.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, November 28, 2015

Tajuk 808 - Research Gap.... pulak dah >

Disatu meja disebuah cafe di Canselori.... berlaku perbualan berikut yang bicarakan research gap spt definisi dalam photo. Tqvm yang berikan definisi tersebut....

X: Adakah ini bermakna kajian yang dibuat wpun telah diterima dan published dalam artikel masih ada kelompongan sana sini.

Y: Aah.... kelompongan tu apa yang kajian lepas tu tak buat lagi.

X: Mana u tahu apa yang tidak dibuat lagi?

Y: Sebab tu kena baca sampai 1000 artikel baru tahu, kat mana kelompongan tu...

X: Camner nak cari tu... sampai 1000 artikel nak baca?

Y: Yang itu pandai2 sendirilah.... bacaaaaa jer.. baca dan baca dan baca.... sampai cukup.... sampai jumpa kelompongan, yang tak dibuat lagi..

X: O... camtu plak.... abis kalau cari yang tak dibuat lagi… macamana u nak tulis LR kalau yang u buat tu belum dibuat lagi?

Y: Bukanlah macam tu…. maybe dah dibuat tapi kita buat pulak dalam konteks berbeza….

X: Hah? Dah ubah pulak definisi kelompongan? Iskhh.... kenapa pulak u nak buat konteks yang berbeza?

Y: Sebab itu tak dibuat lagi?

X: Tu jer sebabnya? Ic....

Y: Aah.... kadang2 bukan saja ubah konteks…. maybe guna variable yang tak digunakan lagi.

X: Memanglah kajian lepas tak guna, sebab mereka guna apa yang berkaitan dgn kajian mereka sahaja, apa kena mengena dgn variable lain. Kenapa pulak u nak guna variable yang lain?

Y: Kita ubahlah kajian sikit dan guna variable lain.

X: O… maksudnya kelompongan tu yang kajian lepas tak buat macam tu…. memanglah dia buat kajian yang dia buat tu, sampai published… tentulah dia tak buat apa yang u fikir u nak buat. Ini bukan kelompongan, ini u saja nak ubah2…tak yahlah susah2 nak baca sampai 1000 artikel

Y: Ala u tak faham maksud research gap tu…

X: Abis signifikan dan novelty camner pulak?

Y: Kalau dah jumpa gap macam ubah konteks dan variable… itulah kajian yang signifikan dan ada novelty yang bukan duplikasi..

X: Setakat tukar konteks… atau setakat guna variable lain ada jaminan ke signifikan dan novel, atau publisable?
Bagaimana pulak jika ada isu semasa yg terkini dan terhangat berlaku dalam bidang kajian u.... nak kena cari kelompongan dulu jugak ker? Kena baca 1000 artikel dulu ker?

Atau jika ada keperluan utk revised instrument pulak... itu pun kena baca jugak ke 1000 artikel dan cari kelompongan dulu?

Y: Alamak.... susah lah nak explain dgn U ni…

X: Kenapa susah nak explain?

Y: Kalau senang bukan PhD namanya…

X: Pulak dah ?

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...