.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, December 8, 2015

Tajuk 814 - Validate isu kajian anda sendiri.

Sesuatu yang detail perlu bermula dgn suatu asas yg kukuh. Bagi PG yang baru memulakan pencarian isu yang sesuai utk dikaji, sebagai permulaan cuba buat empat langkah berikut bagi memastikan isu dipilih mempunyai asas researchable dan valid utk didetailkan.

Ini bermakna, anda tidak perlu membaca sampai 1000 artikel hanya utk mendapatkan isu … tapi bacalah current articles… dan tak mustahil hanya dengan glance thru beberapa artikel semasa dari leading journal , anda dah boleh menjangka isu yang baik utk kajian anda.

Jgn takut, jika ada isu yang dijangka sesuai, rujukan lain boleh anda lakukan dgn keywords dari isu tersebut, juga secara snowball dari citation dalam artikel yang anda baca. Ketika ini bacalah sebanyak yang diperlukan utk menguasai aspek teori dan kajian lepas…

1. Pertama – Bidang yang khusus
Pastikan anda tahu sempadan bidang anda, jgn main baca jer semuanya….
Contoh:
Anda berminat mengkaji aspek pengajaran dan pembelajaran dalam kimia. Ini bidang yang anda perlu focus, maka focus dulu kepada jurnal dalam bidang kajian anda, jgn meraban sampai ke jurnal2 yang tak berkaitan dgn bidang berikut:
- Pendidikan sains
- Pendidikan kimia

2. Kedua – Isu
Cari beberapa isu terkini dalam bidang kajian then fikirkan juga novelty dan signifikan. Jgn selepas dapat data dan dah nak abis menulis baru nak fikirkn dua aspek ini.... mati oooo….

Contoh:
Katakan hasil pembacaan bbrp artikel terkini wpun dari abstractnya sahaja ... anda mula berminat dgn isu kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) dalam sains tetapi ingin mengujinya dalam subjek kimia organic yang nature nya berbeza dari subjek sains yang lain.


3. Ketiga – Novel dan signifikan
HOTS dalam pendidikan sains berasaskan pemikiran aras tinggi (aplikasi, analisis, sintesis) tetapi kajian dalam pendidikan kimia organic pula sering menekankan keperluan kemahiran spatial ability dalam memahami mekanisma tindak balas organik.

Novelty:
Kajian melibatkan integrasi HOTS dgn kemahiran spatial ability dlm kimia organic. Anda boleh saja ringkaskannya sebagai HOT-SA (Higher Order Thinking – Spatial Ability). HOT-SA inilah novelty kajian anda.

Signifikan:
Dapatan kajian akan menambah pengetahuan dan pemahaman scholar (guru / penyelidik / pensyarah) dalam bidang pendidikan sains / kimia terhadap HOT-SA, malah membuka ruang kajian baru utk mengesahkan lagi HOT-SA.

3. Ketiga – Objektif kajian
Kajian ini dijalankan bagi menguji tahap spatial ability dan kesannya terhadap pencapaian pelajar yang diajar dgn HOT-SA berbanding hanya dengan HOTS. Anda boleh membina theoretical framework dgn HOTS dan conceptual framework dgn HOT-SA

4. Keempat - Persoalan kajian
Adakah terdapat perbezaan antara pencapaian pelajar yang didedahkan dengan kemahiran HOTS berbanding pelajar didedahkan kepada kemahiran HOT-SA?
Ini adalah soalan kajian asas dahulu yang membolehkan kajian anda dianggap researchable. Soalan kajian lain boleh dibina selepas mdalami pbacaan dan mdetailkn lagi kajian anda.

Kesimpulan:
Empat langkah diatas sekadar panduan supaya anda tidak terus terusan membaca tanpa tujuan dan sesuaikan dgn bidang kajian masing2….
Senang2 scholar yg tahu HOTS nk tahu amende pulak HOT-SA dan bila present paper sure penuh audiences.... wa cakap lu....

"OT" - tetap ada dalam HOT-SA !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...