah pula multinomial distribution. Oleh kerana multinomial distribution menghampiri chi-squared distribution (yg guna konsep discrepancies between actual obtained and expected frequency) … maka sebarang data kategori yang melibatkan frekuensi akan menggunakan chi-squared distribution utk jalankan chi square test. Chi-square adalah non parametric.

Keempat: Distribution free
Kenapa pulak analisis spt Kruskal-Wallis dan Chi-square dinamakana statistik non parametric? Ini kerana pengiraan / formula statistiknya tidak bergantung kepada “the estimation of parameters” iaitu tidak menggunakan mean atau s.d. / variance, sebagaimana statistic parametrik.
Pengiraan statistic non parametric menggunakan ranking sebagai asas pengiraan spt sum of ranks. Sebab itu juga statistic non parametric dinamakan “distribution-free” tests. Kelima: Dapatan dari statistic non parametric masih boleh dibuat inferens kepada populasi tapi kurang POWER berbanding parametrik kerana non para menggunakan asas ranking bukan nilai data.
Klu anda tak faham.... at lest anda tahu anda xfaham...

OT 

Tajuk 819 - 3 tips utk "up" kan tajuk anda.

1. Bina acronym sendiri

Ambil tajuk dgn konteks yang lebih luas tapi FOCUSkn dgn bina acronym sendiri.

Contohnya kajian multimedia dalam pengajaran sains. Fokuskn kajian dgn mcipta acronim anda sendiri seperti “Animated pedagogical agents (PGA) to facilitate learning in SCIENCE” adalah tajuk yang lebih releven, frontier of knowledge, dalam konteks pedagogy dan ada fokus (not superficial or trivial) yang khusus terhadap PGA dan signifikan to a larger problem – multimedia !! Nanti adalah yg akn cuba PGA anda utk subjek lain pula.


Aku dah ada akronim aku sendiri dan 3 antaranya adalah CAnI (computer-animated Instruction), OCRA (Organic Chem Reaction App) dan SEA (simple explicit animation) - semua won gold medal. 

2. Researchable and can be extended or connected to the theoretical and practical implication – application aku SEA dan CAnI misalnya boleh apply terus dalam kelas bro !! 

3. Extent and build the new area for future research….. macam prototype, develop model. Research begini mudah juga utk di publish. 

Maybe sebab itu 3 artikel aku masuk sbg chapter in book bagi 3 international publication termasuk Springer.

Aku bukan penyelidik yg tegar atau hebat... artikel akupun sikit jer..... sikit tapi novel dan signifikan...

OT

Tajuk 818 - Masalah dpt tajuk master / PhD

Aku di Phuket International Airport.... MAS delayed sejam.... so.... buka laptop dan tercoretlah apa yang aku fikir... utk anda juga fikir.... bukan utk anda bersetuju !



Phd adalah proses melahirkan independent researcher di bawah bimbingan SV. Mendapatkan masalah utk kajian memerlukan pengalaman, bukan sahaja pembacaan yang mendalam.
Selalunya supervisee datang kepada SV dgn membawa tajuk dan percayalah, sebahagian besar tajuk tersebut “tidak menepati” ciri-ciri utk PhD - rejected !

Aku percaya, SV sgt memahami dunia yang dia pakar mengenainya dan boleh sahaja memberikan hints masalah yang sesuai utk supervisee memulakan pembacaan... khususnya bidang yang sukar mendapatkan niche area yang memerlukan pengalaman mdlm dan kepakaran.

Tapi bro…. tak real kalau SV yang bagi tajuk….biarlah supervisee yang cari tajuk sendiri…. inikan PhD !

Memanglah PhD, sebab itulah SV perlu berikan hint supaya tajuk yang berpotensi dapat memberikan pengalaman membuat research yang paling OPTIMUM kepada supervisee. Aku hanya cadangkan beri hint… bukan berikan tajuk.

Contohnya…. mencari tajuk yang boleh extent sesuatu dapatan kajian terkini yang tidak mungkin supervisee yang novice exposed kepadanya. Tiada masalah pun utk berikan hint tersebut, dan bolehlah supervisee membuat pembacaan mendalam dan detail mengenainya.

Kenapa lak bro? Kenapa tak suruh jer supervisee cari 10 tajuk dulu?

Boleh…. 20 tajuk pun boleh…… dan ingat…. tajuk bukan dipilih over nite… dan tajuk mestilah mempunyai masalah / isu yang sesuai utk tahap PhD, signifikan dan novel. Tentulah SV ada pengetahuan tentangnya dan memberikan hint tentulah sesuatu yang wajar utk supervisee mulakan langkah.

Tidak sesuai juga jika terlalu byk masa yang terbuang kerana supervisee mencari tajuk demi tajuk demi tajuk….kena sediakan pulak sampai 10 tajuk… sedang masa yang ada lebih productive digunakan utk membuat pembacaan yang mendalam secara fokus kpd sesuatu masalah...

Jgn bimbang, selepas mendapat tajuk dari bantuan SV…. pengalaman membuat research, mengharungi labyrinth dgn segala obstacles… menghadiri konferens, seminar dan menulis artikel akan mematangkan supervisee utk mencari tajuk2 lain utk kajian yang akan datang. No big deal bro !

Bukan semua supervisee bermasalah mendapatkan tajuk, tetapi membiarkan SV yang bermasalah dgn tajuk juga tidak wajar. Malah tiada keperluan pun meminta supervisee menyediakan berpuluh2 tajuk pulak...

Membuat PhD atau master memerlukan langkah permulaan yang betul, guidance yang mencukupi.. the rest and the details perlu dilakukan sendiri oleh supervisee…

Benda ni bukan pelik pun. Proses ini ada kalanya berlaku sebelum lagi supervisee memilih SV. Ramai juga supervisee yang menghubungi potential SV utk bertanyakan kepakaran dan bentuk kajian yang sesuai utk menjadi supervisee kepada SV tersebut.

Aku dulupun menghubungi beberapa Prof setelah meneliti bidang mereka dan meminta pandangan kajian yang berpotensi dan sesuai utk dijadikan kajian... maklumlah sebelum itu aku hanya lah cikgu kimia yg ajar kimia dari buku teks selama17 thn bukannya tahu apa2 tentang kajian animasi dlm pendidikan.

Abis kalau macam tu…. tak yahlah buat PhD… semua nak kena bagi tahu ...

Abis kalau macam tu… tak yah lah ada supervision... kalau supervisee semua dah tahu !
Sekadar bhn berfikir....

OT

Tajuk 817 - 11 sbb kenapa calon PhD / master sbg supervisee mberi makna kpd seorang SV....

1. menambah pengetahuan SV dari pbincangan n pbacaan supervisee thdp bhn2 terbaharu dlm kajian terbaharu supervisee

2. mnambah pengalaman SV dlm proses mbuat penyelidikn bila mbimbing supervisee mhadapi obstacles lalu mjadikannya SV yg semakin baik...

3. mnambah artikel SV dgn signifikan sbg co-author dari dapatan kajian supervisee

4. melengkapkn KPI SV dari aspek supervision

5. supervisee bgraduan membantu promotion SV

6. sebahagian supervisee mjadi RA lalu mbantu research SV dan menulis artikel

7. ada supervisee mjadi clique SV dlm bidang yg sama selepas bgraduate

8. kejayaan hasil kajian supervisee spt dlm exhibition bukan saja menaikkn nama SV malah universiti

9. Siapalah SV (tmasuk aku) tanpa supervisee....

10. Tak ada supervisee.... perlu tak istilah supervisor ... cam sekolah ?

11. Sehebat manapun SV.... biar sampai ke langit ke tujuh.... asalnya dulu adalah seorang SUPERVISEE jua..

Ada sesapa nk tambah lagi ?

OT

Tajuk 816 - Anda masih belum HOT... FIND and FILL your own GAP !

1. Research adalah part and partial kepada penyelesaian masalah yang melibatkan decision making, bermula dari pemilihan masalah yang novel dan signifikan (bukan bermula dgn mencari research gap) sehinggalah kepada penentuan analisis data. Research juga melibatkan analysis, evaluation and akhirnya synthesis utk menunjukkan contribution kepada knowledge dan kesemua ini memerlukan HOT – higher order thinking.

2. HOT tidak muncul hanya kerana anda bergelar PG…. minta maaflah.... dan HOT memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang “comprehensive” yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk tulisan dalam tesis yang mestilah “understandable” bukan sahaja kepada anda tetapi lebih2 lagi kepada readers / examiners.

PG yg baru saja graduated dan dah ada title DR pun belum mjamin cukup HOT... jadi jgnlah terover....

3. Pengetahuan PG tidak comprehensive kerana wujud “knowledge gap” yang ada pada majority PG, ditambah dgn perbagai jargon, terms, konsep, theory, analisis data, yang baru dan alien bagi mereka yang novice ini.

Tak hairanlah jika penjelasan dan rasional yang ditulis oleh PG dalam tesis tidak jelas dan sukar difahami kerana PG sendiri tidak mempunyai pengetahuan yang “comprehensive” utk membuat penjelasan / rasional secara “understandable”.

Aku ambil contoh assumption multivariate outliers yang diukur dgn “Mahalanobis distances” yang perlu dipenuhi dalam analisis MANOVA. Bagaimana PG dapat jelaskan konsep ini jika tidak terlebih dahulu membuat pembacaan untuk mengetahui dan memahami aplikasinya spt yang diperlukan dalam research?



4. Jadi bayangkanlah bila PG diawal2 semester yang dirinya sendiri penuh dgn “gap” disuruh pula mencari “research gap” yang pada aku bukan satu keperluanpun.... ditambah dgn definisi "research gap" yg serba kabur dan kelam kabut…. mana tak PG melilau dan meraban ke sana ke mari... .

5. Pembacaan jurnal secara sistematik, bermula dgn pembacaan abstract dan pengumpulan artikel yang releven.... diikuti dgn snowball akan mendedahkan sedikit demi sedikit gap pada diri PG... dan gap ini hendaklah dipenuhi dgn pembacaan tambahan dari pelbagai sumber, workshop tanpa terlalu bergantung kepada coursework yang bersifat umum...

6. Oleh kerana research sentiasa berkembang…. terbukanya pelbagai bidang baru… extension dan evolving, dari segi theory dan industri... bukan sahaja PG yang mempunyai knowledge gap, SV juga berkemungkinan mempunyai situasi yang sama.

7. Gap juga wujud jika expert hanya tahu pendekatan quanti tapi tak kuasai pendekatan quali atau sebaliknya sdg kedua2nya ada keperluan malah sering digabungkn.

Tentu besar gap bila seorang expert dlm sesuatu bidang bkata tak kuasai quanti... tak tahu nk analisis itu dan ini... maka tpaksalah PG mendptkn expert lain pula...

Bukankah ini juga satu gap?

Tarik nafas....

Research diperlukan utk mengembangkan knowledge dan perkembangan ini akan menjadi sukar jika PG sendiri memiliki pelbagai gap !

Fill your own gap bro !

OT

Tuesday, December 8, 2015

Tajuk 815 - Anda baru dalam dunia PG? 5 tips pembuka langkah !

Pertama: Kaji tesis terdahulu
Jika anda baru dalam dunia PG…. ketahuilah, apa yang ada dalam kepala anda tidak penting. Apa yang penting adalah apa yang anda tulis dlm tesis anda.
Tesis adalah segala2nya dalam dunia PhD. Maka eloklah yang masih baru, meminjam 3, 4 thesis dalam bidang kajian yang sama dgn anda…. berkenalan dgn format, heading-heading utama, cara menulis in-text citation, direct quotation, jadual, rajah, mendapatkan feel terlebih dahulu. Elakkan kesalahan bodoh (silly mistakes)... takut penulisnya juga dianggap tak brapa nak cerdik.

Teliti juga cara penulisan LR dan bagaimana ayat2 disintesis. Luangkan masa, 2, 3 hari membaca sambil meneliti semua aspek tersebut, supaya kurangkan kesilapan ketika mula menulis.

Kedua: The sense of urgency 
Sebagai calon master / PhD, wpun baru 1st semester... anda perlu ada perasaan “the sense of urgency” bukan “ the sense of last minute". Perasaan the sense of urgency akan menyebabkan anda merasa sgt bergantung kpd keperluan menyiapkan tesis dgn cepat.... sementara the sense of last minute cuba memberikan anda justifikasi.... lambat2 pun siap juga.... macam orang lain.
Percayalah...anda tak layak membuat thesis jika ada tak ada perasaan the sense of urgency ini... sebab PhD tak sesuai utk mereka yang kaki lengah, atau kaki tergedik2 tapi kerja tak jadik.

Ketiga: Kena berlagak! 
Bila anda dapat sikit jer pengetahuan baru atau bila dah buat progress spt berjaya kumpulkan journal dll…. kena menunjuk2…. dengan tujuan baik. Masukkan dalam fesbuk dan beritahu kawan2 anda yang anda telahpun dapat buat sekian2 sebagai satu trick anda memaksa diri anda meningkatkan apa yang anda dah capai.

Bila dah capai sasaran... war2 lagi sasaran baru..... biar sentiasa ada pressure utk anda sendiri mcapai sasaran baru sbb dah diwar2kan... org kampung semua dah tahu.... itu motifnya...... dan biar kawan2 anda terlopong kehairanan melihat cepatnya progress anda, dan dalam masa yang sama envy utk meniru anda!

Keempat: Jatuh cinta buat kedua kali
Buat PhD kena jatuh cinta dgn dunia research. Apa rasa bila jatuh cinta? Katalah anda nak baca 10 pages buku statistics Andy Field untuk fahamkan multiple regression, setakat 10 pages tu macam terasa baca 1 page jer…. malah masa 2 jam memahaminya spt 2 minit ! Tak sabar2 lagi nak tahu bab2 yang lain pulak… macam benci tapi rindu ! Itu baru bercinta... soo sweet ! Kalau 2 minit terasa 2 jam… itu benci sebenci2nya ! Menguap jerlah kerja kau wpun baru bangun tido !
Kelima: Blok masa / hari

Blok masa yang mencukupi utk baca dan tulis. Saya cadangkan anda luangkan masa contohnya satu hari 6 jam straight dgn bbrp break sekejap... (bolehlah jeling fesbuk kejap) membaca dan menulis bukannya 1, 2 jam utk 3,4 hari. Katakan anda sibuk.... maka selesaikan urusan anda dahulu, katakan Isnin sampai Rabu. So pastikan hari khamis dan Jumaat anda benar2 free utk berada di library atau dimana sahaja yang conducive untuk 6 jam.

Tidor awal, pastikan anda ceria dan bersemangat. Anda boleh gunakan 2 jam tersebut utk mengumpul articles sahaja... then 4 jam lagi sediakan OTMF dari abstrak yang dibaca…. Ini bagi memastikan anda dapat satu kuantiti penulisan yang komprehensif dan flow.... berbanding 1, 2 jam x 3 kali, yang terencat2...kadang kurang produktif tapi jk anda memang free sokmo sebab full time student....buatlah hari2.... anda akan lebih mudah mengaitkan idea2 yang anda baca.

Cubalah….sebab apa yang aku tulis adalah sebahagian pengalaman aku sendiri...

OT

Tajuk 814 - Validate isu kajian anda sendiri.

Sesuatu yang detail perlu bermula dgn suatu asas yg kukuh. Bagi PG yang baru memulakan pencarian isu yang sesuai utk dikaji, sebagai permulaan cuba buat empat langkah berikut bagi memastikan isu dipilih mempunyai asas researchable dan valid utk didetailkan.

Ini bermakna, anda tidak perlu membaca sampai 1000 artikel hanya utk mendapatkan isu … tapi bacalah current articles… dan tak mustahil hanya dengan glance thru beberapa artikel semasa dari leading journal , anda dah boleh menjangka isu yang baik utk kajian anda.

Jgn takut, jika ada isu yang dijangka sesuai, rujukan lain boleh anda lakukan dgn keywords dari isu tersebut, juga secara snowball dari citation dalam artikel yang anda baca. Ketika ini bacalah sebanyak yang diperlukan utk menguasai aspek teori dan kajian lepas…

1. Pertama – Bidang yang khusus
Pastikan anda tahu sempadan bidang anda, jgn main baca jer semuanya….
Contoh:
Anda berminat mengkaji aspek pengajaran dan pembelajaran dalam kimia. Ini bidang yang anda perlu focus, maka focus dulu kepada jurnal dalam bidang kajian anda, jgn meraban sampai ke jurnal2 yang tak berkaitan dgn bidang berikut:
- Pendidikan sains
- Pendidikan kimia

2. Kedua – Isu
Cari beberapa isu terkini dalam bidang kajian then fikirkan juga novelty dan signifikan. Jgn selepas dapat data dan dah nak abis menulis baru nak fikirkn dua aspek ini.... mati oooo….

Contoh:
Katakan hasil pembacaan bbrp artikel terkini wpun dari abstractnya sahaja ... anda mula berminat dgn isu kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) dalam sains tetapi ingin mengujinya dalam subjek kimia organic yang nature nya berbeza dari subjek sains yang lain.


3. Ketiga – Novel dan signifikan
HOTS dalam pendidikan sains berasaskan pemikiran aras tinggi (aplikasi, analisis, sintesis) tetapi kajian dalam pendidikan kimia organic pula sering menekankan keperluan kemahiran spatial ability dalam memahami mekanisma tindak balas organik.

Novelty:
Kajian melibatkan integrasi HOTS dgn kemahiran spatial ability dlm kimia organic. Anda boleh saja ringkaskannya sebagai HOT-SA (Higher Order Thinking – Spatial Ability). HOT-SA inilah novelty kajian anda.

Signifikan:
Dapatan kajian akan menambah pengetahuan dan pemahaman scholar (guru / penyelidik / pensyarah) dalam bidang pendidikan sains / kimia terhadap HOT-SA, malah membuka ruang kajian baru utk mengesahkan lagi HOT-SA.

3. Ketiga – Objektif kajian
Kajian ini dijalankan bagi menguji tahap spatial ability dan kesannya terhadap pencapaian pelajar yang diajar dgn HOT-SA berbanding hanya dengan HOTS. Anda boleh membina theoretical framework dgn HOTS dan conceptual framework dgn HOT-SA

4. Keempat - Persoalan kajian
Adakah terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar yang didedahkan dengan kemahiran HOTS berbanding pelajar didedahkan kepada kemahiran HOT-SA?
Ini adalah soalan kajian asas dahulu yang membolehkan kajian anda dianggap researchable. Soalan kajian lain boleh dibina selepas mdalami pbacaan dan mdetailkn lagi kajian anda.

Kesimpulan:
Empat langkah diatas sekadar panduan supaya anda tidak terus terusan membaca tanpa tujuan dan sesuaikan dgn bidang kajian masing2….
Senang2 scholar yg tahu HOTS nk tahu amende pulak HOT-SA dan bila present paper sure penuh audiences.... wa cakap lu....

"OT" - tetap ada dalam HOT-SA !

Tajuk 813 - Biar betul... buat research kerana memantapkan kajian terdahulu?

Aku nak sentuh pendapat bahwa kajian PhD / Master dijalankan bagi memantapkan kajian terdahulu. Pemantapan ini katanya boleh dilihat antaranya dari limitasi kajian lepas atau lain-lain kelemahan yang boleh dikenalpasti.

Aku ingatkan hanya ada versi “filling the gap” yang meminta pelajar membaca sampai ribuan artikel utk mencari gap sampai jumpa rupanya ada versi lain lagi – mencari kekurangan kajian lepas untuk dimantapkan.

Aku kupas skit jerlah...

1. Pertama:
Knp perlu mencari “kelemahan” kajian lepas... membaca limitasi kajian lepas... kununnya terdapat kelemahan disitu... sdg limitasi bukanlah satu kelemahan. Aku tak tahu dari mana pendapat yg mengatakan limitasi itu satu kelemahan.

Limitasi diperlukan utk memberi skop kajian, supaya kajian tersebut menjadi “kuat” utk mewakili generalisasi dapatan kajian dalam skop yg telah ditentukan. Tidak ada kajian yang tidak ada limitasi… wpun tidak dinyatakan dengan explicit.

Membuat sampling (bukan mengambil populasi) itupun satu contoh limitasi. Adakah semua kajian itu lemah kerana ada limitasi sedang kajian yang bakal anda jalankanpun wajib dinyatakan limitasinya.

2. Kedua:
Kajian lepas khususnya yang diambil dari jurnal high impact atau quartile Q1 lazimnya adalah kajian yang baik, malah dihasilkan dgn teliti oleh expert, lalu di review secara strict oleh editor yang juga expert. Maka kajian sebegini dianggap terbaik dalam mencapai apa sahaja objektif yang ditentukan dalam skop kajian tersebut.

Jeng… jeng… jeng… tiba2 diminta calon master / PhD yang serba novice atau lansung tidak pernah membuat research dan menerbitkan artikel utk mencari kelemahan kajian tersebut.... emmm

3. Ketiga:
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji suatu isu yang kritikal dan current… bagi mendapatkan satu penjelasan dari dapatan kajian dengan menjadikan kajian lepas sebagai asas pengambilan teori yang sesuai dan pemilihan variables yang boleh membantu menjawab soalan kajian dgn baik. Mana perginya tujuan ini jika yang dicari bukannya isu, tetapi kelemahan kajian lepas?

4. Keempat:
Jika kajian lepas itu ada kelemahan.. apa pula jaminan bahawa kajian anda yang kununnya utk memperbaiki kelemahan kajian lepas tersebut, bebas dari kelemahan ? Silap2 hari bulan, masa present proposalpun dah tak lepas…. punyalah lemah…. tak haru ke?

Kajian yang lemah adalah kajian yang tidak menggunakan teori yang appropriate… atau reka bentuk kajian (dari pemilihan sampel, instrumentasi, prosidur kajian, analisis data dll) yang juga tidak appropriate.


Contohnya, tiada prosidur dlm kajian experimental yang mengawal interaction effect antara kumpulan, sehingga dapatan kajian sukar dipertahankan. Ini lazim terjadi kepada artikel dari jurnal yang tidak direview secara strict dan bukan diterbitkan dalam jurnal high impact yg berwibawa. Jadi sengaja pula mencari kajian dalam jurnal sebegini utk mencari kelemahan, hanya akan merendahkan kecerdikkan anda sahaja.

5. Kelima:
Setiap artikel yang berjaya diterbitkan dalam jurnal yg berwibawa, adalah sesuai dgn tujuan / objektif kajian yang telah ditentukan oleh skop dan keperluan ketika kajian tersebut dijalankan. Tak yah lah anda nak jadi reviewer 2015 bagi mencari kekurangan artikel yang telah direviewed dan diterbitkan pada tahun 2000 pulak, lalu cuba menjadi hero untuk memantapkan kekurangan ini. Baik anda review artikel2 terbaik semasa lalu cuba menjawab persoalan “what else need to be done?"

Ini termasuklah keperluan revised instrument bagi menyemak semula konstruk yang telah terlalu lama digunakan (yang sesuai ketika kajian lepas), menguji model fitness, menghasilkan prototype menggunakan ciri semasa, mengintegrasi teori2 yang digunakan dalam kajian lepas dll.
Besar kemungkinan kajian lepas bukan “overlooked” perkara ini sehingga menjadi satu kelemahan, tetapi apa yang dibuat adalah sesuatu yang memang sesuai dgn keperluan ketika itu.

6. Keenam:
Kalaupun terjumpa satu article yg "lemah"
maka ini bukan sbb anda perlu buat kajian anda.... memang lemah sungguh alasan anda. Itu maybe satu kajian lemah yg ntah sapa2 yg buat... byk lagi kajian yg dlm bidang yg sama yg ok. Tak faham aku knp pelajar diminta cari apa yg xder.. apa yg lemah dll.... sedang yg patut difahami utk kajian adalah argument semasa yg hot yg crucial dlm bidang masing... yg mjadi isu utk dikaji...

7. Ketujuh:
Berbaliklah kepada tujuan asal kenapa kajian diperlukan iaitu utk memberi peluang anda menguasai sesuatu bidang (dgn baca, faham dan review kajian lepas) dgn lebih mendalam melalui satu kajian yang dapat membantu anda dan scholar dalam bidang anda memahami sesuatu isu yang ada urgency dan signifikan dgn lebih baik, komprehensif.

8. Kelapan
Kajian yang baik, bukanlah kajian yang menampung “kelemahan’ kajian lepas, tetapi kajian yang baik ukt PhD / master antaranya mempunyai kriteria:
a. Menyatakan isu / masalah kajian yang jelas, ada urgency, novel dan signifikan
b. Memformulasi soalan kajian / hipotesis yang explicit bagi menjawab isu yang dikaji
c. Mempunyai reka bentuk kajian yang sesuai bagi menjawab soalan kajian / hipotesis
d. Mengupas kajian lepas secara kritis, bagi menggambarkan pemahaman anda yang menyeluruh terhadap kajian yang anda akan jalankan dgn disokong oleh teori yang mantap

OKlah….

OT

Tajuk 812 - Thesis, Argument, Thesis statement…kena baca 1000 artikel?

Kenapa tak melangkah awal dgn focus dan bergaya !
Post ini xakn muncul dimana2...

1. Pertama: Intro
Kenapa bila nak buat kajian master / PhD, lafaz pertama yang sering terpacul adalah “find a research gap” atau “strengthen the previous studies” atau “look for something that has not been done before” dan lafaz ini berkemundang sampailah ke viva seolah2 inilah keperluan asas membuat research dan menulis thesis. Lafaz ini tidak salah tetapi sayangnya lafaz ini spt telah menjadi lafaz turun temurun dgn pemahamannya terserah kepada siapa yang melafazkannya.

Aku sendiri banyak menulis pasal ini sebab aku pun diajukan pelbagai soalan tentang gap… akhirnya aku berpendapat bahawa “gap adalah sesuatu yang diada2kan” utk membantu pemahaman tentang keperluan membuat research tetapi akhirnya dimomok2an melebihi keperluan memahami maksud dan keperluan “thesis”.

Maka terdengarlah gesaan mencari dan membaca sehingga 1000 artikel jika masih lagi tak ketemu “gap”, malah “kalau tak menangis” belum lagi cukup baik utk menjumpai “gap”.. baca.. baca dan baca lagi... hingga jadi satu trade mark... begitulah sukarnya buat phd.... benarkah begitu?

2. Kedua: Definisi gap
Aku dah buat satu experiment ringkas… bertanyakan definisi “gap” maka terpacul lah berbagai2 definisi yang entah datang dari mana. Ada yang bermulanya dengan “agaknya…. “ dan ada yang mengakhrinya dgn “…. kot” dan ada yang menyatakan “itulah knowledge gap….” tanpa mendefinisikan terlebih dahulu “apa itu research gap” sehinggalah kepada jawapan yang bukan jawapan spt “gap tulah research question” dan “gap itulah yang kita cari utk buat LR”

Namun jawapan terpopular adalah “something is missing / not been done” maka berduyun2lah pelajar mencari sesuatu yang “tak ada” dalam kajian lepas… makin byk dibaca… makin sempitlah peluang menjumpai apa yang “belum dibuat lagi..” dan jika “ditemuilah” apa yang “tak ada tersebut perlu menjawab soalan tambahan:

a. Adakah gap tersebut ”benar2 satu yang tak pernah dibuat”?

b. Adakah gap tersebut cukup “dalam” utk menjadi gap satu kajian peringkat master dan “lebih dalam lagi” utk peringkat PhD? Klu tak cukup "dalam"... silalah dalamkan lagi..... perghhh!

3. Ketiga: Apa pula thesis?
Soalan pertama yang patut terpacul dalam benak fikiran semua yang terlibat dalam dunia pascasiswazah dan sebelum buat research dan menulis thesis:

a. Apa itu tesis?
b. Kenapa dinamakan tesis? 
c. Kenapa menghantar dissertation master / PhD itu juga disebut thesis submission?

Thesis merujuk kepada satu argument untuk diuji / kaji/ analisis / revised melalui satu kajian. Argument atau claim (dakwaan terhadap sesuatu isu yang dibahas dalam sesuatu bidang) ini mestilah berasaskan teori dan boleh dikaji dgn membina hipotesis / soaan kajian. Tesis ini selepas dikaji mestilah menyumbang sesuatu kepada knowledge yang signifikan.

Contoh dakwaan (argument) umum dalam sesuatu bidang:
A. Pendidikan:
Timbul perbahasan keberkesanan operasi VLE Frog (LMS peringkat sekolah) dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran sesuatu mata pelajaran.

B. Multimedia:
Pembinaan courseware peringkat sekolah perlu disemak dan diuji dengan memasukkan element permainan computer bagi meningkatkan minat pelajar menggunakannya.

Dua contoh dakwaan di atas boleh sahaja perolehi dari beberapa sumber antaranya:
a. Perbahasan dalam isu semasa yang diperolehi dari perbagai sumber / media
b. Perbahasan dalam artikel-artikel jurnal semasa
c. Disebut dan dikupas oleh pakar-pakar
d. Menjadi tema-tema utama dalam conference

4. Keempat: Thesis statement
Oleh yang demikian, terdapat universiti meminta pelajar terlebih dahulu menyediakan tesis kajian dalam bentuk “thesis statement’ (TS) sebelum menyediakan proposal supaya dapat dinilai tahap thesis yang dicadangkan.

Apa itu TS?

“A sentence or paragraph that summarizes the ARGUMENT / claim / debatable issue you plan to make in your thesis, as well as the SUPPORTIVE evidence you plan to use to back up that argument on a specific TOPIC ”.

Maka TS mengandungi 3 element
a. Argument – debatable issue
b. Supportive evidence – theory 
c. Topic - scope



TS menyediakan argument yang akan anda detailkan dalam LR utk anda terokai melalui soalan kajian / hipotesis yg bakal anda kaji utk mendapatkan jawapannya. Anda boleh membina TS baru berasaskan argument yang telahpun dikaji jika wujud keperluan baru utk menguji argument tersebut dari aspek berbeza.

Dari segi undang2…. beban pembuktian perlu dibuat oleh yang mendakwa dan dalam kes ini, kajian perlu dilakukan utk membuktikan dakwaan / argument anda. Oleh itu tidak boleh ada perkataan yang kabur dalam TS, semuanya mesti setepat dan sejelas yang boleh, supaya mudah dikaji dan dibuktikan pendakwaan tersebut.

Selepas anda siapkan TS anda, cuba jawab sendiri soalan ini “Why scholars care about it?”. Ini bagi memastikan TS anda signifikan utk dikaji.

Contoh TS: 
Anda mengikuti perkembangan mobile application (App) dan sebagai guru kimia, anda membaca artikel2 dan mendapati App banyak dibina dalam pelbagai bidang, tetapi perkembangan ini belum mendapat tempat di dalam pendidikan, khususnya pendidikan sains. Anda percaya (berdasarkan kajian2 App pelbagai bidang) akan potensi App jika dibangunkan dalam pendidikan sains.

Maka tercetuslah satu argument yang anda tulis sebagai TS:
“The use of mobile application in teaching chemistry (topic) has a potential to enhance students’ conceptual understanding (argument / debatable claim); therefore a specific mobile application based on constructivist theory should be developed and implemented (supportive evidence) in teaching electrochemistry”.

TS anda mestilah ada 6 element:
a. ada measurement, analysis, interpretation, explanation
b. signifikaan - boleh menjawab soalan “Why scholar care about it?”
c. mempunyai theory – utk LR and the basis of your argument.
d. mempunyai scope – not too broad .
e. researchable – boleh dapat data dari instrument
f. novelty – what else need to be studied - unik dan contribute to knowledge

Maka, 6 elemen di atas memerlukan jawapan, lalu anda perlu mula membaca dan meneliti kajian lepas dari sumber terbaik (high impact journals), mulai dari leading international authors hinggalah kepada author2 local bagi melihat dakwaan tersebut dari perspektif local.

5. Kelima- Kesimpulan
Maka aku ingin nyatakan disini…. Jika aspek tesis dan thesis statement ini yang ditekankan, tidak timbul sampai “perlu menangis” atau mencari so called “gap” atau membaca sehingga ribuan artikel atau baca lagi... baca lagi... baca lagi... tanpa tujuan yg khusus.... malah menyorot sehingga kurun 15 !!

OT

Tajuk 811 - TIGA CARA INSERT CITATION DLM TEKS !

Aku menulis ni sebab ada yg masih bertanya....

1. Pertama - permulaan ayat
Dipermulaan ayat seperti “Ali (2000) menegaskan…” atau “Dalam kajiannya Ali (2000) menjalankan tinjauan …”

Idea yang dipetik adalah idea / penyataan / kajian / statistik yang dikaitkan secara lansung dgn author.
Nama author dipermulaan ayat menjadi sebahagian dari ayat tersebut kerana hanya tahun sahaja dalam bracket yang menunjukkan kuatnya hubungan antara petikan dgn author. Ini termasuklah pernyataan tentang kajian yang dijalankan oleh author, idea asal yang dimiliki author atau sebarang emprikal evident milik author. Nama author (tahun) akan diikuti dgn ayat yang dikaitkan SECARA LANSUNG dengan author tersebut seperti berikut (perhatikan huruf besar):

a. Osborne and Cosgrove (2000) INVESTIGATED children’s misconceptions about phenomena associated with water and specifically children’s concepts regarding the changes of state of water.

b. Cohen and Kagan (2001) USED the term misconceptions to refer to children’s attempt to integrate new and old understandings.

c. Tirosh (2000) SUGGESTED that teacher education programs should familiarize teachers with children’s common misconceptions and the effects on their learning as this would assist them with their teaching.

d. Smith’s (2003) research AIMED to find out if children’s misconceptions interfered with science learning.



2. Kedua - tengah dan akhir ayat
Di akhir (juga pertengahan) ayat seperti “…… (Ali, 2000).” atau “…… 
sains (Ali, 2000) dan sejarah (Siti, 2001) dalam sistem pendidikan negara”.
Idea yang dipetik adalah idea / pernyataan yang dihurai / dikembangkan oleh author dari idea yang juga dipetik oleh author dalam bidang kajian yang sama.
Jenis kedua ini, author dan tahun berada dalam bracket dan tidak menjadi sebahagian dari pernyataan kerana idea yang dipetik adalah idea dalam bidang kajian yang hanya dikembangkan oleh author, bukan idea asal dari kajian atau kepunyaan author. Idea tersebut dikaitkan SECARA TIDAK LANSUNG dgn author. Lihat contoh berikut:

a. On entering formal education children already have many scientific ideas, based on these early experiences that may be partially formed or scientifically inaccurate (Johnston & Gray, 1999; Treagust, 2000).

b. Children have ideas about the changes of state of water but these ideas are quite different from the views of scientists and they can be influenced in unintended ways by science teaching (Osborne and Cosgrove, 2000).

c. School science is not about providing the answers to all the questions that children might have. It is about reaching possible conclusions by exploring relationships and explanations between ideas and events and it is essentially about understanding (Devereux, 2000).

d. In this way children will be assisted in developing scientific ideas which will make sense and will be connected to their everyday lives (Russell & Watt, 2002).

3. Ketiga - cacamarba !
Wbmpun ada juga artikel yang menulis citation ikut suka hati ...mana yang depan dan belakang tidak diambil kesah, ikut sedap tangan menulis jer. Kenapa?

Maybe tak ada sapa yang bagi tahu dan tak nak ambik tahu ! Itu yang kalau baca tesis pelajar sikit-skit "According to..... " pastu "According to... " lagi dan lagi.... ntah apalah yang "According to..."

Jadi anda nak ikut yang mana satu?

OT

Tajuk 810 - variables, construct, observable, unobservable ....

Benda simple yang boleh tergeliatkan otak anda !
Variable, construct, direct, indirect measurement, observable dan unobservable...

Sebagai orang sains, aku sejak dulu tergeliat otak bila membaca perkataan2 di atas yang ditulis berbelit2... dan bertindih2... perghhh

Maka aku cuba bro... utk tulis semula perkataan di atas bagi membetulkan otak aku yang tergeliat sebab orang sains straight to the point, bagi susun molek2...

Ada 3 perkara yg sering diukur dalam research....

1. Pertama - Variables yang diukur SECARA LANSUNG (observable)
i. DIRECT measurement (observable) guna instrument (spt dalam kajian sains) utk ukur variable spt berat, jarak, tinggi, suhu dll. Maksudnya selepas ukur terus boleh observe nilai pada instrument yang mewakili ukuran yang dibuat
ii. DIRECT observation spt variable warna (lihat jer dah tahu warna apa)

2. Kedua - Variables yang diukur SECARA TIDAK LANSUNG (unobservable)
i. INDIRECT measurement (unobservable) spt guna qnaire utk tahu variable spt umur, pendapatan, status perkahwinan (sebab tu orang tak boleh agak dgn tepat umur aku... !!)




3. Ketiga - Construct (mesti ada operational definition) yang diukur SECARA TIDAK LANSUNG (unobservable).
i. INDIRECT measurement (unobservable) guna test item utk ukur construct spt IQ, EQ, knowledge (guna score)
ii. INDIRECT measurement (unobservable) guna qnaire utk ukur construct spt kepuasan, persetujuan, tahap kemahiran, amalan (guna ranking)

Perhatikan perkataan:
direct = observable
indirect = unobservable

Kalau masih tak clear jugak... sah otak anda terlajak tergeliat !

OT

Saturday, November 28, 2015

Tajuk 809 - Tesis cepat tak ada kualiti dan tak matang?

Berikut pernyataan yang selalu aku terima dari calon2 PhD...

“Thesis yang siap cepat selalunya kurang berkualiti”

Ye ke?

Pertama: Lambat atau cepat?
Ini logic yang kurang tepat. Kualiti thesis lebih logic dikaitkan dengan (i) isu yang dipilih yang ada urgency, significant dan novel (i) LR yang kritis (iii) ketepatan / kesesuaian pemilihan research design, termasuk analisis data (iv) perbincangan yang menyeluruh… bukan cepat atau lambat.
Maka, tentulah kurang sihat, kalau ada calon PhD yang pilih “lambat” berbanding “cepat”... sbb itu ada gesaan utk GOT - got it ? Ini bukan mcm makan sahur.... lagi lambah lg byk pahala.

Kedua: Matang?
Apa yang matang dan tak matang? Umur atau isi thesis? Kalau umur tentulah dah terlajak matang, maka tentulah yang matang tahu menyediakan isi yang juga matang. Apa pulak isi yang matang tu. Tentulah berbalik kepada yang pertama di atas.

Ketiga: Had masa
Kenapa PhD ada had masa – dulu 4 tahun, sekarang 3 tahun. Ini kerana keperluan asas menyediakan thesis yang matang adalah artikel dan buku2 yang berkualiti, yang jauh lebih mudah diperolehi sekarang.

Kalau dulu, 30 artikel perlukan 3 bulan, sekarang maybe 3jam….3 hari atau 3 minggu jer. Kalau ada budget, 30 minit pun boleh dapat artikel tersebut. Yang tak dapat, boleh pula minta library carikan atau minta dari sumber lain termasuk kawan2 di obersi. Dulu mana ada Mendeley… now semua dah online.

Setakat buku… kalau library xada, AMAZON sedia menunggu. Buatlah sedikit pelaburan. Boleh saja share sesama kawan2.

Contoh mudah buku Discovering Statistics with SPSS (Andy Field) satu buku yang lengkap dan awesome… mudah dfahami berharga 58 Pound = RM377 sedang yg ada biasiswa dapat lebih dari itu, malah boleh beli lagi beberapa artikel yang power2…. Bacalah 100 buku statistics social science yg lain... xsama dgn 1 buku Andy Field !

Jadi bacalah artikel dan bahan berkualiti... sehingga memahami dan mampu memberikan argument yang baik.... bukan mesti baca sampai ribu2... takut makin kelabu...

Keempat: 
Kalau bermula lewat, mana nak sempat matang. Sebab itu, aku suruh mulakan bacaan, penulisan wpun belum mendaftar lagi. Dulu mana kelas SPSS, AMOS, PLS, Atlas.ti di IPTA mahupun diluar IPTA utk analisis data, so joinlah mana2 yang patut seawal semester 1.

Xtahu mana satu nk ikut? Tulah... ada FB penuh gambar selfie... dari hujung tudung sampai hujung kaki... cerlah tanya kawan yg dah graduasi...

Ingat bro.... anda mungkin abiskn 3 bulan tak faham2 sesuatu yg boleh anda kuasai dlm sehari dgn hadiri bengkel ! Kalau tunggu, bilanya nak matang… yg lelaki tu jgn pula cari alasan nk tunggu wife abis pantang !

Yang dah daftar, boleh saja bermula esok harinya. Kenapa tunggu abis 1 semester baru nak mula…. Lambat bermula bukan bermakna matang.

Kelima:
Segala2 bermula dgn proposal yang baik... jadi belajarlah camner nak buat proposal. Paling tidak, ada 5, 6 proposal dalam bidang yang releven…. dan kalau dapat thesis lagi baik. Baca dan familiarize dan dapatkan idea, format dll utk menyediakan proposal.

Semua ni boleh pinjam di pusat sumber jabatan / library masing-masing. Kalau tak mula menulis, bila nak matang? Kalau main trial-n-error… tanpa panduan… ini bukan menjamin kualiti… ini menjamin anda memanjang jer tak reti !

Keenam:
MS Word tu word processor… berdesup boleh tulis thesis. Abis kalau dah guna Word pun macam typewriter electric… nak guna navigation xtahu…. split xtahu… cross-references xtahu… break page xreti… style xtahu…. Insert caption tak reti… nak customize TOC xtahu…. Grouped object xtahu…. yang tahu adalah menaip macam ayam patuk beras…. oghe kato boleh mampus keras !

Ketujuh:
Kalau nak edit pulak…. berpusing2 macam gasing… sampai pening sedang yang nak edit tu simple jer tapi jadi bersimpul-simpul ! Ini bukan matang… ini dinamakan ……. (maaf idea xdatang)

Kelapan:
Kalau dah 5, 6, 7 tahun tak siap2…. Itu aku fikir bukan matang…. itu trang tang tang…
Ini xtermasuk yg lambat siap kerana ditimpa musibah.. instrument meletup... sakit..... SV pindah uni.... yg kes cenggini.. kita simpati...

Kesembilan:
PhD hanya permulaan utk matang. Teruskan buat research... sampai tahap Prof... dan expert.... tapi percayalah ... tiada noktah pd istilah matang dlm dunia research kerana sifat knowledge yg terus bkembang...

Ke10
Itu jer nak tulis sebelum aku tido… maaf kalau tajuk post ni tak berapa nak kena.... sebab tajuk tu untuk orang2 yang matang ... oppsss... wife dah datang.... minta ditatang.... bye

OT

Tajuk 808 - Research Gap.... pulak dah >

Disatu meja disebuah cafe di Canselori.... berlaku perbualan berikut yang bicarakan research gap spt definisi dalam photo. Tqvm yang berikan definisi tersebut....

X: Adakah ini bermakna kajian yang dibuat wpun telah diterima dan published dalam artikel masih ada kelompongan sana sini.

Y: Aah.... kelompongan tu apa yang kajian lepas tu tak buat lagi.

X: Mana u tahu apa yang tidak dibuat lagi?

Y: Sebab tu kena baca sampai 1000 artikel baru tahu, kat mana kelompongan tu...

X: Camner nak cari tu... sampai 1000 artikel nak baca?

Y: Yang itu pandai2 sendirilah.... bacaaaaa jer.. baca dan baca dan baca.... sampai cukup.... sampai jumpa kelompongan, yang tak dibuat lagi..

X: O... camtu plak.... abis kalau cari yang tak dibuat lagi… macamana u nak tulis LR kalau yang u buat tu belum dibuat lagi?

Y: Bukanlah macam tu…. maybe dah dibuat tapi kita buat pulak dalam konteks berbeza….

X: Hah? Dah ubah pulak definisi kelompongan? Iskhh.... kenapa pulak u nak buat konteks yang berbeza?

Y: Sebab itu tak dibuat lagi?

X: Tu jer sebabnya? Ic....

Y: Aah.... kadang2 bukan saja ubah konteks…. maybe guna variable yang tak digunakan lagi.

X: Memanglah kajian lepas tak guna, sebab mereka guna apa yang berkaitan dgn kajian mereka sahaja, apa kena mengena dgn variable lain. Kenapa pulak u nak guna variable yang lain?

Y: Kita ubahlah kajian sikit dan guna variable lain.

X: O… maksudnya kelompongan tu yang kajian lepas tak buat macam tu…. memanglah dia buat kajian yang dia buat tu, sampai published… tentulah dia tak buat apa yang u fikir u nak buat. Ini bukan kelompongan, ini u saja nak ubah2…tak yahlah susah2 nak baca sampai 1000 artikel

Y: Ala u tak faham maksud research gap tu…

X: Abis signifikan dan novelty camner pulak?

Y: Kalau dah jumpa gap macam ubah konteks dan variable… itulah kajian yang signifikan dan ada novelty yang bukan duplikasi..

X: Setakat tukar konteks… atau setakat guna variable lain ada jaminan ke signifikan dan novel, atau publisable?
Bagaimana pulak jika ada isu semasa yg terkini dan terhangat berlaku dalam bidang kajian u.... nak kena cari kelompongan dulu jugak ker? Kena baca 1000 artikel dulu ker?

Atau jika ada keperluan utk revised instrument pulak... itu pun kena baca jugak ke 1000 artikel dan cari kelompongan dulu?

Y: Alamak.... susah lah nak explain dgn U ni…

X: Kenapa susah nak explain?

Y: Kalau senang bukan PhD namanya…

X: Pulak dah ?

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...