Aku nak sentuh pendapat bahwa kajian PhD / Master dijalankan bagi memantapkan kajian terdahulu. Pemantapan ini katanya boleh dilihat antaranya dari limitasi kajian lepas atau lain-lain kelemahan yang boleh dikenalpasti.
Aku ingatkan hanya ada versi “filling the gap” yang meminta pelajar membaca sampai ribuan artikel utk mencari gap sampai jumpa rupanya ada versi lain lagi – mencari kekurangan kajian lepas untuk dimantapkan.
Aku kupas skit jerlah...
1. Pertama:
Knp perlu mencari “kelemahan” kajian lepas... membaca limitasi kajian lepas... kununnya terdapat kelemahan disitu... sdg limitasi bukanlah satu kelemahan. Aku tak tahu dari mana pendapat yg mengatakan limitasi itu satu kelemahan.
Limitasi diperlukan utk memberi skop kajian, supaya kajian tersebut menjadi “kuat” utk mewakili generalisasi dapatan kajian dalam skop yg telah ditentukan. Tidak ada kajian yang tidak ada limitasi… wpun tidak dinyatakan dengan explicit.
Membuat sampling (bukan mengambil populasi) itupun satu contoh limitasi. Adakah semua kajian itu lemah kerana ada limitasi sedang kajian yang bakal anda jalankanpun wajib dinyatakan limitasinya.
2. Kedua:
Kajian lepas khususnya yang diambil dari jurnal high impact atau quartile Q1 lazimnya adalah kajian yang baik, malah dihasilkan dgn teliti oleh expert, lalu di review secara strict oleh editor yang juga expert. Maka kajian sebegini dianggap terbaik dalam mencapai apa sahaja objektif yang ditentukan dalam skop kajian tersebut.
Jeng… jeng… jeng… tiba2 diminta calon master / PhD yang serba novice atau lansung tidak pernah membuat research dan menerbitkan artikel utk mencari kelemahan kajian tersebut.... emmm
3. Ketiga:
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji suatu isu yang kritikal dan current… bagi mendapatkan satu penjelasan dari dapatan kajian dengan menjadikan kajian lepas sebagai asas pengambilan teori yang sesuai dan pemilihan variables yang boleh membantu menjawab soalan kajian dgn baik. Mana perginya tujuan ini jika yang dicari bukannya isu, tetapi kelemahan kajian lepas?
4. Keempat:
Jika kajian lepas itu ada kelemahan.. apa pula jaminan bahawa kajian anda yang kununnya utk memperbaiki kelemahan kajian lepas tersebut, bebas dari kelemahan ? Silap2 hari bulan, masa present proposalpun dah tak lepas…. punyalah lemah…. tak haru ke?
Kajian yang lemah adalah kajian yang tidak menggunakan teori yang appropriate… atau reka bentuk kajian (dari pemilihan sampel, instrumentasi, prosidur kajian, analisis data dll) yang juga tidak appropriate.
Contohnya, tiada prosidur dlm kajian experimental yang mengawal interaction effect antara kumpulan, sehingga dapatan kajian sukar dipertahankan. Ini lazim terjadi kepada artikel dari jurnal yang tidak direview secara strict dan bukan diterbitkan dalam jurnal high impact yg berwibawa. Jadi sengaja pula mencari kajian dalam jurnal sebegini utk mencari kelemahan, hanya akan merendahkan kecerdikkan anda sahaja.
5. Kelima:
Setiap artikel yang berjaya diterbitkan dalam jurnal yg berwibawa, adalah sesuai dgn tujuan / objektif kajian yang telah ditentukan oleh skop dan keperluan ketika kajian tersebut dijalankan. Tak yah lah anda nak jadi reviewer 2015 bagi mencari kekurangan artikel yang telah direviewed dan diterbitkan pada tahun 2000 pulak, lalu cuba menjadi hero untuk memantapkan kekurangan ini. Baik anda review artikel2 terbaik semasa lalu cuba menjawab persoalan “what else need to be done?"
Ini termasuklah keperluan revised instrument bagi menyemak semula konstruk yang telah terlalu lama digunakan (yang sesuai ketika kajian lepas), menguji model fitness, menghasilkan prototype menggunakan ciri semasa, mengintegrasi teori2 yang digunakan dalam kajian lepas dll.
Besar kemungkinan kajian lepas bukan “overlooked” perkara ini sehingga menjadi satu kelemahan, tetapi apa yang dibuat adalah sesuatu yang memang sesuai dgn keperluan ketika itu.
6. Keenam:
Kalaupun terjumpa satu article yg "lemah"
maka ini bukan sbb anda perlu buat kajian anda.... memang lemah sungguh alasan anda. Itu maybe satu kajian lemah yg ntah sapa2 yg buat... byk lagi kajian yg dlm bidang yg sama yg ok. Tak faham aku knp pelajar diminta cari apa yg xder.. apa yg lemah dll.... sedang yg patut difahami utk kajian adalah argument semasa yg hot yg crucial dlm bidang masing... yg mjadi isu utk dikaji...
7. Ketujuh:
Berbaliklah kepada tujuan asal kenapa kajian diperlukan iaitu utk memberi peluang anda menguasai sesuatu bidang (dgn baca, faham dan review kajian lepas) dgn lebih mendalam melalui satu kajian yang dapat membantu anda dan scholar dalam bidang anda memahami sesuatu isu yang ada urgency dan signifikan dgn lebih baik, komprehensif.
8. Kelapan
Kajian yang baik, bukanlah kajian yang menampung “kelemahan’ kajian lepas, tetapi kajian yang baik ukt PhD / master antaranya mempunyai kriteria:
a. Menyatakan isu / masalah kajian yang jelas, ada urgency, novel dan signifikan
b. Memformulasi soalan kajian / hipotesis yang explicit bagi menjawab isu yang dikaji
c. Mempunyai reka bentuk kajian yang sesuai bagi menjawab soalan kajian / hipotesis
d. Mengupas kajian lepas secara kritis, bagi menggambarkan pemahaman anda yang menyeluruh terhadap kajian yang anda akan jalankan dgn disokong oleh teori yang mantap
OKlah….
OT
No comments:
Post a Comment