.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 30, 2011

TENTATIF BENGKEL DI UUM 7 DAN 8 OKTOBER 2011

Kepada bakal2 peserta bengkel di UUM:


  • Pastikan anda membawa laptop dgn MSWORD 2007 atau 2010.
  • Pastikan anda tidor awal (macam nak ambik SPM dulu...)
  • Sila sarapan sebelum ke bengkel


TENTATIF:


8.00 - 8.30 am : Registration
Part 1: Writing thesis in 3 hours using doc map / navigation pane
8.30 - 10.30 am: Heading / Page Break / Proofing / Caption / Cross reference

10.30 - 10.45 am: Break
10.45 - 12.00 am: Citation / Bibliography / TOC / List of Tables / Figures

Part II:Writing a critical LR
12.00 - 1.00 pm: LR - IPEC + 4C / idea / citation
1.00 - 2.30 pm: Jumaat pray
2.30 - 5.00 pm : LR - Argumentation / Insert your Voice! / Analysis / Synthesis

END

OT 

Wednesday, September 28, 2011

TAJUK 237a - Adakah PhD / Master synonymous dgn kesusahan?

Hampir semua pelajar saya adalah guru. Namun, maklumat ini boleh dikongsi jika anda bukan seorang guru. Ramai pelajar datang berjumpa SV dengan membawa tajuk yang berkaitan dengan diri dan minat masing2....di awal pertemuan....


Guru Kemahiran Hidup: "Prof, saya nak buat kajian berkaitan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup"


Guru Koperasi: "Prof, saya berminat nak kaji hubungan kolaboratif antara guru persatuan dengan pelajar"


Guru sekolah sukan: "Dr, saya nak kaji hubungan supervisory styles dengan performance athletes remaja"


Guru IT: "Prof, OK tak jika saya kaji keberkesanan LMS di IPTA?"


SV andapun kata OKlah..... cuba dapatkan beberapa artikel terkini berkaitan tajuk yang anda minat.


Perbualan di atas adalah lumrah. Namun satu persamaan dialog di atas adalah..... masing2 pelajar membawa tajuk yang mereka fikirkan sesuai dengan diri mereka....dengan penuh yakin mereka berminat utk menyelesaikan masalah yang mereka alami tersebut.... dengan membuat PhD / Master.


Tahu apa yang biasanya berlaku kemudian?


Saya percaya ramai yang datang semula kepada SV sambil mengeluh:


"Susahlah Prof.... tak ada artikel yang relevan dgn tajuk saya.... lebih2 lagi yang 5 tahun kebelakangan.... yang lama2 adalah..."


"Saya dapatlah 1, 2 artikel ni.... tapi tak ada pulak dinyatakan teori yang berkaitan dengan apa yang saya nak buat.... "


"Saya jumpalah 2,3 artikel.... tapi jauh sangatlah dari apa yang saya nak buat...."


Biasa tak dengar dialog ini. 


Tidak?


Memanglah tak biasa sebab anda bukan SV.... saya selalulah dengar keluhan di atas.....


Kenapa ini berlaku? 


Ini kerana anda tidak tahu "gap" yang ada dalam mainstream kajian2 berkaitan tajuk anda, dan apa yang anda ingin lakukan tidak menjadi kajian yang berkembang dalam kajian2 lepas. Tajuk anda maybe menjadi skop yang isolated dalam mainstream kajian semasa, dan ia hanya isu pada anda... bukan pada pengkaji semasa dan sebelum anda.


Abis macamana?


Mengapa tidak anda luangkan masa ... mencari..meneroka...memikir.. memilih...kajian2 mainstream dalam journal2 artikel berkaitan topic of interest anda ......supaya anda menjumpai gap yang anda perlu kaji dengan artikel yang sudah ada pernyataan tentang theory atau theoretical framework, malah instrumentnya sekali jika ada... itu satu bonus. Tugas anda hanyalah untuk mendalami lagi theori tersebut dan membina conceptual framework yang baru untuk kajian anda serta mengadaptasi instrument utk kesesuaian kajian anda. 


Setelah itu, barulah anda kemukakan working title anda kepada supervisor.... dengan pengetahuan yang asas tentang theory dan juga instrument. Paling tidak anda akan menyebut:


"OK Prof... tajuk kajian saya adalah..... saya memang nak jalankan kajian ini berdasarkan teori ABC.... seperti saya baca dalam artikel tahun 2009 dan 2008. Instrumentpun dah ada tetapi saya perlu sesuaikan dan validate lagi serta dapatkan reliability.....Ini ada 5, 6 artikel yang berkaitan tajuk saya..... Saya ada satu proceeding terbaharu tahun 2011... saya akan cari lagi secara snowballing sebab dalam proceeding ni banyak bibliografi kajian terkini tetapi saya belum sempat nak cari....Ada juga buku yang di rujuk dalam proceeding tersebut yang berkaitan dengan teori. Saya akan pinjam buku tersebut dan dalami lagi teori yang berkaitan....jika saya tak dapat di libraray ... saya akan minta bantuan kawan2 saya di IPTA lain..... sayapun dah dapat email penyelidik local dan sorang di UK yang tulis kajian yang relevan..... saya cadang nak email dia dan bla..bla..bla"


Percayalah.... pasti TERKESIMA sesiapa sahaja yang mendengarnya....apatah lagi anda seorang pelajar PhD / Master baru sebulan mendaftar dah "nampak" apa yang ingin dikaji....


Mungkin andaian saya ini terlalu IDEAL.... tetapi mencari sesuatu yang ideal lebih baik dari mencari yang kabur....at least anda menjumpai sesuatu yang wpun tidak sepenuhnya ideal....tetapi lebih baik dari mencari sesuatu yang anda sendiripun tidak pasti....


Kesimpulannya:


Anda yang akan menjadi pelajar. Anda yang akan mencari tajuk. Anda jugalah yang akan menjalankan kajian, berseorangan. Andalah yang akan bersengkang mata. Anda jugalah yang membayar yuran. Anda jugalah yang akan mencari artikel. Soo.... andalah yang tentukan apa yang akan anda buat. 


Pesan saya.... Buat kajian bukan mudah... tetapi jgn sampai memilih jalan yang menambah kesusahan diri sendiri. Kualiti dan outstanding kajian anda bergantung kepada pengetahuan dan kerja yang sistematik yang anda lakukan..... melebihi dari niat anda utk mengubah dunia hasil dari dapatan kajian anda. 


Susahnya anda membuat thesis tidak akan tercatat dalam penulisan anda (Am I right?) dan tak siapapun nak tahu (Am I right?). Anda tanggung sendiri....


Apa yang akan ditulis itulah yang akan menentukan kualiti kajian anda.....Kesusahan membuat kajian bukan bermakna bertambahnya kualiti thesis anda  dan mudahnya anda membuat thesis bukan bermakna rendahnya kualiti thesis anda .... malah ramai yang menulis thesis ala kadar sahaja kerana terlalu lama dan berat masalah yang perlu di atasi....


Ingat.. berapa banyak benda2 simple telah mengubah dunia...... boleh anda fikirkan satu darinyer?


Apalah org dewasa ni suka buat benda susah2
Main games lagi best....
Satu lagi..... ini justifikasi saya..... sebab ada beberapa kategori research seperti policy research (government)....industrial research (industries)...RnD research (government / industries) and pre-requisite  research for academic qualification .... Kesemua research ini selalunya mengunakan kumpulan tenaga pakar, facilities yang canggih manggih dan  RM  yg banyak.... kecuali satu iaitu....


Jadi kategori manakah research anda? 


Anda tidak perlu setuju dengan saya...... tepuk dada tanya diri sendiri.... yang penting anda tahu apa yang anda lakukan.... bukan main redah dan ikut2an..... oleh kerana orang lain susah maka anda juga fikir anda pun patut susah.....adakah semestinya begitu???


OT 

Tajuk 237: Khas utk peserta bengkel - Hasilkan Caption spt Figure 2.1 atau Table 2.2

Entry ini khas untuk peserta bengkel doc map. Ini janji saya utk tunjukkan cara buat caption based on chapter.


Dalam bengkel saya ajar membuat caption seperti Figure 1, Figure 2. Saya sertakan cara tambahan untuk membuat caption berdasarkan bab / chapter seperti Figure 2.1, Figure 2.2, Table 3.1, Table 3.1 dll.....


Mula-mula click multilevel list seperti Pic 1 berikut, dan klik option bertulis:


Chapter 1 Heading 1............
Heading 2..............................
Heading 3..............................
Heading 4..............................
dan seterusnya


Sebaik sahaja anda klik, Heading 1 di Style secara automatic bertukar dari:


[ AbBbCc / Heading 1] ke [Chapter / Heading 1]




Pic 1
Pic 2

Secara automatik akan tertulis Chapter 1 di atas document anda. Langkah seterusnya adalah langkah biasa dengan right click pada [Chapter / Heading 1] dan modify supaya Chapter 1 anda menjadi font dan spacing pilihan anda......

Kemudian Insert Caption dan inactivekan kotak Exclude label from caption tetapi activekan kotak Include chapter number spt Pic 3

Pic 3

Then OK akan keluar Figure 1.1 (spt Pic 3). Then apa lagi.... cari Caption dalam Style dan spt biasa... modify....
Untuk Table.... anda dah tak perlu modify lagi....

Utk Chapter 2, klik sahaja sekali lagi [Chapter / Heading 1] maka akan keluar secara automatik Chapter 2. Enter 2 kali... dan bolehlah teruskan penyediaan Heading 2, 3, 4 dll....

Jika anda klik Inference dan insert caption spt biasa akan keluar Table 2.1... atau Figure 2.1 dan seterusnya mengikut chapter anda...

Moga berjaya..

OT



Tuesday, September 27, 2011

A BEST BENGKEL DOC MAP dan LR - DSG siri k-7


Bengkel ke 7 komuniti maya facebook "Doctorate Support Group" atau glamer sebagai DSG berjalan dengan lancar..... thanks to Norhana dari HUKM..... yang jadi "monitor" dengan bantuan Teoh.....Inilah antara bengkel terbaik kerana hampir semua peserta berjaya siapkan tugasan hands-on.... sehingga saya tak perasan masa dah sampai kepenghujung....

Walaupun bermula lewat 30 minit kerana ada yang sesat..... dan ada dua peserta yang masih guna MSWord 2003 (hu hu)...... semuanya berjalan dengan lancar......Bagi peserta bengkel inilah pic kenangan terindah anda......

Shout from Azreena:
"Thanks....bertambah semangat utk mulakan menulis..."


Strong statement ada citation.... common tak yah....soft sukati aku...Barulah aku tak teragak2 lagi nak tulis....
Aku yang control LR bukan LR yang control aku yahooo...

Yess.... barulah tulis LR bukan macam
meringkas kajian lepas......


Write while you read.... sempoinyer idea ni....

Wajah "missi" HUKM yang bakal bergelar Dr.
Norhana shout:
"Tkasih atas ilmu yg sgt membantu penulisan thesis cepat dan berkualiti..."


Cik kak oiii...click jer icon ni kuarlah semua bibliografi tadi.....
do it right do it once...sempoi kan....


Shout from DeLinn: 
"Tima kasih atas ilmu yg diberi kat bengkel
Doc Map dan LR....Sangat berguna!"


Dah penuh minda..... perut kena isi jugak..... peace !!

Cepat analisis.... sintesis..... nanti kena berdiri atas kerusi...

Rohani shout:
"I hv done almost the whole thesis...but after getting
exposed to doc map workshop, the
correction process will be easier, smoother...tqvm"

Tulis cam ni barulah pemeriksa thesis 
dengar "suara" ko ada dalam LR....


Masa utk mensintesis idea2 .... zussss....

Wow.....dahsyat ! Kritis abis paragraph yang ko tulis !
Terkesima aku....


OT

Sunday, September 25, 2011

LOKASI BENGKEL DI UUM 7 DAN 8 Oktober 2011

Saya sertakan lokasi bengkel di UUM yang dikirim oleh Satirah.....  kepada bakal-bakal peserta bengkel di UUM.






TQVM Satirah
Penganjur disebalik bengkel





See u there !!


OT

TAJUK 236: Kesilapan besar dlm LR - anda gagal memberi justifikasi !

Kali ini saya akan jelaskan keperluan menulis pernyataan dengan hujah / argument / justifikasi yang logik. Saya tak berhajat untuk menjadi cikgu BM.... emmm..... sekadar berkongsi pengetahuan...

Dalam penulisan LR khususnya sains sosial, memberi hujah / argument / justifikasi adalah sangat penting. Ini kerana banyaknya pernyataan dalam sains sosial yang memerlukan hujah / argument / justifikasi. Tanpa hujah / argument / justifikasi.... pernyataan anda hanya akan berbentuk ANDAIAN.


Hah andaian? Penat saya baca dan tulis....mana mungkin ANDAIAN!


Iya... ANDAIAN ler....


Cess.... cuba buktikan !!

Terdapat pelajar yang tanpa disedari menulis pernyataan dalam thesis khususnya LR hanya berdasarkan andaian. Sebagai contoh, pelajar menulis pernyataan berikut dalam thesis:

 1. Wanita adalah golongan yang telah mendominasi profession perguruan di Malaysia.

2. Pelajar ponteng akan ketinggalan dalam pelajaran.

3. Dapatan dari kaedah soalselidik boleh digeneralisasi.


Tak OK ker ayat tu? Semua orangpun tulis macam tu kan? Grrrr.....


Sabar...sabar... biar saya jelaskan....

Menulis ayat2 di atas akan dianggap sebagai ANDAIAN semata-mata jika tidak disertakan dengan fakta, hujah atau justifikasi yang logik.  Ini akan menjadikan pernyataan  anda tergantung, tidak logik, tidak boleh dipertahankan dan boleh dipersoalkan.

Sebagai contoh:

1. 95% guru sekolah adalah guru wanita menunjukkan golongan ini mendominasi profession perguruan di Malaysia.

- ayat ini jelas dgn hujah / rasional yang logik

2. Wanita adalah golongan yang telah mendominasi profession perguruan di Malaysia.

- ayat dianggap sebagai andaian semata tanpa hujah / rasional yang logik.

Oleh itu anda perlu memahami bagaimana untuk menulis ayat dengan hujah / rasional yang logik.


Benda ni boleh jalan sendiri tau... mcm tak logik jer...
Apa justifikasinya NINE tak pulak tau... hehe...

Perhatikan 3 contoh berikut:

Contoh 1:

Ali akan mati - ini cuma andaian sahaja.

Anda perlukan argument / hujah / justifikasi yang logic seperti berikut....

Ali manusia.
Semua manusia akan mati.
Jadi Ali akan mati.

Dengan hujah di atas, anda sepatutnya menulis.....

Ali akan mati kerana Ali adalah manusia – ayat ini jelas dgn hujah / rasional yang logik.

Contoh 2:

Pelajar ponteng akan ketinggalan dalam pelajaran - ini andaian sahaja.

Anda perlukan argument / hujah / justifikasi yang logic seperti berikut....

Pelajar ponteng tidak masuk kelas.
Pelajar tidak masuk kelas ketinggalan dalam pelajaran.
Jadi pelajar ponteng akan ketinggalan dalam pelajaran.


Dengan hujah di atas, anda sepatutnya menulis.....

Pelajar ponteng tidak masuk kelas maka mereka akan ketinggalan dalam pelajaran – ayat ini jelas dgn hujah / rasional yang logik.

Contoh 3:

Dapatan dari kaedah soalselidik boleh digeneralisasi - ini andaian sahaja.

Anda perlukan argument / hujah / justifikasi yang logic seperti berikut....

Kaedah soalselidik menggunakan sampel rawak.
Sampel random membolehkan dapatan digeneralisasi.
Jadi kaedah soal selidik membolehkan dapatan digeneralisasi.


Dengan hujah di atas, anda sepatutnya menulis.....

Kaedah soalselidik yang menggunakan sampel rawak membolehkan dapatan kajian di generalisasi – ayat ini jelas dgn hujah / rasional yang logik.

Oleh itu setiap pernyataan dalam tulisan anda perlu disertakan dengan hujah / rasional yang logik.


Perhatikan pula ayat berikut....

Ayat 1:

Guru yang berijazah diperlukan bagi meningkatkan tahap pendidikan pelajar lelaki dan perempuan bermula dari peringkat sekolah rendah. Bagi mencapai usaha ini, bilangan guru lelaki dan wanita yang seimbang adalah diperlukan. Malangnya, profession perguruan di Malaysia telah didominasi oleh guru wanita.

Ayat ini boleh diperbaiki dengan menambah hujah / argument / rasional yang logik....

Guru yang berijazah diperlukan bagi meningkatkan tahap pendidikan pelajar lelaki dan perempuan bermula dari peringkat sekolah rendah. Bagi mencapai usaha ini, bilangan guru lelaki dan wanita yang seimbang adalah diperlukan. Malangnya, profession perguruan telah didominasi oleh golongan wanita yang mewakili 95% bilangan keseluruhan guru di Malaysia.


Anda "nampak" tak perbezaannya? 


Phew..... baru saya nampak.... minta maaflah sebab saya tak perasanpun sebelum ini. Lagipun tak der sesapapun ajar saya benda2 simple macam ni.... he he...mekacih mekacih...


Jadi anda akan tahu sebabnya jika SV anda komen.. ayat anda tergantung.... tidak rasional.... andaian semata2....tak ada sokongan fakta.... tak LOGIK.... tak jelas..... tak sampai maksud......dan yang sewaktu dengannya.....


OT

Saturday, September 24, 2011

Tajuk 235 - Calon PhD / Master - Kenapa kaya pemikiran tapi muflis penulisan ??

Ini entry ringkas... macam iklan dalam TV. Semalam ada seorang telah bertanya dengan penuh keselambaan kepada saya....


"Bila masanya U menulis blog.....ada banyak masa ker.... sebab hari2 ada jer benda nak tulis?"


Saya termenung....POWER sungguh soalan tu.... terkesima saya dibuatnyer!!


Saya terkesima sebab yang bertanya tu calon PhD. Kalau nenek saudara kepada adik ipar sebelah isteri kepada abang saya yang tanya, tak der lah saya terkesima.



Setiap manusia dilahirkan mempunyai 24 jam sehari. Saya bukan dilahirkan dengan 36 jam sehari ... jadi its fair and square. Saya pun ada komitment itu dan ini.....bertimbun2...... tetapi saya ambil sikap, terus menulis idea yang sampai.... bukan pengap kan dulu atau catat atas kertas dll. 


Ini jugalah ajaran semasa bengkel saya. Komputer saya sentiasa standby.... jika datang idea.... saya buka sekejap dan tulis. 


Terima kasih kepada penganjur bengkel UKM semalam, sdr Zalina kerana menggunakan perkataan "out of the box" dan "blank". Sebab itu cara saya kendalikan LR agak berbeza....sebab saya percaya.... menulis lebih penting dari berfikir. 


Sebab orang yang menulis akan berfikir tetapi org yang berfikir belum tentu dia akan menulis...apatah lagi orang yang suka bercakap tapi tak berapa nak fikir apa yang dia cakap......Ini ler yang ramai.....


Satu lagi..... menulis adalah skill.... Menulis dalam komputer satu skill lagi. Menulis dengan cepat dan sistematik juga skill. Apatah lagi nak tulis paragraph ilmiah spt LR dalam komputer... satu skill lagi. Mencari idea dan mensintesis dalam LR satu skill juga. Nak insert citation juga skill. 


Jika anda tak tulis dan tak kuasai skill2 ini...... "blank" ler jawabnya bila nak mula menulis !!



Nine tak ader skill menulis...
so NINE main lah dengan tupperware umi ni....

Ingat.....sedang thesis perlu ditulis...jadi menulislah supaya anda juga berfikir......bukan kaya berfikir ....tapi muflis penulisan !!


OT

TAJUK 234: TANPA PILOT ARTICLE ...ANDA AKAN MUDAH SESAT !!

Saya baru balik dari mengendalikan bengkel di UKM. Walaupun penat...... kerja menulis tak pernah terhalang. Saya sedar bahawa kesukaran mendapatkan teori untuk kajian telah menjadi sesuatu yang lazim diawal kajian. 


Dalam entry saya yang awal-awal dulu... saya cadangkan anda cari beberapa pilot article.... iaitu artikel yang PALING relevan dan terkini berkaitan bidang kajian anda. Pilot artikel ini ibarat kompas..... cari sehingga anda jumpa.....sebab ianya memang ada.....berguna dari mengelakkan anda tenggelam dalam timbunan artikel2....


Bestnyer jadi budak2 ni.....
Boleh tenggelam dalam timbunan bola-bola....eeemm
Pak cik makcik abang akak jangan jeles tau....


Saya juga ada cadangkan..... cari gap dalam pilot artikel ini..... mantapkan lagi kajian2 lepas.....mesti bersifat semasa..... bukan cari tajuk ikut firasat anda ataupun ikut cadangan orang lain, then baru "terkial2" mencari artikel.... sebab anda belum tahu apa yang berlaku dalam mainstream kajian anda lagi.... 


Ramai pelajar tidak tahu mencari pilot artikel yang berkaitan dengan bidang yang kajian.... malah tak tahupun journal2 yang relevan. Ini tugas anda utk bertanya kepada SV anda. Ketahuilah .... terdapat  artikel2 yang mengupas teori yang berkaitan dengan kajian anda dengan baik jika anda meneroka journal yang relevan..... 


Sebab itulah early literature search sangat penting. Saya sendiri mendapat byk teori semasa hanya dengan mencarinya dalam journal.....dan paling penting....saya boleh snow ball rujukan lain selepas itu!!


Mari kita simulasikan situasi ini..... sebab saya tak mahu cakap tak serupa bikin..... hu hu


Saya dalam bidang Sains Pendidikan. Katakan saya nak cari satu teori yang current..... berkaitan dengan animasi.... Saya cuba selongkar dua journal dalam bidang saya iaitu Science Education dan Journal of Reseach in Science Teaching. 


Saya tak memerlukan masa yang lama utk menjumpai beberapa artikel dibawah Science Education berkaitan Cognitive Load Theory dan aplikasinya dalam pembinaan animasi terbitan tahun 2006. Saya juga menjumpai satu artikle tahun 2010!! 


Apa lagi .....dibahagian reference pulak terdapat banyak references lain.... wow...wow.... utk saya snow balling....phew...Tak main snow ball kat obersi pun tak kisah asal dapat snow ball mencari artikel..... berdesut meluncur laju mendapatkan artikel2 lain!!


Saya telah registered dgn publisher journal2 tersebut.... ataupun anda boleh access dari library IPTA atau library IPTA kawan2 DSG anda.....


Inilah langkah2 yang telah saya ambil.....




Saya telah mendaftar dengan Wiley online library
 Jadi saya pun LOGGED IN sebagai Othman Talib.

Jika melalui library.... anda kena masukkan no matrik dll yang diperlukan


Kemudian saya SEARCH dengan  keyword ANIMATION.... keluarlah senarai tajuk....bukan main banyak lagi....
Ada yang free dan ada yang perlu subscribe. Mujurlah artikel yang saya cari FREE....

Jika library anda subsribed.... semuanya free ler...

Inilah tajuk dan artikel dalam format pdf yang saya cari... yess....sebijik dengan apa yang saya nak cari...... he he

Ternyata... artikel ini menulis teori yang saya cari mengenai animation iaitu COGNITIVE LOAD THEORY... bukan main panjang lebar lagi teori tersebut dihuraikan....
Yess... ini akan jadi pilot article saya....

Bukan itu sahaja......artikel ini juga mengupas tentang kajian animasi .....Ini satu bonus.....
(Perhatikan DOI di bawah artikel tersebut)


Jika anda dapatkan artikel sebegini...... maka lajulah penulisan LR anda....Jadi jangan duduk dan mengenang kesusahan anda..... pergi ke library..... bukan di IPTA anda sahaja.... malah ada 15 IPTA di Msia sekarang.


Anda boleh SEARCH dulu melalui Google Scholar..... then pastikan IPTA anda subscribe journal tersebut. Jika tidak, minta kawan2 DSG IPTA lain... termasuk yang kat OBERSI jika library mereka  subsribed journal tersebut.....supaya dapatkan utk anda..... Itukah gunanya kawan2 dalam facebook..... Betul tak? 


Saya juga telah menjumpai satu artikel yang relevan, tahun 2010.... wow! Artikel terbaharu ini SANGAT penting untuk saya buat snow ball pencarian artikel yang lain berkaitan animasi...... Saya boleh cari artikel tahun se latest 2010 spt contoh  reference terakhir berikut.....dan juga artikel 5 tahun kebelakangan....




Tugas anda hanya utk snow ball dan dapatkan artikel2 tersebut...... sediakan document map... buat outline...... WWUR dgn dirdio.....sehingga zero draft anda mantap..... sediakan TOC... biblio..... then submit !!


Jadi apa tunggu lagi....... mulakan searching anda... khususnya pada mereka yang baru menjadi calon PhD / Master. Apabila dah anda bahan2 sebegini..... meluncur lajulah anda menyediakan proposal.... setelah anda menetapkan gap kajian anda..... bukannya tajuk....


Tanpa pilot artikel... bimbang anda gunakan teori yang tidak tepat utk kajian anda...... atau sesat dan akhirnya kepenatan utk mencari jalan pulang.....


OT

Bengkel Doc Map dan LR DSG ke 6

Bengkel kali ini paling ramai, iaitu 42 pelajar yang diadakan di Makmal Gama, UKM. Selain pelajar IPTA, terdapat 2 pelajar UK turut serta. Terima kasih kepada sdri Widyawati yang bertindak membantu saya dalam bengkel kali ini serta Zalina  yang menjadi organizer yang menjayakan bengkel ini...


Kali ini saya sempat perkenalkan bagaimana nak buat cross-reference dan juga membincangkan "Strong, soft dan common statement" dalam penulisan LR....





Ceria dengan kemahiran document map ....


.....dan navigation pane !!


Yess.... my voice is already in my LR....!!
Aplikasi IPEC + 4C.....


Buat secara kritis...jgn "blank"


Wow....U ni memang "think outside the box"  ler...... 

Buat cross-reference nampak!!



Jangan hanya kaya pemikiran .... tapi fakir penulisan...




Paragraph yang baik, LR yang outstanding.... 

Zaman IT.... semua maklumat didepan mata.....

Hanya masa minum sahaja dapat berkenalan....
waktu lain berjumpa di alam cyber....

Write in less time but more quality !!


Sekalung tahniah dan terima kasih semua pesertas bengkel....... 


OT







Wednesday, September 21, 2011

TAJUK 233: CITATION DLM LIT. REVIEW...... MATILAH KALAU MACAM NI....

CITATION DLM LR...... MATILAH KALAU MACAM NI....


Saya ingin perkenalkan 3 terms yang saya "create" utk memudahkan saya menjelaskan bagaimana anda boleh kembangkan LR..... sesuatu yang saya sendiri tak pernah terfikirpun.... sebab dulupun saya main "redah" sahaja... .


Saya cadangkan hal ini kerana ada peserta bengkel yang terus menerus bertanya.... 


Saya baca artikle, internet, buku dll sumber... so saya terpaksa ker buat citation semuanya sekali apa yang saya baca....


Kenapa pulak?


Yalah... takut nanti SV saya tanya "Eh.... mana citation awak...?Macamana awak boleh tulis tanpa citation?...Sapa awak memandai2 tulis jer tulis itu ini tanpa citation? Mana awak ambik kenyataan ini?"


Jadi saya kena tulislah semua citation yang saya baca kan...kan..kan!


Hah ? Jika macam tu.... MATILAH... sebab setiap ayat akan ada citation!!


Perhatikan jadual synthesis matrix berikut yg saya petik dari entry terdahulu. 


SILA BACA DENGAN TELITI....JGN MAIN LANGKAU JER....


Senario:

Anda ingin menjalankan satu kajian terhadap aplikasi animasi 3D dalam pendidikan sains.  Salah satu langkah awal adalah dengan membina jadual Synthesis Matrix seperti berikut  dari sumber bacaan anda - buku, journal article, termasuklah bahan2 dalam internet yang tiada nama author mahupun tarikh.


Sources
Intro / bground
Isu
Teori
Methodology / data collection
Main finding / suggestion
Simon (2003)
Journal article
Animasi teks Fizik (PPoint)
Konsep sains interconnected
Tiada
Questionnaire
Animasi meningkat minat
Ron  (2006)
Journal article
Animasi teks dan rajah Fizik (PPoint)
Ransang semua deria pelajar
Sistem pemprosesan maklumat
Pre-post control group design
Animasi meningkat pencapaian
Interent
Powerpoint adalah animasi 2D (anda baca artikel ini dalam internet tanpa author dan tarikh). Jadi anda bercadang nak gunakan istilah 2D yang telah diketahui umum.
Internet 
Flash – small file, easy to upload (anda baca internet... tapi andapun tahu benda ni)
John (2008)
Journal article
Animasi teks dan rajah  Biologi (Flash)
Peningkatan ingatan pelajar
 Sistem pemprosesan maklumat
Pre-post control group design
Animasi meningkat pencapaian
Meyer (2009)
Journal article
(Sifu..)
Animasi diskret Kimia
(Flash)
Animasi utk konsep kompleks dan abstrak
Teori pembelajaran multimedia
Pre-post control group design + questionnaire
Animasi tingkat pencapaian / motivasi/ Cadang social constructivist
Albert (2010)
Journal article
Animasi konstruktivis Sains (Flash)
Animasi berasaskan pengetahuan sedia ada pelajar (cognitive  constructicism)
Cognitive load theory
Focus group in-depth interview
Animasi meningkat pencapaian dan atasi misconception
Tan (2010)
Books

2D animation is created on 2D vector graphics, 3D animation is digitally modeled through motion capture (walaupun anda baca buku oleh Tan, tapi tak perlu cite buku ini dalam paragraph anda kerana maklumat tersebut adalah sesuatu yang common oleh semua orang dalam bidang anda....buktinya SEMUA buku pun akan tulis hal yang sama... sebab bukan Tan yang cipta vector graphic atau motion picture tu....itu dah jadi common knowledge...)

Maka andapun ingin membuat satu sub-heading bertajuk "Animasi 2D dan 3 D" dan menjelaskan mengapa anda menggunakan animasi 3D dalam kajian. Anda dapat "idea" menggunakan istilah 2D setelah membaca satu artikel internet, sedangkan anda memang dah tahu istilah tersebutpun. Maka andapun mula menulis spt berikut....


Animasi 2D ke 3D 

Kajian animasi dalam pendidikan sains bermula dari penghasilan animasi 2D bagi penyediaan bahan pengajaran menggunakan perisian PowerPoint (Simon, 2005; Ron, 2006). Namun kemajuan dalam teknologi  komputer telah membawa kepada penggunaan perisian Flash dalam pembinaan animasi secara  lebih mudah dan fleksibel  berbanding perisian PowerPoint.  Teknologi grafik vektor pada fail Flash yang lebih kecil saiznya memudahkan animasi dimuatnaik melalui internet dengan lebih cepat berbanding fail PowerPoint. Perubahan ini telah membawa kepada penggunaan perisian Flash untuk penghasilan animasi 2D dalam kajian-kajian pendidikan sains (lihat Meyer, 2009 & Albert, 2010) menggantikan perisian PowerPoint. Aliran penghasilan animasi 2D menggunakan PowerPoint dan Flash dalam pendidikan sains dijangka akan berubah lagi dengan  adanya perisian animasi 3D seperti 3D max yang mengunakan teknologi "motion capture". Animasi yang dibina dalam persekitaran 3D mempunyai kelebihan berbanding animasi 2D kerana  animasi 3D berupaya menvisualkan  konsep-konsep sains yang lebih kompleks dan abstrak secara yang lebih realistik. 

Perhatikan bahawa ada 3 bentuk statement yang saya buat dalam paragraph di atas iaitu:

Strong Statement:
Kajian animasi dalam pendidikan sains bermula dari penghasilan animasi 2D bagi penyediaan bahan pengajaran menggunakan perisian PowerPoint (Simon, 2005; Ron, 2006).

Perubahan ini telah membawa kepada penggunaan perisian Flash untuk penghasilan animasi 2D dalam kajian-kajian pendidikan sains (lihat Meyer, 2009 & Albert, 2010) menggantikan perisian PowerPoint.

Soft Statement:
Animasi yang dibina dalam persekitaran 3D mempunyai kelebihan berbanding animasi 2D kerana  animasi 3D berupaya menvisualkan  konsep-konsep sains yang lebih kompleks dan abstrak secara yang lebih realistik. 


Common Statement:
Namun kemajuan dalam teknologi  komputer telah membawa kepada penggunaan perisian Flash dalam pembinaan animasi secara  lebih mudah dan fleksibel  berbanding perisian PowerPoint.  


Teknologi grafik vektor pada fail Flash yang lebih kecil saiznya memudahkan animasi dimuatnaik melalui internet dengan lebih cepat berbanding fail PowerPoint.


Aliran penghasilan animasi 2D menggunakan PowerPoint dan Flash dalam pendidikan sains dijangka akan berubah lagi dengan  adanya perisian animasi 3D seperti 3D max yang mengunakan teknologi "motion capture". 


Penjelasan:

Strong statement:
Statement yang perlukan citation kerana anda merujuk kepada sumber tertentu bagi menyatakan bahawa "Kajian animasi...." dan "...kajian-kajian pendidikan sains...". Statement yang melibatkan fakta khusus yang dipetik dari kajian adalah contoh strong statement.

Common statement:
Statement yang telah difahami umum dan wpun anda membacanya dari buku, internet, journal TETAPI statement tersebut tidak perlukan citation. Contohnya flash menggunakan vector graphics adalah sesuatu yang common dalam animasi. Atau contoh makcik2...."Awan mendung merupakan indikator hujan akan turun" yang tak perlulah citation wpun anda baca dari mana2pun, dengan syarat anda gunakan ayat dan pemahaman anda, bukan copy and paste !!


Perhatikan juga, saya menggunakan istilah 2D bagi Flash dan PPoint wpun kajian yang dirujuk tidak menggunakan istilah tersebut. Istilah 2D adalah sesuatu yg sgt common dan anda bebas menggunakannya tanpa perlukan citation atau takut2....sebagai satu usaha analisis dan sintesis anda!

Soft statement:
Statement yang "mungkin" telah difahami umum....dan "mungkin" tidak. Jadi bergantung kepada anda sendiri. Jika anda fikir, statement tersebut lebih kepada pengetahuan umum, tak perlulah citation. Jika anda fikir sebaliknya.... anda letakkan citation. Jangan teragak2... hingga merencatkan penulisan anda. Jika takut juga.... letaklah citation disitu... abis cerita !! Contohnya "Pelajar yang merokok sering terlibat dengan perlanggaran disiplin yang lain". Statement ini telah menjadi common statement dan diketahui umum....tetapi jika melibatkan statistik seperti "Kajian mendapati 45% pelajar yang merokok sering terlibat dengan perlanggaran disiplin yang lain".... maka statement ini telah menjadi strong statement yang perlukan citation.

Strong relationship......

Kesimpulannya:
Jangan fikir semua yang tulis perlukan citation, wpun anda membacanya dari mana2 sumber. Hanya strong statement sahaja yang memerlukan citation, yang lain tu anda gunakan untuk memantapkan idea sintesis anda untuk anda terus tulis.... tulis dan terus menulis. 


Jangan TAKUT..... sehingga anda tidak boleh memulakan penulisan atau tersekat2 kerana semuanya nak dinyatakan citation. Misalnya nak guna istilah 2D pun takut sebab kajian lepas2 tak gunapun, sedang anda perlukan istilah tersebut supaya boleh buat perbandingan yang konsisten dengan istilah 3D dalam sintesis anda!!

MATILAH....jika semua statement dalam LR perlukan citation....di mana pulak suara anda, analisis anda, sintesis anda.... adakah pengetahuan anda "ZERO" sehingga semuanya memerlukan citation....lotehlah macam tu.... soo....satu jer motive saya....JANGAN TAKUT.... teruskan menulis...wa caya lu !!


OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...